31 Mac 2011

birruh biddam nafdika ya yameni.

Sehingga kini saya berasa risau dengan akhi Rahimi yang berada di bumi syam itu. Thaurah dengan laungan(as-sa'ab yurid iskotinn nizhom) atau (birruh biddam nafdika ya dar'a)  dilaung-laungkan oleh pendokong yang cintakan watoniyyah, iaitu mereka mahu melihat Bumi jazirah arab ini semakin disirami acuan Islam, bibit-bibitnya semakin kelihatan. Hampir setiap malam di hadapan rumah asyik sahaja kedengaran suara-suara arabiah menjerit-jerit serta melaung-laungkannya.


Ala kulli hal, saya masih mengingati kata pesanan hikmah dari teman blogger yang hebat iaitu kakak rasyidah seorang wanita yang punyai anak kembarnya; mengingatkan saya ambillah ini(pengalaman) sebagai panduan hidup di Bumi Asing ini, inilah pengalaman yang tidak dapat di beli dalam diari 'student life' katanya lagi. Allahu robbi mudah-mudahan kami para pemuda menjadi seperti tabahnya sahabat baginda sollallahu alaihi wassalam yang namanya khabbab bin al-aradd itu.


Usah gusar kalau Islam masih belum lihat menjulang tinggi lagi, sifirnya para pendakwah mesti teruskan mengisi kekosongan itu demi melihat kebenaran fasa kepimpinan ummat islam mencapai fasa ke lima iaitu, khalifah ala manhaj an-nubuwwah. Yakinlah teman-teman. Yakinlah dengan sunnatullah, seperti mana dalam surah at-taubah ayat ke 42 Allah berfirman;


Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Ayat Tasjyi'(motivation) dari surah ini benar-benar mentarbiyah ruhiyyah jiwa seorang yang berusaha dalam usahanya menyampai dakwah islamiah yang bukan senang rintangannya, dan jauh perjalanannya, mereka begitu sabar dengan kezaliman, kemaksiatan, dan lain-lainnya. Supaya mengingati sirah perjalanan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam dalam menegakkan agama Islam yang syumul ini. Ia Motivasi buat semua, Intabih wahai mereka yang mendakwa menjadi penolong agama Allah!.


Doa khusus Yahya Hawwa untuk rakyat syam.


Tertarik, dengan seorang aktress nasyid syam yan popular iaitu Yahya Hawwa, yang punyai alaqah(hubungan) dengan kekeluargaan Ulama besar bumi syam yang kita semua kenali, iaitulah al-Marhum Syeikh Said Hawwa. Jom dengar sambil mengaminkan keselamatan Rakyat bumi syam ini iya(Tekan Ini).


Doakan yaman dilindungi Keselamatan oleh Allah.


Sekitar Muzhoharat fil yaman[sana'a].


Yaman antara Jazirah Arab yang mahu menuntut keadilan
dari mulukan jabriiyyannya(Pemimpin yang mencengkam).

Anti-government protesters shout slogans during a rally 
to demand the ouster of Yemen’s 
President Ali Abdullah Saleh outside Sanaa University March 28, 2011.

Si kecil yang comel turut mendesak pemimpin
diktaktor itu segara diusir atau berundur'irhal'.

Yemenis portesters shows their Yemeni flag colored hands
 reading in Arabic ‘Leave,’ during 
an anti-government demonstration in Sanaa.

A young Yemeni anti-government protester shows her palms bearing the Arabic writing ‘irhal’, refering to President Ali Abdullah Saleh.

Yemeni anti-government protesters chant slogans against President Ali Abdullah Saleh during a demonstration calling for an end to his 32-year rule in the capital Sanaa-Reuters.






Pesanan: USAH jemu berdoa untuk saudara-saudara seakidah islam kita di Yaman iya. Allahu yubarikk alaikum, allahumma amin. Birruh biddam nafdika ya yamani.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang