26 Mac 2011

Fiqh of the day.

Anak-anak wajib diajar dengan ilmu agama sedari kecilnya..
nanti sudah besar agamalah yang membimbingnya.


Pendahuluan.

Bismillahirrahmanirrahim, dimulakan, mudah-mudahan ummul ayat Al-Qur'an bagi permulaan setiap surah itu, memberi kekuatan untuk saya sentiasa senang menulis, kerana setiap satu ayat dari Al-Qur'an itu ada i'jaznya, ada mukjizatnya.

Mengenai Pernikahan.

Ketika rintik-rintik frost menerbangkan jisimnya di angkasa Bumi Syuhada' ini, membawa maksudnya kesejukkan dikala ini sangat dahsyat kembali menerpa, ramai sangkaan teman-teman saya, bahawa mana mungkin Hujan turun buat kesekiankalinya lagi, dari kejauhan jalan masuk ke Jamiah, pokok-pokok bunga sakura Jepun dapat dilihat jelas. Merah keunguan warnanya.


Walaupun saya berada di Jordan bukan di Jepun, hal ini mentahdidkan Musim Bunga bakal menjelma. Rupanya kuasa Allah mendahului, kerana dia sifatnya Al-Malik, Yang MAHA BERKUASA, subhanallah. Hujan turun lagi, kali ini membawa barakah, pengharapan semua ahli barunya agar dibawa salji putih sekali. Teruskanlah berdoa sahabatku, kemudian bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan, sebagaimana firmannya;




Pagi ini saya teringat Kuliyyah yang agak saya lazimi di bumi Terengganu itu, terasa sungguh zhuq' TGHH yang menjadi murobbitun pada setiap kuliyyah Jumaatnya,di Kampung Rusila itu, pantas betul masa berlalu.

Dulu-dulu saya sangat berhati-hati setiap pagi jumaat ke Rusila(kampong yang mendamaikan), takut-takut ada orang mengaitkan saya terlibat mana-mana parti politik, kerana zaman itu, ada manusia sifatnya tidak boleh samakan Politik dengan Agama, politik lain agama lain, entah apa dalam benak fikirannya itu. Akhirnya tersenyum sendirian saya ketika itu. Saya rindu ke sana bersama sahabat-sahabat, din, amri, hasbi dan lain-lainnya.

Ada satu hari, motorsikal kesayangan saya yang ditunggangi setiap kali ke kuliyyah itu bocor tayar belakangnya, sehinggakan saya sukar balik semula ke kampus, dan akhirnya di tanya teman-teman lainnya ke mana menghilang, jawabn saya ringkas; pergi 'nikahkan orang'. Itulah jawapan spontan namanya, semua tersenyum mendengarnya, bahagia betul rasanya.


Kalau namanya bab munakahat mesti tak kering airluirnya, Khairul Anuar kumpulan thesis bersama saya pun keriangan dengan jawapan itu, walaupun ketiadaanku disisi mereka dalam menyiapkan sub-paperwork thesis , itulah demi harga sebuah pengalaman. Diluar ini memang sentiasa memikir-mikir sahaja.

Mana bab nikahnya ustaz? maudu'nya dah best, cepatle..kata monolog hati pembaca(yang berstatus bujang) di blog setia saya ini.

Tiada apa ingin dinukilkan, hanyalah sebagai sajian santapan bagi mereka yang hendak bernikah, mahu berwalimah, sudah berumah tangga, dan beberapa tahun pun berkahwin dan beranak cucu. Waimmalah mereka yang mahu mengkaji sebaiknya. Supaya faqih dengan isu yang berlaku.


Bagi yang sudah tiba masanya, nanti kalau orang persoalkan tentang Hal Nikah Perkahwinan min bab munahkahat, jangan terkapai-kapai pula mahu menjawab iya.

Nakal betul kawan-kawan saya yang suka menggalakkan terbinanya Baitul Muslim acuan islam ini, dan ramai betul teman-teman saya tidak menghabiskan sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam itu;

Syarah sampai, 'manis ta ta'minkum al baa'ah fal yatazawwij', kemudian dan-dan aje tulis cepat-cepat 'aww kama kal' (penulis hadis tahulah ini), dia tak tahu bakal zaujahnya nanti Pakar Hadis, PHD Universiti Urduniyyah lagi.

Maka terjadilah dialog yang biasa-biasa atau jarang-jarang jumpa;

'itulah awak dulu-dulu masa mula-mula niqah dengan saya, amik Part satu je Hadis tu, Part kedua 'waa man lam yas ta ti'fa alaihi bis soumm fainnahu lahu wa ja'aa' nak letak mana?! kan susah sekarang ni, semua budak-budak muda guna ayat depan ajer leni, ni sumer awaklah ni, trainer yang bagi Planning Motivationlah konon kat diaorang nih'!, marah ala-ala manja, gurauan si isteri berPHD Hadis itu tadi.

Khulasahnya, Hadis yang menceritakan Rasulullahi memberi galakkan, agar setiap orang muda yang mampu(ada kemampuan berkahwin dan bertanggungjawab) lakukanlah pernikahan itu, JIKALAU tidak mampu berpuasalah ke atasnya, inilah keabsahan serta senjata ampuh melawan nafsu, ingatlah nafsu menjadi lemah bagi pemuda-pemudi yang berpuasa. Semangatlah sering berpuasa sunat, Barakallahu fikumm ajma'iin.

Ibrahnya, dalam mentahkik sesuatu hadis demi menghadaminya, hafal sekali matan dan sanadnya, kemudian baca dengan habis serta amalkannya. Insya'allah dipermudahkan. Nanti bolehlah praktikkanlah Hadis ini di mana-mana anda berada iya, hadami molek-molek, ingat jangan part awal-awal aje iya. Istiqomah insya'allah.


Perihal Nikah yang mengikut Kristianisasi.

Bebarapa masa yang lalu, berlaku isu di mana seorang ahli majlis fatwa disesebuah negeri menyatakan, perihal Nikah di dalam Masjid telah menyamai cara perkahwinan kaum al-maseh(kristian) yang berkahwin di dalam gereja.

Persoalan makin timbul, pastinya, dan yang wajib bagi anak muda yang belum berkahwin, malah kursus perkahwinan pun tak sempat sampai, perasaan makin kecewa tambahan pula ilmu agamanya tiada di simpan dalam benak kepalanya. Kenapa persoalan ini ditimbulkan?Macammana iya berlaku? Ini ada hal apa?Tak pernah siapa timbulkan sebelum ni, pelbagai spekulasi timbul dan tenggelam. Adakah saya akan menjawabnya, tidak, saya mahu selesaikannya? lagi tidak, siapa saya.Maka selaku mahasiswa yang menuntut ilmu kajian diperlukan supaya otak menjadi rencam dan fikrah menjadi tajam. Itu sahaja nasihat saya.

Mulai membedah,

mulai merencam,

dan mulai mengkaji,

Semoga Allah berkati. Allahumma amiin.


Disebabkan negara kita paling sihat dan subur mengamalkan Mazhab Imam As-syafe'i Rahimahumullah, maka perbincangan tersebut mengikut kaca Mata Mazhab Sya'fei, kemudian diikut pandangan Ulama' lainnya, supaya celik mata kita tentang khilaf, dan Duktur Farsi Mur'ie di Jamiah saya sering berkata khilaf itu membawa rahmah Bukan Permusuhan, pada sisi Jumhur Ulama'. Subhanallah hebatnya para ulama'. Jom kaji.


1. Pandangan Imam As-Sya'fei Rahimahumullah.

Sekurang-kurangnya disana terdapat 3 karya berharga dari Ulama' dalam Mazhab Syafe'i dalam membahaskan tentang perkara ini.

Pertama : Fathul Mu'iin karangan Imam Zainuddin al-Malibari.
Kedua    : I'anah At-Tholibin karangan Imam Sayyid al-Bakri al-Dumyati.
Ketiga   : Tuftahul Tahtaj karangan Imam Ibnu Hajar al-Haytami.

Ketiga-tiga karya atau karangan ulama ini telah bersepakat menyatakan melakukan akad nikah di dalam Masjid adalah sunat.

Mereka(Para Ulama' ini) bersumberkan dalil yang diriwayatkan oleh Aishah Radhiallahu anha daripada Rasullullahi Sollallahu Alaihi Wassalam;

أعْلِنُوا هذا النكاحَ واجْعَلوه في المساجد واضْرِبوا عليه بالدفوف

"Umumkan[Kepada Semua] pernikahan ini dan jadikanlah[urusan akad]nya
di masjid serta pukullah kompang"
[Riwayat Imam At-Tabrani wa At-Tirmizi Radhiallahuanhuma] 

Kemudian Ulama' Mazhab As-syafe'i iaitu Imam Sayyid Al-bakri Al-dumyati, mencatatkan;

ويسن أن يكون العقد في المسجد. قال في التحفة: للأمر به في خبر الطبراني

“Dan disunatkan akad [nikah] dilakukan dalam masjid. Berkata [Syaikh Ibnu Hajar al-Haytami] dalam [kitabnya] Tuhfah, [disunatkan melakukan akad nikah dalam masjid] kerana [adanya] perintah [berbuat demikian] dalam hadis [yang direkodkan oleh] Imam 
al-Tabarani Rahimahumullah”.

Dan khulasahnya, kesimpulannya; melakukan akad nikah di dalam Masjid adalah Sunat menurut Mazhab As-Syafe'i.




2.Meneliti pandangan dari 4 Mazhab.

# Menurut Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-kuwaitiyyah(Majoriti Ulama) SUNAT melakukan akad nikah di Masjid(Jilid:39 M/s:221).

Mereka terdiri daripada Imam Mazhab Syafe'i dan Hanafi(jilid:32 M/s:6), Serta Mazhab Hambali(kitab fatawa wa istisyarat mauqi' al-islam al-yaum jilid:11 M/s: 231).

Dan mengikut Mazhab Imam Maliki Rahimahumullah; mengatakan HARUS sahaja, bukannya Sunat (mausu'ah al-fiqhiyyah al-kuwaitiyyah jilid: 32 M/s: 6).

Dalam kitab Mausu'ah al-fiqhiyyah al-kuwaitiyyah mencatatkan;


قال الحنفية والشافعية يندب عقد النكاح في المسجد، لحديث “أعلنوا هذا النكاح، 
واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف” وقال المالكية إنه جائز

Terjemahan : 'Berkata Ulama-ulama [mazhab] Hanafi dan Syafi'e, disunatkan [dilakukan] akad nikah di dalam masjid berdasarkan hadis 'umumkan [kepada khalayak] pernikahan ini dan jadikan [urusan akad] nya dalam masjid serta pukullah kompang'. Berkata Ulama-ulama [mazhab] Maliki, ia (melakukan akad nikah di masjid adalah) harus'.
Ulama-ulama lain yang turut  mengatakan sunat melakukan akad nikah di dalam masjid ialah Imam Ibnu Taimiyyah dalam Majmu’ al-Fatawa dan Imam Ibnu Qayyim al-jauziyyah dalam I’lam al-Muwaqqi’in (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, mukasurat.231).


Kesimpulannya,


# Para Ulama 4 mazhab (Syafie, Hanafi, Maliki dan Hambali) bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di dalam masjid (rujuk kitab Fatawa Wa Istisyarat Mauqi’ al-Islam al-Yaum, jilid 11, M/s: 259).


Dalil Jumhur Ulama' bersandarkan Dalil di atas;


Pertama, Hadis at-tabrani di atas.

Kedua, Akad Nikah dilakukan di Masjid Bagi mengambil keberkatan Masjid.

Ketiga, Masjid adalah tempat yang diketahui ramai, Justeru melakukan akad Nikah di dalam Masjid akan menyebarkan berita perkahwinan. Manakala penyebaran berita perkahwinan pula adalah tuntutan syara'.    
Keempat, Nikah adalah ibadah, Justeru sunat dilakukan akad di dalam Masjid.



Penilaian terhadap Hadis;

Pertama, Hadis At-tabrani adalah hassan, termasuk rangkaian hadis Sahih, ini dinyatakan oleh al-Hafiz al-sakhawi, dalam al-maqasid al-hasanah, jilid 1 m/s: 36, al-ajluni dalam khasful khafa' , jilid 1 m/s 145, dan lain-lainnya.

Kedua, hadis ini adalah Dhaif, ini dinyatakan oleh Imam Al-Baihaqi(tahir al-hindi dalam tazkirah maudhu' jilid 1 m/s:55), albani di dalam irwa' al-Ghalil, jilid 7 m/s: 50, dan lain-lainnya.


3.Mengkaji pandangan Imam Syawkani.

Imam Syaukani(Kenali Imam Syaukani-Tekan ini), dan pada permulaan fiqhnya dinisbahkan Imam Syaukani kepada Mazhab Zaidiyyah salah satu firqah Syiah yang ada(Tekan ini) Maka beliau berbeza dengan pendapat serta pandangan dengan Jumhur Uama', bagi beliau akad nikah tidak HARUS di lakukan di dalam Masjid.

Justeru perkara-perkara lain selain mengingati Allah dan mendirikan solat tidak boleh dilakukan di dalam Masjid, kecuali adanya Dalil khusus mengharuskannya. Dengan sebab itu makan, minum, tidur, dan membaca syair di dalam Masjid diharuskan kerana ada dalil khsusus yang mengharuskannya.

Beliau mencatatkan dalam kitabnya, al-sail al-jarar (jilid 2, mukasurat 247-248).


فالمساجد إنما بنيت لذكر الله والصلاة، فلا يجوز فيها غير ذلك إلا بدليل يخصص هذا العموم، كما وقع من لعب الحبشة بحرابهم في مسجده – صلى الله عليه وسلم-،وهو 
ينظر، وكما قرر من كانوا يتناشدون الأشعار فيه

Terjemahan : 'Masjid sesungguhnya dibina bagi [menjadi tempat] mengingati Allah dan [mendirikan] solat, maka TIDAK HARUS [dilakukan] di dalamnya (masjid) selain [daripada] itu, melainkan dengan [adanya] dalil yang mengkhususkan keumuman [hukum] ini, seperti permainan lembing oleh orang-orang Habsyah di masjid Nabi s.a.w sambil Baginda melihatnya dan seperti perakuan [Nabi s.a.w] kepada orang-orang yang membaca syair di dalamnya (masjid)'.
Imam Syawkani tidak menerima hadis At-tabarani di atas yang menjadi dalil Jumhur Ulama', kerana ia adalah hadis dhaif pada penilaian beliau (rujuk Nayl al-Awtar, jilid 6, mukasurat.211).



Hipotesisnya dan monitesisnya, Perbentangan di atas boleh disimpulkan;

1. Mazhab Imam As-syafe'i Rahimahullah atau Imam Abu Abdullah Muhammad Bin Idris As-syafe'i wafatnya pada 204 Hijriah, dan 3 lagi Mazhab iaitu Imam Abu Hanifah(Hanafi), Ahmad bin Hambal(Hambali), Malik bin Anas(Maliki) Rahimahumullahu anhum ajma'inn, bersepakat mengatakan SUNAT melakukan akad nikah di dalam Masjid.

# Jadinya, pandangan yang tepat dan harus dinyatakan ialah 'melakukan akad nikah di dalam masjid adalah sunat menurut Jumhur Ulama' dari pelbagai mazhab termasuk mazhab kitalah orang Malaysia,di tanah melayu ini, mazhab rasminya iaitu Mazhab Syafe'i.

2. Berdasarkan pandangan Mazhab syafe'i dan jumhur ulama' akad nikah boleh dilakukan di dalam Masjid dengan konsisten(teratur lagi tersusun). Ia boleh dilakukan dengan i'tikad(kepercayaan+keyakinan) bahawa melakukannya di dalam masjid ada kelebihannya iaitulah pahala sunat. Subhanallah wa alhamdulillah.

# Dan kita memandang uruf masyarakat melayu hari ini, pabila nikah di dalam masjid, adalah senang bagi kedua pihak untuk dipertemukan di saat-saat lafaz sakinahnya, boleh bertemu kedua-dua pihaknya(merapatkan ukhwah islamiah), Cumanya adab-adab di masjid itu Wajib dan hendaklah dijaga sentiasa, patut atau tak patut, merokok dalam masjid?, takpun bunyikan henset lagu mawi-angan dan sedar itu?,  

Aurat di jaga paling utama, okey finelah, mahu capture picture 'kenangan' melalui camera berkuasa tinggi DSLR kan? 

Boleh sangat, silakanlah tapi pastikan tangkap sekali gambar jurunikahnya, manalah tau dia yang terima nikahnya, ha kan menyesal pengantin lelaki nya kan?!, Satu lagi, memang tiada nilai akhlak betullah, saya marah betul ni!! Jangan pula datang ke Masjid semasa orang akad nikah aje, waktu lain, jangankan muka, batang hidungnya pun tak kelihatan tau!.

Ni satu lagi fe'el(perbuatan yang disertai dengan niat) 'Orang Melayuwisme' yang dikesan berleluasa di kalangan Para Pengantin masakini, molek dah pakai pakaian baju kurungnya, dengan labucci, labu air, semua ada, cantikk sangat, fesyen jubahnya, songkok hitamnya, serbannya, tetiba ketika balik ke kenduri waimma di sebelah lelaki atau perempuan, dipakainya baju kebayan, eh baju kebayalah, yang tiada norma dan batas-batas auratnya itu. Menuntup aurat senang dilakukan dengan kekuatan iman yang ada, percayalah.

Malam tadi kan, molek dah dapat pahala akad nikah di Rumah Allah bersama jurunikah yang thiqah itu, harini kempis dan kurus dah pahala hari Walimahnya, siap macam biasa 'Tag' orang lain pulak dalam 'mukabuku' kita tuu, ingatlah isteri kita tanggungjawab kita, isteri membuka aurat kitalah mendapat dosanya, sohih kan?cubalah berubah sedikit dan istiqomah(berterusan), katanya mahu Baitul Sakinah yang diredhai Allah Ta'ala kan.

3. Individu yang menegah akad nikah di dalam Masjid tidak wajar dilabelkan sebagai jahil atau cuba menyesatkan masyarakat. 

# Mungkin beliau tersilap ketika itu, kemudian lama sangat agaknya menetap di Negara orang sampai lupa untuk kenal uruff masyarakat melayu hari ini. Mungkin pandangan peribadi supaya kita mengkaji, lagi-lagi kita ini kan tullabul ilm', penuntut ilmu atau mahasiswa kajilah mana-mana ulama' sekalipun jangan tersesat sudahlah. Moga Allah berkati kita, amin-amin.

# Dan Ingatlah seperti perbincangan yang saya bagitahu tadi, ada di kalangan Ulama' berpendapat sedemikian iaitu Imam Syaukani yang dinyatakan diatas tadi.

4. Melakukan akad nikah di Masjid ditegah kerana ia menyerupai amalan orang kristian yang melakukannya di dalam Gereja, semestinya tidak berbangkit..

# Pembaca orang muda dan banyak nampaknya remaja ni, dari laman ini, Usahlah gusar, sehinggakan Imam Syaukani yang kita terangkan tadi pun, tidak menukilkan dalam kitab-kitabnya, tidak disebut ia 'menyerupai orang kristian' sebagai asbabnya ditegah melakukan akad nikah di dalam Masjid.

Dan saya tertarik benar dengan pengalaman dari seorang muallaf yang menikahkan anak beliau di dalam Masjid UIA baru-baru ini, katanya kalau kita kahwin dengan muallaf, tempat mana yang sesuai dilakukan akad nikah? Bukankah Masjid menjadi tempat paling hebat untuk mengumumkannya, kena luaskan faktor kemaslahatannya, serta kesannya. 

Bayangkan mereka mengadakan pernikahan di tempat-tempat yang mendatangkan pembaziran yang ketara sangat, contohnya di hotel-hotel yang menelan 'puluhan k' yang banyak lagi membawa pembaziran melampau, dan ingatlah tidak dihalang mengadakan akad nikah hattalah dirumah persendirian.

# Dipermudahkan urusannya itu PALING UTAMA, Jangan dipersusahkan, mahu dilakukan di PASti pun boleh, tetapi di Masjid kan dah okey, paling tidak mendekatkan mereka yang tidak pernahnya ke Masjid ataupun mereka yang jarang-jarang, ataupun mereka yang kadang-kadang, ataupun mereka yang malas benor gamaknya.

Boleh pula menggalakkan orang yang hadir menjaga Adab, menjaga Akhlak, tata-susila di Rumah Allah, pulak-pulak sambil menanti pengantin tiba, semua tetamu solat sunat tahiyyatul Masjid dulu, Allahurobbi senangnya beroleh pahala kan. 

Sekali lagi saya ingatkan teman-teman semuanya, dengan pernikahan beginilah yang beroleh ganjaran pahala yang melimpah luas, disamping kita boleh melakukan kerja dakwah islamiyyah, contohnya kalau tadi muallaf yang berkahwin, mestilah dia jemput saudara-mara beliau yang belum beragama Islam lagi kan, yang mana mereka ini menganggap di rumah Ibadah ini, mesti adanya patung berhala semuanya, ternyata salah persepsi mereka, Tuhan kita Allah yang Esa Sifat kesempurnaaNYA, dan Islam adalah yang Syumul dan Mulia. Dan seterusnya mendekatkan mereka dengan suasana biah islamiah di dalam masjid, dengan harapan satu hari dia masuk pula ke dalam Islam. Subhanallah.

eh, ustaz hmm, mahu menikah dengan muallaf ke? tanya soalan ke jawab ni? tanya saya pula kepadanya(tanyalah diri sendiri iya), jawapannya begitulah sempurnanya Islam dari Sudut Hukum-hakamnya, Akidah yang salim(sejahtera) untuk semua Ummat, Bukan melayu sahaja, kalau orang melayu tidak suka kepada Islam Maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala gantikan kaum lain menjadi pemerintah islam dan melakukan keadilan untuk semua manusia, ingatkan sejarah Khilafah Turki Uthmaniyyah itu dulu, ingat molek tau.  

Akhirul kalam dari saya, memohon salah dan silap diampunkan, Selamat Hari Jumaat yang barakah buat semua, disamping doakanlah kami di Bumi Syam yang barakah ini, selamat dan sihat sentiasa, apa yang terjadi senyumlah bakal pengantin sekalian. Senyum satu IBADAH tau.


Sumber: Maktabah Syamilah, warisansemasa.blogsot, ad-madkhol lidirosiyyah assyari'ah islamiyyah duktur abdul karim zaidan.
Masjid bukan sekadar untuk hukum nikah sahaja,
Dan Ibadah Nikah bukan di Masjid juga.



2 komenan:

ustazah cinta berkata...

ustaz tulis sndiri ke dari atas sampai bawah? yg bawah tu mcm pernah baca je artikel tu. kalau boleh ustaz masukkan sekali sumber dia ya.

ibn suhaimi™ berkata...

to peminat setia,terima kasih sudi ziarah, ana menaqalkan dari sumber sohih jikalau berminat teruskan support iya.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang