Murobbi Sejati.
Hadirmu ke dalam halaqah kami ibarat kuntuman subur,
mewarnai diri ini,
membisikkan di dadaku erti hidup,
seorang hamba Tuhan yang wajib patuh syariatnya,
menuntunku mengharungi duri dan sembilu,
di atas jalan seorang pejuang agamanya,
yang wajibat utuh dan istiqomah.
Acapkali diingati,
pernah manik-manik katanya,
meruntun sanubariku,
mutiara kalamnya,
mengubah secara mendadak diri ini,
petah ajarannya,
menyelamatkan aku dari kejahilan sendiri,
setiap kali qawaid dibacakan,
menggigil diriku mengetap janji untuk perjuangan ini,
aku yang dulu tandus gersang,
dari titisan iman dan sinaran taqwa,
kini segar mewangi bak kelopak indah,
dingin setiap waktu fajar pagi hari.
Waimma, tandus gersang itu,
kadangkala tiba jua,
tetapi dirinya tak pernah jemu,
menabur kalimah dan madah taujihat,
menyubur kembali,
jiwa yang tak lekang,
dari sisa tabur futur,
yang melanda diri.
Disebalik wajahnya yang tenang itu,
dirinya perit mengharungihidup sendiri,
ku tahu dia sering menyembunyi perasaan
gusarnya pada kami,
biar tiada mewah kehidupan didunia,
mujtama' sering datang ke surau usangnya,
kerana tahu Agama paling penting masa kini,
biar berkorban segala-galanya,
namun
dialah insan pewaris Perjuangan Nabi,
insan suci,
murobbi sejati.
____________________________
Nota Murobbitun.
(1)Ketika ini saya betul-betul merindui guru mursyid di perkampungan Tanah Air.
(2)Mudah-mudahan didoakan beliau sihat disamping keluarganya tercinta.
(3)Insya'allah dari Bumi Syam yang penuh barokah ini, saya memanjatkan doa pada Allah, agar dirinya tidak gentar walau sedikit menghadapi hari-hari mendatanginya memimpin jiwa-jiwa para pemuda. Dan adik-adik saya adalah generasi meneruskannya. Allahu yubarik fikumm jaami'an. Allahumma amin.
2 komenan:
Ya Alloh engkau berilah guruku, Al-fadhil ustaz wan abdullah dalam keredhaanMU, diberikan kesihatan dikala umurnya semakin berusia itu.
Mohon teman-teman saya doakan kesihatan dan istiqomah untuk guru saya itu iya.
Pesananku..
Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau sezarah kesusahan kepada orang lain.
Catat Ulasan