26 Disember 2009

Buku yang mesti dibaca Para Amilin Kampus

Sesampainya diri yang lemah lagi hina ini ke bumi barakah syam...pesanan pendidik tarbiyah@murabbi dulu2 kembali diingati...alhamdulillah sebagai bekaln mendepani cabaran semasa.


Sahabat-sahabat sefikrah islamiah seperjuangan juga mengingatkan bahawasanya...ilmu yang dimiliki ini mestilah ditadbi'kan dengan terbaik..kerap sangat ungkapan seni ini mendalami jiwa ana yang mudah lemah..seketika, kemudian bangkit melawan semula nafs amarahu bi'su' itu.. الإيمان يزيد وينقص pesanan para ilmuan janganlah para tholibul ilmi pulang ke tanah air menjadi fitnah pada masyarakat..kata2 ini buat memperbaharui azam itu.


Terbaca satu sisipan hasil bacaan artikel oleh ustaz nasaruddin at-tantawi
"Islam Penyelamat Negara Dan Rakyat"
...bagaimana islam kini gambaran dunia barat dan yang sekongkol dengannya hari ini..sangat mendukacitakan dan syabab islam mesti bangkit dan sedar hal ini.



Dari minggu lepas semua orang duk berazam dengan penuh semangat serta berkobar-kobar, namun bagi para pejuang yang meletakkan tadhiyahnya ditahap tinggi, mereka sanggup menggunakan istilah mewakafkan diri untuk islam, maka ia akan berasa gelisah sekira masih kurang untuk mendepani cabaran umat masa kini..


Makanya dikalangan muslimin dan muslimah yang mu'minah itu, tidak ada perkataan@ istilah masa yang kosong serta sangat merasakan bahawasanya perjuangan sangatlah penting, mereka perlukan benting pertahananan bagi mendepani cabaran semasa, Para Ulama' Harakah banyak menggariskan peranan2 para da'ei ini..mereka wajiblah memperbanyakkan ilmu supaya jelas gambaran sebenar islam atau tasawwur islam.


Sebab itu bagi para amilin kampus walau dimana-mana pun mereka mesti mahirkan diri dalam mencari ilmu terutama Tasawwur Islam ini..dan hadamkan mengenai harakah islam..mestilah faham sebelum memulakan asas2nya itu.


Perkara pertama dalam arruknul baiah..yang sepuluh imam Syahid Hasan Al-Banna meletakkan rukun Al-Fahmu pada urutan pertama dan menjadi tunjang utama kepada amal harus dilakukan oleh seorang ikhwah, jika al-fahmu dapat dikuasai maka niscaya seorang ikhwah tidak akan sulit memahami Islam secara kaffah seperti yang difahami oleh gerakan Ikhwanul Muslimin, dan memahami apa yang seharusnya dilakakan oleh seorang ikhwah dalam berbagai langkah dan kehidupannya bersama gerakan Ikhwanul Muslimin.


Banyak pihak yang mempertanyakan mengapa Imam Syahid Hasan Al Banna mendahulukan pemahaman dalam Arkanul Bai’ah ini. Ustadz Dr. Yusuf Al Qaradhawi menjelaskan bahawa urutan yang dibuat oleh Imam Syahid Hasan Al Banna sudah tepat. Karana beliau tahu betul skala keutamaan, mendahulukan apa yang harus didahulukan.


Skala aulawiyat dalam memperjuangkan Islam haruslah diperhatikan. Hal ini jelas, yang hampir tidak seorang pun diantara para pemikir dikalangan umat Islam yang memperselisihkannya. Dengan menentukan skala prioriti dalam melakukan kegiatan dakwah, tarbiyah, gerakan dan penataan ini yang keseluruhannya adalah merupakan unsur utama bagi setiap usaha menjulang Islam. Atau penghidupan kembali manhaj Islam dalam diri manusia, akan terwujudlah kebangkitan dan kebangunan di seluruh wilayah Islam sebagaimana yang kita saksikan saat ini.

Beliau lalu menjelaskan fungsi pemahaman selaras dengan keperluan sebenar, pemikiran harus mendahului gerakan, gambaran yang benar merupakan pendahuluan dari perbuatan yang lurus. Karana ilmu merupakan bukti keimanan dan jalan menuju kebenaran. Para ahli sufi juga membuat alur: ilmu akan membentuk sikap, sikap akan mendorong perbuatan. Sebagaimana pernyataan psikologi yang menyatakan ada alur antara pengetahuan, emosi dan perbuatan.


Semua perkara ini mesti dihadamkan dengan bersungguh2 oleh para amilin ini, dan mestilah melalui tahap kefahaman tarbiyah itu dengan manhaj yang betul, banyak maklumat boleh kita perolehi sekarang ini terutama dari dalam internet, tetapi tidak semuanya sesuai dan kadangkala tidak berpandukan tertibnya..lantaran itu bacaan yang mesti dihadamkan asas2nya sepert berikut :


1)Usrah Dan Harakah-Yaakub Hussin(Dewan Pustaka Fajar)


2)Detik-Detik Masa-Dr Yusuf Al-Qaradhawi(Dewan Pustaka Fajar)


3)Dasar-Dasar Ilmu Dakwah-A.Karem Zaidan(Dewan Pustaka Fajar)*Ada 2 siri


4)Penjelasan Di Sekitar Risalah Ta'Alim-Muhammad Abdullah Al-Khatib(Dewan Pustaka Fajar)


5)Golongan Yang Tercicir Di Jalan Dakwah-Fathi Yakan (Dewan Pustaka Fajar)


6)Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyah-Hj Abd Hadi Awang(Dewan Pustaka Fajar)*ada 3 siri


7)Fiqh Sirah-Dr Said Ramadhan al-Buthi(Dewan Pustaka Fajar)*Ada 3 siri.


8)Apa Ertinya Saya Menganut Islam-(Dr Fathi Yakan)


9)Berbilang-bilang jamaah sebab-sebab dab beberapa saranan untuk mengatasinya(Ustaz Harun Taib)


Dan banyak lagi kaitan mengenainya tetapi yang asas silalah kita menelaah kitab yang di syorkan ini..


.
(2) Blog Ustaz Yusaini Yahya.


0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang