Muqaddimah.
Seorang rakyat yang yakin akan menjadikan dirinya kuat demi mencapai apa yang diyakininya, kerja siang dan malam membanting tulang empat kerat, sanggup tidak tidur, demi mencari nafkah untuk keluarganya, asalkan sahaja keluarga dalam keadaan aman dan bahagia, demikanlah manusia yang keyakinannya sahaja mampu melakukan perubahan mendadak walaupun ianya cukup mustahil di pandangan orang lain.
Keyakinan inilah mampu menambah kekuatan luar biasa, walaupun kita tidak mengetahui cabaran halangan dihadapan nanti, berserta tawakal yang tersemat dalam diri kita mampu menggapai segala harapan. Diriwayatkan oleh Saidina Umar Radhiallahu anhu, Rasulullah SAW bersabda:
Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan tawakal yang sebenarnya,
nescaya Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana
Dia memberikan rezeki kepada seekor burung, yang keluar pada
awal pagi dengan perut kosong dan balik pada lewat petang
dengan perutnya yang kenyang.[Riwayat At-Tirmizi].
Junjungan besar Rasulullah Sollallahu Alaihi Wassalam, mengajak kita melihat keyakinan seekor burung, walaupun haiwan tiada akal, namun rezekinya dijamin oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala, inikan pula manusia. Keyakinan berserta tawakal kita mampu berdepan masalah mendatang.
Islam telah meletakkan tingkat keyakinan yang tiga, seperti mana yang disebut didalam Al-qur'an iaitulah:
(1)'Ilmu Al-yakin'-Surah At-takathur ayat ke 5,
(2)'Ainul Al-yakin'-Surah Al-Takathur ayat ke 7-8,
(3)'Haqqu Al-yakin'-Surah Al-Waqi'ah ayat 95.
(1)'Ilmu Al-yakin'-Surah At-takathur ayat ke 5,
(2)'Ainul Al-yakin'-Surah Al-Takathur ayat ke 7-8,
(3)'Haqqu Al-yakin'-Surah Al-Waqi'ah ayat 95.
Oleh kerana itulah keyakinan merupakan kebenaran, keyakinan inilah fitrah semula jadi manusia, Namun Islam telah memandu keyakinan ini supaya tidak terpesong, menyeleweng waimmalah tersasar ke jalan kerosakkan.
Ironinya apabila keyakinan yang Allah tetapkan ini bergabung dalam satu-satu masa maka ia mampu menghasilkan kuasa yang hebat disertai semangat juang dirinya yang tinggi, kalaulah ada rintangan dan halangan di hadapannya maka dirempuh penuh semangat, dan Allah Ta'ala sempurnakan pertolonganNya dengan mencampakkan rasa keberanian pada jiwa Rakyat ini sebagai asbab tawakal, penuh ikhlas meminta pertolongan kepadaNya. Allah berfirman didalam Surah Al-Ahzab ayat ke 22:
Ketika orang-orang beriman itu melihat tentera Al-Ahzab,
berkatalah mereka: Inilah yang dijanjikan Oleh Allah dan RasulNya
kepada kami dan benarlah(apa yang dijanjikan) oleh Allah dan RasulNya,
(angkatan Tentera Musuh yang mereka lihat) itu tidak memberi
sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan
iman dan penyerahan diri mereka seluruhnya kepada Allah.
Kisah Ashabul Ukhdud.
Kisah yang dirakamkan Allah dalam surah Al-buruj ayat ke 5-8 pada akhirnya memperlihatkan kezaliman penguasa di tahap kemuncaknya, pemerintah yang zalim berasa amat tergugat dengan keyakinan dan keimanan yang diwar-warkan oleh seorang remaja. Kematian remaja ini akibat pembunuhan si raja zalim keatasnya yang beliau sendiri ajarkan kepada raja itu.
Mencetuskan kebangkitan rakyat, fenomena cukup besar apabila masyarakat telah sedar lalu mereka berpaling daripada pemerintah dan mengimani tauhid Allah Ta'ala. Ikhtiar terakhir si penzalim ialah mereka disekat, dikepung, tiada laluan selamat lagi lalu dibunuh beramai-ramai oleh pemerintah yang zalim itu.
Fenomena yang buruk seperti inilah sedang dipertontonkan untuk tatapan dunia, tidak malukah kita orang Melayu Islam yang terkenal dengan adat sopan-santunnya memperlakukan keganasan terhadap rakyat sendiri?
BERSIH dengan targetnya.
Saya melihat dari konteks BERSIH 2.0, keyakinan inilah yang mencetuskan momentum rakyat yang sangat dahsyat, apabila disekat "gila-gilaan", bukan itu sahaja malah ugutan awal, tangkapan, SMS hasutan dan bunuh, Silat mempertahankan diri "menggila" di dalam Ibu Negara Kuala Lumpur waimmalah diluar KL, surat pekeliling kepada penjawat awam Kerajaan, namun keyakinan rakyat memandu jiwa mereka untuk berkumpul seramai ini dibeberapa lokasi, boleh jadi tanpa sekatan 2Juta rakyat tanah air berhimpun dalam satu-satu masa dilokasi yang ditetapkan BERSIH 2.0.
Dengan keyakinan diri dan keimananlah sekumpulan muslimah yang membangunkan ummah dicerca dihina dikhalayak ramai, dengan keyakinan keimananlah seorang pemuda teguh berdiri disimbah air berasid, dengan keyakinan keimananlah seorang tua yang cacat kakinya mampu menghidu gas pemedih mata(tear gas) yang entah berapa ratusan dilepaskan secara rambang dengan tiada rasa ihsan.
Walaupun mentari BERSIH 2.0 hangat berlalu dan menjadi lipatan sejarah anak muda yang turun berbondong-bondong, ini bermakna masa tidak boleh dilewatkan lagi oleh pemerintah Putrajaya, ia akan terus diterjemahkan dalam PILIHANRAYA UMUM KE-13 nanti. Segala air mata, titis peluh, darah yang mengalir menjadi penyesalan si pemerintah Putrajaya dan konco-konconya.
Maka benarlah kata Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam amaran seriusnya sejurus dilepaskan oleh PDRM, perhimpunan BERSIH ini adalah mukadimah kebangkitan rakyat Malaysia, usah ditunggu pilihanraya atau tidak, jika tiada perubahan juga kebangkitan hasil keyakinan rakyat pasti lebih bersejarah dari tarikh bersejarah 9JULAI 2011 ini.
8 Tuntutan yang saya setujui sama dengan Ustaz Hasrizal Abd Jamil.
Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common sense, self centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
Ibnu suhaimi-Medan Syuhada' Mu'tah Jordan.
Nota BERSIH yang bersejarah.
____________________________________
(1)09 JULAI 2011 mencatatkan sejarah dalam negara sendiri, disaksikan diseluruh dunia perihal ini.
(2)Ingatlah firman Allah yang kita bacakan sentiasa setelah ma'thurat itu, bahawa kerajaan diatas muka bumi ini tidak kekal, yang akan ada hanyalah kerajaan Allah subhanahu Wa Ta'ala.
(3)Mudah-mudahan kita menjadi insan yang berfikir apa yang berlaku disekeliling kita pada hari ini, teruskan menambah saham untuk akhirat nanti. JANGAN jemu beribadah.
(4)Duktur di Universiti saya sering bertanya...keiff malaziaa al-yaumm, sambil mencebik bibirnya..
Sekitar peristiwa yang membawa sejarah Tanah Air.
____________________________________
____________________________________
Mungkin video youtube dari tanah air ini yang ditanya oleh Duktur saya
di Jamiah, untuk kepastiannya apa yang terjadi di Tanah Air.
Moga ada istifadah.
2 komenan:
USAH sampai BERSIH 3.0 pula..
Ia sekadar rintihan rakyat yang perihatin.
Bersama kita doakan Malaysia seamat dari keganasan yang dahsyat..
Catat Ulasan