19 Disember 2009

Teruskan azam di tahun baru

Salam Tahun Baru Islam 1431 Hijriah,

Allahurobbi memang cepat sangat masa berlalu, teringat kata As-syahid imam Hasan Al-Banna
"الواجبات اكثر من الاوقات"
Semalam Sambutan Hijrah disambut dengan baik sekali di bumi syam Urduniah, bersaksikan para syuhada'di Medan Mu'tah...

Program API
(Asas Pemikiran Islam)Disambut oleh sahabat2 luar negara di Mu'tah...ini, mudah-mudahan barnamij ini mendapat keseluruhan natijah yang sangat baik..


Di akhiri barnamij dengan forum awal muharram, malam inspirasi hijrah pada waktu itu, oleh seniur2 kami yg dijemput sebagai panelis forum yang berfikrah jelas memertabatkan Islam dalam kehidupan itu, syarah yang jelas maksud hijrah disampaikan oleh ustzah siti hasliza dari universiti urduniah itu, yang sesuailah dengan dirinya mengambil jurusan Phd@Dr takhassus Bahasa Arab itu, memulakan pentakrifan hijrah ketika forum itu.

Sunggup mantap beliau mengaitkan kalimah هجرة bagaimana kalimah itu disyarah dari sudut nahu dan sorofnya memukau para hadirin dikalangan mahasiswa uni.mu'tah yang semuanya takhassus pengajian islam dan bahasa termasuklah diri ini.

Lalu ustzah yang seakan-akan anna-althafunnisa' itu menghujahkan sepotong ayat Al-Qur'an yang jelas mentakrifkan kaedah2 pembacaan Al-Qur'an, dari sudut إعجاز serta mengajak para mahasiswa mengetahui bahawa sesungguhnya bahasa di dalam mukjizat suci Rasulullah saw ini tiada tolok bandingannya dengan mana kitab pegangan agama yang lain.

Diketahui yang mana terlalu banyak kaedah2 dalam mentafsirkannya..kemudian beliau memulakan takrif hijrah itu sendiri, sudah pun diketahui oleh kita bahawa Rasululllah saw, dalam sabdanya"tiadalah hijrah setelah pembukaan kota makkah"


Di akhir kalamnya itu, beliau mengajak kami para mahasiswa ini, mentadbi'kan apa yang dilakukan Rasulullah saw, ibroh peristiwa itu menjadikan kesimpulan yg ringkas serta baik untuk kita hayati bagi tahun hijrah kali ini..
(1)Bagaimana diperlukan teman2 yang thiqoh ketika bermusafir, Rasulullah memilih sahabatnya iaitu Saidina abu bakar as-siddiq, makanya jangan entum org janganlah mempersoalkan jikalau nak bermusafir@berehlah@membuat mukhayyam, atau nk gi balad ke..ada je masalah seperti ditipu, dipermainkan ataupun diperkotak-katikkan..lebih2 lagi npada student akhowat sebab itu pelajar akhowat memerlukan musyrif@murokkib yang sangat dipercayai bila keluar membuat suatu urusan pentin di bumi syam ini.

(2)Tiada salah menggunakan khidmat orang kuffar dalam memastikan kemenangan demi kemaslahatan umat islam, Rasulullah saw menggunakan khidmat seorang kafir bagi menunjukkan jalan, dalam peristiwa hijrah, dan menggunakan jalan yang berbeza yang mana tidak pernah digunakan orang2 sebelum ini, memperlihatkan strategi penyebaran dakwah ini mestilah berjaga-jaga dari ancaman musuh islam..

(3)Tidaklah dilupakan bahawasanya, di dalam pejuangan dakwah ini Rasulullah saw, mengiktirafkan kaum muslimah yang mu'minah dalam menjalankan misi dakwah islamiah ini, istiqomahnya anak perempuan abu bakar as-siddiq itu, yang sangat bersabar berulang-alik menyediakan makanan demi memastikan istiqomah ayahnya dan baginda Rasulullah saw, ke tanah yathribb, perjuangannya dirakam dalam sejarah sirah nabawiyah sebagai wanita yang mendapat gelaran"yang mempunyai dua tali" yang istimewa dirakamkan dalam sirah nabawiyah untuk tatapan akhowat masa kini, agar bersabar serta yakinlah dengan pertolongan dari Allah swt dalam memperjuangkan agama tercinta ini..sebarkanlah produk islam disemua tempat dan bertebaran di atas muka bumi allah..

Al-fadhil Ustaz Rizki dari indonesia panelis yang tidak mengeringkan gusi para mustami' beliau juga merupakan pelajar Sarjana Takhassus Usul wal Fiqh berbekalkan ilmu yang sangat penting katanya, ia membuatkan forum malam hijrah itu yang sangat menyuntik semangat pada para mahasiswa uni.mu'tah, untuk merubah fikrah yang tak molek kepada yang molek, yang tak jelas kepada yang jelas menyokong usaha-usaha mengembalikan khilafah islamiah..berbekalkan ilmu acuan islam..

Hijrah yang mana diketahui, ia diraikan kerana meperingati perjalanan Rasulullah saw bagi membuka kehidupan baru umat islam di madinah al-munawwarah, ustz rizki membuka bunga bahasa balaghahnya dengan mengatakan adalah tidak wajar bagi mahasiswa/wi ketiika ini, tidak memahami apa2 pengertian hijrah itu, lebih tidak baik dibumi jordan pun hanyalah mengetahui bahasa ammiah(geddish, sukhh, ahlen, dll) , dan beri ingatan pada para tholibul ilmi pada masa ini suka bergaul sesama mereka sahaja, selepas kuliah terus balik umah main ym, pesbuk, skaip, prenster dll tanpa terkawal keterhadanannya, yang kadang2 terlalu leka jadinya..

Ditak'idkan kajian ustz ini yang mendalam mengenai sistem dakwah Rasulullah saw yang mana menjadi ibroh pada kita, ana pertama kalinya mendengarnya rasa tertawan juga, bagaimana dikatakan cara Rasulullah itu adalah seperti "sistem lebah"


Apabila islam berkembang di Yathribb, dan tiba masa pembukaan kota Makkah,(فتح المكة) baginda masih lagi menyayangi kaum musyrik yang ada makkah, sehinggakan sahabat2 pun berasa hairan kenapakah baginda begitu lembut dan sangat bersabar ketika itu, sedangkan suatu masa islam dulu ditindas dengan tiada belas kasihan, sehinggakan ramai tertarik sikap Rasulullah saw dan masuk ke dalam islam yang sempurna.

Tambah penerangannnya begitu juga pabila dilihat seekor lebah bila mana, ia tidak"
dikacau makanya kita tidak akan disengat" lagi2 pula pabila memanggil sekumpulan lebah2 lain yang bersatu dalam jemaah itu..sebab itu kalau dikaji, lebah mengeluarkan manfaat yang banyak terutama penghasilan madu itu sendiri, dan Rasulullah saw mengamalkannya sebelum baginda tidur..mudah2an makanan sunnah ini sentiasa kita amalkan.

Islam hari ini tidak lagi sepertinya, runtuhnya khilafah membuatkan segalanya senang dimililki pihak musuh2 hari ini, umat islam sendiri terlalu keliru terhadap agama pegangannya yang hanya namanya sahaja islam, ghazwatul fikr yang merajai pemuda dan pemudi islam., lihat sahaja pada sambutan maal hijrah ini, lebih diawlakan pada tahun baru ciptaan masihi,

Apakah salah kita selaku umat islam memutuskan semua umat bersatu menyambut maal hijrah bersama-sama, kenapa bila malaysia sambut perayaan suci ISLAM pada hari jumaat, tapi indonesia pada hari sabtu padahal waktu@masa di Benua Asia yg berhampiran itu tidaklah jauh berbeda, inilah kesan tiada kesatuan umat islam katanya" disuruhnya kami untuk menjadi pegawai2 "ru'yah" pabila pulang nnt ke Malaysia katanya bagi menyatukan kembali fikrah umat islam itu, harapannya yang tinggi melihat anak2 muda islam kembali mengagungkan syiar2 islam..lantas mengakhiri forum malam dengan mengatakan..moga menjadi tholibul ilmi yg berjaya insya'allah.

Promosi blog forum Ustzah Hasliza, Mahasiswi Phd Takhassus Bahasa Arab Universiti Urduniah
(sila tekan)

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang