08 September 2009

Mari menyambut syawal 1430 penuh keimanan.

Alhamdulillah allah swt memberi diriku kudrat lagi untuk menaip di blog yang sudah tentu kesekian lama juga tidak menukilkan karangan2 yang panjang2...

Sudah pasti, bagi diri ana yang sangat hina serta kerdil ini, merasakan bahawa rupa2nye ramadan 1430h kali ini sudah pun melabuhkan tirainya, ya allah sempat ke agi nak jumpe ramadan akan datang, alhamdulillah kaedah hujjatul al-imam ghazali rhmtllah, sudah pun ana ikut dalam memburu lailatulqodar.

Mudah2an usaha itu memberi hasil yang baik, benarle manusia yang banyak dosa itu tp sudah bertaubat akan berebut2 beribadah pada allah ta'ala..banyak spt kisah wali yang beriman, contohnya bagaimana ibadatnya zin nun al-mishriy memberi banyak ibroh pada manusia ini.

Ditakdirkan malam 23 ramadan yang lepas ana berqiam jama'ah di masjid, kalau ikutkan ustaz2 cite banyak tanda2 alqodar yang diperlihatkan oleh allah terhadap hambanya yang terpilih itu, ada yang cite pokok sujudle, ade yang kabo malam itu sunyi dan tenang tanpa bunyi-bunyian serangga2 malam biasa tu, dll, namun pagi itu jelas pada ana tanda itu, balik je masjid seperti biasa lepas solat fardhu subuh.

Terkejut tahap tinggi ni, memang betul pokok depan umah ana menyembah bumi waktu2 fajar tu, subhanallah, segala puji bagi allah, allahu akram, ana insan terpilih ke ni.

Dalam suasana itu, ana berdoa mudah2an segala doa2 yang lalu dimakbulkan allah taala amin2, termasuk urusan2 akan datang, diuji sedikit zouq dalam hati,"mungkin ni la yang aku lakukan selama ramadan ini", sebab ana terengat baru2 ni, ade menolong ibuku menjaga rumahku yang tiada orang itu, termasukle mengemasnye,nyiram pokok bunga, basuh langsir nak raye, basuh aquarium, lantai serambi tu agi, mmg penat thp8 tu, ini di buat olehku krn ana sorang je anak lelaki dirumah tersebut..memangle kene wat sape agi, namun ghoyah fil qobi tetap ikhlas.

Tepat pukul 2 petang hari tu, jiran datang,"kamu tak teringin ke nak ngemas2 sampah pelepah kelapa tepi jalan dekat umah kita ni, kang orang nak jalan pun payah.. sangkut2 katanya"ana bertanya sambil tersenyum kpd beliau, kerana inilah peristiwa tak boleh dilupakan olehku, "eh2 nak pi alihkan la ni, tp kamu nak tau tak ni la pelepah yang sujud pada malam alqodar malam tadi", huh ana penuh yakin, mesti beliau nak respon dan tanye keadaan berlaku tu camne, "oi tak yah perasanle pokok tu dah lame bersepai kat situ sebab malam kelmarin kan ribut yang masuk tv3 tu, sampai 30 bumbung umah melayang2 tak engat ke?"laa yeke bkn sebab alqodar la ni ye?

Takpela, rupenya, adalah sebab munasabah bakpe allah swt tak memberi tahu kpd hambanya tentang malam alqodar itu, ia perkara ghaib yang sengaja disembunyikan allah taala tentangnya, supaya bertambahlah keimanan manusia2 pilihannya yang sering beribadat itu.

Namun malam khatam al-qur'an last dimasjid diadakan majlis, jadi ana orang yang terpilihlah mendapat saguhati yang cukup bagus itu, bukanlah niat bertadarus itu untuk dapat ganjaran namun semua itu ikhlasku lakukan, sebab itu dalam kaedah u/fiqh "al-umuru bil maqosidiha" menjadi niat seseorang itu dalam menentukan amalannya.

Sempena syawal ini ana pun nak berpantunla, sume orang duk sms sampai penuhkan inbox tu je...pastu rase maleh forward je pada rakan2 lain kan..ala kulli hal marilah kita menyambut syawal 1430 hijriah ini dengan paling gembira serta menjag iman, sebeb tu kita diharamkan berpuasa pada 1syawal ini...kerana hari kemenangan umat beriman, hari bertemu wajah allah di hari akhirat nanti..allahuakram.

Ramadan pergi sehari demi sehari,
Syawal disambut dengan penuh sopan,
Mari kita muhasabah diri,
Adakah di Aidilfitri Baru nak Bermaafan,
Sesungguhnya manusia itu tak lari dari kesilapan,
Oleh itu jangan hanya berdiam diri,
Tepuk dada tanyalah iman,
Moga maksiat itu dapat dilawan,
Agar menjadi manusia beriman,
Daulah Islamiah menjadi pilihan,
Islam dilihat membawa perubahan, Salam Syawal 1430hijriah.
- minni ilaikumm..


Dapat jugak towel ni, ok la tu engat senang ke
orang nk bagi tuala mandi..syukur2


ni pulak mendapat kain pelekat free,
tandanya pasni tak perlu agi beli kain lagi,
bukan tak payah basuh kain..


ni la saguhati yang didapati setelah khatam
al-qur'an tahun ini..mudah2an
memberi al-qur'an memberi syafaat pada
umat yang menyanjunginya.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang