08 Februari 2011

Usah terkeliru ujub zaman moden.

Muqaddimah.

Berlalu hari dengan cepat, semalam saya menyaksikan lagi' laungan keramat as'sya'ab yurid iskotin nizhom'! hebat sunggah syabab dan anak-anak bumi mesir itu, langsung tidak jemu bermuzhoharat, tangan telunjuk dan peace dizahirkan mereka, mentahdidkan mereka muak dengan Rois Wizarah Mesir itu.

Kalau saya bersama mereka, saya lakukan hal sama, jangan ditanya mengapa, bukan senang bermuwajahah terhadap pemimpin zholim itu, yang menutup sempadan Rafah membuatkan rakyat di Gaza macam dalam penjara, kita tunggu lagi 12 februari memuncaknya muzhoharat di Downtown Qaherah itu, tarikh itulah kematian Ikon Muslim Brotherhood, ditembak 7 das ketika pulang menaiki teksi hasil pertemuan dengan menteri, rupa-rupanya ia agenda membunuhnya. Allah bersama Imam Hasan Rahimahumullah. Allahumagfirlahu warhamhu wa'afihi wa' fu anhu.

Kerana Ujub, sombong IBLIS dikeluarkan.

Semalam, Seronok membaca artikel teman-teman yang menceritakan perihal manusia yang sombong, membuatkan hati saya menangis di tengah-tengah kebangkitan rakyat arab di medan ini, rupanya makin sarat dengan amanah ilmu, dan kepimpinan. Teman-teman saya dari dulu semuanya pemimpin, ada yang bekas Ketua umum, ada yang bekas ketua asrama, ada yang bekas pengawas pustakwan, ada yang exco sukan, ada yang ketua unit kantin sekolah. Haibat teman-teman saya, rupanya sampai sekarang masih sama, alhamdulillah, manusia yang bergelar pemimpin hatta diperingkat mana mengetahui nilai Akhlaknya. Cumanya usirlah sikap Ujub dan sombong dalam diri sendiri, itu sahaja. kalau adapun sikap sombong itu niatlah supaya terhindar' sahaja aku buang sikap sombong kerana Allah Ta'ala. Senang jangan persusahkan, intabih.

Pernah dengarkan, namanya ujub, ia salah satu sifat yang diketogarikan mazmumah, penyakit hati yang membuatkan sombong diri, kemudian berasa takjub dengan diri sendiri, kalaulah jumpa manusia macam ini, memang sukar mahu hadapi, hanya sabar mengubati hati.

Dulu-dulu Iblis yang diikromkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dikeluarkan daripada Syurga yang penuh nikmat Allah disebabkan sifat ini, dengan sifat inilah beliau menjadi berdosa besar kemudian keluar dari tempat mulia yang dibina oleh Allah untuk hambanya.

Dalam surah al-A’raaf ayat 13 yang bermaksud,'Turunlah kamu dari syurga itu; kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, maka keluarlah, sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina'.

Menjadi titik tolak dalam memanifestasikan penyakit hati riak, ujub menjadi riak(menunjuk-nunjuk), kemudian beralih angin kepada takabbur(membesarkan diri), nahh sekarang kan rasa best sangat, selalunya sifat ini paling ditakuti oleh meraka yang hebat dalam kepimpinan, kita doakan semua pemimpin islam dijauhinya.Allahumma amin.

Sudahlah tidak layak sifat ini, bagi manusia, jangan pula kita aplikasikan dalam kehidupan mulia ini, Hanya Allah sahaja yang layak memiliki Sifat ini, kerana Allah yang menciptakan sekalian Alam, memiliki sifat segala kekuatan, Maha sempurna 99 namaNYA yang ikrom ini. Allahurobbi. Maka kalau manusia gunakan sifat ini, mahu dipanggil apa?! Mahu jadi firaun yang Allah tinggalkan kesannya di Mesir Om Addunya itu?! Mahu seperti Hosni Mubarak itu? Maka tidak salah bagi Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Maka, jika manusia turut sama tadbi'kannya, rupanya dia masih ada masalah hati, yang mesti diubati dengan bangun malam kemudian solat taubat dua rakaat.

'Akulah manusia paling terbaik di Mu'tah ini, dalam bidang ilmu mana yang tak aku kaji dan sentuh, setakat kitab Imam Abu abdullah muhammad bin ismail bin ibrahim bin bardizbah al-ju'fi al-Bukhari, itu dalam genggamanku, macam menggenggam tamar hind sampai jadi hampasnya, contoh kata orang yang ujub lagi hina dalam bidang keilmuan.

Banyak lagi contoh, berdoa lebih lama dari manusia lainlah, sedeqahnya pada ammu yang hagga lilallah di tepi masjid syuhada' yang lebih banyak dari orang lain, hajinya sampai 18 kali setiap kali musim haji, sampai pencuci tempat sa'ei pun kenal padanya, mudah-mudah ceritanya ada sekelumit terlintas langsung, mubasharotann dalam hatinya' ishh, "sujudku lebih lama tu dari beliau'' pernah lintasan maut ini berlaku dalam solat kita 5 waktu tak?. Maka analisa hati kita bermula sekarang okey.


Dituntut kita berdoa supaya dipermudahkan segala urusan, urusan berkenaan
hati terutamanya, jangan dengan masalah hati menjadi Asbab lambat
kemenangan Islam.


Selaras dengan perubahan zaman.
Lihat mauduq pun pun rasa power kan, Maka perkembangan pesat teknologi di akhir zaman ini juga mengakibatkan asbab musabbab penyakit mazmumah ini turut gembira menyemarakkan nafsu selaras dengan pekembangan semasa. 

Maka pesakit-pesakit hati itu, diresapi sakitnya dalam mengikuti perkembangan dunia tanpa sempadan. Sekarang jom ikuti sedikit sebanyak tamsilan-tamsilan ujub atau riak yang berjaya wujud di zaman Moden. Sambil mulut kita berdoa agar dijauhkan iya. Wa'iyazu billah. 


Nombor 1. Blog dan Follower.

Ambik engkau,(kata saya pada diri sendiri) ia nombor satu diletakkan, kalau nombor 1 dalam peperiksaan tak apalah, kerapnya kita melihat ia ditimpa pada kalangan Blogger yang bermuka hensem dan cantik serta perasan, mereka sengaja meletakkan follower di dalam blognya supaya masing-masing peminatnya boleh menghinggapi blognya itu, supaya masing-masing boleh mengikuti perkembangan blognya itu. Mereka berisiko menghadapi penyakit hati yang ganas ini. Allahurobbi jauhin kami ya Allah jauhinkanlah.

Namun tidaklah salah beribu-ribu peminat, demi menitipkan perkongsian ilmu wajar pada masa kebanjiran kemaksiatan masa kini, para blogger yang berfikrah islamiah akan membenterasnya.

Hatta pengasas blogspot sudah pun meletakkan sisipan supaya ramai yang boleh menjadi followernya, tidak salah langsung mahu berseronok, tapi kalau berseronok sebab mahu pemes, apatah lagi mahu menabur fitnah, itu sudah melampaui batas namanya, orang bangsa saya memanggilnya goblok tennan iki. Mudah-mudahan seronok kita mahu meluaskan fikrah islamiah pada orang ramai, puas berdakwah, puas mengajak ke arah kebaikkan, dan merasa puas dapat benteras kemaksiatan, nanti tebal imannya, manusia yang tebal imannya pasti amalannya menjadi puas. 

Harap-harap, ramai follower kita menjadi asbab ingin mencurahkan ilmu pengetahuan seterusnya melestarikan agenda tarbiyah ruhiyyah. Ingat setiap yang membaca tulisan kita ada pahala dan dosanya. Ingat tu.

Nombor dua. Status Like di 'Muka Buku'nya.

Aduh sakitnya(bentak hati saya), post status 'suka' pada facebooknya diminati seluruh peminat termasuk semenanjung jaziarah arab, ramai pula yang tekan butang 'suka' itu, apabila ramai yang tekan butang itu, makanya meyemarakkan lagi suka pada hatinya yang sakit itu nanti, setiap cetusan idea  di laman sosialnya berasa dihargai sehinggakan ujub, itu kembali. 

Mujurlah butang 'unlike' tidak disertakan, bagi yang obses dengan mukabuku itu boleh membawa pelbagai sifat mazmumah lain pula terjadi, obses itulah yang bahaya, menganggap mukabuku tempat mengadu masalah dalaman, Ingatlah Allah yang sifatnya Maha Mendengar takkan jemu mendengar rintihan hambanya, kalau kita jemu berdoa Allah takkan jemu mendengar.

Sampaikan blogspot sirrulasraru ini pun kena tempiasnya, apalah mahu di jawab dengan tuhan nanti. Kalau baik disampaikan maka pahala berganda diperoleh, dalam fastabiqull khairatt itu, namun kalaulah sebaliknya.

Awaslah, tak salah  merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, boleh untuk orang 'suka' dengan status quotation itu, janganlah sampai bangga diri yang melampau sehingga cerita sesama rakan serumah yang tiada notebook mahupun komputer peribadi, busuk dan buruk hal ini. Jauhin ya Allah.

Nombor tiga. Komen di 'mukabuku'.

Terasa teruja sangat kan, iyalah ramai yang mengomen mukabuku ku, elok sungguh Dr.Abdul Basit memberi khutbah keburukan mukabuku dalam khutbahnya, bukan semua khatib boleh lakukan, kalau tak terketar lutut, sesuailah seorang pendakwah mesti hadapi waktu genting atau senang, menjadi sunnahtullah buat mereka.

Apabila ramai yang komen bibit-bibit chenta ujub makin menebal tau, samalah seperti kekasih hati di rantau orang, sering mahu berjumpa kata hatinya, alahai senangnya ujub menebal. Intabih berhati-hatilah.

Nombor empat. Komen gambar di mukabuku.

Papp, saya lah tu(hatiku bermonolog), Usahkan eh senang betul kan ustaz mahu dapat perasaan bangga diri ini, kata teman saya selalunya mereka yang hensem dan cun lah paling banyak dikomen gambarnya.

Bila gambar dikomen banyak-banyak, maka banyaklah mula rasa bermacam-macam, adalah tu, sampaikan makan nasi pun depan notebook, bangga diri, sampai cakap pada kawan arab yang tiada mukabuku itu, maka ujub itu pun senang-senang diterbitkan'umpama menerbitkan majalah mangga, pelam, durian, berbanding akhbar harakah yang permitnya sering ditarik.


Nombor lima. Ramai kawan di laman sosialnya waimma blogspot.

Jumlah memainkan peranan dan method paling menyerlah, peranan dimainkan Syaitan menjalankan misi dan visi gagasan satu kesesatan yang dahsyat.

Dengan ramainya kawan-kawan di medan Maya itu, membolehkan riya didekati dengan mudah, Ujub pula senang diperolehi. Itu barulah kawan, kalau jadi artis mustahil dengan keilmuannya dapat menepis ujub mendekati, peminat artis sampai ratusan, ribuan, jutaan, orang. Perasaan itu bakal muncul bila-bila masa, rugilah kita yang mengaku memperjuangkan agamanya, kalau silap gerak langkah tau. Ihfazillah yahfazuka. Jagalah Allah, maka DIA akan menjaga dirimu.

Nombor Enam. Berdakwah di blogspot dan facebook.

Tiada masa lagi buat mereka yang bergelar da'ei itu, dalam filem Murobbi itu ditonjolkan bagaimana seorang pendakwah itu, merindui suasana munaqasyah hal-hal yang baik dari banyak bercakap hal yang melalaikan, dia merindui suasana thiqah dalam diri dan sahabatnya, bukan tujuan mahu menjatuhkan atau jauh sekali melanggar perintah Allah, Haibatnya keizzahan pemuda islam. Maka kalau bukan kita siapa lagi. Ayyuhas syabab ardul syuhada'!

Dakwah itu indah, Pelbagai medium termasuk laman sosial dan blogspot ini ada jawapannya, anak-anak, kawan-kawan perlu dipantau ke arah mana menggunakan ia, jadi yang pedulisme.Ambil peduli perihal manusia.

Cuma awasilah dalam wasilah berdakwah juga tak lari rupanya dari hal ini, kita seronok orang bertanya hukum-hakam, memanggil ustaz dan ustazah, seronok itu membuahkan ujub yang tanpa diundang. Percayalah kuat dan tebalkan iman, itulah miftah membimbing diri sendiri dari penyakit mazmumah dahsyat ini.

Tasarruf firman Allah 'Tetapi Allah menjadikan kamu CINTA kepada Keimanan, dan menjadikan(Iman) itu tersemat dalam Hatimu, serta menjadikan kamu BENCI kepada Kekafiran, Kefasikan, dan Kemaksiatan. Mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk daripadaNYA'.[Tafsir surah al-hujurat ayat ke 7]#

Beringat setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku. Saya menaqalkan sahaja dari teman blogger yang memberi bermanfaat juga, Mudah-mudahan Allah jaga hati dan Iman kita. Allahu yusahhil alaina. Allahumma amin.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang