28 September 2009

Marilah Berpuasa 6 pada bulan syawal



Salam Tarbiyahtunnafs'

Ketika ditaip entry ini, sudah beberapa hari-hari di bulan syawal berjalan mengikut perubahan seperti biase, apalah salahnya ketika ini, kembali kita engat bulan yang melentur nasfu manusia yang degil lagi keras kepala itu, malah sering melawan kehendak Allah swt, iaitu bulan ramadan, dan diyakini bagi manusia yang beriman akan berdoa untuk bertemu lagi dengannya di tahun hadapan.

Bagi sahabat2 yang kehidupannya sebagai pelajar(student life) memang time seminggu cuti tadi, masa beraya sakan pastu baru engat waktu2 buke sekolah@semester nak buat assingment, mauduq thesis, research, macam2 tak disettalkan agi, kebiasaan kita sebagai penuntut ilmu memanglah begitu, mudah-mudahan kita menjadi orang yang berilmu serta mengamalkan ilmu tersebut..amin2.

Setelah di penghujung ramadan umat islam menamatkan ibadah puasa itu dengan Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda kemenangan dan kejayaan mentarbiah diri, Tapi malang sungguh bagi umat islam itu, time hari rayalah kadang-kala menimbulkan kesan sebaliknya, manusia mula melepaskan tali kekangan nafsunya itu tanpa pengendalian yang wajar. Ini tentunya akan merosakkkan kesan tarbiyah ramadan yang kita lalui bulan lepas tu.

Tengok sajalah hari2 raya pada pandangan"side mirror"anak2 muda, masya'allah sungguh dahsyat dari time berpuase tu, agaknye deme ni, macam nak balas dendam berpuase ye, sedih tau tgk camni, pastu tokguru mereka pada telebesen time raye gini, tak sah langsung takde konsep nyayian pada waktu gitu, bolehla kalau nok nyayi sgt2 tapi masalahnya melampau bebenor, ada rancangan tu pertandingn sapa yang ngapei lagu2 raye dia jadi femes, pastu tak boleh lupe liriknye, cube la wat rancangan jgn lupe diri ke, takpun jgn lupe mati..kan,

Setuju betol ni la, budaya"kalcersyok"terkena pada org2 muda, artis2 jadi impiannya,ditiru gayanya, pakaiannye, perbuatannye, sume yang membawa su'u akhlaq ditiru...sebab tu langsung tak terkejutla kalau artis paling banyak terima masalah peribadi pd hidup mereka, tapi yang kite terkejut kalau dengor kisah nasya aziz tak penah tinggal qiamullail n puasa 6, sah pastu tak kuar dah keglemouran beliau.

Sebab itu Rasulullah s.a.w menggesa pengikutnya untuk berpuasa 6 hari dalam bulan syawal ini, selepas berpuasa sebulan pada bulan ramadan. Agar dapat ditawan kembali kehendak nafsu yang mula bermaharajalela itu.

Berdasarkan riwayat Abu Ayyub al-Ansari baginda bersabda:"Barangsiapa yang berpuasa ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun seluruhnya."-riwayat muslim,daud,tirmizi dan ibn majah.

Bayangkanlah tuan2-puan2 sekalian, sekiranya seseorang itu mengerjakan puasa enam ini setiap tahun, maka seolah-olah ia berpuasa selama-lamanya.

Ada dalam hadis yang lain terdapat tafsiran kepada hadis ini, yang mengatakan berpuasa sebulan ramadan menyamai dengan 10 bulan manakala berpuasa enam hari pada bulan syawal menyamai 2 bulan, dengan itu keseluruhannya adalah setahun.

Mungkin ada kalangan kite yang bertanya apakah yang dimaksudkan ia terus ditunaikan sebaik sahaja selepas 1 syawal atau puasa sunat itu boleh ditangguhkan perlaksanaannya beberapa hari selepas hari raya?

Dengan lebih jelas, adakah boleh kite puasa sunat 6 di bulan syawal sebelum qadha ramadan?Ulama berbeza pendapat dalam hal ini kepada dua pendapat utama, jom kite tgk gane:

(1) Harus puasa 6 sebelum puasa qadha ramadan. Ini pendapat jumhur ulama sama ada secara mutlak mahupun dengan pendapat yang memakruhkan perbuatan itu. Ulama' Imam Hanafi mengharuskan puasa sunat sebelum qadha sebelum qadha ramadan kerana qadha itu tidak wajib secara segera@nok derah tetapi wajib"muassa" atau(mengikut masa yang sesuai kepada orang yang mahu mengqadha puasa berkenaan), inilah juga pendapat imam ahmad dalam satu riwayatnya. adapun ulama' imam mazhab maliki dan syafi'i mereka berpendapat harus tapi makruh kerana melambat-lambatkan yang wajib kerana sibuk menunaikan yang sunat.

(2) Haram puasa sunat sebelum mengqadha puasa ramadan. Ini salah satu pendapat mazhab imam Hanbali. Pendapat yang sohih ialah harus berpuasa sunat sebelum mengqadhakan puasa wajib kerana waktu qadha itu tidak semestinya segera tetapi bersifat muwassa' atau mengikut kesesuaian masa mengqada' ibadah berkenaan.

Kesimpulannya, Islam sangat mementingkan usaha melentur dan mentarbiyah nafsu manusia kuat terbelenggu dengan faham asabiyah ke Melayuan, keJawaan.

Malah mereka tidak mahu tunduk kepada ajaran Islam yang syumul dan kaffah, mereka enggan bersama memperjuangkan islam meskipun sudah berpuasa sebulan kerana kepentingan nafsu liar yang tidak dapat dilentur dengan jayanya.

-sumber:"setiausaha majlis syura ulama' PAS"

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang