31 Julai 2011

Ahad berakhirnya sya'aban 1432 Hijriah yang mulia.

Tepat hari Ahad berakhirnya Sya'aban Mulia.

Ironinya begitulah kedatangan ramadhan yang mulia, Ramai yang menyatakan kerinduan untuk bertemu Ramadhan. Dapat bertemu dengan Ramadhan adalah satu nikmat yang sangat berharga. Rindu biasanya dikaitkan dengan pertemuan, iaitu bertemu dengan yang dirindui. 

Apatah lagi jika pertemuan itu adalah yang terakhir. Ia adalah pertemuan perpisahan. Ia cukup berbeza dengan sebarang pertemuan yang masih ada peluang pertemuan selepasnya. Itulah rangkap bait Ustaz Anhar Opir dalam muqaddimah blognya.

Ramadhan terakhir di Bumi Syam, bagi kehidupan saya, kehidupan penuntut ilmu yang faqir ini, subhanallah..diiringi dengan mengucapkan syukur pada Allah, mahu menghabiskannya dengan keizzahan dalam kehidupan ini.

Arab di bawah bayt(rumah) saya sudah memasang table, untuk persediaan qatayiif mereka, duqqan(kedai) di tepi bayt saya sudah bermacam Qishthoh di jualnya, dari perasa faraulah hingga shammam terdapat semuanya.

Ru'yah Hilal(Melihat anak bulan) di sekitar Syam dan bumi kinanah.

5 Petang tadi (waktu Jordan), diumumkan fadilatus Syeikh, Hakim Besar Imam Hashemite Urdun Dr Ahmed Halil mengistiharkankan pada Sabtu ini, tepat pada hari Isnin yang pertama bulan Ogos tahun 2011 adalah hari pertama Ramadhan di Jordan bumi gersang dilanda panas musimnya ini.

Alhamdulillah, Allah berikan nikmat pada penduduk bumi ashabul kahfi ini, meneruskan perjuangan berpuasa dengan bersungguh-sungguh pada tahun ini.


Bumi Syam-Jordan.

Hakim Besar Imam Hashemite Urdun Dr Ahmed Halil, istiharkan
Ru'yah Ramadhan 1432 Hijriah di Jordan.

Bumi Kinanah-Mesir.

 Tarikh puasa bagi seluruh rakyat Republik Arab Mesir jatuh 
pada 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432hijrah.
  Dr. Syeikh Ali Jum'ah, Mufti Republik Arab Mesir.

Manakala di Bumi Kinanah-Mesir, Dr. Syeikh Ali Jum'ah, mengumumkan tarikh yang sama untuk berpuasa tahun 1432 Hijriah, bagi penduduk bumi Nabi Musa Alaihissalam itu.

Bumi kinanah menyaksikan pelbagai peristiwa menarik dalam sejarah menanti bulan yang dicintai para pejuangnya di sana. Kita doakan teman-teman di Mesir terus thabat mencari ilmu di Bumi Anbiya' disana.

Adapun di tanah air sendiri(Malaysia), Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu bagi pengumuman puasa sudah berganti orangnya, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah dah bersara 6 jan 2011 diganti Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Ironinya juga ketika pengumuman inilah diiringi meriam dan mercun bertalu-talu dari segenap bumi Malaysia-Asia itu.

Bumi Malaysia-Tanah Melayu.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu. Bersilih ganti juga.

Pesanan kerinduan Ramadhan.

Jadual penuntut ilmu yang padat mesti, dipatuhi dengan baik, sesuatu yang menarik sepanjang bersama arabiyah, mereka hormati Bulan Mulia ini dengan sungguh-sungguh, dari berbuka bersama hattalah menghidupkannya mereka mulai faham erti 'fastabiqull khairat' itu.

Pesanan yang baik menghadapi ramadhan yang dinaqalkan oleh teman-teman, anggapkan bulan ini, seperti menanti orang yang paling kita cintai di dalam kehidupan, ungkapan yang baik dari sudut semangatnya untuk berpuasa 30 hari berterusan.

Adapun peristiwa besar di dalam Islam Usah dilupakan iya. Antaranya:

‎. kemenangan di dalam Perang Badar.
. kota Mekah dibebaskan.
. Ketibaan Islam di Andalus.
. Peperangan Ain Jalut yang menumpaskan pengganas Tatar.
. Pembebasan bumi Palestin oleh Salahuddin al-Ayyubi.

Sudah tentu, ramadhan dijadikan jalan untuk kita menarik rahmat Allah, berebut-rebut baiki lompangnya puasa yang lepas, penuhi tuntutannya iya. Mudah-mudahan akhirnya, kita jadi orang yang bertaqwa, mafhum yang lain, orang yang takut pada Allah akan dosa-dosa yang kita lakukan sebelum-sebelum ini. Jalan puasa ini membawa kita menuju pintu yang disedia Allah khas untuk orang berpuasa dan taqwa di dunia iaitu, bab ar-rayyan'.

Dari Abu Hurairah, Nabi Sollallahu alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


“Barangsiapa yang berpuasa ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala maka akan diampuni seluruh dosanya yang telah berlalu.”
 (HR. Al-Bukhari no. 1900 dan Muslim no. 760)

Ramadhan Karemm 1432 Hijriah. Usah jemu beribadah.


_______________________________
Nota Ramadhan 1432 H:

(1) Saya membuat nota di atas ketika sibuk, mengkaji Kitab Colour hijau, karangan Ulama' Jordan Fadilatus Syeikh Hassan Fadhl Abbas untuk imtihan niha'ei madah I'jaz Al-Qur'an(mukjizat Al-Qu'ran). Doakan berjaya iya.
(2) Terbatas masa kalau kita fikirkan perkara yang bermanfaat, begitulah ironinya nafsu memperdaya aqal jika kehidupan seharian diisi perkara sia-sia pula, namun dengan kedatangan Ramadhan bulan ditunggu para pejuang Islam, Jom berebut pahala yang berbeza itu, pada Ramadhan yang sama.
(3) Mudah-mudahan Ramadhan ini menguatkan tasyji' kita seharian. Usah jemu beribadah tanamkan dalam aqal kita itu, insya'allah lebih bersemangat nantinya. Cobalah.
(4) Ramadhan karemm. Allahuyubarikk fikumm jami'ann. Kullu amm wa antumm bilkhoir.



2 komenan:

cik sakura berkata...

salam ramadhan dari cik sakura dan keluarga..selamat berpuasa ye..

ibn suhaimi™ berkata...

Wsalam warahmatullah...

Terima kasih untuk sekeluarga cik sakura...didoakn sentiasa bersemangat mencari IBADAH dalam bulan mulia ini.

Allahumma amin..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang