24 Januari 2011

Shihabiyyah| Adnaniyyah Tenangkan Hati.

Pendahuluan.
Terkadang manusia harus berdepan dengan keadaan yang sulit dan sempit. Saat itu mereka akan merasakan tekanan, serangan perasaan dan kesedihan yang berlebihan yang pada akhirnya timbullah keinginan untuk menyendiri dan jauh daripada orang lain. Mereka merasakan seolah-olah dengan menyendiri itu boleh mengembalikan ketenangan jiwa yang hilang.Padahal cara ini, adalah mendekatkan lagi dengan kegagalan.

Memang tidak diragukan lagi bahawa mempercayai orang lain dapat membantu kita dalam menghapuskan kesedihan yang membebani perasaan.
Atas dasar, penuh kemuliaan itulah pabila diberikan peluang hidup jangan sesekali alpa, jangan berlagak sombong, busuk hati, busuk kaki, tidur pun malas benor gosok gigi, pergilah mencari mana-mana tempat yang boleh memuhasabahkan diri sendiri, katanya kita mata-mata rantai perjuangan Nabi Akhir Zaman ini, iya UBAH gelisah dengan IBADAH okey.

Tiada banyak kos digunakan rehlah kali ini, makann tarikh yang sesuai dilawati sewaktu cuti-cuti jamiah berlaku, yaumul utlahh ini saya gunakan sebaiknya, kalau boleh 30 tempat itu, saya mahu pasakkan purnama sebagai tahdid saya penuntut ilmu di Negara Jazirah Syam ini sudah kesana. Allahuyusahhil alaina.

Di sana terdapat 12 buah Muhafazah, atau negeri di Negara Jordan, saya tinggal di Negeri Karak-Mu'tah, muhafazah yang populasinya rakyat asal Jordan, yang yang masih nampak badwinya, antara yang dulunya membangkitkan semangat asobiyyah sehingga menuntut kemerdekaan Dari Turki pusat Daulah Islamiah, Mudah-mudahan satu hari nanti Umat Arab kembali bangkit, cukup kita pertahan syiar Islam,tak perlulah asobiyyah yang melampau-lampau, kita kan serumpun!!.

Negeri-negeri di Tanah Air genap 14 buah, namun di Bumi ini 12 Muhafazah yang setiap satunya bersejarah untuk dikaji, diantara selain saya sebutkan diatas sebentar tadi, terdapat muhafazah Ajlun, Al-aqabah, Al-Balqa' Al-Mafraq, Amman, At-Tafilah, Az-Zarqa', Irbid, Jarash, Ma'an dan Madaba.  Termasuklah Karak Negeri saya itu, Saya antara negeri selatan, ahlil janubi dipanggilnya, kalau disebelah utara terutama Amman, asimah atau Ibu Negaranya itu, penduduk asalnya rata-ratanya dari tanah Palestin. Alhamdulillah mereka mendapat kerakyatan dari Negara ini, walhal memang syam itu terdiri dari Palestin, mereka dihalau yahudi Israel Laknatullah, Cuma tiadalah negeri Pakatan Rakyat macam di Tanah Air tu.

Sebab itu kalau jadi pendatang sesebuah negara, Wajib kaji dimana kedudukan kita, apa sejarahnya utamanya, terutama bagaimana Islam mulai sampai ke Tanah ini, entah-entah jalan-jalan yang kita lalui ke Jamiah setiap hari itulah yang sama dilalui Para Nabi dan Rasul terdahulu, ini pesanan pada diri saya yang asyik lupa, entah penat sungguh, memahami arabiah, sampai lupa. Manakala pesanan saya pada teman-teman, Anda harus aktif. Tanamkan dalam fikiran bahawa masa depan harus lebih baik daripada keadaan sekarang. Ha kan sudah dapat nasihat majjanan atau percuma.Terima kasih ustaz, kata  dan monolog hati seorang pembaca setia laman sesawang ini.

Senyum dah ni ustaz!, cepatlah bila mahu cerita nih, perkembangan disini ke hape ke, iya saya tahu semua suka baca penulisan saya, sebab itulah saya ingin kongsikan supaya antumorang dan saya sama mendapat kemaslahatan. Sebab itulah yang utama disuruh tadi senyumlah, senyumlah walau sedikit, Ubah sikit skil hati yang sakit sangat tu dengan zikrullah, sama-sama kita mengingati Allah , tak perlu saya letak gadget music by nasyid di laman ini, cukup tekan Mp3 antum orang dan sila pilih bacaan Al-Qur'an syeikh mana mahu dihadami okey.

Qaryah Shihabiyyah.
Akhirnya ke sana, bersama teman saya yang sokmo busy memanjang mengalahkan PM Jordan itu, alhamdulillah kami dapat ke sana dengan tenang dan senyum, alfun sukron Ustad Hazmi yang tak jemu bersama ana  untuk bermuhasabah itu munasabah.

Menemani pagi itu, Incik Muhammad Syah, sodiqul kirom pemandu  arabiah yang tiada lesen, kalau ada pun kira nasiblah, taktahulah P atau L, yang penting asyik lepas saja pabila disoal rapi Syurtoh disini.Mabruk incik muhammad a.k.a driver yang tabah.

Alhamdulillah maqam Sayyiduna Nuh Alaihissalam kami datangi, puncak karak di daki lagi, muhasabah itu munasabah kami buat, sesuailah ia menautkan hati pemuda yang kena dijaga sentiasa iman mereka. Allahurobbi. Dari jarak kejauhan, kami menelusuk ke qaryah shihabiyyah, 3km dari Bandar Karak itu, yang rata-rata penduduk perkampungannya dari kabilah shamailah yang terkenal di sini, mereka dari keturunan yang alim dan jarang buat onar seperti kabilah yang lain, mungkinlah datuk nenaknya dikalangan orang yang sama menerima tarbiyah yang diajar Islam dizaman umawiyyah atau uthmaniah dulu.

Hanyalah sebuah perkampungan yang kecil. jauh ketinggalan dari kesenangan dan kemewahan seperti bandar besar di Amman itu.

Tiada safeway dan Mall.

Tiada Mcdonald mahupun Italia Pizza.

Malah lebih tenang dan damai pabila disini, berbanding kampung berdekatannya.

Maha Suci Allah yang Maha Besar, yang lebih membuatkan saya tertaut hati padanya, pabila sentiasa melihat-lihat Lafzul Jalalah yang terukir semulajadi pada Sebuah Bukit di Shihabiyyah ini. Itulah yang ada di Jordan, hanya satu. Pada teman-teman yang belum ke sana silalah berbuat demikian, sama-sama merasai kekuasaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala khusus pada meraka yang mahu berfikir. Allahurobbi.


Adnaniyyah akan saya bawak adik-adik usrah ke situ.
Dahsyat tak mauduq di atas, genre yang digunakan adalah sesuai dilakukan disini,iaitu bumi syam barakah ini, kepada adik-adik usrah ana yang disayangi, Sesungguhnya ketahuilah, ke mana antum orang cuti-cuti jamiah ni ha?Duduk memanjang dalam hirom ke?!

Petang itu, saya bersama adik-beradik DQ ke Adnaniyyah mencari sesuatu pengajaran, alhamdulillah dengan kepakaran ustad hazmi, kami jumpai kota lama dalam zaman abbasiyyah sebelum masihi, konkritnya masih utuh dan gah, memperlihatkan orang dahulu sungguh hebat dan kuat.Cuma kesedihan sedikit iaitu, tempat ini telah dicemari dengan belaan species biri-biri, orang arab tidak hargai langsung tempat sejarah.

Mungkin tiada kepentingan bagi mereka, tidak mengapa, tidak dapat dipastikan bagaimana ia berlaku, perkampungan lama ini, penuh sejarah dari sudut mata dan hati kami nyang ziarahnya petang itu, mungkinlah salah satu perkampungan yang berjaya ditawan sultan salahuddin sebelum beliau sampai ke Qal'ah Karak itu.
 
Ala kulli hal, saya bertekad akan bawak adik-adik usrah ke situ(perkampungan tinggalan lama rome) di Adnaniyyah itu. Bersihkan kawasan itu, bina pangkalan, pasakkan purnama terang disitu juga okey. 

Sekitar 30 Makann Tarikh(Tempat Sejarah) lagi akan saya abiskan sementara jamiah masih belum dibuka, insya'allah kesemua ini demi pengajaran yang sangat berguna, saya belajar, bagaimana islam mulai masuk ke Bumi laluan Ibnu Batuta dalam pengembaraannya selama 29 tahun itu, saya cuba kaji laluan yang dibina oleh Kerajaan Turki Uthmaniah pimpinan Sultan Muhammad Al-fatih dan keturunannya untuk memudahkan laluan, Suatu masa dahulu, Jemaah Haji dari Turki dan Negara soviet ke Tanah Haram, menggunakan Jalan untuk ke Makkah dan Madinah. Banyak sungguh muhasabah saya kali ini.Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.


Sekitar muhasabah di Maqam Nabi Nuh dan Shihabiyyah.

Perkampungan Shihabiyyah, Al-Karak Jordan.

 Lafzul Jalalah hanya terdapat ukirannya di Bukit ini.
Subhanallah. Maha Suci Allah.

 Jejak ke Maqam Nabi Nuh Alaihisssalam, mudah-mudahan
kaedah dakwah lembut dan hikmahnya dapat resapi hati saya.Amin

 Bertaswir dengan muhammad al-tarawneh, beliau
teman arab saya yang tak pernah ziarah maqam disini,
ish, arab-arab..baik benar sifatnya kan..za'lan jiddan.

 Ni adalah teman saya yang dimaksudkan sibuk memanjang tu,
next week masuk palestin pulak tu, ust sila bawak saya. Memohon.

 Lembah di Shihibiyyah cukup-cukup membuatkan diri ini, ingat dan
muhasabah diri, alhamdulillah ditempat kawasan para Nabi dan Rasul.

 Muqabil Maqam sayyiduna Nuh Alaihissalam dan 
bersama muhammad, beliau begitu obses
bertaswir dengan saya, mahu tarbiyah beliau supaya
gerakan pemuda jordan kian mantap. Doakan tau.



Sekitar ziarah Adnaniyyah, kawasan tinggalan Rome lama.

 Konkrit lama bukan berbentuk igneus seperti kota yang di Bina
oleh tamadun Islam seperti sekitar Qal'ah di Jordan.

 Ustad emi, mengajak saya memandang sejarah menggunakan mata hati
asiff ustad, ana pakai spek tau,insya'allah pasni mahu lebih tumpuan mendalam lagi.

 Teman saya seorang lagi, ustad rahim yang sama-sama 
menggunakan kaedah muhasabah itu munasabah. Mabruk.

 Tiga orang pemuda berdiri sekitar qoryah itu, cuba bawa 
balik petang itu sesuatu yang menjadi pengajaran. Mudah-mudahan allah
permudahkan.

 Sedikit za'lan setelah melihat ia membela haiwan 
tidak bersalah ini ke kawasan sejarah yang tanpa dijaga dengan
baik berbanding tempat-tempat lain.

 Akhirnya, hasrat saya mahu bawak teman-teman lain ke sini,
biarlah sama-sama sebelum pulang tanah air kita penuhi sejarah
kehidupan dengan perkara bermanfaat.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang