Walaupun, hanya tak sampai 100 kilometer sahaja, kami di Medan Mu'tah turut merasai keperitan saudara seIslam malah seAqidah Islamiah di bumi barakah al-quds itu, kalaulah boleh menziarahi Masjid awal qiblat yang diberi pahala khusus ganjaran fadilat solat didalamnya itu, akan tangkas ku lakukan, namun setiap hari ke kuliah pasti akanku rasai angin-angin lembut bumi kiblat pertama ummat islam itu, mungkin pembawakan angin dari laut mati yang sangat dekat dengan bumi jeruselam barakah terutama sekarang ini nampaknya cuaca sentiasa berangin mungkin perubahan cuaca dari syita(musim sejuk) ke soifi(musim panas).
Caknalah wahai teman-teman, setiap hari setiap detik saudara kita fil hunak sentiasa, berdepan sama ada kemenangan mahupun mati syahid sebagai syuhada', dan ana sangat percaya mereka sudah pun dilatih berdepan yahudi laknatullah setiap masa, waktu mereka sangat hebat, setiap detik mereka adalah tarbiyah buat mereka, pastinya setiap hari di jamiah akan ku lihat wajah anak muda syabab dan akhowat palestine lebih berkeyakinan berbanding orang asal jordan, dan apabila bermusyaraqah@berbual-bual dengan sahabat palestin mereka lebih ihtimam@minat dengan baik terhadap kami, perwatakan lembut itu jelaslah mereka sebenarnya bersifat sedih mungkin kerana meraka ini sudah mengetahui nasib keluarga mereka di sana.
Namun teman-teman jomla kita ketahui bahawa hari ini hari Isnin bersamaan 15/03/2010 adalah"Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-aqsa"...caknalah kita sekurang-kurangnyanya setelah lima waktu kita solat itu adanya doa untuk saudara kita itu ye..Betapa Allah Swt meredhai usaha kita itu, dan mudah-mudahan antara doa itu dimakbulkan..allahumma amin..
Jom baca laman blog lamanulama tekan ini.
Sekumpulan aktivis internet yg beragama Islam di laman sosial Facebook melancarkan seruan kepada umat Islam seluruh dunia untuk menjadikan hari Isnin, 15/3/2010 sebagai 'Hari Berpuasa dan Berdoa Sedunia Demi Al-Aqsa'. Kini, Masjidil Aqsa semakin dahsyat dirosakkan oleh Zionis. Masjidil Aqsa dalam bahaya!
Penjajah Israel telah menutup pintu-pintu Masjidil Aqsa kecuali beberapa pintu dan telah menutup 2 buah sekolah. Sekolah pertama ialah Madrasah Al-Aqsa At-Thanawiah (sekolah menengah) untuk pelajar perempuan yg yg terletak di dalam masjid, berdekatan dengan Bab As-Silsila. Pelajar-pelajar perempuan telah dihalau keluar. Sekolah yg kedua pula ialah Madrasah At-Thanawiah As-Syar'iyah yg juga terletak di dalam masjid, berdekatan Bab Al-Asbat dan Bab Al-Hittah.
Agensi-agensi keagamaan dan kebangsaan menggesa penduduk supaya menuju ke bandar Al-Quds dengan sepenuh kemampuan mereka.
Pemerintah Israel dan kumpulan-kumpulan ekstrimis Yahudi telah mengisytiharkan bahawa mereka sedang bersiap untuk membuka Kuil Al-Kharab, kuil terbesar Yahudi di bandar itu yg terletak tidak lebih dari 10 meter dari Masjidil Aqsa, dalam 2 hari sahaja lagi.
Ketua Harakah Islamiah di Palestin, Syeikh Raid Solah berkata, perancangan Israel kali ini merangkumi pembukaan Kuil Al-Kharab yg dianggap sebagai permulaan kepada pembinaan apa yg disebut sebagai Haikal Ketiga.
Muassasah Al-Bayariq li Ihya Masjidil Aqsa Al-Mubarak menyatakan, bas-bas dari kampung-kampung dan bandar-bandar Palestin berjaya tiba ke destinasi untuk umat Islam menunaikan solat di Masjidil Aqsa walaupun menerima sekatan demi sekatan dari penjajah Israel yg menghalang kemasukan mereka.
Mereka menjelaskan lagi, pihak penjajah Israel telah cuba untuk menghalang kemasukan bas-bas ke bandar Al-Quds sejak waktu malam dan awal pagi, di mana sekatan keselamatan diadakan di pintu masuk bandar. Tetapi desakan umat Islam akhirnya membolehkan mereka masuk juga. Sebanyak lebih kurang 30 buah bas telah berjaya tiba ke destinasi dan 3 bas telah ditahan masuk.
sumber: http://lamanulama.blogspot.com/
http://www.islamonline.net/
0 komenan:
Catat Ulasan