Ramsis, Giza, dilihat dari Jauh,
Entah kenapa saya diresapi resah,
Dua, tiga hari penuh sejarah,
Rupanya Allah Subhanallah Ta'ala memberi Hidayah.
Sedih, dan diam tiada kata,
Mudah-mudahan Allah memberi usaha,
kembalikan Syiar Islam di segenap Negara,
Hapuskan, kezaliman dan pemimpin taghutnya.
Entah kenapa saya diresapi resah,
Dua, tiga hari penuh sejarah,
Rupanya Allah Subhanallah Ta'ala memberi Hidayah.
Sedih, dan diam tiada kata,
Mudah-mudahan Allah memberi usaha,
kembalikan Syiar Islam di segenap Negara,
Hapuskan, kezaliman dan pemimpin taghutnya.
Sehingga semalam teman-teman di Mesir sedikit reda, setelah seminggu barulah pulih kembali hubungan tele komunikasi dan internetnya, banyak hikmah dalam suasana ini, insya'allah hal ini bakal menjadi lipatan sejarah dunia.
Teringat sejarah dahulu di mana zaman kegemilangan islam, di Andalusia, Toriq Bin Ziyad mewakili Panglima Islam membukanya selama beberapa abad lamanya, sehingga ada penyair berkarya' Wahai burung terbanglah ke mana sahaja engkau mahu pergi, Sesungguhnya semua tempat itu di Bawah bumbung khalifah Islam'. Begitu menunjukkan Islam tersebar luas seluruh tempat, dan akhirnya kembali surut sebentar, sehingga suatu masa akan bangkit semula. Biiznillah.
Akibat, revolusi Rakyat Mesir, mereka sering melaungkan' ya hosni mubarok yajibb iskod min misr bis syur'ah!!, membuatkan teman-teman mesir di berikan peluang untuk bercuti wajib serta merta, saya sungguh faham keadaan itu, mereka yang berada di sana lebih memahami keadaan dan senario berlaku, pesanan saya selaku kita yang jauh ini, fatabaiyanu!, siasat perkara yang belum daqiq itu dahulu tentang apa yang berlaku, jangan terus dijadikan hujah untuk mereka-reka cerita 'israiliyyat mahupun melayuwiyyat' iya, hati-hati setiap berita. Kita cakna isu besar ummat ini.
Udah-udahlah wahai Rois Wizarah Mesir!.
Duktur Yusoff al-Qardhawi, selaku ketua Kesatuan Antarabangsa Cendiakawan Muslim memberi teguran terus, tanpa berselindung,(tekan Ini), kepada Rois Wizarah Mesir itu,agar segera mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan.
32 tahun memerintah penuh kezaliman, ramai merungut di bawah kezalimannya, kalau lihat di Mesir Bangunan tinggi melambai-lambai, rakyat yang miskin terkapai-kapai, kesian, yang kaya terus kaya, yang miskin dengan kehidupannya, sebab itulah yang orang ramai nampak pyramid kebanggaan mesir, katanya ia membuktikan tempat ajaib dalam dunia, padahal rakyat mesir dah macam penyamun tiada kerja, sampaikan di mana-mana negara jazirah arab ada sahaja rakyat Mesir, seperti jiran kita di Indonesia itu, tiada lindungan, terus tanpa merungut rakyat miskin itu menghadapi kehidupan.
Setiap hari saya ikuti channel arabiah di CNN, Al-Jazerah Arabiah, dan BBC. Berita benar saya kutip mahu lihat kebangkitan rakyat mesir itu, sudah tiba masa Rois Wizarah kuku besi campur tembaga itu di iskod dari Mesir, sebab dialah bapak segala Yahudi yang fasiq. Mudah-mudahan beliau bertaubat cepat.
Cumanya, saya teringat doa Nabi Musa Alaihissalam kepada Firaun dan Hamman selama 40 Tahun, barulah Allah makbulkan Kerajaan Zalim itu hancur. Maka Jangan kita yang isti'jal dalam hal ini. Sabar dan banyak berdoa, itu gaya orang berjuang tau.
inilah wajah yang sering diingati dalam politik kencang
mereka, kalau antum orang jadi PM maka jadilah yang baik untuk semua tau.
Ustaz Raja masih selamat.
Teman, saya ustaz Raja Suffian, antara yang saya ingati berada di Mesir ketika ini, sama di Kusza dahulu yang mentarbiyah hati saya, alhamdulillah beliau sihat dan selamat, ber'chat' di Muka Buku tadi pun sudah lega rasanya, menceritakan mereka mendapat cuti setahun di Al-Azhar, dan beberapa hari bakal ke Jeddah dan pulang ke Tanah Air.
Risaunya hatinya berada di Mesir, iyalah sudah tahun akhir di Maahad Arabiah sudah kena pulang, disebabkan setuasi ini, Allahurobbi, ku doakan ustaz raja sabar dalam mehnah orang menuntut ilmu dan berjuang. Saya tahu bertapa gusar mereka yang tahun akhir di Mesir sudah dikerah Pulang, itulah hikmahnya, la tai'ass, kullukum di Bumi Kinanah itu, meraka lebih banyak mendapat pahala. Kita sama doakan Islam sebenar kembali di perintah di Bumi Sungai Nil itu.
Gurauan teman saya, ustaz fatah al-kelantaniiyah itu, sangat mendalam, ada ke patut beliau mengatakan' pasni takdapatlah kita nak pegi muzium mesir kaherah tu, nampaknya semua dah hancur tu' sampai tengkorak firaun ramses pun di curik rakyat tuh..ish begitu pulak..Hanya kerisauan saya pada 19 sahabat bumi Mu'tah yang masih berada di sana, bagaimana kondusi mereka. Kerisauan sama diterjemah teman saya ustaz presiden permata itu, ustaz hussin dalam blognya(tekan ini).
Ada yang pergi bercuti, ada yang bertalaqqi syeikh, ada yang jumpa saudara-mara di kesempatan Jamiah Cuti ini. USAH jemu berdoa untuk mereka, insya'allah selamat semuanya, balik cepat, tak kira naik apapun, kalau kena hantar dengan Jet pejuang Sukhoi F-18 pun takpelah, keselamatan kita diluar negara paling utama saat ini.
Akhir Kalam.
Buat teman-teman pembaca blog ini, yang suka sangat baca kemudian senyum-senyum itu, apakata lepas je baca penulisan gaya santai saya, ini kita tadah tangan ke atas, memohon doa agar Allah melindungi Bumi Kinanah tempat para Anbiya' dan Fuqaha' dilindungi Allah, paling kurang kita ingati di sanalah terdapatnya Maqam Imam Mazhab kita yang disayangi, Imam As-syafei Rahimahumullah.
Moga kita diberi kemudahan segala urusan. Cakna isu melanda ummat islam, man lam yahtamma bi amril muslimin falaisa minhum, aw kama qal..
Sekitar gambar terpilih ketika ini.
Tak terkira entah berapa trilion manusia bermuzhoharat di
Maidan Tahrir(Dataran Merdeka) Qaherah Mesir.
Keluarlah saudara mubarak dengan Hati yang rela,
udah-udahla menyusahkan rakyat mesir sampai
banyak sangat pekerja mesir di Jordan.
Di Paris pun rakyat meminta, kezaliman dihentikan,
sudahlah zalim, menyusahkan pula, itulah antara
petikan bahasa paris di atas, asif kalau salah eja ya.
Kelihatan seorang akak sedang memadamkan
molotov cocktil, yang ditembak ratusan biji ke arah
peserta muzhoharat.
Seorang anak kecil dan ibunya tidak terlepas bersama
rakyat untuk menuntut kebebasan.
anak kecil yang menguap sambil cakap, ya ummi
gul iskod mubarok suwaiya-suwaiya!!
Ghodan muzhoharat 10 milion, buang mubarak dari
Bumi Kinanah ini.
Tentera bersama rakyat sehingga, Syeikh Yusof al-Qardhawi
menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.
ana bahebbak masri yalla masri om el duniya!
Seorang askar yang berjiwa rakyat diterjemah melalui
gayanya bersama anak jati mesir mahu keadilan.
soldiers and ordinary citizens side by side in prayers.
Antara dababah yang sama menjaga keamanan bersama
rakyat mesir. Di Qaherah pada 28 Jan lepas.
Seorang abang mesir di cam sangat setia pada Bumi Mesir
kesayangannya, dan mungkin askar yang ditarbiyah dengan baik.
Federal Reserve Unit(FRU) yang sama sahaja tarbiyahnya
di Bumi arab ini, menjalankan tugas menghalang gaya rakyat.
Ratusan FRU dikerah di Jembatan Kasr Sg Nil
Tahrir Square, downtown Qaherah.
Golongan Wanita mesir juga bertindak sama selaku
rakyat bersikap pedulisme'.
Seorang akak melaung-laungkan kegeraman, terhadap
kerajaan Rajim firaun jadid itu, di Jalan Raya.
Undang-undang yang zalim mest dibuang...!
Lapisan FRU membentengi kebangkitan rakyat negara Sg Nil
masuk hari ini dah 9 hari. Memberi kerisauan pada Ummat.
Seorang ummi menterjemahkan kasih sayangnya pada
Give Peace a Chance...."Anak kecil bertaswir dengan dababah, mengambil peluang
turut serta dalam intifadah global ini.
urufnya, barisan utama bakal mengenai water cannon dahulu,
berbanding yang belakang, sebut molek, water cannon,bukan water colour
waima water melon. Allahu yusahhil alaikum ya abna'ul nil.
Sehingga picture ini di uploud internet di Mesir sangat
dahsyat penurunannya, kerana hukama' cam inilah punca kebangkitan
rakyat, patutlah FB kurang semacam je hangatnya.
Inilah yang di isimkan 'molotov cocktile' yang sifatnya sama
meyedihkan mata hati, dan mata sebenar, alhamdulillah saya pernah
terkena dulu, sedih tau.
Kedutaan Mesir di NY, menyambut kedatangan tetamunya di sana dengan
baik dan Mulia, this photo last night protest in front of the Egyptian Embassy in New York.
Kita Doakan rakyat di jazirah arab bangkit melawan kerajaan yang dizalimi,
mudah-mudahan hukuma' mereka faham erti Hidup pada memberi.
Solidarity demo with Tunisia and Egypt in Hamburg, Germany.
Sekian. Alfunn Sukran wa barakallahu lakum ajma'iin..
1 komenan:
subhanallah...camni rupanya keadaan kt sana ek...mcm risau je tengok -_-
hosni mubarak patut dah dengar suara rakyat...x guna memerintah kalau rakyat dah tak suka...
"mubarak you go away I go home...the end" ~really like this one...hehe
Catat Ulasan