25 September 2010

Sinar syawal 1001 Nilai Ibadah

Salam syawal dan puasa 6..

Disebabkan lama saya tak memberi sesuatu dalam mengautoritikan artikel terkini maka terimalah gambar ini tanda hibrahh atau pengalaman bersyawal di bumi syam ini.

Memang sedihlah ingin dikhabarkan, ini pun masih lagi terngiang2 dalam benak fikiran rendang emak di pagi syawal 1431 hijriah itu dulu, 'mak jangan risaulah ye, anak mak takkan mati kerana tak makan rendang' namun lebih rela mati mahu menjadi syuhada' kalau dapat(sambil berdoa) kan Nabi sollallahu alaihi wassalam berpesan dalam hadisnya:
من سال الله تعالى القتل من نفسه صادقا،ثم مات أو قتل فإن له أجر شهيد
'Sesiapa memohon kepada Allah dengan rasa sebenar-benarnya bersumber dari Hati nuraninya agar ia terbunuh(fi sabilillah) kemudian ia meninggal dunia atau terbunuh, maka sesungguhnya ia mendapat pahala mati syahid'[Hadis Hasan Sohih Riwayat imam abu daud, imam tarmizi, imam an-nasa'ei dan imam ibnu majah Rahimahumullah ajma'in].

Dan pesanan Nabi itu diikuti dengan hadis sabdanya buat pencinta mati syahid(yang pelbagai jalannya, dan antaranya adalah buat mereka di dalam medan menuntut ilmu2 agama itu):
من سأل الله تعالى الشهادة بصدق بلغه الله تعالى منازل الشهداء وإن مات على فراشه
'Sesiapa memohon kepada allah dengan sebenarnya iaitu mati mendapat syahid, Allah pasti akan meyampaikannya ke tempat-tempat para syuhada', walaupun ia meninggal dunia di atas tilamnya'[ Hadis Sohih Riwayat Imam Muslim Rahimahumullah:1909].

Alhamdulillah dengan itu hati saya menjadi berbunga-bunga malah lebih tenang sekarang, seperti sedang diperhati hurunn maqsurah(bidadari surah arrahman)itu sahajalah,dan  bersyawal riang gembira menyambut erti kemenangan di bumi dipenuhi Syuhada' perang mu'tah ini,

Maka sekarang seperti biasa barnamij saya di pagi syawal bersama teman-teman di bumi ini, bertaswir lagi..danbertaswir itu di teruskan lagi setelah berbarnamij di Mulhaqiah Thaqofiah Malaziah(Malaysian Student Department) Amman-Menerima taklifat menjadi Encik Pengarah barnaamij sebab itulah mauduq kali ini bersifat 'Sinar Syawal 1001 NILAI IBADAH' barakallah..jom intabih..


[Berikut setelah solat aid'fitri 1431 hijriah]
inilah teman sepertaswiran saya sepanjang syawal,
ustazul murobbi mohamad kheidier al-mafraqi,
beliau antara salah dua ustad kuat bertaswir..jugakle
keduanya sayala..mabrukk
Berikut adalah sekumpulan ustaz yang beraya di Bayt@Rumah akhwat
Mu'tah..Bayt tersebut mendapat gelaran rumah i'nab atau rumah anggur, mungkin
ahli baytnya obses terhadap fawaqih tersebut..namun masakan pg syawal deme mantap.
mabruk.
Berikut wajah gumbira para syabab mu'tah setelah di basuh dengan khutbah
oleh ustazul murobbi mohd ali dari perak bermauduq isu semasa dan erti perkahwinan
di pagi raya.

Berikut beberapa calon ustaz telah diterima sebagai
salah satu yang berjaya memikat perut masing-masing setelah dijamu
dengan masakan lodeh, nasik dagang versi apejelahbahanyangade, oleh
ahli bayt fuqaihah di pagi mulia itu..alhamdulillah.

Berikut beberapa orang ustaz sempat bertaswir ba'dinn khutbah aid'fitri
1431hijriah.
\
Berikut rumah terpilih di ziarahi, kuih raya itu penting, iye itu kuih raya
tat nenas namanya..di Bayt Imtiaz..
Berikut ziarah Bayt abang wan almutazawwijin, mumkin mengambil ibrahnya
meminta padangan masalah khilaf iaitu balik beraya di pagi raya
belah suami ke belah isteri atau tak balik langsung.
Berikut beberapa org Ajk adhoc get ready untuk
Rumah Terbuka di Mulhaqiah Thaqofiah Malaziah-Amman,
Alfunn Sukron pada team ana yg berkerja sampai penat tak tercakap tu,
intabihh ada NILAI ibadah.
Berikut ialah team pesegaran bertungkus lumus-humus,
menreadykan sate sebanyak arba'ah alfun(4000)
untuk tetamu esok.
Berikut kesan pembakaran sate arba'ah alfun itu mendapat daya tarikan
keesokan harinya.
Berikut dua orang Dj memberi sakatan pagi raya..menanye siapakah negara jiran
jordan ini..ingatt jangan tersilaple..
Berikut bersama Pengarah Mulhaqiah Thaqofiah Malaziah, Ustaz Haji Sulaiman
dengan para ustad dari mantiqah Mu'tah Al-karaki.
Berikut Bersama YB 1 Endut sebagai tetamu Hari Raya kali ini,
mabruk YB, kire pegang erat2 tu ada NILAI IBADAH dan jihad tu..

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang