Barnamij Di Pantai Aqabah Selatan Jordan.
Memenuhi barnamij di Hujung minggu lalu membuatkan saya terhibur, tambahan pula bersama sebahagian besar ahli-ahli Badan Kebajikan Anak Selangor Jordan yang hadir[Tekan Ini].
Inilah antara barnamij anak-anak negeri yang merapatkan segala ukhwah islamiyyah yang ada di kalangan Anak-anak Selangor di Negara Jordan Al-Hasyimiyyah, kami tetap membawa agenda kerajaan Negeri di Bawah Pakatan Rakyat, Berkebajikan terhadap semua Ahli. Alhamdulillah, setakat ini sahaja kebajikan Ahli begitu menampakkan kemajuannya, cuma mahu pertahankan prinsip dan dasar Kerajaan Selangor iaitu negeri yang kaya dengan kepelbagaian Ekonominya. Dan utama pesanan saya pada teman-teman yang dberi dermasiswa waimmalah zakat rakyat dari Kerajaan Negeri maka gunakanlah sebaiknya iya. Ingat molek tu.
Usaha para penuntut ilmu.
Walaupun menghadapi Imtihan yang meruncing sokmo, tetapi masih lagi diberikan masa yang cukup bagi mengelak deprasi iaitulah rehlah untuk bersama semua anak-anak Selangor di Jordan berhimpun-santai di tepi Pantai yang berhadapan dengan Negara haram Israel itu. Mengmabil ibrah setiap kejadiannya.
Tidak mengapa, tapi kenapa perlu mengiktiraf negara yang diharamkan Allah itu?! Walaupun kita sedia maklum dan tahu sangatlah, sistem politik pencaturannya(Israel) mahu mendapatkan air yang berharga dari Bumi Syam ini. Sudahlah Jordan terkenal bumi kering Kontangnya, mahu lagi dicuri airnya, itulah dasar Makhluk Allah yang derhaka. Marah saya kerana Allah terhadap mereka yang membunuh anak-anak Palestin itu.
Ibrahnya mari kita hargai Air yang ada, ia kejadian Tuhan kepada semua makhluknya bukan khusus pada makhluknya yang tertentu sahaja.
Dan sudah adiyy(biasa) bagi kami pelajar Jordan menggunakan air di tahap paling kritikal, yang wajib-wajib saja cukuplah, kerana memahami setuasi pentingnya air disini, sehingga mandi pun sudah satu setengah liter menjadi probably, berwudhu' dengan segelas cawan memang mengajar erti menggelakkan pembaziran, begitulah kami di Negara Arab. Mudah-mudahan akhlak baik ini beristiqomah. Allahumma amin.
Sengaja saya sentuh isu air, kerana tahu ia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling berharga ketika di Bumi Jordan ini, bahkan makhluk ini diperlukan di mana-mana juga, dan Pantai Aqabah sahajalah tempat yang punyai sumber air yang banyak, maka seruan saya supaya teman-teman ahli BKASJ bumi ini segera ingat air juga makhluk Allah, supaya akhirnya kita memuliakan air sebagai sumber keperluan asasi makhluk kerana Allah berfirman;
Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?(Al-Anbiyaa: 30)
Dan Firman Allah juga;
Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu ia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya). (Al-Nahl 16: 65)
Mudah-mudahan para agamawan dan ilmuan seperti kami bakal membawa kepelbagaian ilmu dan pengalaman 'life student' untuk rakyat khusus di Negeri Selangor Pakatan Rakyat nanti, inilah masa menimba dan mengutip mutiara ilmu ketika berada di bumi Mediterranean bermusim 4 ini. Doakan saya berjaya iya teman-teman blog pembaca setiaku.
Harithoh(peta) Pantai Aqabah yang menunjukkan paling selatan di Jordan.
Bermalam di Coester sedari jam 1 pagi dan akhirnya sampai ke Hudud(Border) Aqabah di Selatan Jordan, Alhamdulillah semuanya selamat, dan pagi penuh barakah itu di temani sinaran mentari yang panas dan suam, menandakan musim sejuk bakal berakhir lagi.
Ustaz Shuk, pembakar semangat.
Pagi sabtu diteruskan dengan Barnamij Ukhwah yang memberi sepenuh penghargaan kepada semua Ahli BKASJ, mabruk alaikum ajma'iin. Dan afkarul asya' paling best, Pengisian kuliah Pagi oleh bekas YDPnya iaitu teman saya ustaz Shukri Roslan, dari Parlimen Shah Alam, beliau yang ala-ala comel itu mulai menyedarkan ahli tentang kekuatan Ruhhaniyyah, ketaatan pada Ibu Bapa semasa berjauhan, kepentingan dan kesedaran kehidupan pelajar Luar Negara serta Doa di Bumi syam yang penuh pemakbulan ini.
Paling disentuh perihal autoriti atau awlawiyyat selaku anak bangsa Negeri Selangor yang bakal menjadi perumpamaan 'bagaikan sirih pulang ke ganggang' nanti. Berjuang untuk Islam dan masyarakat, Mabruk ustaz Shuk, teman yang hebat dari Universiti Al-Albayt Mafraq, a.k.a setiausaha Agong MppmJ. Bakal pulang dan berkhidmat di Pusat Khidmat Masyarakat demi Mujtama' pula katanya nanti.
Inilah yang dicari.
Tersenyum puas betul, benarlah kata kawan-kawan, Pantai Aqabah itu penuh dengan habibat tumbuhan laut yang dahsyat, apa lagi, monolog hati saya membentak-bentak tanda sesuatu bakal di dapati. Terima kasih kepada ustaz Afiq a.k.a Duktur hub a.k.a Presiden Mppmj[Tekan ini] itu kerana berjaya menemani saya mendapatkan janbari yang best. 1 Kilo bersamaan 5JD mahupun RM20 tu, huh walaupun ghal jiddan(mahal beno) oleh sebab sudah lama tak nampak, memang berbaloi dan sekali jumpa memang teruja. Alhamdulillah.
Insya'allah puasa sunat khamis nanti akan saya gunakan sebaiknya, sama ada masak lemak tanpa cili padi, masak merah, gulai kari waimmalah goreng begitu sahaja, ala-ala bujangsenanglagimudah. Inilah yang dicari.
Akhirnya Insya'allah akan datang kita para pemuda berjumpa lagi di Barnamij BKASJ di Aqabah yang ketika itu kita akan masuk Palestin teruslah iya. Jom Pertahankan Kerajaan Selangor yang Berkebajikan.
Sessi Pentaswiran di sekitar Pantai Aqabah.
Ustad Shuk a.k.a SU Mppmj itu, seorang yang berhati
mulia, berjiwa besar orangnya, orang parlimen S.A tu.
Mungkin bakal mengganti YB yang sedia ada ini:)
Inilah orang kata, alang-alang mandi biar basah,
alang-alang jumpa pantai biar main puas-puaslah.
Keceriaan teman-teman sekutu BKASJ bertambah mutu
diBawah Negeri Selangor Pakatan Rakyat.
Keluarga besar anak-anak Selangor di Perantauan.
Selangor Maju di Bawah Negara yang berkebajikan.
Saya pun anak jati Selanjurr tau.
inilah dua orang ustad yang punyai jatidiri tinggi di tepi
Pantai Aqabah, cita-cita tinggi mahu kembalikan
Aqabah yang under controlling by Isreal itu ke tangan
Negara Islam semula. Amin2.
Inilah janbari yang saya maksudkan di atas tadi.
janbari dipanggil bahasa arab amminya, kalau
bahasa melayuwiyyatnya ketamlah. Kan ada perumpamaan 'Umpama ketam
mengajar anaknya berjalan'. Camtulah saya kadang2 tau.
Doakan saya berjaya sokmo okey. Rehlah satu Ibadah.
3 komenan:
slm ust firdaus..seronok sakan noo..g aqabah x ajak che' sekali..takpe2 :(
to>Ehsan yahaya: Akhi enta kena jadi orang selanjurrlah if mahu ikut ke Aqabah iya..barakallahu fikk
salam. bila disebut al-anbiya':30, teringat pesakit2 kat hosp. Jika nk resuscitate/stabilize pesakit2, we give them normal saline/ringer lactate, atau istilah melayunya, 'kena cucuk, masuk air dalam badan'. betapa pentingnya air kpd manusia, relate kpd asal kejadian manusia drpd air. manusia boleh mati andai tanpa air dlm ms kurang seminggu. wallahu A'lam.
Catat Ulasan