04 September 2010

Beruntung yang namanya Fitri(satu tamsilan).


Jelas Islamlah yang membawa fitrah manusia kepada mencintai Allah dan Rasulnya..

Alhamdulillah selesai barnamij malam ke 25 ramadan oleh Persatuan Mahasiswa Islam Mu'tah Jordan al-Hasyimiah, kami dapat satu istifadah malam-malam ganjil ini, dan terus mencari Ibadah di malam sunyi bumi ahlil janubi syam ini.

Saya seperti mahu bersujud lama memohon keampunan dari Tuhan Punya dunia ini..malah mengucapkan syukur ditemukan Ramadan al-mubarakatan di bumi syuhada' ini. Naam pemuda atau syabab medan ini takkan jemu mencari faedah dalam beramal islami.Namun entah apa kebelakangan ini teringat kedua mak dan abah di kampung halaman permai itu, harapannya itulah uruf si penuntut ilmu Allah. Kalaulah mak dan abah pandai membelek blog, maka riang sungguh rasa di hati yang berbunga ini, semahunya menulis panjang-panjang sambil menembusi sempadan israil di tepi bumi ini..

Rencah Qatayyif di Bulan Ramadhan.

Selesai imtihan fasal soif(musim panas) penuntut medan ini terus diberikan yaumul utlah(cuti universiti) untuk hadapi Ramadan Karim dan Aidilfitri, Alhamdulillah. Saya antara yang seronok mencari istifadah di bumi syuhada' ini, dalam bulan ramadan dapat ke syam(syiria-damaskus) ziarah teman-teman disana, kesempatan itu tidak disia-siakan ke Qoryah An-nawwa, untuk ziarah Imam Nawawi rahimahumullah, bersama akh amir hafizi dan tremconya kami bertolak, sekali lagi dihidangkan solat terawikh di Masjid Umawi era Khalifah Islam kelima-Umar bin Abdul aziz yang terkenal dengan sifat zuhud dan dermawannya.

Ramai teman-teman dan saudara meminta doa kami di bumi syuhada' ini, dengan ikhlas saya tetap doakan antum teman-teman sefikrah ini dalam keredhaan Allah subhanahu wa ta'ala..Intabih USAH jemu berjuang.

Kesempatan itu dapat bertawasul di Maqam Sultan Nuruddin Az-Zinki, penawan bumi syam itu, saya ada terasa gah berdepan dengan makhluk allah yang dicipta bagi mempertingkatkan syiar islam di muka bumi ini subhanallah. Alhamdulillah..ini semua satu lipatan sejarah selaku penuntut ilmu supaya makin tabah menghadapi cabaran semasa.Dulu-dulu di Tanah Air belum terfikir dapat merasa semua ini, ia akan dikekalkan sebagai memori diri saya mungkin akan dikongsi sama hatta beratus disk diperlukan.sentiasa ingat hal ini saya antara mereka yang  merasai Qatayyif(sejenis kuih femes orang arab di bulan wajib berpuasa ini yang syibih-syibih pancake atau saya panggil apam balik orang arab), ia mengubat rindu apam balik di tanah air jutaan batuan itu.

Teman-teman mengubat rindu.

Walaupun seharian sibuk dengan tarbiyah ramadan, saya bertuah ada teman-teman di perantauan menjadi penghibur di waktu ke'tension'an itu, itu yang dapat lakukan studio white ditepi pohonan tin tu. memang antara meminati bidang photographer maka saya antara yang suke menangkap atau di tangkap gambarnya,teringat seperti orang arab, asyik sahaja menyuruh bertaswir(bergambar) dengan mereka, padahal mahukan di puji melangit tinggi kerana kehenseman mereka(antara fe'el orang arab).

Intabih teman-teman ana, puasa itu sungguh-sungguh mendidik nafsu yang buas..maka orang muda seperti kita kena hayatinya barulah dapat NILAI tambahnya, ia puasa yang sama Tapi natijah yang berbeza,teringat taklifat lagi, sebelum Presiden balik dah ditaklif saya mengetuai sesi sambutan aidilfitri di mu'tah, insya'allah saya lakukan terbaik dan ada Nilai Ibadahnya.

Cuma saya suka yang namanya fitri itu, ada teman setarbiyah saya, namanya Fitri Azmi dari terengganu, beliau teman saya yang antara pabila diberi peluang tazkirah mengaitkan dengan fitrah kejadian manusia,

"enta tau tak manusia ni allah cipta pelbagai macam, ade yang lemah, kuat, cun, hensem, lawak, tak pernah senyum, kuat berleter, tapi instint(naluri fitrah) mereka tetap mencari keredhaan tuhannya, bile suasana resah-gelisah, takut mereka tetap kembali padanya, ha ahlah" dah enta bila nak berumah tangga, membina masjid ni ustaz? maut soalanku padanya, itu satu fitrah juga..mabrukk. 

Tidak keseorangan Aidilfitri kali ini, bersama teman-teman sepengajian syariah islamiah, ilmu allah ini, pasti ada sahaja barakahnya..hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah,berkongsi dan memberi menjadi Ibadah dan indah jika semua dilakukan atas nama islam dan ukhwah lilallahi ta'ala.

"perbandingan kaum mukmin pada berkasih sayang, beremosi dan berbelas ihsan sesama mereka, adalah seperti satu batang tubuh.Apabila mengadu(sakit) mana-mana bahagian tubuh itu, nescaya terkesanlah ia kepada seluruh tubuh dengan berjaga malam tiada upaya tidur lagi demam"[Riwayat imam bukhari dan muslim radhiyallahuanhuma]

Penutup.

Kerap kali saya ingatkan teman-teman yang sudah bergelar bapa atau ayah atau abah atau abi atau walid agar segera tunaikan Zakat Fitrah ya.Ia satu tanggungjawab mereka terhadap keluarga dan diri sendiri, 10 terakhir, masih segar dalam ingatan ini di malam 10 terakhir ikut abah saya ke masjid menunaikan zakat fitrah yang wajib itu, malah dalam Pensyariatan Islam sendiri mengkhususkan tarikh pembayarannya jangan setelah 1 hari raya barulah tergopoh membayarnya maka ia menjadi haram ketika itu, intabih boleh layari Jabatan Agama setiap mantiqah atau negeri masing-masing mendapatkan kadarnya ok.

Salam Perantau dan Lebaran 1431 Hijriah dari saya di bumi syam syuhada' ini..Aidilfitri kembali kepada FITRAH dan FIKRAH ISLAM yang hebat..[Terus-menerus mencari NILAI IBADAH].

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang