11 Ogos 2010

Bulan mencari koleksi IBADAH


Ahlan ya Ramadhan, nahnu nuhibbuk...kullu am wa antum jiyyidan, toiyiban, tamaman, mubarokatan, bikhoir..

Rupanya itulah ungkapan manusia yang berbangsa arab di Bumi Syam Syuhada' ini, saya kadang-kadang teruja mendengarnya, iyalah inilah kali pertama kesekiankalinya berihya' ramadan bersama bangsa keturunan arabiah yang memberi seribu mau'izah hasanah dan sebaliknya.

Namun misi dan prinsip kami bakal pemegang ijazah syariah tetap takkan di ketepikan lagi, kami tetap tekun mencari mutiara ilmu di musim panas(soifi) panas membahang ini, bahkan lebih dari itu semangat para pemuda medan ini akan terus kental menjadi tetamu nafar di medan syuhada'.

Menanti Bulan Barakah itu kembali bersinar.

Sudah pasti terdapat antara kelebihan di perantauan dan membezakan kelainan cara hidup kami berpuasa, kami sentiasa rindukan berpuasa sama keluarga di tanah air, saya sering mengingatkan diri sendiri dan teman-teman agar berhati-hati, Hadami kaedah Fidyah supaya puasa kita lebih berNILAI. Kalau di kampus dulu saya antara yang aktif memberi tazkirah dengan niat agar para mahasiswa CELIK mindanya TAJAM fikrahnya, mengetahui manakah bulan yang diberikan kemuliaan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala ini. Sesungguhnya saya sangat rindu teman-teman adik beradik saya di kampus tarbiyah itu, saya rindu ust napi, akh hasbi, akh syin, akh hairun, adik-adik sefikrah genarasi ghuraba' saya itu akh azam, akh naziran dan lain-lain, sejujurnya mereka antara bersama saya penghidup malam Ihya' ramadan dulu.

Alhamdulillah, pengalaman itu memberi galakan pada diri pemuda seperti diriku ini, sesungguhnya saya takkan mudah berundur dengan mereka yang sudi-sudi menentang hukum-hakam Allah subhanahu Wa 'Ta'ala sebab itulah Allah memberikan sepenuh perhatian terhadap segala amalan di bulan Mulia ini, dari sudut tafsiran ayatul Al-qur'an, Fiqh semasa, mahupun Hadis Nabawi jelas menunjukkan PUASA ini bagi mereka yang beriman BUKAN mereka yang jelas menentang hukum islam itu sendiri.Intabih.

Imtihan  di Bulan Ramadhan.

Apalah sangat, nak di bandingkan ujian buat kami penuntut ilmu yang dhoif ini dalam menghadapi Ujian Final Examination, Ibtila' yang dilalui dalam jalan dakwah Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalaam lebih dahsyat di bulan ini, dari bulan sya'aban dengan peristiwa Ghazwah Bani Mustaliqnya, hinggalah tentera Islam mengharungi ghazwah Badar Al-Kubra di hari umat Islam wajib Berpuasa.

Sebab itulah para ulama' mengatakan Bulan ini bulan para pejuang islam, Ramadan datang bagi menundukkan Nafsu yang sentiasa bergelodak meronta-ronta berguling-guling itu, ia satu galakan supaya manusia mu'min meninggalkan Arahan berjihad sama ada menuntut ilmu mahu pun berjihad fisabilillah.

Mujurlah Allah Yang Maha Penyayang memberikan Kewajiban berpuasa pada umat terdahulu hattalah sekarang, yang bermakna hawa nafsu ini mampu di tundukkan dan dikawal dengan melalui jalan berpuasa. Syukur Allahu robbi kerana memberikan kewajipan berpuasa ini.

Saya dan teman-teman medan ini hampir sahaja menghadapi Imtihan akhir fasal soifi, maka sesuai dengan kami di Bumi Syam barakah ini, mengalu-alukan para pembaca mendoakan agar pemuda-pemudi  medan ini(Bumi Jordan) berjaya dengan cemerlang malah membawa mutiara ILMU dan AKHLAK untuk mujtama' atau masyarakat Malaysia nanti.Biiznillah(Dengan Kehendak Allah).

Bagi teman-teman yang fikrahnya tajam itu, maka jangan sesekali menumpulkannya, bulan inilah tiba masa mengkhususkan amal islami buat para pemuda serta mengasah Mata Pedang mereka, meningkatkan prestasi pengabdian diri kepada Allah subhanahu wa ta'ala dalam menambah dan mencorakkan lagi IBADAH khusus. Ini penting bagi kekuatan dalaman seorang mujahid sebelum menghadapi cabaran luaran yang menganas lagi.

JOM tambah koleksi IBADAH itu.

Sebab itulah, dengan meng'ihya'kannya(menghidupkan Ramadan dengan perkara-perkara bermanfaat) memberi seribu erti pada Puasa ini, barulah dapat menahan segala serangan yang membantutkan kerja-kerja islam dan kehidupan ini..buat para pencinta dan penanti Ramadan di bumi syam ini, sediakan Koleksi IBADAH antum orang menghadapinya, bukan koleksi perkara mubah, mengumpul koleksi CD cerita terkini di tanah air, mahupun koleksi baju raya, jubah musta'mal di bumi syam tahun ini, kalau nak suruh senaraikinikan memang tak sempatlah dalam fatrah imtihan ni, banyak sangatlah yang memberi kemaslahatan di bulan ini, antara salah duanya:

(1) antum orang boleh ke masjid syuhada' mu'tah itu sambil membeli Qutai'iff(sejenis kuih arab) ataupun sayur-sayuran untuk buat masakan tomyam untuk berifthor jama'ei nanti, iye lemparkan senyuman pada semua ammu2 itu, itu sudah dikira menambah amalan koleksi IBADAH tadi..
(2) antum orang boleh terus masuk ke dalam masjid(di berandanya), sementara menunggu tiba waktu berifthor, maka ternampak makcik yang "hagalillah" di tepi masjid syuhada', maka tergamakkah melihat sahaja? bagi sekurang-kurang rubu' dinar mahupun 2x nus padanya sambil ibtisam abadan abada..

Na'am walaupun nampak biasa, sesungguhnya dengan keikhlasan yang terpamir di wajah gebu antum orang itulah menjadi luar biasa pada pandangan Allah subhanahu wa ta'ala.Intabih wa Ihtimam.

Ada Tips buat kita syabab, di bulan mulia ini, memang cabaran buat kita sungguh-sungguh dahsyat, bahkan kadang-kadang cukuplah teman-teman saya bercoret-coretan, bernota-notaan, tentang perkahwinan mengikut kaedah madah Fiqhul Zawwaj wa Tolak mahupun mengikut Syarah Ayatul Al-Qur'an Syeikh Ali As-sobuni itu, tiada nada protes untuk rood, malah ada kebenaran yang tiada taranya lagi, maka cukuplah kita berlapang dada(salamatus sodru) mengenainya sambil banyak berdoa dikurniakan Jodoh yang sekufu itu..selain kita terus menjaganya iaitu  para penghafaz matan-matan hadis mahupun cebisan Fiqh-fiqh, maka kita tundukkanlahpandangan terhadap 'mek-mek arab' yang terkena kalcer syok itu,maka seperti pakaian mahu berenang pun ada..maka cukuplah mereka berdosa namun bukan kita.Maka Ingat itu ya.Maka saya sudah penat mengulas juga.

Tipsnya:
(1)Berzikir dan mengingati Allah.
(2)Fokus dan jangan dilayan perkara yang boleh melalaikan minda.
(3)Penuhi masa itu dengan istiqomah menghafaz madah aktiviti beribadah yang membawa faedah.
(4)Jaga tangan, kaki, mata, telinga, dari perkara yang tidak baik dan pastikan pancaindera ini berpuasa juga.
(5)Hindari perasaan tertekan, marah, tension, bengang dengan orang arab yang sengaja carik pasal, kerana ini boleh mengakibatkan perkara tidak baik akan berlaku lagi.
(6)Pastikan amalan seharian itu diatur baik malah penuhi borang mutabaah(analisa ibadah seharian itu),pastikan ada alasan konkrit dan pabila kurangnya fokus membuatkan kita menjadi lalai.Ihtimam.

Selamat menjalani IBADAH PUASA bagi  sanah 1431 Hijriah ini kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala.
[Istiqomah mencari NILAI IBADAH].

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang