24 Mac 2010

Kalaulah Orang Muda ramai yang bersabar.


Alhamdulillah selesai pun Madah mantap Tarbiyah Watoniyyah Urduniah(Pendidikan Kenegaraan Jordan), dengan Dr.Nisrin Bahri, seorang doktor wanita arab yang berkonsep sosial tetapi hebat, dan terus teringat pensyarah kami yang sentiasa aktif mengajar subjek Kenegaraan Malaysia, namun biasa namanya dipanggil Ayah Wan di kampus, cukup dikenali di Fakulti Pengurusan, memang tersipu-sipu entahla sewaktu semester satu dahulu ingatannya, mana tidaknya masih keliru dengan subjek kritikal thingking itu, Ayah Wan seorang yang boleh dikatogerikan membuka minda pelajar asalkan fikrahnya boleh memikirkan hal-hal dan isu-isu tanah air, ana mengambil 2 kali matapelajaran universiti(ijbari jamiah) dengannya,(1) Kenegaraan Malaysia (2) Sistem Politik Malaysia, alhmdulillah mumtaz dan jayyid jiddan natijahnya,.

Masih terbuku rakaman itu di minda ciptaan Allah swt ini, Masya'allah, memang pun satu masa dalam kuliah beliau pernah membentangkan kajian kes pembuangan bayi yang dahsyat, ketika itu kajiannya masih cube meningkat sekitar tahun 2006..ketika itu pelajar-pelajar perempuan senyap..tanda setuju.



Ya Allah sangat terkejut pabila, membaca statistik Jabatan Pendaftaran Tanah Air tercinta...apa hal yang berlaku ni? kalau kerja di Jabatan itu agaknya sudah tidak mampu terkejut lagi..terlalu ramai ni, "kalaula bayi suci ni bagi pada kami, dah tentu kiteorg buat nursery sbb comel2", kata seorang pelajar perempuan yg cakna, "kalaula anak2 ni membesar siapakah yang akan menjadi walinya pabila tiba musim perniqahannya", kata seorang sahabat bakalorius fiqh wa usul, kata ana, eloknya si ibu yang tidak matang itu dihantar ke palestin yang sangat dekat dengan kami ini, yela senang sangat buang anak, ibu-ibu palestin punyalah berlumba-lumba memberi pemahaman pendidikan "baling batu" pada Yahudi seawal umur 6tahun, kenapakah antunna senang-senang membuangnya?

Kalaulah orang muda ramai yang bersabar dan berfikir panjang, Al-fadhil Ustaz Kazim Ellias Pendakwah Bebas pernah dalam menyebut dalam siri kuliahnya, "kalau" itu mesti ada 2 : fikir betul-betul, (1)kalau yang sebelum, (2)kalau yang selepas..

kalau yang sebelum memberi manfaat katanya,"kalaulah aku buat rompakan nekad songlap duit kat Bank Nasional ni rase-rase selamat tak",kalaulah aku usaha study madah Fiqh Sirah dari sekarang mesti aku merasa berjaya nanti", "kalaule aku berzina sekarang rase-rase okey ke" kalaulah aku pergi disko ni rase-rase apa orang ramai cakap, lagi-lagile aku ni anak seorang tok imam" kalaulah...kalaulah yang sebelum inilah yang di datangi syaitan..intabih jiddan(amik berat sungguh2)


Tapi "kalaulah aku tak merompak Bank Nasional aritu dah tentu tak masuk jail 20thn+sebatan","kalaulah aku study madah Fiqh Sirah dulu mesti Mumtaz natijah ni","eh kalaulah aku tak ikut nafsu serakah itu dulu, mesti si dia tak melahirkan zuriat yang membawa fitnah besar-besaran serta-merta yang haram bagiku itu dan aku menyesal sekarang"..kalaulah...kalaulah inilah membawa seribu  satu penyesalan yang tidak bermanfaat lagi, caknalah wahai teman-teman.

Maka Allah Swt merakamkannya:
"Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar. Iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah mereka berkata 'Sesungguhnya kita ini adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kita kembali'. Mereka itulah yang (Allah berikan) kurniaan (dan pengampunan) serta rahmat ke atas mereka, dan mereka itulah orang-orang yang beroleh petunjuk.(Surah Al-Baqarah 2: 155-157)


Jom muhasabah statik ini..layari laman-seri.blogspot.com.
Statistik anak tak sah taraf di kalanganbangsa Melayu adalah yang kedua paling tinggi untuk tahun 2009, iaitu seramai 17,303 orang, di belakang kaum-kaum lain. Ini juga bermakna, ± 47 bayi berketurunan Melayu dilahirkan setiap hari sepanjang tahun 2009!


Statistik ini tidak termasuk bayi yang dilahirkan hidup, kemudian mati akibat ditinggalkan di tempat pembuangan sampah, surau, tandas dan sebagainya. Statistik ini juga tidak termasuk bayi-bayi yang digugurkan dan dirahsiakan kematiannya (dibuang dan tidak dijumpai). Jika disebut Melayu, kebiasaannya beragama Islamlah. Amat menyedihkan kerana saban tahun kita disogokkan dengan berita yang menyedihkan ini, namun MALANGNYA, statistik ini terus meningkat.


Mabruk wahai bangsa Melayu..kenapa-kenapa?
jangan asyik bicara mengHUKUM tetapi CEGAHlah ia.

Sudah tiba masanya satu hukum mengikut Al-qur'an,
As-sunnah, Ijma' dan Qias dijalankan.

Maka wahai teman pemuda/pemudi, andaikan kita hadamkan nilai bersabar dalam kehidupan sudah tentu natijah@result yang mantap di perolehi, naam bersabar semua perkara namun mengikut batasannya, jangan bersabar dengan perkara jelas dikeji Allah swt, Pesananku untuk anak-anak muda setarafku kini, sekiranya perNIQAHANlah yang menghalangi antum melakukan perkara diberi kutukan Allah Swt(iaitu zina wa iyazubillah) maka silalah bina masjid itu seawalnya, sudah sedia semuanya silakan juga..tidak yakin? tanyalah orang yang tahu dan thiqah yang mantap membicarakannya, maka syaitan sangat menyesal mana-mana anak adam itu mengakhiri hubungan halal ikatannya mengikut Syariat Islamiah..

Sahabat-sahabat ini bukanlah isu kecil, renungilah juga wurud hadis Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam..bagaimana suatu masa seorang pemuda meminta untuk berzina kepada Rasulullah Sollallahu alaihi wasalam,"bagaimanakah jika ada orang lain yang melakukan zina dengan adik-beradik dan ibumu?" inzar dalam waktu yang sama Rasulullah Sollallahu alaihi Wassalam menghalangi perbuatan hina tersebut.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As RA, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai. Aku bertanya: Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab baginda: Ya, nescaya akan terjadi.” (Hadis riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan al-Tabarani, hadis sahih)

Daripada Maimunah r.a. berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Umatku akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.” (Hadis riwayat Ahmad, kata al-Munziri - 3/265: isnadnya hasan).

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang