14 Februari 2010

Bangkitkan semangat perjuangan sebagai tholibul ilm' yang menjaga akhlak

Salam penantian demi penantian akhirnya berjaya untuk tasjil madah fasal thani yang agak 
mengelirukan..na'am kalau orang tanye, enta amik madah ape untuk takhasus fasal syita' ni?



Jawapannye: الفرق في تاريخ المسلين، سيرة النبويه



Kedua-dua doktor yang amatla dikenali oleh warga mu'tah ini adalah sangat pakar dalam kedua-dua madah yang ana sebutkan, dan doakan ana berjaya menyerap ilmu mereka itu ye, mereka termasukla bagaikan jiwa seorang abah yang boleh ana anggapkan, itulah penguat semangat untuk terus mendepani kehidupan sebagai tholibul ilm', na'am ye pastinya mereka abah kami disini.


Masakan tidaknye, jika duduk jauh teringat abah di kampung dengan siapa lagi diri ini ingin luahkan perasaanye..adakah dengan ammu kedai hamzah, adakah dengan pepohon zaitun yang memenuhi bayt2 arab sepanjang jalan nak ke jamiah, semua itu adalah metafora sahaja tapi dengan doktorla yang kita asyik musyaroqah setiap kali dalam kuliah, sebab itula antum yang amik dengan Doktor qoiss mu'aiyitoh  n Doktor mustafa abu ziyad, anggapla mereke macam abah korg jgak ye, amik barakah kefaqihan mereka, na'am jangan putus asa..umat islam kan harus cemerlang disudut motivasi dirinye.

Alhamdulillah terisi masa dengan baik ketika yaumul utlah ini. 

Alhamdulilah yamul utlah ini dapat diisi dengan perkara baik, ramai teman-teman ana bertanye, mane pegi nta sepanjang cuti2 ye? selalu ade je kat mat'am zumir beli shawarma..la ni tak nampak hang pi mana?tanye ust fitri dengan kesungguhan tiade batasan, jawab ana jumpe sultan muhammad fatih jap...kat islambul-turki. Secara mafajaah@tibe2 org panggil menjadi murokib, niat ikhlas yang cemerlang ana pun melangkah menongkah arus ke negara republik itu, ape nak jadi pasni ana cume bertawakal ala allah, dahle sejordan tak abis round mengambil baraqah bumi syam ini, inikan pula ingin ke turki..mudah2an masa n pengalaman baik  itu dimuatkan dalam memori ana yang kadang2 mudah lupe itu, sebab itulah dimana teman-teman berada pastikan kecintaan kita pada Allah adalah mesti sangat diawlakan, jangan terlalu lalai dengan kemewahan dunia ye, amik ibroh setiap sesuatu baik n buruk dalam survival kita di ladang dunia ni, nafsu kita janganlah dibiarkan merajai jiwa n hati, hati itu adalah sentiasa muda sifatnye, satu hari Rasulullah saw bersabda"Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda, "Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda." (Hadis riwayat Muslim)

Mujurla sebelum itu ana ke syam@syiria bersama seniur best, ust afiq saleh n ust abu bakar yg kedua-dua teman ini adalah hebat tasawur islamnye, ce layari blog deme ni ye pastu lekatkan alamat httpnye tu pada blog antum mahupun fesbuk antum ye, promosi musim syita' ni, masih belum berpunye ni, hihi selalunye deme ni sibuk masa pada persatuan, kat blog pun mantap menyentuh isi hati manusia sejagat, sangat menjaga kebajikan mahasiswa mafraq ni, sila tekan ini dan ini.

"tak kira jugak aku mesti tempuh dengan terbaik ni"..mungkin itu agaknya kot monolog hati paling sesuai diungkapkan.

