14 Julai 2011

Doa apabila ditimpa dukacita dan gelisah.

________________________________

 Si anak kecil juga mengetahui apa masalah 
yang dialaminya dan berusaha menyelesaikannya. Itulah fitrah.
______________________________________________


Sesuatu yang menarik, dapat dipelajari dari kisah pengorbanan satu kaum yang Allah janjikan pahala berterusan dan ganjaran syurga yang kekal di akhirat nanti.

Begitulah kaum ansar(Madinah), yang kita ketahui pergorbanan mereka kepada golongan muhajirin(Makkah)dalam peristiwa hijrah yang bersejarah, ada yang menyumbangkan tanah, ada yang menyumbangkan tenaga, ada yang sanggup menginfaqkan hartanya, ada pula yang mewakafkan diri hanya untuk Allah dan RasulNya, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam sangat menhargai pergorbanan kaum ansar ini.

Kaum ansar adalah satu kaum yang dicipta Allah, supaya tidak banyak merungut dalam kehidupan, qanaahnya(bersyukur apa yang ada) sangat hebat, patuh, sabar dan taat pada arahan RasulNya. Kalau ditanya sendiri pengunjung Masjid Nabi semasa ziarah di Madinah, kita mendapati Madinah satu bandar yang penuh cahaya, iaitu cahaya kesabaran dan ketenangan dari para penduduknya yang asal.

Mereka beriman dangan firman Allah Ta'ala:


'Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan
Allah untuk kami. Dialah pelindung kami'
[Surah At-Taubah:51]

'Kepada Allah sajalah kami bertawakal'
[Surah Al-A'raf:89]

'Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung'
[Surah Ali-Imran:173]

'Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah'
[Surah Al-Ghafir:44]



Doa yang diajarkan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam:

Di dalam kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi rahimahumullah, ada dinukilkan tentang zikir dan doa tentang sesuatu perihal yang apabila ia terjadi, iaitulah bacaan doa yang diajarkan Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam apabila ditimpa dukacita yang teramat dalam kehidupan. Terutama dalam perjuangan.

Wurud hadis tentang doa ini, adalah dari Abu Musa Al-Asy'ari R.A berkata apabila beliau mendengar sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

: من أصابه هم او حزن فليدع بهذه الكلمات يقول
'Sesiapa ditimpa oleh perasaan sedih dan duka, maka hendaklah ia berdoa dengan menyebut kalimah-kalimah ini':

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ، وَجَلاَءَ حُزْنِيْ، وَذَهَابَ هَمِّيْ

'Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu(Adam), anak hamba
perempuanMu(Hawa). Ubun-ubunku ditanganMu, keputusanMu berlaku padaku, 
qada'Mu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan (menyebut) tiap-tiap 
nama yang engkau berikan kepada diriMu atau yang engkau turunkan dalam kitabMu,
atau yang engkau ajarkan kepada seseorang daripada makhlukMu, atau yang
engkau simpan pada perbendaharaan Ghaib dari IlmuMu,
agar engkau jadikan Al-Qur'an sebagai pententeram jiwaku, cahaya didadaku,
pengusir dukaku dan penolak kesedihanku'


_________________________

Nota dan tasyji'

(1)Jadilah kita hamba yang sering qanaah dalam kehidupan.
(2)Ramadhan bakal menjelang tiba, ubah kegundahan yang jika ada dalam diri, teruskan berzikrullah iya.
(3)Ramai alim Ulama' menyarankan pada kita supaya berbuat BAIKLAH pada orang lain HATI ANDA
akan menjadi LAPANG.
(4)Doakan kami pelajar n penuntut ilmu berjaya dunia akhirat iya. Makasih ye, amalkanlah doa yang ma'thur ini pabila hati dilanda kegundahan. Supaya gelisah bernilai IBADAH.


1 komenan:

ibn suhaimi™ berkata...

Selamat menikmati nifsu sya'aban yang barakah.

Allahuyusahhil alaikum jaami'ann

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang