03 Ogos 2011

Madrasah Ramadhan: Makmurkan Bacaan Al-Qur'an.

Support Barnamijj BBR PERMATA.

Sinonim Ramadhan.

Melalui barnamij BBR-Biro Bimbingan Ruhaniyyah Persatuan Mahasiswa Islam Mu'tah Jordan Al-Hasyimiyyah ini harapan penuh bagi mendidik jiwa syabab yang hadir walaupun tidak diambil ghiyab(tanda kedatangan) sebagai inzar.

Benarlah pemuda Mu'tah sedang mentadbi'kan kalimah 'rajulunn bakka min khasyatillah'(pemuda menangis yang sangat takutkan Allah) di Bumi Syuhada' ini.

Teruja rasanya, setiap malam kami, solat terawikh di Bumi sahabat yang mendapat Syahid, mungkin ruhh mereka juga bersama kami untuk solat terawikh malam kedua ini. 

Bayangkan kita solat bersama, Saidina Ja'afar Bin Abi Tholib, bapa saudara kepada Baginda Rasulullah SAW, solat bersama Zaid Ibnu Haritshah, anak angkat Rasulullah SAW, dan solat bersama pemuda kaum ansar Abdullah Ibnu Rawahah yang disayangi Rasulullah SAW. Setiap kali saya ingat detik ini, meremang bulu roma, kawasan didiami saya antara yang menjadi laluan peperangan sengit tentera Islam melawan kuffar.

Akhirnya saya menjadi tegar untuk tidak pulang seperti mana yang difikirkan oleh teman-teman Negeri Mu'tah yang masing-masing menyiapkan planning cuti musim panas mereka. 

Sejujurnya saya sangat malu dengan tiga sahabat yang tidak pulang ke Madinah kerana mendapat Syahid di Bumi yang asing bagi mereka. Itulah kunci yang mesti ditanam oleh pemuda medan bumi bersiram darah syuhada' ini.

Tamsilan yang saya bawakan hanyalah untuk mereka yang kuat menuntut ilmu di Bumi Siraman darah Syuhada' ini. Beruntunglah mereka yang semestinya berada di Bumi Isra' ini dalam segala perkara Ibadah mereka. justeru berbeza dari orang yang tidak merasainya.

Alhamdulillah, kali ini dipimpin teman saya Ustaz Kailani untuk mengihya'kan ramadhan di Bumi Barokah. Biar ia menjadi sejarah, orang melayu menjadi Imam Masjid bagi bangsa arab. Sesuatu yang membanggakan ummat ini. Subhanallah.


Al-Qur'an untuk mereka yang beriman sahaja.

Sejarah Al-Qur'an adalah mukjizat Nabi kita Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam, Nabi lain mukjizatnya di zaman mereka sahaja, Namun mukjizat nabi kita sehingga yaumul akhirah. Tepat isi kandungannya, relevan isu yang ditampilkan, sehinggakan akhir zaman ini Al-Qur'an yang berusia 1400 tahun dahulu menceritakan mukjizatnya pada orang-orang yang beriman.

Hati manusia kadang-kadang sangat gelisah, banyak yang berlalu dalam setiap harinya, emosinya terganggu, maka Al-Qur'anlah yang mengubat hati manusia yang gelisah tadi. Itulah mukjizat Al-Qur'an, dibaca semakin tenang jiwa resah seorang manusia. 

Adapun Al-Qur'an ini mukjizat, tetapi ramai yang jarang, sedikit, kecil yang memahami isi kandungannya.

Al-Qur'an diturunkan di bulan kita sedang berpuasa ini. Kerana itulah tadarus Al-Qur'an disuruh Nabi khusus untuk bulan Ramadhan. Ibarat menyambut hari lahir orang yang kita kenal, mestilah kita ucapkan penuh harapan.  Begitulah Al-Qur'an yang diturunkan Allah di Bulan Mulia ini, kita baca dengan sungguh-sungguh, kerana mengingati Bulan Kelahirannya, buatlah target sendiri, atas kita sendiri.

Amal Jama'ei atau secara kelompoklah antara cara/method/kaedah untuk kita bersemangat lebih membaca Al-Qur'an, kita salah dalam setiap bacaan ada orang betulkan. Manakala yang mendengar pula mendapat pahala. Itulah pahala dalam amal jama'ei ini. Sifirnya istiqomah dan jangan jemu membaca Al-Qur'an.

Allah menurunkan Al-Qur'an di bulan ini, sesuai sangatlah penurunannya supaya kita merebut peluang beramal apa yang ada di dalamnya, firmannya:


(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) Bulan Ramadan 
yang padanya diturunkan Al-Qur'an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, 
[Surah Al-Baqarah:185]


Apabila suatu khitab atau perkara yang difirmankan Allah terjadi ia padanya, maka  ini adalah sesuatu mukjizat yang tidak diketahui ramai manusia kecuali yang benar-benar berfikir mengenainya. 

Maka Al-Qur'an diturunkan Allah di Bulan Puasa ini pasti untuk mereka yang membaca dan faham apa yang dibaca, pahala bacaanya berbeza berbanding hari-hari yang lain.


Pesanan TGNA mesti dihadami.

Menaqalkan kata tokguru:

"Pejuang-pejuang Islam sangat beruntung kerana di bulan Ramadhan, al-Quran yang mereka tadarus itu merupakan dasar mereka sendiri. 

Ini bererti mereka sedang membaca dasar-dasar perjuangan mereka yang termaktub di dalam al-Quran. 

Pejuang-pejuang sekular contohnya, teramat rugi kerana tidak mempunyai kitab untuk mereka tadarus. Jika mereka tadarus al-Quran sekalipun, kitab itu tidak mereka jadikan sebagai dasar.

Sebab itu, menjadi seorang pejuang Islam benar-benar satu tuah yang diberikan oleh Allah SWT..."

Begitulah pandangan seorang Ulama' untuk kita para pejuang, terutama untuk berperang di Bulan Mulia ini. Hebat kan kalam seorang ulama' yang membaca fikiran manusia yang dipimpinnya.

Firman Allah Ta'ala:

Orang-orang yang Kami berikan Kitab(Al-Qur'an) kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi. 
[Surah Al-Baqarah:121]

Sebahagian Ulama tafsir membahaskan ayat حق تلاوته  'dengan sebenar-benar bacaan' dalam ayat di atas dengan maksud:

(1)Membaca secara lisan dengan tajwid yang betul.
(2)Hafal ayat-ayat Al-Qur'an sesuai dengan kemampuan diri sendiri.
(3)Fahami isi kandungan, cerita Al-Qur'an ini.
(4)Mengamalkan isi dan kandungan dalam kehidupan seharian.

Begitulah terlalu banyak ayat-ayat suruhan tetapi bermanfaat yang diajarkan Allah dalam pensyariatannya yang akhirnya sangat bermanfaat untuk diri manusia itu.

Tetapi disana, terdapat mereka yang membaca Al-Qur'an dalam waktu yang sama merekalah jugalah melakukan kemungkaran berterusan pada hukum hakam Allah? Kerana itulah mukjizat Al-Qur'an diturunkan Allah untuk orang-orang yang benar memahami isi kandungannya dapat melihat perihal ini, terkadang Allah datangkan ayat balaghah, majaz atau tamsilan(perumpamaan, contoh, pertanyaan) supaya kita memahami mesej yang dibawakan di dalamnya.

Firman Allah Ta'ala lagi:

'Apakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? 
[Surah Muhammad ayat 24]

Begitulah Al-Qur'an yang hebat untuk mereka yang beriman. Mereka memahami isi Al-Qur'an dari pelbagai aspek dan sudut bagi menghadapi hari-hari dalam kehidupan seharian mereka. 

Iya Al-Qur'an inilah juga mukjizat hebat menguatkan hati orang-orang yang berjuang memenangkan Islam.

Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan dua perkara, apabila kamu sekalian berpegang teguh kepadanya tidak tersesat untuk selama-lamanya, yaitu Al-Kitab (Al Qur'an) dan As Sunnah(Hadis) Rasul-Nya".

Selamat bertadarus Al-Qur'an dalam bulan Puasa 1432 Hijriah ini. Jangan jemu membaca Al-Qur'an. Teruskan membaca wahai pembaca-pembaca yang budiman. Teruskalah, teruskanlah.


__________________________________________

Sekitar pentaswiran tadarus Al-Qur'an oleh 
pemuda-pemuda Mu'tah Bumi Syuhada' ini. Semoga ceria beribadah.

 Alhamdulillah Hari Kedua sudah meneruskan pengakhiran
Juzuk keempat.
 Kelihatan teman saya Ust FH yang mengetuai tadarus
kumpulan B. Kelihatan Tengku dan Maliki juga.
 Ketua panel taranum berlagu nakhwan mengajak saya membaca
Al-Qur'an menggunakan bacaan berlagu syeikh Salah Al-Budair
Imam Masjid Nabawi itu. Haibat ust hakimin.
 Imam Syaukani menghatamkan Bacaan Surah Ali-Imran
kesekiankalinya, sebelum sayonara pulang ke Malaysia esok hari
kerana Allah Ta'ala. Mudah2an Allah permudahkan urusannya akh
Imam besar negeri Perak dari Jordan tu.
 Pabila membaca Al-Qur'an secara berjemaah, rahmatnya menjadi
barakah. Sebab itu perkara afdhol dalam kehidupan adalah berjemaah
Amal Jama'ei semua perkara.
 Ust Andy khusyu' dan tadabbur utk bacaan teman-teman yang lain, 
manakala saya sibuk menggeshoot dari dekat. Ramadhan kareem ya akhi
Allahu akram.
 Akhirnya Imam Syaukani ditaklifkan memberi tazkirah berkelompok
sebelum pulang ke Tanah Air esok hari kerana Allah Ta'ala.
USAH jemu berjuang tu.
 Tengku hakim, abang dari DQ ini bakal menemankan pejuang-pejuang
untuk meneruskan kehidupan di Bumi Barakah Syuhada' ini.
 Dan Akhirnya, para ustaz tadi berkumpul, bagi menjayakan misi Biro
Penerangan(Menteri Penerangan Mu'tah) dalam barnaamij Dedikasi
Ramadhan Karemm.
 Ust kailani yang berjubah Biru Tua inilah yang menjadi Imam buat kami
di Bumi Syuhada' dalam setiap kali subuh berjemaah di Jami' Syuhada'. 
Allahu yubarikk fikk.
 Saudara Izzat merekodkan dedikasi yang dirancang tadi. Insya'allah
tak masuk pun salam perantau TV Tiga suku tu. Kami pilih media
rasmi PERMATA media Alternatif.
Akhirnya, perancangan ala-ala channel 'lau kaanna bainana
al-habibb' berjaya diterjemahkan, Alhamdulillah. Mudah2an 
takbir raya kita nanti takbir kemenangan. Allahumma amin.
[Doakan kami para penuntut ilmi bumi Mu'tah Syuhada' ini iya].
Siiru ala barakatillah.

Support TvPermata.

2 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

wah...seronoknya mcm ni...

ibn suhaimi™ berkata...

seronok beribadah...tentulah...jangan jemu beribadah..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang