Semalam bagaikan bekas-bekas perjalanan diri yang hina ini dirasakan, menongkah arus tradisi mencari ilmu pengetahuan, kenangan itu ku tatapi lagi "allahurabbi; cepat betulle masa berlalu, kenapa jadi gini? dengusan nada separuh nafas dikeluarkan, agaknya orang lain tu macam manale keadaan mereka, yang hanyut di persimpangan jalan tu macam mana pula? yang berada di setiap lorong-lorong sepi menagih simpati tu! hatta yang menagih dadah apatah lagi, di medan mereka yang mencari ilmu macam manala pula gayanya, adakah ilmu itu memberi barakah padanya kemudian mereka akan tadbi'kan dengan terbaikkah, ish bahaya juga bagi si tholibul ilm' ni ye..bukan senang berkata senang, na'am malahan yang jalani kehidupan ini adakah mereka lalui mengikut acuan Syariah Islamiah, kan al-fadhil ustz ismail kamus tu dah ada keluarkan buku Indahnya Hidup Bersyariat..berapa ramai yang beli buku ini berbanding buku URTV edisi khas sambutan artis terhadap Maulid Rasulullah Sholallahu Alaihi Wasallam, ish ade ke buku tu?jangan ditanya, teruskan muhasabah ye..
Naam jom terus-menerus kita memperingati sesama kita tentang masa itu, mudah-mudahan tidak tergolongnya kita di dalam golongan manusia yang terasa rugi kenikmatan di ladang dunia dan menyesal di masa penuaiannya di akhirat nanti Allahumma amin..
Benarlah pendidikan jiwa@tarbiyah nafs memberi ransangan minda pada golongan pemuda-pemuda ini dalam membawa hati mereka untuk mengenali ketauhidan Allah Swt, dan alhamdulillah sampai-sampai sahaja di bumi pantai timur itu ana dikenalkan dengan ustaz dan ustazah yang memberi ransangan minda mendidik kami supaya jangan lalai, "anta mai ipt ni dah lain cara menempuh kehidupan apatah lagi dalam menerima proses pelajaran", ust hafiz yang tegas tentang masa tu, tegur ana sewaktu lepas solat asar di Musolla ATR Tok Jembal, "a'ah ana tau je, memang pun dahla masuk sini mak abah tak nampak pergerakkan kita apatah lagi sudut proses pembelanjaan yang sentiasa mewah ni kan, boleh beli macam-macam ye, nak ana bagi contoh ke?
Nadaku memandang rendah terhadap seniur yang memangku jawatan Exco dalam Persatuan Dakwah itu, namun dia relexs je, na'am bijaklah betul cara dia menyejukkannya dan berdepan dengan fe'el ana yang separa matang ketika itu, "hmm ni ha untuk adik-adik baru ni, kami Persada nak buat Kem Mahabbah untuk antum orang jadinye, esok lepas je kuliah bagitau kawan sekelas ye.."okey baik", balas ana lembut malah mencurigai program pertama kali bersama persatuanku itu..
Alhamdulillah ku makin kenali sahabat-sahabat sekuliah sepengajianku, ana rindukan mereka, sama-sama jadi penuntut ilmu yang adakalanya 30 orang semuanya itu berkhilaf, berpandangan yang banyak isunya, kalaulah dihadami erti adabul khilaf itu dan memang itulah proses tarbiyah juga jawapan terbaiknya ialah sabar serta bertawakal pada Allah Swt, Tarbiyah itu ibarat sebiji telur ayam yang ingin menetas mengambil masa dan kesusahan dan bakal bertemu episod dunia baru bagi bakal anak ayam itu, dan mestilah sabar berdepannya.
Di Kem Bari kami di beri modul-modul peng-erat ukhwah, malah tarbiyah sepertiga malam seperti biasa itu tiada halangannya, walaupun motifnya ukhwah dan ikhtilat itu difahami matang, akan ku ingat wajah-wajah seniur-seniurku itu, deme yang memberiku inzar betapa pentingnya kehidupan penuntut ilmu institusi pengajian tinggi itu, jangan menjadi terhoyong-hayang seperti ditiup ribut la-nino kata mantan YDP Persada ketika itu ust redwan@a.wan, Alhamdulillah beliau sudah berada di Mesir malah beliau menjadi manusia berilmu sekarang..ye adakalanya teringin juga sekarang ini ingin melihat perkembangan mereka itu, mudah-mudahan ke semua seniur perjuangan itu berjaya malah makin bahagia Allahumma amin.
Allah Swt berfirman di dalam Al-Qur'anul Karim,"sesungguhnya orang yang beriman itu(yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah(dan sifat-sifatnya) maka gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."an-anfal:2.
Disitu ku kenali Persatuan rupa-rupanyalah membentuk peribadi malah syakhsiah@akhlak bagi yang memegang gelaran Pelajar Pengajian Islam ketika itu, mencerna n mencambahkan fikrah islamiah, tak kirala apapun komuniti yang kita ceburi di akhir zaman ini na'am pastikan jangan bertentangan dengan syariat mutlak dari Allah Swt, waimalah jangan menjadi musuh agama Allah Swt berbakoloriuss@berijazah Syariah, wa iyazubillah..
Pesananku pada teman-temanku..ingat tak suatu masa ketika kami belajar Teori Dakwah dan Aplikasinya bersama ustaz kesayangan kami Al-fadhil Ustaz Burhanuddin, di kusza dikenali Ustbob..dan beliau musyriff thesisku..pecambah fikrah kami di kuliah suatu masa dulu..sekarang bertitle Doktor malah doktor yang memberi maslahah pada masyarakat mudah-mudahan ustaz dalam kebahagiaan perjuangan Islam.."jagalah akhlak antum dimana berada selepas ini, yang umum diketahui Kusza mencerminkannya, jangan cemarkannya" kata ust selepas doa wehdah di kuliah akhir bersama kami pada petang khamis itu..sukron ya ustbob, akan akan ku ingati..
Pesananku pula pada adik-adik pemegang Thanawi@Diploma@ijazah di bidang yang sama mahupun seniur-seniur perjuanganku di bumi bertuah Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin itu, jomlah sekali melihat akhlak dibawa Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam..walau kita sudah berlajar madah akhlak dulu, ketahuilah dengan akhlaklah Rasulullah Sholallahu Alaihi Wassalam diterima oleh semua bangsa arab yang boleh ku lihat hari ini, baginda begitu hebat malah gambaran akhlaknya seperti Al-Qur'an yang gemar kita ulangi setiap masa itu..
Maka pada teman-temanku, jagalah imej antum yang berstatus mengaji agama itu, ye na'am biarpun manusia akhir zaman memandangnya dengan tidak cukup sempurna, tapi kan kita mahukan pandangan dari Allah Swt, berubah menjadi terbaik dengan kemampuan diri sendiri, Allah merakamkannya, "Allah tidak akan merubah nasib suatu kaum hingga mereka sendiri mengubahnya"-ar-ra'du:11, dalam setiap langkah perjalanan renungkanlah diri meniti survival itu dan istiqomahlah dengan ibadah mencari ilmu pengetahuan maka biarlah bersederhana dalam semua hal ok...takdehal lah..
Alhamdulillah ketaatan kami pada pimpinan
masa itu memberikan kematangan fikiran mendepani
masalah-masalah semasa di ipt.
Dah confirmle naik punya jadi moderator,
nasib baik tajuk best, tak silap erti perkahwinan
menurut islam rasenya..
tengokle tu masakan tak teringat kisah tu,
dah berjanggut pun suh main permainan
tradisioanal..adat-adat melayu lame agaknya.
na'am best btl ust encik wan tu memang target
ana jela, gamaknye nak suh ganti tempat diale
tu, huh ingat mudah ke..
uruf biasa module kene-mengena, asalkan tidaklah
berantai-rantai module itu pada juniur-juniur akan datang.
Alhamdulillah sebahagian dari kami semua menjadi
makhluk yang berilmu malah akan turun ke medan
sebenar di masa akan datang mudah-mudahan
kami tabah..
na'am nila deme yang bermesyuarat memberi
sepenuh tekanan pada kami di barnamij itu..
bulatan saf PERSADA 05/06 ketika itu.
ost din, ost kerol anuar dah lepas deme ni, di negara
sebarang jakarta n riau indonesia, kelihatan ost aidid
beliau membuat bakolorius di usim juga..mabruk.
sekali pegang tampuk itu barule merasai kesusahannya,
betullah dalam kaedah usul menyatakan,
dalam bab syara' ma qoblana..nak tentu sesuatu afkar
mahupun hukum dengan melihat sebelum-sebelumnya..
Graduan Kelahiran kusza menawan hati persekitarannya
kerana akhlak adalah yang memacu pendidikannya..
Semester akhir Kami bersama ustbob,
(berbaju hijau muda) seorang doktor pakar
merawat masalah hati mahupun fikrah..
mabruk alaika ya ust..
0 komenan:
Catat Ulasan