kenangan dengan abah..
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Bertapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati
Hayati dan fahami.
Lirik nasyid diatas, adalah yang biasa dinasyidkan oleh kumpulan sicilik Aeman, sebenarnya bagi saya ia sangat luar biasa bagi mereka yang berjauhan dengan abah mereka. PASti ramai yang setuju kan.
Apatah lagi mereka anak-anak yatim yang pastinya tiada abah mereka disisi.
Sebenarnya apa yang kita panjatkan dalam doa seharian itulah yang terkandung watak bapa ini, iaitu dalam surah al-furqan ayat ke 74.
Justeru itu berapa ramai watak bapa yang kita jumpai di dalam Al-Qur'an berbanding watak ibu? Nabi Nuh sebagai bapa, Ibrahim, Syuib, Ya'akub, Ayub, Luqman, Zakaria, Imran, malah junjungan mulia Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.
Terlalu banyak saranan dan panduan, peraturan di dalam Al-Qur'an hakikatnya ditujukan kepada bapa. Ertinya apa? ertinya bapa lebih banyak tanggungjawab dan peranannya disamping seorang ibu.
Tetapi itu tidak harus diambil pada mengurangkan rasa gembira dan bangga menjadi seorang abah.
Siapa yang pernah menjadi bapa dia wajib mengkaji perihal sifat bapa di dalam Al-Qur'an supaya keluarganya terhindar dari dosa dan kekejian.
Dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Maha Adil telah berfirman;
'dan jadikan kami pemimpin keluarga yang bertaqwa'
[Al-furqan: 74]
_____________________________
Nota dan tasyji'.
(1) Saya sangat merindui abah saya iaitu haji suhaimi bin haji abdul jalil bin wongso al-jawwi. Pastinya mereka yang berjauhan juga merindui abah mereka, sama dalam lirik nasyid diatas.
(2) Justeru itu, peranan diperingkat anak yang baik wajib kita jalankan, doakan abah kita dalam keredhaan Allah, doakan supaya Allah campak ketenangan dalam jiwa abah supaya nantinya dalam setiap urusannya untuk mencari nafkah keluarga diredhai Allah. Adapun bagi abah yang sudah tiada ingatlah doa anak yang soleh solehah tiada hijab antara hamba dan tuhannya.
(3) Kalau saya dipanjangkan umur menjadi seorang bapa, mudah-mudahan acuan Al-Qur'an itulah yang menenangkan jiwa keluarga, dengan asbab itu jugalah abah saya tanamkan dalam keluarganya. Peranan abah adalah seorang pemimpin.
4 komenan:
Terima kasih wahai abah...
Teman-teman saya yang masih punyai abah sila jalankan amanah anda iya.Ingat tu.
Inspirasi dari laman ustaz saiful islam yang hebat..
Jom layari-http://abah.my/
Allahyubarik fikum jaami'ann
ayah saya dah meninggal 3 tahun yg lalu akibat stroke..
Mrs. Yie:
Allahumagfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu anhu..
Mudah-mudahan doa yang tidak putus dari Mrs.Yis sefamily..
Berdoalah dengan penuh keyakinan, serta carilah ibadah yang menguatkan hati iya.
Allahuyubarikk fikumm jami'ann..
Catat Ulasan