05 Ogos 2009

'jom menjaga hati pada bulan sya'aban'

Jaga Hatimu supaya ia tidak mati. Hati mengambarkan peribadimu.



Marilah kita memulakan dengan doa yang paling afdhal dalam suasana menunggu ramadhan kareem ni
"اللهم باركلنا في شهر الرجب وشعبان وبالغنا في شهر الرمضان " inilah doa yang paling sesuai pada bulan ini, yang mesti diungkapkan dengan jelas oleh orang yang beriman, mudah-mudahan kita sentiasa diberi petunjuk diberkati Allah SWT, rasanya semalam sahaja baru masuk bulan sya'aban ni....allahu robbi rupa-rupanya...masa sungguh singkat, apatah lagi terasanya bagi mereka yang benar-benar beriman serta percaya dgn maha benarnya firman Allah swt yang bersumpah dengan masa dalam surah al-asr itu.


Dan insya'allah n3 kali ni...mmg ana nk bagi perihal masalah hati, kalau sbelum ni...masalah ini yg sering ana utarakan...iaitu menjaga hati dari sifat sombong, kalaulah sebelum ni kita masih ada sikap spt ni dalam diri kita, ana haraplah segera kita redakan dgn kaedah2 yg di ajar sniri dalam Islam...kalaulah kita boleh mencegah sakit kencing manis, mencegah darah tinggi, serta mencegah dari terkena penyakit yg akhir2 ini yg disifatkan sebagai bala' dari allah taala, menjaga kehenseman n kecantikan diri, kenapalah kite dok jage hati kita dari sifat2 mazmumah, sombong terutamanye...serta mencegah darinye...kan kite byk kali dgr "mecegah lebih baik dari merawat"...asbab itulah, perkara pertama dilakukan oleh malaikat Jibril as membedah dada Nabi Muhammad saw supaya dijauhkan sifat mazmumah pd sifat baginda..dan wajib bagi kite ni ambil peristiwa itu sbg ibroh, mnnjukkan sifat manusia yg tak sempurna ni adanya sekelumit masalah hati yg sering berbolak-balik...


Memang banyak kali jugakla...perkataan terkini digunakan oleh anak muda la ni, jikalau kita dok tegur@tak menyapa@tak sms@wat taktau time berjumpa mrk...pastu senang je mrk kabo "sombongla dia ni, tak sempoila ust ni, anta ni..tak penahnya nk nanye hal2 kami sombongla..beliau ni dh la sombong takmau bergaul ngan kami plak tu.." biasenya inilah perkataan inilah yg kite dapati...adakah dgn sikap tak bertegur@tek sembg2 sampai masuk waktu solat, kite wat taktau@tak nanye hal2 sahabat kite yg dah lame tak jmpe sejak amik sijil berhenti sekolah rendah aritu sama2, org tetap menganggap kita sombong tahap hidung tertinggi?


Sebab itulah bagi kita yang faham...msti diajarkan pada org ramai...terutama kita yg duk peringkat tinggi ni...berapa ramai yang duk tahap pengajian tinggi, tapi masuk kampung suh bergaul ngan makcik@pakcik ada lagi rasa malu2 pastu mak dia suh gi kenduri...dia kabo tak standard la, kat kenduri dah ada ramai orgla, ptugas masak2 dah cukupla, saya masak takla sedap mane, sedih tau dgr gini, ada lagi teruk..kajian dilakukan secara tak terlangsung masih ada lagi ank muda yang taktau nk solat jenazah...awalaupun ianya fardhu kifayah, da satu kes boleh pulak beliau gi ruku' n sujud time soalt jenazah, dia kabo lebih pahala utk si mati...


:Mohla kita yang ada sedikit ilmu ini, kita berkongsi...mudah2an dapat disampaikan pada yang lain, malam tu ana engat lagi time bagi tazkirah, saja nanye ahli musolla" apakah hukum memelihara lintah?'' huhu terpingga2 mrk, saje nanye agar percambahan ilmu berlaku...mmg tekad kali ni nk letak n3 hok pasal masalah hati ni...sbb menda tak terasa bagi analah org yang menyampai sedikit dakwah berunsur mentazkiyah diri sniri n org lain...kalau dah type ni...mmg mcm nk bagi kuliah je ana ni...skg mai kita bace artikel ana ni...sama2 sambil gerakkan mulut untuk membaca dan tanamkan dalam hati supaya sebati n mudah dihadamkan..


Hati adalah penghulu seluruh anggota. Di dalam hati itulah tersimpan semua asas akidah, akhlak, niat baik dan niat yang tidak baik. Selagi hati itu belum dibersihkan (disucikan) dari sifat-sifat buruk dan tercela, serta menghiasinya dengan sifat-sifat yang baik dan terpuji, maka kita tidak akan merasakan kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.


Allah SWT berfirman yang bermaksud, 'Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan yang membawanya kepada) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu (dengan iman dan amal kebajikan), dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya (dengan sebab kekotoran maksiat)'. (Surah asy-Syams [091], ayat 7~10)


Banyak akhlak dan sifat yang tercela yang seharusnya kita hindarkan dari hati. Di antara penyakit-penyakit hati yang berbahaya ialah sifat sombong. Sifat ini adalah sifat yang dimiliki oleh syaitan yang terkutuk sebagaimana firman Allah yang bermaksud, 'Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat : ‘Sujudlah (beri hormat) kamu kepada Adam.’ Maka mereka sekaliannya sujudlah (tunduk memberi hormat) melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir'. (Surah al-Baqarah [002], ayat 34)


Allah membenci hamba-hamba-Nya yang sombong sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, 'Tidak diragukan lagi bahawa sesungguhnya Allah mengetahui akan apa yang mereka rahsiakan (sembunyikan) dan apa yang mereka zahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong (takbur).' (Surah an-Nahl [016], ayat 23)


Allah juga berfirman yang bermaksud, 'Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong / memandang rendah) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh (berlagak sombong). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong (takbur) lagi membanggakan diri.' (Surah Luqman [031], ayat 18)


Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud, 'Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya terdapat sebesar biji sawi dari sifat sombong'.


Al-allamah al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad mengatakan bahawa sifat sombong itu senantiasa terpendam di dalam hati, tetapi ia memiliki tanda-tanda yang dapat dikenali oleh orang, di antara tanda-tandanya iaitu :
  1. Merasa bangga melihat dirinya maju (berjaya) lebih dari orang lain.
  2. Suka menonjolkan diri terhadap orang lain.
  3. Bila menghadiri majlis, minta dikedepankan.
  4. Jika berjalan, bersikap angkuh.
  5. Membantah bila ditegur orang lain, meskipun ia salah.
  6. Tidak mengindahkan nasihat.
  7. Suka menindas orang yang miskin dan lemah.
  8. Selalu menganggap dirinya benar dan tidak pernah salah.
  9. Suka memuji-muji diri sendiri.


Sahabat2 seandainya kita menjadi orang yang paling bertakwa kepada Allah SWT serta memiliki ilmu yang luas dan amat banyak amal ibadahnya, kemudian kita menyombongkan diri terhadap orang lain dan membanggakan diri atas kelebihan-kelebihan yang kita miliki, nescaya Allah akan menghapus ketakwaan kita dan membatalkan ibadah yang telah kita lakukan.


Apalagi kalau yang sombong itu orang yang jahil (bodoh). Lebih-lebih orang yang menyombongkan diri dengan ketakwaan dan kesolehan datuk-datuknya, sedangkan dia sendiri tidak beramal, maka itu adalah kebodohan yang luar biasa. Seluruh kebaikan berada dalam sifat rendah diri, khusyuk, dan tunduk kepada Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda : 'Barangsiapa yang merendahkan diri, nescaya Allah akan mengangkatnya, dan barangsiapa yang menyombongkan diri, nescaya Allah akan merendahkannya'.


Suka berdiam diri dan bersembunyi, serta tidak suka kemasyhuran atau populariti adalah sifat orang-orang mukmin yang soleh..janganlah pula jika ada kefasadan serta kemaksiatan zahir serta jelas di depan mata terpaksa kita diamkan..maka disitula terletaknya tahap keimanan kita..sama ada sedia untuk mengubah@melarang@menegur...marilah kita berdoa agar dijauhkan sma sekali sifat mazmumah iaitu sombong diri ini...


Salam Nisfu Sya'aban. USAH jemu beribadah.



0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang