Anak-anak jika awalnya menerima pendidikan Al-Qur'an
insya'allah besarnya menjadi hamalatul qur'an[generasi Al-Qur'an].
Pendahuluan.
Salam musim panas, Alhamdulillah nikmat-nikmat yang tidak terhitung banyaknya, langsung saya perolehi dari Alloh, Tuhan yang empunya langit, bumi dan segala ciptaannya.
Insya'allah bagi memenuhi masa yang berbaki dalam minggu sahab wal idofah[minggu semak dan daftar matapelajaran] sebelum memulakan kuliyyah musim panas, mungkin terakhir buat saya pada musim panas di Bumi Hasyimiyyah ini, moleklah saya memulakan tasyji'nafsi [motivation diri] supaya lebih tabah menempuh kuliyyah soifi nanti.
Muktamar di Malaysia sudah melabuhkan tirainya begitu jugalah AGM di bumi syam ini, Alhamdulillah teman-teman saya yang menang dalam inthikhobat tempoh hari mulai mengisi jadual harian masing-masing memulakan amanah untuk rakyat. Menuju dan membangun negara berkebajikan. Semoga antum dalam keredhaan Allah, diberi kemudahan mengorbankan masa sendiri untuk orang lain.
Artikel yang lepas dan 3 Doktor.
Alhamdulillah kalau artikel yang lepas kita syarah panjang mengenai bab munakahat, sampaikan ada beberapa orang yang mesej dan buzz saya bertanya pendapat, mabruk ternyata mereka tidak penat membaca rupanya. Tahniah sekali lagi. Insya'allah ada masanya lagi, kita syarah panjang-panjang lagi iya.
Adapun saya lebih tertarik dengan beberapa perkara yang memberi tasyji' nafsi sepanjang minggu ini, pertamanya tertarik dengan kegigihan DR. Norizan Abd. Ghani[tekan ini] yang saya jadikan sebagai ikon ibunda yang berjaya, beliau yang mengajar subjek ikhtiari iaitu Islam dan Pendidikan di Kusza dulu, tidak pernah jemu dalam erti hidupnya demi ilmu, mengagumkan saya wanita juga seorang ibu ini, baru-baru ini beliau ke Prevence, Perancis untuk menghadiri conference di sana.
Kedua, DR. Hajar Ayub[tekan ini], iaitu jiran sebelah rumah saya di kampong halaman, beberapa perkara yang sempat saya munaqasyah dengannya semalam, beliau yang seorang anak yatim, dan lebih tragis lagi kisah abangnya di Mesir 5 tahun lalu, satu keluarga yang mati dibunuh kejam atas faktor kedengkian, kisahnya menjadi sebutan umum di Kaherah. Apa yang membuatkan saya kagum wanita berusia 30an yang belum berkahwin itu, meminta pendapat saya tentang fitrah manusia. Saya doakan Dr. Pakar dalam bidang Kornea Mata ini berjaya, bukan sahaja menjadi Doktor sakit untuk jasad luaran malah Duktur hati bagi manusia yang sakit atas faktor kurang imannya.
Ketiga, inilah Duktur yang saya kagumi sepanjang hayat di Bumi Syam ini, iaitu Syeikh Duktur Ahmad Said Hawwa Hafizahullah[tekan ini], iaitulah Duktur yang mengajar kami sepanjang minggu dalam daurah mingguan, beliau menjadikan saya kuat setiap minggu, sungguh hebat beliau mentahqiq kitab Mukhtasar Saghir bagi mazhab Imam Syafei Rahimahumullah waimma beliau bukan bermazhab As-Syafei seperti kita. Ketekunannya membuatkan saya melihatnya hingga terkesan rasa haibah dan izzah, subhanallah.
Mungkin juga terkena barokah As-syahid bapanya Syeikh Said Hawwa Rahimahumullah. Doakan saya dan teman-teman istiqomah mengutip mutiara ilmu darinya. Semoga Allah memanjangkan Umur Syeikh Duktur Ahmad Said Hawwa Hafizahullah.
Tasyji'[Motivasi] adalah sangat perlu bagi manusia, orang yang tiada atau kurang motivasi dalam kehidupannya, selalunya dilihat lebih pasif. Alhamdulillah dapat hayati dan melihat kehidupan Doktor yang saya kenali diatas pada erti kehidupannya. Mudah-mudahan saya lebih terbina motivasi soifi[musim panas] ini. Tahu-tahu sajalah musim panas emosi boleh berubah tau. Doakan saya iya.
kenangan bersama Syeikh Duktur Ahmad Said Hawwa
di sweileh bersama rohimi dan pudin.
Mukhtasar[secara ringkasnya] yang diperolehi.
Seseorang yang menjalani dalam kehidupan sehariannya, akan mendapat antara empat perkara, nikmat, bala, taat, dan maksiat. Terkadang empat perkara ini di dapati dalam suatu masa, betul kan, cuba kita semak diri kita. Semua ini terletak bergantung sejauhmana tahap keimanannya.
Saya kaitkan dalam kehidupan seharian kita, khususnya kita penuntut ilmu di medan ini.
Nikmat: Seorang yang menuntut ilmu, akan memperolehi nikmat apabila dirinya berusaha, dengan paksaan pada diri menuju kebaikkan dalam usaha mencari Ilmu terutama Ilmu Agama selain beliau berdoa pada Allah Ta'ala,
Selalunya kawan-kawan yang kita lihat berjaya score Mumtaz, 4plate atau Jayyid Jiddan atan Jayyid atau Maqbul, mereka orangnya yang berkerja keras, diantara nikmat yang diperolehi ialah disayangi orang lain kerana kecerdikkannya, kepandaiannya, tambahan pula beliau tidak sombong dengan ilmu yang diperolehinya, malah berdisiplin pada ilmu tanpa mengharapkan sijil sebagai nilaian utama, dan jarangnya lihat mereka yang sebegini.
Tetapi pabila nikmat yang diperolehinya itu, langsung tidak disyukuri, ataupun begitu riya' dengan kefaqihannya, waimmalah suka namanya disebut manusia, maka apa yang diperolehi tadi akan hilang. Itulah yang dinamakan bala.
Bala: Seseorang itu akan menerima kesusahan, permusuhan, kemiskinan, gelisah hatinya akibat beliau memutuskan hubungannya dengan Allah. Begitu jugalah kita yang mengaji takhassus agama ini, dengan asbab kita jarang dekat dengan Allah itulah membuatkan kita lalai dalam kehidupan seharian, biarpun rumah kita hampir dengan masjid, namun kalau dijauhkan hati padanya, takkan kita solat disitu maka ia termasuk dalam bala yang jarang kita rasakan ia bala. Cuba semak ibadah kita.
Taat: Seseorang yang sentiasa bersyukur selalunya dia taat pada perintah Allah, Segala perintah Allah ditunaikan segala larangan Allah dijauhkan, penuntut ilmu yang taat, kalau dapat keputusan imtihan atau examination baik ke, natijahnya gagal ke dia sentiasa bersyukur tambahan pula dia rasai tidak rugi sedikit pun kerana apa yang dipelajarinya adalah untuk manfaat diri dan manusia yang lain. Imtihan hanyalah wasilahnya di dunia, namun ia sangat penting demi gerak kerja dakwahnya nanti.
Jadi orang yang taat ada kaitannya dengan nikmat. Inilah regu paling haibat masa kini, mustahil tanpa adanya taat dalam dirinya dia mampu untuk mendepani segala dosa yang tidak diketahuinya, sama ada dia sedar melakukan dosa waimma dia tidak sedar melakukan maksiat atau dosa itu.
Maksiat: Maksiat lawan kepada taat, Maka orang yang melakukan maksiat akan menerima bala dari Allah Ta'ala, maksiat bukan sahaja mencuri, berzina, minum arak, pemuda yang tidak melakukan suruhan Allah pun diketagorikan melakukan maksiat. Lagi-lagi kita pelajar berbidang Agama, usah kita dianggap orang agama dalam waktu sama melakukan maksiat pada Tuhan. Nauzubillahi min zalik.
Umat Islam mesti sedar hal ini, empat perkara ini sering ada dalam diri manusia yang lemah ini.
Oleh kerana itulah, sifir utama iaitulah semak Ibadah kita iya, setiap hari kan kita melakukan ibadah, ada ibadah khusus, solat, zakat, haji, puasa, dan ada Ibadah umum yang lain, mencari nafkah untuk isteri dan keluarga, mahu berkahwin, menulis blog, updates status facebook dengan menambah keyakinan pada orang lain, photographer yang beriman tanpa ada ragu halal dan haram, semua ini ibadah dengan syarat niatnya kerana Allah Ta'ala.
Semua inilah dikira Ibadah kita. Dan ingat tujuan kita dicipta Allah untuk beribadah padanya. kalau tak mahu beribadah pada Allah carilah bumi lain untuk jalankan kehidupan seharian. Ingat tu. Allah Ta'ala sebutkan dalam Al-Qur'an:
'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku, adalah untuk Allah
(pemilik) sekalian Alam'.[Surah Al-an'am:162]
__________________________________
Nota Kehidupan:
(1) Ingatlah dalam menjalani kehidupan selaku seorang mahasiswa selain berkecimpung dalam medan persatuan sebagai amal jama'ei, bersyukurlah kita dengan penciptaan kehidupan kita yang serba warna-warni ini, banyakkanlah bersyukur kerana kita dipilih Allah untuk meneruskan kehidupan seharian.
(2) Mudah-mudahan soifi(musim panas) ini menguatkan jati diri saya, mungkin musim panas terakhir sebelum pulang ke Tanah Air, amat bersyukur padamu Ya Alloh kerana ditemukan musim sebegini panas yang tiada di Tanah Air sendiri.
(3) Selain menyemak diri kita selaku yang layak mengundi pada PRU ke 13 nanti, semak juga ibadah seharian kita, ada manusia melakukan ibadah kerana ingin mengejar syurga Allah, ada juga manusia beribadah kerana takutkan api nerakanya yang dahsyat di hari akhirat, namun Rasulullah SAW beribadah kerana bersyukur pada Allah Ta'ala, Diriwayatkan daripada ‘Aisyah RA, dia berkata:
Adalah Nabi SAW apabila solat, dia akan berdiri hingga memberi kesan pada kakinya. Aku berkata: Ya Rasulullah, engkau lakukan perkara ini sedangkan engkau telah diampunkan dosa yang terdahulu dan akan datang? Nabi SAW menjawab: Wahai ‘Aisyah, tidak bolehkah aku menjadi seorang hamba yang bersyukur? (Riwayat Imam Muslim Rahimahumullah).
(4) Saya selalu doakan pembaca blog saya ini, dalam keredhaan Allah, yang penting jalani kehidupan yang singkat ini dengan sebaiknya, Ibadah khusus dan ibadah umum kita seimbangkan agar lebih bermakna, terutama 3 bulan ini, rejab, sya'aban, ramadhan. Banyakkan berdoa: Allahumma bariklana fi shahru rajab wa sya'aban wa ballighna ramadhan. Allahumma amin.
0 komenan:
Catat Ulasan