Na'am fasal thani di muasim syita' ni sangat mencabar psikologi diri individu muslim dari sudut nak pegi jamiah terutamanya..terlalu sejuk digambarkan, kalau di tanah air suatu masa dulu hanyala penat nak pegi kuliah waktu pagi, terutama clas jam 8 pagi..lagi best bagi beliau yang solat subuh gajah panggilannya pastinye sangat lemah utk ke kuliah, ye tolonglah diri anda tinggalkan hal ini, jangan tidor lepas subuh nanti rezkinya dipatuk ayam..

Teringat suatu masa, ustaz kami al-fadhil ustaz faiz hakimi di kusza suatu masa dahulu, dia mengajar madah Nusus Qur'niyyah, celoteh terengganunye itu membuat ketenangan sebagai penuntut pdnya, sangat pemurah markah orangnya yang penting jaga akhlak dan peribadi muslim, mesti sem akhir naik pointer, ustaz sokmo mengingatkan "antum orang pas sem ni, ade yang dah niqah, ade yang kuar menuntut ilmu tolongla jaga diri n akhlak katanye"..tibe-tibe ustaz terus nanye dalam kuliah sorg demi sorg kami di tempat duduk lelaki, tentang pandangan hukum berpoligami, ha pe pandangan enta bila enta nk kawin agi, rase2 zaujah enta bagi tak n atas dasar pe perkahwinan itu? hehe itula ustaz faiz hakimi, beliau pandai membuat psikologi tanpa terduga di dalam kuliah yang dipanggil dalam bidang pendidikan sebagai pedo'gogi pndidikan, asiff ye ana hentam je ni, tautau istilah sebenornye tapi betul insya'allah betul rasenya, namun itu kaedah dalam mendidik@mentarbiyah anak2 muda supaya menajamkan minat mereka terhadap akhlak islam.

Na'am ana jumpa sultan muhammad fatih pembuka kota bazyntin@di kenali sebagai konstantinople itu, alhamdulillah setiap pertemuan cukup teruja itu, ana sedekahkan al-fatihah n doa, mudah2an tawasul itu diterima allah swt, bukanlah mahu berbncang hukum bertawasul itu, walaupun hakikat di dalam hadis yang sohih mengenai 3 sahabat yang bertawasul ketika meraka di dalam gua itu, dan golongan tertentu sentiasa proaktif pertahankan hujah mereka tentangnya dan sebaliknya lebih lanjut layari blog ust al-amin tekan ini, namun itulah penguat semangat pemuda islam yang mesti diingati, mudah2an coretan2 ini sedikit pun adela sahamnya untuk sama2 amik ibroh ye..

Dalam wikipedia menerangkan tentang kota yang bermakna mencapai daulah islamiah ini,


Constantinople atau Konstantinopel (Bahasa Greek: Κωνσταντινούπολις, Constantinopolis, atau Πόλις, Polis) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarangIstanbul pada 1930 [1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.

Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.


Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaanTurki Uthmaniyyah dari 1453 hingga 1922.


Ape yang paling penting, tujuan ke sana sangatla dinantikan itula sejarah buat diri ini, kalau orang lain menanti masa bahagia mereka kerana ingin berkahwin, tidak terkecuali ana katakan inilah masa bahagia jiwa ini, bukan sekadar laungan syabab suatu masa dahulu tapi sekarang adalah realiti sebenar melihat Daulah Islamiah dari sudut di Turki itu, memang bagi sesiapa yang ziarah@melancung ke sana tanpa zhoq melihat hal ini maka mereka akan terpedaya dengan suasana lawanya turki apatah lagi berdekatan eropah itu, tambahan pula terkesan daripada sekularisme dicipta oleh kamal attarturk laknatullah itulah, membuatkan rata2 penduduk turki itu tidak pandai berbahasa arab sempurna, mereka didoktrin dengan bahasa bangsa mereka yang menjadi asas terbentuk sekularisme itu, sehinggakan suatu masa azan juga dalam bahasa turki, dengan dahyatnye pengaruh itu, membuatkan jatuhnya sistem khilfah islam yang mantap suatu hari dulu..seperti biasa kita lampirkan gambar2 best tapi tak boleh la nak lawan best photographer digital mu'min tu, terutama yang capture real al-fadhil ustaz azhar idrus yang faqih dari sudut fiqhnye..tekan ini

Sedikit inzar pada diri ana n teman-teman semua, lihatlah sendiri bila mana berlakunya banyak khilaf dikalangan umat islam tanah air kita, isu berkaitan kalimah allah yang jelas ade berlaku dakyah2 pihak bukan islam itu, isu melontar kepala khinzr dalam masjid, ade agi isu2 lain, inilah implikasi pabila ulama' diketepikan pndgn mereka maka sukar penyelesaiannye tu, ibaratnye hendak membeli falafil tapi pegi ke kedai jual dhahanat@cat, agk2 ye dapat tak falafil arabi tu? sentuhan utama ana tadi mengenai akhlak, ingatlah teman2 apalagi yang tiada dalam agama islam, selain akhlak mulia yang sangat kontan, sebab kite kan dah bace buku ust fathi yakan yang menyentuh hal akhlak itu"saya mestilah muslim dari sudut akhlak"digariskan dalamnye, ce ingat balik ye, kije umah ni syarahkan mengikut syarah ibn aqil boleh..

Merangkumi hal akhlak yang diajar oleh syeikh fathi yakan ialah:-
Menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhat.
Memelihara pandangan.
Memelihara lidah.
Bersifat pemalu.
Sersifat lemah-lembut.
Bersifat benar.
Bersifat tawaduk.
Menjauhi sangka buruk dan mengumpat.
Bermurah hati.



Inilah masjid umawi kesultanan umawiyyah, lahirlah khalifah
ke 5 islam iaitu khalifah umar bin abdul aziz ra
 banyak n khilaf pendapat ulama'mengatakan disinilah
tempat nabi isa a.s akan turun.
ust ubai,ust pdaus,ust afiqsa.ust abu bakr
alhamdulillah sampai kami di bumi damaskus itu.
Syeikh sedang menyampaikan kuliah talaqqi
di dalam masjid umawi, masya'allah sangat hebat
suasana ini, langsung dari syeikh2 suria bermazhab
imam syafe'i rahimahumullah anhu.





alhamdulillah perjalanan ke bumi syam itu bukanlah diakhirkan 
dengan meniqahi dengan anak syeikh sana tp spt biasalah
dihabisin dgn di mat'am nasi mandi hadrulmaut, dahsyat..




alhamdulillah bersama akh faiz, student malaysia thakhasus I.R
hebat dalam bahasa turki, mudah2an dirimu sentiasa mantap
membawa syiar islam.



Ketika ingin membeli ais kepal, rasenye memang 
dijual time musim syita' je ni..ammu ni tak faham pe
sy inginkan sebab beliau memang seorang asal turkiye.
Restoran sultan durum adalah antar yang terdapat
turkiye-istanbul.
Gambar 1: inilah gambaran yang berada dalam masjid aya sofia
umat islam mesti bangga dengan syiar2 islam ok.
Gambar 2: Masih kelihatan tuhan ukiran2 
orang di zaman bazyntin, namun islam datang untuk
membetulkan n menaikkan syiar islam.
Gambar 3: Ditiang inilah, benarnya hadis Rasulullah saw
tentang seorang sultan yang akan membuka konstantinople,
ketika itu ramai syabab yang menyertainya bg menyahut hadis
yang sohih ini.
na'am inile barnamij yang perlu di habiskan 
sekitar turki uthmaniah itu.
salji yang menanti kedatangan kami, ketika sampai 
di istanbul yang mengambil masa 2 hari perjalanan..

mabruk alhamdulillah.

satu lagi gambar yang mengisahkan suasana itu..
sampaikan jem dahsyat di bursa itu.


mari perhatikan khat yang tertulis di dinding masjid ini,
dan pastinya inilah tandatangan sultan muhammad al-fatih.


gambaran metafora, semasa tentera islam memasuki
konstantinople melalui jalan darat.



Berikut adalah maqam dorih sultan muhammad fatih
panglima islam yang memberi kesegaran pada syabab2
untuk terus mengekalkan syiar islam.
Sebak disini membangkitkan semangat ingin melihat
syiar islam terus diangkat dan di julang..


Kelihatan meriam binaan tentera uthmaniah satu ketika dulu,
sultan juga dapat memindahkan kapal2 tentera laut melalui bukit2
bagi memasuki kotakonstantinople dalam tempoh
satu malam dalam sejarahnya.

Di dalam muzium panorama mengisahkan sejarah awal
sultan muhammad al-fatih,seorang hafiz al-qur'an,
menguasai 10 bahasa utama dunia ketika itu.


Gambar4: tembok sebenar laluan bagi tentera uthmaniah
masuk ke dalam konstantinople.



Gambar5: ahli sejarah menbuat perincian mengatakan,
binaan ke tiga dari kanan itulah tempat sultan dan tentera
masuk ke bahagian dalam dan menuju ke aya sofia.

Berikut pula muzium panorama bahagian luar yg mesti
antum ziarahi, murah je masuk 10 lera turki..check changer di xe.com k.


asiff jiddan, ana mane tau sape nama budak si kecil turki ni,
sebab tak fhm kot bahasa melayu, tapi beliau komitedla
melihat org luar spt ana, yang agak hensem kotla.
na'am masjid di tukri@musolla, akan memisahkan
tempat imam dan bilalnya, berikut adalah tempat 
muazzin ketika azan n iqomah.
jambatan sutan muhammad memisahkan antara
asia dan eropah..
Gambar 6: para pemancing memulakan habit deme
tapi tgk aritu takde besar mane ikan kembung kat sg tu..
ammu tu siap posing agi..msti nk femes tu.
Pemandangan baik bila mana menaiki kapal melihat kesan
ibroh ketika tentera islam berhasil menawan konstantinople.
Kelihatan menara2 masjid di bina sultan,
membezakan aya sofia hanyala 4 menara utama
manakala masjid sultan ahmad@blue mosque
ade 6 menara.
masih kental meriam buatan tentera islam dahulu,
dan kini org barat mengambil teknologi itu untuk
menghapuskan syiar2 agama mulia ini.
na'am inila panorama muzium, kena pegi pabila di sana
baru tau kisah sebanar zaman islam, ni yang dituju adalah
grand bazar tempat membeli tudung turki ye..
melihat sejarah islam dahulu, tentera bawah pimpinan sultan muhammad
al-fatih sgt terlatih rohaninye, sultan akan bertanya siapakah dikalangan 
mereka tidak melakukan solat malam, maka ia tidak boleh di barisan utama.
alhamdulillah bersama akh faiz kami dapat berdiskusi
pjg bersama tokoh veteran yang hidup sezaman syeikh
said nursi badi'uzzaman yang mengembalikan islam 
sebenar di turki.
masjid sultan ahmad@blue mosque menjadi
sasaran utama assiahi@pelancong luar.

suggestion supaya antum mendalami kitab
tarikh daulah uthmaniah tobaqot darul tarbiyah ni
ye terutama sebelum nak pi ke
intanbul-turkiye..mudah2an ade ibroh tersendiri
semasa lawatan tu..mabruk

1 komenan:

ibn suhaimi™ berkata...

Na'am, Saya merindui suasana di istanbul...alhamdulillah dapat bertawasul di maqam sultan muhammad al-fatih, sangat mengayikkan jiwa ini, moga kita bertemu lagi dalam rehlah ini,[SECANGKIR teh pengUBAT LETIH] di bumi turki uthmaniyyah..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang