20 Februari 2010

Episod nasi lemak tarbiyahku

Salam coretan kenangan,
Alhamdulillah entah berapa hari ini hatiku semakin gusar, ku baca blog-blog sahabat2ku semuanya masih menunggu masa pengupdatetan itu berlaku, mudah2an mereka mengupdate blog seumpama mengupdate'kan iman dan ibadah seharian itu, apa nak buat ni, beli syawarma dah, beit maqli semalam dah rasenye, falafil setiap hari ade sahaje yang bawak ke bayt ini, ish takkan mikior makanan je ni, na'am jawapannya update bloglah seperti biasa.

Tiba-tiba fikiran benakku sangat terkenang nasik lemak...bukan sebab tidak mampu dibuat di negara hasyimi ini tapi ini ada maknanya padaku, na'am nasik lemak buatan seseorang, memang pun ana merindui nasi lemak orang melayu,"ahh malasla makan nasi lemak, dah tentu jadi malas nak ke kuliah, mengantuk lagi, apatah lagi pagi ni kuliah madah killer Muqoronah Adyan(perbandingan agama),al-fadilah ustazah kami, ustazah norazyati dari fakulti dakwah, jam 8.30 pagi plak tu.

"Syeikh..anta kena amik nasi lemak dari makcikjah hari ni, dia pesan amik pagi-pagi sebab dia dah readykan serapan sebelum anta mai umah dia k..niat dia pun nak berta'aruf anta arini"

Eh-eh senang-senang je abang ni arahkan aku?dia tu, ye diala, siap ade kereta punyala beso, siap nasional lagi, kalau kat kampus ni beliaulah paling terlaju bawak kereta, nak jugak aku, hm buatku mengharapkan motor Yamaha Sport 110  kaler merah, dahla bakul motor memang kecik, pastu takpasti lagilah pagi ni minyak ade ke tak..minyak 2T berjenama spirinter type wangi punye, lebih sebulan tak terisi tu keluhan nafsu itu menyentap hatiku, kebelakangan ini minyak naik, maka urufnya Barang Naik, semua naik, takkan nak naik bas amik nasik lemak?nak tunggu bas lagi?kuliah 8.30pagi ni confirm pagi ni, ustazah norazyati suruh bagi presantation mauduq kaedah dakwah pada masyarakat umum pada hari ini di tanah air..

Bit..bit mesej biasa masuk lagu mantap Keredhaanmu dari in-team, kuar dari hensetku..ye henset selama hampir 5 tahun itu masih elok suaranya, sesekali perlu diketuk headhanphone itu, almaklumlah masuk ke 50 berapatah asyik jatuh dan pengsan, 2 mesej best masuk, (1)ustaz nanti cam biase ye letakkan bungkusan berada di tempatnya' kalau tak susahle nak amik nak tlg  jualkn(2)syeikh anta dah pi belum, makcik dah ready2 tu..tinggal anta mai je..jangan lambat pastikan cepat, setakat ni orang jual nasi lemak n makan di awal2 pagi k, alhamdulillah kudrat Allah berikan pada hambanya walaupun sedikit namun permintaannya tetap Allah kabulkan..ya Allah yang maha memakbulkan doa, maka perkenankanlah doa hamba-hambamu yang menjaga batasan masanya, allahumma amin..

Sebab itulah perkaitan masa sentiasa diingati, ana tanamkan dalam-dalam akal waras ini, kemudian sirami n baja barulah mantap hasilnya itu, ada satu hadis, Sabda Rasulullah SAW ini wajar dijadikan renungan: "Tidak datang kepada seseorang hamba satu waktu yang tidak disebut nama Allah di dalamnya melainkan akan mendatangkan penyesalan kepadanya pada Hari Kiamat kelak."


Apabila waktu telah pergi, ia tidak akan dikecapi kembali, dan tiada suatu pun yang lebih mulia daripada waktu. Ibroh dari kata-kata Hasan al Basri RA berkata: Saya pernah menemui beberapa kaum yang begitu menjaga dan mengasihi diri dan waktu mereka melebihi daripada penjagaan mereka terhadap dinar dan dirham. Sebagaimana seseorang itu tidak mengeluarkan dirham dan dinar melainkan pada perkara yang mendatangkan manfaat dan faedah kepada dirinya, dia juga tidak akan mensia-siakan diri mereka pada perkara-perkara yang tidak menjurus kepada ketaatan kepada Allah..dan antum orang kenalah bayangkan kalau di jordan 1 dinar bersamaan RM4.60, mengikut percaturan biasa bermakna ianya sangat mahal dalam sesuatu hal, nilaiannya bukanlah pada dinar itu, namun pada kepayahan ingin mendapatkannya itu..apatah lagi yang bergelar tholibul ilm' macam-macam keperluan mesti dibereskan.




Para salafussoleh begitu berhati-hati dan tamak menjaga masa mereka sehinggakan Sayyidina Ali RA pernah berpesan kepada isteri kesayangannya Sayyidah Fatimah RA supaya melembutkan dan mencairkan masakan bagi mengurangkan masa mengunyah makanan yang mencuri masanya untuk bertasbih.


Tepat 07.45 pagi ana bergerak sepantas Bura' wa Alhamdulillah takde lagi rasenya Proton Bura' ye..ade pun nama haiwan komersel jelah kat tanah air ni..memang tepat sampai-sampai dah jam 08.00 pagi sebab tak boleh ikut babbul-janubi jamiah(pintu belakang kampus) tutup awal pagi, kena gak guna babbul roisi(pintu utama jamiah) jadi kecilokkan ana sangatlah terbatas ketika itu, dengan melalui bulatan utama, tambahan jalan rosak disebabkan pembaikpulihan jalan-jalan utama itu, mudah-mudahanla jalan yang haru-biru ini tidak membawa kemarahan ramai pihak, ana keseorangan meredah suasana hening pagi bumi pantai timur itu dengan baik sekali, alhamdulillah sampai rumah makcikjah, beliau sambut dengan keriangan beserta suami disebelahnya, eh2 kamu doh lewat ni, mari sinni makang dulu, kuliah awal kang", lahjah keterengganuwan itu menarik minat diri ini, hmm gane ni masa tak sempat ni, namun itulah rasa hormat mesti kita terapkan terhadap orang-orang tua, ku anggap mereka abah n emakku jua terutama berjauhan dengan keluarga, awlawiyyat itu mesti digunakan sebaik mudah-mudahan dengannya adalah bantuan dan nusroh daripada Allah swt.. Kewajipan taat kepada makhluk, siapa pun adanya, tidak boleh bertentangan dengan kewajipan taat kepada Allah SWT. Allah SWT dalam al-Quran menggandingkan kewajipan taat kepada-Nya dengan kewajipan berbuat baik kepada orang tua iaitu firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia (Allah) dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa..." (Surah al-Israk [17] ayat 23).

Terima kasih ye makcikjah saya ni baru je belajar amik nasik lemak buat bisnes kecik2 tolong sahabat-sahabat dan beruntungla makcik pembekalnye kompem2la sedap tau, ade-adelah kamu, kamu ni macam ke rgajin makcik tgk, kamu rgajin pegi pantai ke?kamu ni blaja ape kat kampus tu?kos ape?dan terakhir lagi sikit nak abis serapan tu dia tanye pula dgn kesungguhannya dah berpunye ke?teringat anak makcik yang duk blaja jugak..ala yang hok bongsu tu..hmm ye, macam ana kenal je anak makcik tu..monolog ati yg berdebar-debar dan menjadi carca-merba pasni apa la yang terjadi ni..innallaha ma'ana, faiza azamta fatawakkal ala Allah.

Okey tiba masa angkut nasik lemak berjumlah 110 bungkus NL(nasi lemak)ke dalam raga motorku, 4 bungkus plastik@jabir besar disediakan, eh2 macam mana gaye pesen kamu nak bawak ni? ginilah makcik saya bawak dulu 2 bungkus kemudian patah balik lagi utk amik 2 bungkus bereh? hmm yeke mudah2an selamatlah dan ati2 kamu ye..dengarnye polis rajin buat roadblok belakang nung tambah pakcik tu..okey tq information pakcik nanti saya mari lagi trip ke2..Alhamdulillah kali ni ana gunekan babbul janubi untuk masuk ke kampus, seperti biasalah guard tahan untuk kepastian adakah pelajar atau orang luar, pastu ciap nak mintak agi nasik lemak ni, lemak sungguh pakgad ni, sempena kali pertama bukan kedua kuberi satu free@majjanan pada beliau yang nampaknya macam tak serapan pagi je tu, dan kuteruskan pembahagian dilorong-lorong penantian itu seperti biasa, alhmdulillah trip ke-2 menyusul dan kurang bernasib baik cikit, mungkin suasana jalan tidaklah begitu mantap, tayar motorku sudah pecah, ya Allah deme dah pegi kuliah nih, sempat tak ni, ye kena skor carry mark ustazah yang dikatakan syadid markah itu, maka time tu yang  kunampak hanyalah kelibat sahabat karibku ust hairuncam biasa terus mesej "nta amik ana kat depan padang muslimat ye, motor ana tayar pancit ni, mungkin lebih angin la kotnye" tak sampai 5minit dia sampai dengan Lagenda Blacknye..yang baru dicuci pagi tadi dengan ust syin, ana ade clas ni nta tolong ana hantar sat ye nasi lemak ni kat Blok Saudah..ala tempat selalu kita gi solat tu, okey jangan risau, nta kena ke clas tu td budak2 clas nta sume dah ready tau, yeke..okey,motor pun ana buatkanlah nanti k, ya Allah semoga ukhwah islamiah aku dengannya kekal sepanjang hayat, ust hairun seorang yang tabah n pakar bidang pendidikan katanya nak jadi guru cemerlang, mudah2an amin2..kemudian macam biasalah dia sorong ana dulu ke tempat parking motor..terus-menerus tukar baju kuliah n pegi ke blok GA08 ketika jam 08.20 pagi, mesti ustazah dah datang ni, memang tepat jangkaan..masuk-masuk 30 pasang mata duk tengok memerhati gerak langkah perlahanku, asiff jiddan ya ustazah maujudu masyaqqah, ustazah norazyati berkaca mata itu senyap dulu tempoh 2,3 saat. la ba'sa bih..alhamdulilah ana duduk di bangku kuliah dengan tenang bahkan terus berpinar-pinar memikirkan masalah2 tadi satu demi satu ade jalannya, syukur padamu Ya Robbi  mudah-mudahan inlah barakah disebalik sesuatu..amin2, ye memang ana orang pertama pulak yang buat presantation dengan spontan, bukan rancangan spontan tu sahaje, ilham Allah berikan padaku dapatku habiskan juga presantation bermauduq"Peranan dan Cara Berdakwah dan Pastinya ana ambil melalui pendekatan Amal Jama'ie' ku berikan tamsilan-tamsilan dengan baik pagi itu, sungguhpun begitu prestasi sentiasa disebut ustazah dan natijah imtihan niha'ei mendapat A- jayyid jiddan, walaupun begitu masih bersyukur tetapi tidaklah alpa kerana masih kurangnya lagi tasawur jelas dalam membahaskan madah mantap perbandingan agama ini, dan sekali lagi menyaksikan di dataran syam bumi barakah bumi isra' madah ini menjadi pilihan dan sekarang ana berusaha menghazafnya dan insya'allah akan ikuti kuliah ilmiahnya dengan terbaik disini doakan ye..
kenangan bersama ust hairun tetapku abadikan
Mudah-mudahan asas-asas ilmu itu dapat dipraktikkan@ditadbi'kan dengan terbaik untuk mujtama'nanti..Biarlah masa menentukan, bersabarlah wahai diriku, dan tentunya ku rindu saat itu, ku rindu nasik lemak, ku rindu motor yamaha sportku, ku rindu minyak 2T wangi, ku rindu makcik dan pakcik penawar resahku itu, ku rindu sahabat-sahabat yang susah diganti tempat mereka, biarlah di mana sahaja pastikan antum berjaya membawa makna dalam masyarakat..terutama mendekati golongan muda"orang mude geng kite"..
 
Jom baca konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat..antaranya iaitu:-

1. Menyempatkan diri beribadah

Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: 
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. 
Sabda Rasulullah SAW : “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. 
Sabda Rasulullah SAW : “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah SWT

Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: 
“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Surah Ar-Ra’d, ayat 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. 
Rasulullah SAW juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang