18 Julai 2011

Catatan sya'aban.

Jaga Hati iya.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Suhu sekitar 18 ke 20 darjah celcius menemani saya tika malam bulan sya'aban barakah ini.

Sekitar Kuliah Musim panas.

Imtihan thani subjek I'jaz Al-Qur'an Al-karim dihabiskan pagi tadi dengan kerutan dahi berjemaah dengan kawan-kawan, soalan insya'ei Dr.Muhammad Tholib As-surairah Dr.Masa'id Phd dari Universiti Damascus betul-betul memanisfestasikan desiran emosi yang berubah-ubah di Musim Panas ini, Subhanallah. Apa yang saya harapkan buku hijau karangan fadilatus Syeikh Hassan Fadhl Abbas(Al-marhum) digunakan saya untuk kebaikan diri dan orang lain satu hari nanti.

Duktur Mustafa Abu Zaid pula sentiasa mencerahkan fikrah saya dan 4 orang syabab malizi dalam kelas Dirosat Hadis Sunannya, Duktur Mahmud Ar-Ruwaidi pula asyik bersyarah tentang ketamadunan Islam dalam subjek Hadarah Islam. 

Tiba-tiba saya teringat Islam Hadhari, sudahlah dari sudut istilah pun salah, Tamadun + Islam itu yang sebenarnya. Bukan Islam tamadun, pakar bahasa arab pun jadi marah tau.

Inilah Musim Panas terakhir saya di bumi syam, dan inilah yang saya hadapi seharian diwaktu kuliyyah hari ahad ke khamis tanpa jemu. Subhanallah, ramai alim ulama' mengatakan masa itu kehidupan, rupanya saya sudah tinggalkan banyak pengalaman di bumi ini. Ini bermakna saya sudah lupa tanah air? tidak sama sekali, Tanah Air tetap ku nanti dengan penantian harapan.

Catatan Sya'aban.

Banyak didapati, keberkatan peristiwa bulan sya'aban yang sengaja kita lupakan, dalam maksud yang sama kita terlupa, semua ini disebabkan hegemoni(pengaruh negara barat) dalam sistem kalender gregorian miladi masihinya.

Oleh itu kita jarang ingat, sya'aban berlaku peristiwa:
(1)Malam nisfu sya'aban.
(2)Pertukaran kiblat dari Masjid Al-Aqsa-Masjidil Haram.
(3)Ghazwah zat ar-riqa.
(4)Ghazwah bani mustaliq(kaum yahudi di Madinah).

Perkara ini mesti diingatkan dari semasa ke semasa, agar ummat Islam tidak lalai sebenarkan kehidupan mereka setahun merintis ibrah perjalanan/sirah Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Bulan Sya'aban adalah bulan keduabelas setelah usai Rejab yang barakah. masih teringat artikel saya tahun lalu(ini) tentang perihal hati yang mesti saya jagakan.

Akhirnya teman-teman pulang.

Tidak bercadang ingin syarahkan peristiwa diatas, kali ini hanyalah sebagai catatan hati saya sendiri.

Rupa-rupanya teman-teman sebatch saya sudah meneka-neka tarikh untuk tasjil(daftar subjek) madah fasa syita' nanti, dalam mafhum yang sama mereka bakal pulang berjemaah ke kampung halaman sempena cuti panjang ramadhan kali ini, tinggallah beberapa kerat pemuda harapan arab ini dibumi asing, bagus ada yang pulang untuk tugasan imam di malam ramadhan di masjid-masjid pilihan. Ini antara pekerjaan yang usah dipandang rendah kelebihan lepasan Jordan ini, dari imam hingga naik ke mimbar semuanya boleh mabruk teman-teman saya, ustaz sayyid, fakhrul hayyi, syaukani, sobri dan lain-lainnya.

Ironinya, persediaan puasa kali ini lebih bermakna buat mereka yang tinggal di Jordan, usahlah gusar adik-adik tahun satu, yang mengira berapa orang yang akan meneruskan puasa di bumi syam ini, qatayyif dan qishthoh boleh menemani kita menggantikan rindu pada karipap dan pulut panggang Malaysia.

Tinggallah yang ada meneruskan kehidupan mereka, alhamdulillah termasuk sayalah tu, pengalaman lepas menghadapi puasa dalam fatrah imtihan akhir sangat menggugat hati, siapa kata tidak boleh mengalirkan air mata berjauhan dengan keluarga di Bulan mulia itu?Akhirnya saya sudah lali hal itu, saya lebih rela malu dengan 3 sahabat baginda yang syahid, dimaqamkan dimazar itu dari mengenang nasib diri sendiri. Terus motivasi naik mendadak!.

Dan terkini, sebelum menjelangnya Imtihan Niha'ei pada 30/7 dan 1/8 haribulan ini, saya sudah ditawarkan Presiden MPPMJ(ini) untuk sama-sama sertai rehlah memburu lailatul qadar, 10 malam terakhir di Bumi barakah haramain.

Kalau diizinkan saya akan bersama ke sana dengan teman-teman menghilangkan kegundahan hati demi dekat padaNya, lebih menghairahkan turut sama kali ini ialah Ustaz Anhar Opir Calon Phd di Amman turut ke sana, kami akan dihidangkan 'talaqqi matan arba'in nawawi' di Masjidil Haram dengan Ustaz Anhar(ini).

Saya bakal mencipta hatrik ke tanah suci kesekiankalinya, cuma saya berfikir, ramai yang mampu ke tanah suci, tetapi sedikit yang mencari ibrah disana, terutamanya dalam hal perjuangan Islam yang mesti dikerjakan istiqomah, menjadi tanggungjawab pemuda-pemuda Islam kini.

Musim panas terakhir.

Perjuangan menuntut ilmu ini, sungguh hebat bagi mereka yang tabah menghadapinya, selalunya meraka antara orang yang terpilih, percayalah mereka punyai prinsip yang teguh, kerana ilmunya itu nanti bakal dicurahkan untuk kemaslahatan masyarakat.

Perjuangan sebenar pula adalah sangat panjang, tetapi kita akan merintisnya perlahan-perlahan, percayalah demi menjadi mata rantai perjuangan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Insya'allah saya tetap ingat, musim panas inilah pahala berganda yang Allah berikan secara percuma pada saya penuntut ilmu ini, walaupun panas membahang ia bukan lagi rintangan, ada pengajaran kisah musim panas dan ia adalah nikmat yang mesti disyukuri, walaupun kalimah khusus pada orang quraisy di zaman dulu tetapi umum lafaznya pada kita hari ini, disebut jelas oleh Allah Ta'ala:

'Iaitu kebiasan mereka melakukan perjalanan perniagaan dimusim
sejuk dan panas'[surah al-quraisy ayat ke-2].

Allah memberi gambaran orang quraisy melakukan perniagaan atau berdagang ke yaman musim sejuk dan ke syam(syiria,jordan,palestin,lubnan) pada musim panas.

Sesuatu yang menarik Allah berikan nikmat pada mereka(orang quraisy) untuk berniaga dengan musim yang Allah jadikan, maka akhirnya Allah memerintahkan agar mereka bersyukur sebagai tanda terima kasih, maka musim panas terakhir ini jugalah yang mesti saya panjatkan syukur padaNya, bukan senang terima terikan mentari terik membakar kulit, yang musimnya tiada di Tanah Air sendiri. Maka Ya Allah jadikan aku orang yang bersyukur di Musim Panas ini.

Pesanan Sya'aban.

Bulan ini persediaan jasmani, mental bagi seorang pejuang Agama Allah, untuk ke bulan seterusnya itu, banyakkanlah amalannya lagi, manifestasikanlah ibadah, puasa sunat, bertaubat dan istighfar,  berzikir dan berdoa, lakukanlah amalan baik dan istiqomahkannya, kalau rajin sedeqah istiqomahlah, rajin bagi kucing makan pun istiqomahlah. Pahala istiqomah tetap dipandang disisi Allah Yang Maha Pemberi Rezeki, Pengampun serta Penyayang.

Teruskan langkahan, Usah cepat berenti.

Kata teman saya, dalam setiap langkah ialah KEJAP, CERMAT dan RENDAH HATI.

Dalam KEJAP langkahmu, ia teguhkan peribadimu memberikan keberanian dan keyakinan dalam hidupmu. Ia simbol kecekalan kalian.

Dalam CERMAT itu langkahnya melambangkan kesopanan dan kesantunan diri, yang melambangkan nasihat dan tasyji' motivasi setiap hari ke dalam diri.

RENDAH HATI pula sehebat sifat langkah itu, supaya kita sentiasa tunduk pada Pencipta kita, hati yang sentiasa diisi dengan ketundukkan takkan merasa sombong dalam setiap tapak. Rendahkan diri kita supaya sentiasa termasuk golongan yang didoakan Rasulullah SAW, sedikit yang bersyukur, dan mereka itulah yang selalu merendah diri. 

Salam Nisfu Sya'aban. USAH jemu beribadah iya.

____________________________

(1)Beberapa hari lagi menjelang peperiksaan akhir dan juga Ramadhan barakah. Mudah-mudahan saya lebih bersedia, Allahumma amin.
(2)Al-Fatihah buat Dr.Pearl, Dr Mutiara aka Dr.Lo'Lo yang kembali ke rahmatullah, doakan Allah letakkannya bersama para Syuhada' yang berjuang atas landasan yang sama dengan beliau.
(3)Para muslimah masa kini mesti berusaha melahirkan rijal yang sanggup mewakafkan diri untuk Agama Islam lihatlah Zainab Al-Ghazali Tokoh muslimat dari Barisan Ikhwan Muslimin dengan kisah hidupnya.
(4)Jomm berusaha meningkatkan amalan yang hebat di Ramadhan bakal menjelma ini umpama menanti seseorang yang kita cintai dan sayangi.



5 komenan:

cik sakura berkata...

info yang berguna..terima kasih tambahkan ilmu pengetahuan cik sakura..

ibn suhaimi™ berkata...

okey cik sakura...mudah2an ade manfaat yer

ibn suhaimi™ berkata...

Saya doakan cik sakura dalam keredhaan Allah sentiasa..

ibn suhaimi™ berkata...

Satu lagi pesanan...jangan lupa tambahkan saham yang banyak menjelang bulan barakah nanti ye..

Umpama menanti orang yang kita cinta dan sayang..

ibn suhaimi™ berkata...

USAH jemu menulis..:)

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang