15 Mei 2011

Berhaflah khirijin dengan ahli bayt.

11 mei 2011.


Tepat jam 1.30 petang, bermulalah pergerakkan mahasiswa ajanib dan melayu  ke sekitar kawasan lapang su'unn tolabah(Hep Universiti Mu'tah-Jordan).

Ada yang bawa speaker, ada yang dilihat membawa sepanduk keamanan, ada yang kelihatan memekik-mekik dan dilambai tangannya memanggil yang lainnya, menjerit-jerit, yallah-yallah bis syur'ahh! kata segolongan sebahagian daripada mereka. 

Perjalanan saya dan ahlil bayt tercinta ust pudin ditemani rohimi diteruskan, gusar betul hati melalui depan maktabah, akhirnya terus turun ke kawasan su'un tolabah yan terletaknya dewan masrah itu.

Ironinya, kalau hal-hal sebegini berlaku, syurtah arabi(Polis Arabiah) akan bertindak agresif, turun awal untuk melihat-lihat mana-mana tullab yang aktif dan pasif melakukannya.

Masih teringat, dulu-dulu ada satu kematian yang saya sempat saksikan sehinggakan semua kuliyyah di Universiti ketika itu dibatalkan, termasuklah Kuliyyah Syariah, tersenyum lebar kawan-kawan sekuliyyah mendengar kuliyyah batal iya.

Risau hal yang sama berlaku lagi;  satu detik hati saya bermonolog, "ishh kali ni kalau berlaku muzhoharat, memang aku tekad lari balik rumah macam hari tulah". Cukuplah setahun lebih purnamanya, sudah saya kenal sangat kekuatan pemuda arab pabila za'lann jiddan, siapa yang duduk di Negara Arab seperti saya tahulah tu.

Masuk ke kawasan dewan masrah Su'un Tolabah.

Hampir-hampir saya ingat, perkumpulan manusia sekitar itu adalah kerana para aktivis membuat speaker corner syibih-syibih Pro-Mahasiswa Universiti Malaya tu, rupa-rupanya hanyalah para protokol arab yang amat sibuk untuk Haflah Khirijin kali ini, mereka mengambil nama para peserta untuk dibahagikan ke tempat duduk dan mengambil ijazah yang bakal di berikan oleh oleh Rois Jamiah dan Amid Su'un Tobalah jami'ah Mu'tah ini.

Hampir setengah jam di dalam Dewan Masrah yang agak hiba itu, sudahlah teman saya cakap dah syibih2 disco arab ni, kesian melihat kelibat adik-adik juniur baru yang terkebil-kebil matanya melihat adat arab saban tahun merayakan Majlis Konvokesyen mereka.

Entahlah, naluri saya begitu kuat dengan permulaan majlis yang baik, kemudian Sobihul Kirom ust kailani dari Malizi itu memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Qur'an, itu sahajalah yang buatkan saya tunggu sampai berjam-jam di dalam Dewan Masrah tu, lantas dibacanya surah as-sof ayat ke 10 hingga akhirnya ke 14, dengan harapan saya Haflah kali ini lain penuh adat budaya Islam yang sesuai di tadbi'kan di Bumi Syuhada' ini. 

Rupanya sama sahaja yang, tander yang sama berlaku, iaitulah penyanyi keyboard terkenal urdun dengan nyayian ala-ala laghonya. Hish arab-arab!.

Itulah golongan arab, gamaknya kalau mereka ke Konvokesyen di Tanah Air kita tu terkejut unta kot, penuh etika protokolisme dan adat istiadat budaya melayu. 


Ala kulli hal satu yang saya suka arab ini berhaflah, mereka nampaknya macam sangat memberi penghormatan, lebih dikhususkan pada teman-teman arab dari Kuliyyah Syariahlah, lagi pula mereka ni memang beradab dan berakhlak mulia, kalau ketika ini diminta beli shawarma, merekalah yang belanja, syukur rasanya punyai teman-teman arab yang baik.

Saifuddin a.k.a Pillar Al-banggoli.

kalau yang lepas, Haflah Khirijin saya dedikasikan untuk ust arip n ust amir yang comel tu(Tekan Ini), kalau mereka punyai habit suka menyakat orang, kehilangan mereka dirasai kerana sudah khirij, katanya ust arip itu sudah dipinang dengan Uitm Dungun, manakala Amir dipinang oleh SMA Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu itu, balik berjuang untuk sekolah asalnya. Hebat betul semangat mereka. Saya sungguh kagum hammasah pemuda mereka yang sedia diletakkan di mana-mana posisi dalam perjuangan. Inilah keluaran Universiti Medan Syuhada' ini. Subhanallah.

Puding atau din atau saifudin,[facebooknya] samalah tu gelaran ala-ala manjanya, beliau yang bertakhassus Fiqh Wa Usuluh tahun 3 yang saya akan dedikasikan nukilan khas untuk beliau sekejap lagi, status bujangnya digunakan untuk menimba ilmu Fiqh yang mendalam. Juhud orangnya, pergi ke Makkah bersama, mendapat gelaran haji yang sama, yang penting sekali beliau istiqomah.

Pernah sampai satu masa, penatnya pulang kuliah, dan sebelah malamnya pula mengajar teman-teman madah Fiqh Ibadat dalam mauduq perkara membatalkan wudhu' habis semua kamus digunakan bagi membedah Kitab Al-Bidayah fi syarah Kitab At-Toharah minal Al-Hidayah itu. Satu kitab karangan Syeikhul Islam Burhanuddin Abi Hassan yang cenderung kepada mazhab Imam Abu Hanifah Rahimahumullah, hebatkan.

Menjadikan pengalamannya di Bumi Arab sudah tidak asing lagilah, dia dan sorang lagi ahlil bayt saya yang hensem itu, ust syahidi sudah selesai berhaflah khirijin. Alhamdulillah. 

Satu sahaja kurangnya, kena rajin memasak dan menghadami buku-buku , rancangan television arab perihal masakan macam channel fatafeet tulah, iyalah katanya nanti mahu jadi seorang suami yang memimpin isterinya, serta caring dan pandai memasak semua type masakan arab yang ada kan, termasuk masak mukhollal arab tu kan. Saja bergurau dengan anta din, ana doakan anta berjaya kemudian istiqomah membangunkan pemuda dalam masyarakat di Negeri Serambi Makkah pabila pulang ke kampung halaman nanti. Allahumma amin.

Nanti-nanti dah balik Malaysia kena lebih kuat stamina Jasmani dan Ruhhaninya okey, nanti kita minta petua dari syeikh solah abd fatah di sweileh tau, ha udahlah anta tu alahan dengan ubat-ubat yang pelik di negara arab ini. Maka jagalah dirimu wahai akhi, kami teman-teman sering doakan kebahagiaan buatmu. Ikhlas buatmu.

Abi Muhammad Al-Fateh.

Dari segi nama pun sudah diketahui, mesti seorang yang sudah berumah+tangga, sudah tentulah, seorang sahabat setarbiyyah saya dari Bumi KUSZA itu dulu[facebooknya], ingat lagi pernah naik motor sport caler hitamnya, demi membeli barangan keperluan kehidupanku di bumi terengganu yang best itu.

Saya kenal beliau agak lama, akhirnya beliau merupakan adalah pakar penasihat Unit Baitul Muslim dan Kaunseling paling hensem di Bumi Mu'tah ini. Tahniah ustaz shariff azhari. Usah buang masa yang ada, buat meraka yang udah tak sabar-sabar tu, ust shariff mahu balik Malaysia dah tu.

Kelahiran Muhammad Al-Fatih membuatkan Ummi dan Abinya ceria menjalani kehidupan di Bumi asing ini. Saya doakan pasangan mempelai menuju dan membina keluarga yang mendapat tempias sakinah dan mahabbah dari Allah Ta'ala. Seterusnya membina Mujtama' Islam hasil tarbiyah yang meraka ajarkan untuk bayi yang comel bernama Muhammad Al-fatih yang lahir di Mu'tah ini. 

Nanti Al-Fatih membesar bolehlah membebaskan Malaysia dari kenaikan harga Barang Naik yang melampau-lampau hari ini. Ingatlah, arab pun kalau basol abyad(bawang putih) naik harga mereka buat demostrasi tau. Peringatan supaya Hukuma' janganlah terlalu zalim kepada rakyat mereka.

Dedikasi Perjuangan. 

Dedikasi ini saya tujukan buat teman-teman yang bakal mengakhiri dunia kemahasiswaan mereka keluaran Universiti Mu'tah Jordan Al-Hasyimiyyah ini,  azmudin, rashidi, mior, afifi, pudin, syahidi, shariff, dan lain-lainnya terimalah; 


Jika anda seorang pejuang
depanilah cabaran tanpa gentar,

Jika anda seorang pejuang
sediakan nyawa sebagai taruhan,

Jika anda seorang pejuang
jangan hipokrit menjulang amanah,

Jika anda seorang pejuang
jangan berduka tatkala keseorangan,

Jika anda seorang pejuang
bina akhlak & spiritual,

Jika anda seorang pejuang
jangan berundur walau selangkah,

Jika anda seorang pejuang
dekatkan diri kepada Allah swt.


[Selamat pulang berjuang].


Nota kaki.
_____________________________

(1)Saya doakan ahli bayt saya yang khirij fasa soifi ini, akh puding n syahidi dalam keredhaan Alloh.
(2)Bumi ini, bumi para syuhada' mudah-mudahan para khirijinn mendapat tempias keistiqomahan mereka untuk di bawa pulang ke Tanah Air.
(3)Doakan kami para penuntut Ilmu, mendapat semangat yang baru terutama menghadapi pelbagai mehnah, tribulasi dalam menuntut ilmu. Allahumma amin.
(4)Semoga Muhammad Al-fatih menjadi generasi penyambung mata rantai perjuangan Islam sama seperti ummi dan abinya.Amin.

sesi pentaswiran yang kesekiankalinya.


 Bertaswir bersama Rois wa Amid Su'un Tolabah,
Duktur Ahmad Rawasydah.
 Ust Pudin yang gembira dianugerahkan bakolorius yang benar-benar berharga
buat dirinya..Mabruk alaik.
 Duduk sejenak mengkhusu'kan diri mendengar
tasyji' dari wakil-wakil pelajar ajanib berucap.
 Berikut adalah ust azmudin a.k.a mantan Bend.Mppmj
yang lepas tu, beliau teman saya yang suka menyakat org jugalah.
 Bertaswir dua orang teman muqobil su'un tolabah..gembira 
bukan main 2 orang pemuda ini. 
Berikut bertaswir dengan 2 sohabat dari Jordan, 
akh Huzaifah al-Yamani dan akh saad al-urdoni.
 Berikut 2 orang syabab yang dikesan bertaswir muqobil Kuliiyah Syariah
tempoh hari.
 Bertaswir bersama Abi Muhammad Al-Fatih, ust shariff azhari.
 Berikut saf skill syabab Mu'tah yang hadir, kelihatan seorang 
lelaki sedang melatih diri memegang Muhammad Al-Fatih.
 Namanya sama dengan pembuka konstantinople itu,sebaik-baik raja dan sebaik-baik tenteranya, mudah-mudahan diresapi 
semangat perjuangan ini. Amin.
Comel kan Muhammad Al-fatih Bin Muhammad Shariff ini.
Berikut Abi Muhammad Al-Fatih bersama Ust A.Isma mengambil kenangan
sebelum menerbangkan diri ke Tanah Air.
Kenangan terakhir bersama pakar Motivasi saya paling hensem kala
ini, ust shariff dengan Al-Fatih, semoga pulangnya mereka ke
Tanah Air meneruskan mata-mata rantai perjuangan ini.

3 komenan:

cik sakura berkata...

dedikasi perjuangan..menarik untuk dibaca dan dijadikan panduan..perjuangan cik sakura yang masih belum terhenti untuk menanda kertas ujian..ini macam konvokesyen ke di sana..

ibn suhaimi™ berkata...

@cik sakura-inilah konvokesyen negara arab..nanti ada masanya datanglah ke Bumi Syam ini okey..best tu..

w berkata...

Nampaknya ibn suhaimi™ semakin tidak sabar menunggu saat ini... :D

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang