30 Disember 2009

Catatan ke medan itu

Sebelum ni banyak kali, perancangan usaha-usaha baik cuba mengajak sahabat2 yang baru je sampai di medan ini supaya istiqomah bermuhasabah serta terus pegi ke medan itu, dek disebabkan urusan-urusan lain, jaulah ini tertangguh-tangguh lagi..Alhamdulillah minggu lepas baru kiteorang duk pakat ramai-ramai, jom pegi berghazwah.

anta tau tak?tanye ust ndhir..seniur2 bagitau kalau kita sampai je bumi syam barakah ni, perkara pertama mesti dan wajib ke situ tau..!aiiwah memang pun esok gak kite pi" sahut ost naja al-lughawi tu"

Na'am, ini adalah multazimah bagi seorang penuntut ilmu tanpa jemu meneruskan sisa-sisa kehidupan sebagai Mahasiswa Al-Urduni, dan inilah kehidupan seorang musafir yang nun jauh berkelana, mencari-cari sebutir ilmu demi kemaslahatan ummah di tanah airnya nanti..

Alhamdulillah, menghayati suasana indahnya bumi syam cintaan Allah Taala ini...alhamdulillah maha suci Allah, memilih diri kami para tholibul ilmi' menjejaki tanah itu, setiap hari, setiap pagi sampailah matahari terbenam memikul amanah Allah dengan baik itu,

Kami berjalan meneruskan aktiviti "student life" menuntut ilmu sambil diiringi tiupan angin lautan Aqobah barakah bumi syam yang sangat hampir lagi berjiran dengan bumi palestina itu..beruntunglah bagi yang sedar hal ini, walaupun adakalanya teringin jugak nak tengok pokok kelapa@nior tu..mungkin terubat rindu kampung halaman sikit, namun apakan daya yang ada cumalah pepohonan Zaitun dan buah Tin seperti rakaman Allah dalam surahnya itu..Subhanallah.

Bagi manusia terpilih itu, mereka akan menghayati dan istiqomah memahami surah Ar-Rahman yang mana Allah Swt telah menggambarkan kejadian-kejadian makhluk ciptaannya yang sangat dahsyat tiada taranya, ayat2 itu diulang-ulang sebanyak 31 kali untuk menggesa pendengar mahupun pembaca surah itu bertadabbur supaya bersyukur kepada Allah swt terhadap nikmat-nikmatnya itu..

فبأى ءالآء ربكما تكذبان
Maka yang mana satu di ntara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu
hendak dustakan(wahai umat manusia dan jin)?


Kembali teringat, semasa belajar peringkat Diploma Dakwah Islamiah dulu, ade satu madah namanya Balaghah, yang mengajar di kuliahnya ialah pensyarah kami yang terkenal...ustaz Abdul Wahid Salleh, bila bercakap dengan beliau pasti akan ada sahaja ayat-ayat yang kena diterjemah pulak maknawinya, tersangat pemes madah balaghah kelolaannya, sebab ramai tak lepas atau taqrir je sehinggakan kitab tulisannya keluar diseluruh Malaysia Alhamdulillah wa mabruk ya ustaz.

Rupa-rupanya dalam madah inilah paling banyak mengajar manusia memahami Bahasa
Al-Qur'an selain Nahu dan Sorofnya, penah satu hari time ana nak beli buku تطبيق الصرف
semester 4, bagi yang amik madah ni...pastikan menghadamkannye ye.

Ustaz duk khusyu' membaca buku pedang setiawan jilid ke 15, hehe..tergelak jugakla serta bertanya penuh keyakinan pada beliau, kenapa ye ustaz baca buku best ni ye?ha tula enta doktau, buku nila banyok mengggunakan kate2 balaghahnye...penting tu bagi pensyarah cam ana ni, ustaz doh bace tapi nok ulang le ning, ala kulli hal alfu syukran pada ustaz Abdul Wahid di atas ilmunya mudah2an diri ini menyampaikan pada orang lain...kelak amin.

Imam Malik Radiyallahu Anhu, pernah berkata ketika Imam hendak berpisah dengan sahabat-sahabatnya,

"تعلمو العلم واشروه ولاتكتموه"
"tuntutlah ilmu, sebarkan ilmu tersebut dan jangan kamu sembunyikannya"

Menandakan betapa besar kelebihan seorang tholibul ilmi ni,

Selesai je solat asar di masjid syuhada' jam 2.30 petang 9 muharram tu, kami terus menaiki coaster menuju ke medan mazar, bertambangkan 15qurush(Jd) kami memantau pemandangan yang sungguh taa'jub sepanjang 10minit perjalanan itu, al-maklumlah pertama kali nak ziarah para syuahada' radiyallah anhuum..

Sampai je terus berhenti di hadapan masjid as-syuhada' ja'afar bin abi tholib, rasa penat serta longgar lutut terasa mungkin suasana sejuk petang itu, bersulamkan perasaan ingin berhampiran para syuhada' itu, kami terkejut sikitle tiba-tiba je terus disapa oleh seorang ammu mungkin jemaah masjidla gamaknye kot..beliau bertanya kami,

antum orang ni golongan syiah ke? sebab tengok muka tu takdela nak caya mana ni,
eh, apalah ammu ni..kitaorang ni malazi la, mai sini nak ziarah para sahabat syuhada' insya'allah mengambil semangat mujahadah mereka..aiiwah tafaddhol'balasnya sambil senyum-senyum malu.

Barulah teringat keesokkan harinya adalah sambutan As-syura bagi puak syiah, yang ala fanatisme serta ta'sub tu.. membenarlah hadis Rasulullah saw di akhir zaman tentang golongan yang mufarroqah itu..

Alhamdulillah, kitab Ar-Raheeq al-Makhtum yang ana beli di sebuah maktabah di Mafraq haritu dimanfaatkan dengan cuba memahami catatan penuh bermakna di medan penuh sejarah yang menyaksikan pertempuran itu, muslimin yang ikhlas akan merasakannya malah tersangat boleh menyebabkan rasa-rasa sedih meresapi hati dan memberi satu dua kata semangat diri..

Peperangan Mu'tah ini merupakan peperangan terbesar, padanya berlaku pertempuran yang sengit dan berat, peperangan yang berdarah, yang pernah diharungi oleh tentera Islam khusus semasa hayat Rasulullah (s.a.w). lanya merupakan sebagai muqadimah dan persiapan kepada pembukaan-pembukaan Islam ke atas bumi-bumi Nasara, peristiwa berlaku di bulan Jamadilawal di tahun kelapan (8) Hijrah, bersamaan bulan Ogos atau September tahun 629 Masihi.

Mu'tah sebuah kampung terletak di bahagian bawah daerah Balqa' di negeri al-Syam di antara Balqa' dait Baitul Muqaddis, adalah dua marhalah.

Kes kejadian yang sangat menusuk kalbu umat islam itu perlulah ada dalam jiwa pemuda-pemuda yang sering melaung-laungkan syiar islam itu, Pada tahun 8 hijriah ia berlaku kerana utusan Rasulullah saw bernama Harith bin Umair Al-uzdi dibunuh, ia adalah utusan yang dihantar kepada Raja Busra,
Mana-mana utusan yang dibunuh adalah sebesar-besar jenayah malah lagi berat dari itu, ia seolah mencabar umat islam seterusnya telah menyamai dengan pengistiharan perang, ia amatlah berat bagi diri Rasulullah saw, sebaik sahaja tahu mengenai peristiwa itu, Seperti diketahui tingginya jihad syabab tentera islam ketika itu, Rasulullah saw mengarahkan 1 kontijen tentera islam dengan kekuatan 3000 orang adalah yang paling ramai, yang belum pernah diarahkan oleh Rasulullah saw selain daripada peperangan azhab.
Ketahuilah sesungguhnya islam ini bukanlah agama yang tertegak melalui mata pedang kerana ia adalah jalan terakhir..ia kerana setelah usaha dakwah dijalankan tidak diterima malah dizalimi dan dikhianati barulah paluan perang ini boleh dilakukan..

Rasulullah saw menyeru tentera muslimin seramai 3000 orang ini dalam masa yang sangat singkat berperang di Mu'tah, yang mana Rasulullah saw tidak pun terlibat dalam peperangan ini.

Ana meneruskan bacaan bab itu, 
"أمر الجيش ووصية رسول الله صلى الله عليه السلام إليهم"

Sebelum berjalannya tentera islam Rasulullah saw menyerahkan kelolaan tentera ini dibawah pimpinan Zaid bin Haritshah, Sekiranya Zaid gugur maka Jaafar mengambil tempatnya dan seandainya Jaafar turut gugur syahid, maka Abdullah bin Rawahah pula tampil mengambil teraju kepimpinan tentera Islam, di sini Rasulullah menyerahkan mereka sebuah bendera putih yang diberinya ke tangan Zaid bin al-Harithah.
Rasulullah (s.a.w) memesan mereka supaya mereka melalui kawasan di mana al-Harith bin Amir dibunuh, dan supaya mengajak orang-orang di sana kepada Islam, sekiranya mereka berdegil maka hendaklah setelah memohon pertolongan dari Allah memerangi mereka.

Susunan strategi inilah memberi petanda ketiga-tiga sahabat yang ikrom ini akan berdepan hidup mulia atau mati sebagai syuhada'

Ungkapan sabdanya :

اعزوا باسم الله في سبيل الله من كفر بالله لاتغدروا ولاتغيروا ولا تقتلوا وليدا ولا امرأة ولا كبيرا فانيا ولا منعزلا
بصومعه ولا تقطعوا نخلا ولا شجرة ولا تهدموا بناء

Ayuh! dengan Nama Allah seranglah mereka yang kufur dengan Allah, janganlah kamu khianati atau menyamun, jangan bunuh anak-anak kecil atau perempuan, atau tua lara, atau orang bertapa di biara, jangan kamu tebang kurma-kurma atau pokok-pokok dan jangan roboh bangunan-bangunan.

UCAPAN SELAMAT JALAN KEPADA TENTERA ISLAM DAN TANGISAN ABDULLAH BIN RAWAHAH

Di saat tentera Islam bersedia untuk bergerak keluar meninggalkan Madinah seluruh kaum muslimin di Madinah keluar untuk mengucap selamat jalan kepada tenteranya itu, ucap selamat jalan khusus kepada pemirnpin-pemimpin tentera Islam, ucapan selamat sejahtera kepada mereka sekalian, di saat yang penuh hiba dan gembira itu salah seorang pemimpin tentera Abdullah bin Rawahah, menangis, bila ditanya kenapa beliau menangis, jawab beliau: Demi sesungguhnya ku menangis ini bukan kerana cintakan dunia, atau pilu meninggalkan kamu, tetapi daku telah mendengar Rasulullah membaca sepotong ayat Allah yang memperingatkan daku mengenai api neraka:
وإن منكم إلا واردها كان على ربك حتما مقضيا
"Tidak ada seorang pun di antara kamu, melainkan mendatangi neraka, demikian itu suatu ketetapan yang diputuskan oleh Tuhanmu"(Maryam : 71)

Daku tidak tahu bagaimana daku boleh melepasinya selepas mendatanginya? Maka jawab kalian kaum muslimin:

Semoga Allah iringi kamu dengan kesejahteraan, mempertahankan kamu, dan dikembalikan kamu ke dalam kalangan kami sebagai golongan solihin dan memperolehi rampasan-rampasan, justeru itu Abdullah bin Rawahah menjawab mereka dengan madah syairnya:

لكنني أسأل الرحمن مغفرة وضربة ذات قرع تقذف الزبدا
أو طعنة بيدي حران مجهزة بحربة تنفذ الأحشاء والكبد
حتى يقال إذا مروا على جدثي يا أرشد الله من غاز وقد رشد

Dari Rahman ku pohon keampunan
Pukulan pedangku, ketangkasan terbukti
Tanganku menusuk tikaman
Dengan sekali, menembus perut dan hati
Kubu di tanya: "Siapa pahlawan ini?"
Dialah pejuang berani
Mendapat bimbingan Ilahi

Kemudian orang ramai keluar bersama-sama Rasulullah untuk memberi ucap selamat jalan kepada mereka, pahlawan-pahlawan Islam yang akan mara ke medan perang yang amat jauh. Baginda berjalan hingga sampai Thaniyat al-Wada' di situ Baginda berhenti dan melambai tangan mengucap selamat jalan.

Sebenarnya tentera Islam sedikit pun tidak menyangka bahawa mereka akan berhadapan dengan bilangan tentera yang sebegini ramai, yang mengejutkan itu, di suatu bumi yang jauh dari al-Madinah, tempat mereka datang, apakah wajar tentera yang kecil bilangannya bertindak menyerang tentera yang besar bak lautan yang tidak bertepi itu, yang seramai dua ratus ribu itu? Tentera Islam menjadi serba salah, dua malam berturut-turut mereka memikirkan tindakan selanjutnya, selepas itu kata mereka: kita tulis surat kepada Rasulullah, menceritakan kepada Baginda bilangan musuh kita, lepas itu mungkin Rasulullah menghantar bantuan atau menyuruh kita dengan sesuatu arahan yang akan kita patuhinya.

Tetapi Abdullah bin Rawahah membangkang pendapat tersebut dengan katanya: Wahai kalian, demi Allah sesungguhnya yang kamu tidak suka, itulah sebenarnya yang kamu semua keluar kerananya, mati syahid, kita tidak memerangi manusia dengan bilangan kita yang banyak atau dengan kekuatan dan persenjataan, kita tidak memerangi mereka kecuali dengan agama ini yang dikurniakan oleh Allah kepada kita sehingga kita menjadi mulia, ayuh marilah kamu ke hadapan ambillah salah satu kebaikan:
"Begitulah hebatnya penyair Rasulullah saw ini dalam memberiakn sepenuh motivation pasukan tentera muslimin"

Sampailah ana ke satu bab sebelum akhir menyaksikan kesyahidan 3 serangkai syuhada' itu,"بداية القتال وتناوب القواد"




Di bumi Mu'tah kedua-dua kumpulan bertemu, peperangan sengit pun bermula, tiga ribu (3,000) tentera meinghadapi serangan dua ratus ribu (200,000) tentera. Satu peperangan luar biasa yang pernah dunia menyaksikannya dengan kehairanan dan keajaiban, tetapi inilah yang dikatakan: Apabila iman menyemarak dijiwa, maka beriakulah perkara-perkara luar biasa".

Panji peperangan pun dipegang oleh Zaid bin Harithah orang kesayangan Rasulullah saw, beliau merempuh serangan musuh penuh keberanian tiada tara, terus beliau mengasak hinggalah beliau terkena tikaman musuh, membawa beliau terkorban sebagai seorang syahid.

Dengan itu panji Islam terus diambil oleh Jaafar bin Abi Talib, beliau pun tidak kurang dari Zaid bin Harithah, hingga apabila beliau terasa berat berperang dengan kuda, beliau melompat dari kudanya yang berwarna perang itu lantas disembelihnya,

Kini beliau bertempur di bawah, hingga apabila tangan kanannya terputus maka panji Islam itu dipegang dengan tangan kirinya, dan setelah tangan kirinya terpotong pula, lalu diapit bendera itu dengan dua belah lengannya.

Dengan keadaan begini beliau terus menjulang bendera Islam hinggalah beliau gugur syahid, ada pula pendapat mengatakan yang beliau telah ditetak oleh seorang Roman hingga terputus dua, dan kemudian Allah menggantikannya dengan dua sayap yang memboleh beliau berterbangan di dalam syurga Allah, ke mana sahaja yang beliau mahu, kerana itu beliau dikenali sebagai Jadfar al-Tayyar dan Jaafar zul al-Janahain

Al-Bukhari meriwayatkan dari Nafi' bahawa Ibnu Umar telah menceritakan kepadanya semasa beliau mendapati Jaafar telah syahid, dibadannya terdapat kesan-kesan pukulan dan tikaman sebanyak 50 liang, tidak ada satu pun di sebelah belakangnya.

Di dalam satu riwayat yang lain kata Ibnu Umar: Ku bersama mereka di dalam peperangan berkenaan, kami mencari Jaafar, kami dapati beliau di antara yang terbunuh syahid, kami melihat pada jasadnya lebih 90 liang tikaman dan tetakan yang telah disebut dalam Riwayat Al-Umri dari Nafi'. Dan kami telah mendapati kesemuanya itu dari sebelah hadapan jasadnya.

Di ketika Jaafar gugur selepas pertarungan yang sengit itu maka bendera Islam dicapai oleh Abdullah bin Rawahah, dengan itu beliau pun terus memecut kudanya mara ke hadapan, beliau teragak-agak untuk turun dari kudanya, hinggalah keadaan memaksa beliau, di sini beliau bermadah:

أقسمت يا نفس لتنزلنه كارهة أو لتطاوعنه
إن أجلب الناس وشدوا الزنة مالي أراك تكرهين الجنة

Duhai jiwa ku! ku bersumpah
kau pasti menghadapi kerelaan cabaran
kiranya sudah orang mencapainya
kenapa kau berlengah
membenci syurga Allah ?.

Peperangan menyaksikan terus mengangkat 3 sahabat itu dalam syahid mendapat redha di sisi Allah setelah berusaha mempertahankan syiar islam..hebatnya sirah itu,sehingga dirakam dalam Kitab sirah ini, mereka gugur di medan Mu'tah yang penuh bersejarah, dan di dalam kitab ar-raheeq al-makhtum ini, menyatakan peperangan diteruskan dan diterajui oleh panglima yang sangat agung iaitu Khalid Bin Al-Walid dengan persetujuan daripada tentera islam yang lain.

Mudah-mudahan menjadi pengajaran buat orang beriman..dapatkanla kitab sirah agung ni
الرحيق المختوم بحث في السيرة النبوية على صاحبها أفضل الصلاة والسلام
تأليف
فضيلة الشيخ صفي الرحمن المباركفوري
dalam pelbagai thobaqat yang antum minat, banyak je maktabah di jordan ni, jangan lupa mus'ta'mal pun banyak..jadi pilihlah jalann terbaik, mudah-mudahan kita semua berjaya.

di bawah adalah sesi pencerapan..jom lihat.

Diatas adalah suasana petang di dataran syuhada'
iaitu masjid as-syahid ja'afar at-thoyyar.

Ar-Raheeq al-Makhtum buku sirah yang ada ibroh tersendiri
tentang tetamu bumi syam itu, sila dapatkan.

Berikut adalah dua diantara perserta yang terlibat
pada ziarah pada petang ceria itu..masjid berkubah hijau itulah
menempatkan persemadian sahabat yang kudung tangannya
mempertahankan islam Ja'afar at-thayyar.


Berikut adalah 2 orang ost yang memerhati
sambil bertaswiir melihat penunjuk2 arah kawasan masjid.

Berikut adalah penunjuk arah sebelum masuk ke maqam
sahabat syuhada' zaid bin haritshah,
semasa kematiannya Rasulullah saw telah menitiskan
air mata kesedihan.

Berikut kelihatan ost naja memulakan langkah masuk ke dalam
maqam sahabat.. as-syuhada' Zaid bin Haritshah


Berikut dalam perjalanan ke maqam sahabat ke-3
Penyair yang hebat disisi Rasulullah saw.

Berikut adalah maqam as-syahid Abdullah bin Rawahah
dari luar ke sana sangat sayu susupan perjalanannya
berdepan pepohonan zaitun yang redup dan rendang.

Berikut syair disisi maqam Abdullah bin Rawahah r.a
penyair yang banyak memotivasikan semangat tentera
muslimin di dalam peperangan Mu'tah.

Berikut ost nadhir mengambil posisi yang sesuai bagi memuatkan
memori itu dalam camera berjenama lumixnya.

Berikut adalah peserta terlibat ust nadhir, ust fuad, ust hayyi,
ust fir, ust naja, ust kerol, n seniur kusza ust syahidi n ust khair,
kullukum al-urduniah..


Dan berikut peserta2 dalam perjalanan pulang ke balad Mu'tah
terlihat coaster sedang menunggu-nunggu kami..mudah2an
mendapat semangat dan azam baru di tahun baru..
siru ala barakatillah..berjalanlah atas keberkatan allah.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang