12 Mei 2011

Kerinduan ayah chik.

Suatu masa dulu.
Seorang bapa kepada anak-anaknya, seorang guru kepada para pelajarnya, seorang murobbi kepada gerakan islamnya, seorang presiden kepada partinya.

Mudah-mudahan dengan kezuhudan beliau dalam menyampaikan Dakwah dan Islah pada masyarakat, maka Allah membalas dan kurniakan keberkatan pada umurnya yang semakin berusia tetapi kental menentang kebatilan yang nyata.

Masih teringat, dulu-dulu mudanya saya rajin betul dengan teman-teman ke Kampung Rusila a.k.a P.037 Parlimen Marang itu, saya rindu kampung permai itu.

Satu desa di persisiran pantai Timur Tanah Air. Nun dari jauh pokok kelapa melambai-melambai menanti ketibaan penduduk dan penuntut ilmu yang dahagakan ilmu, berpagi-pagian Jumaat mendengar kuliah mingguannya, tinjauan saya begitu tepat juga, ia begitu serasi serta melazimi hati dan jiwa penduduk sekitarnya. Ironisnya, ia sama pagi Jumaat Dataran Ilmu di Kota Baharu bagi mereka yang mendengar kuliyyah TGNA.

Yang pastinya jalan raya utama Marang ke Dungun pagi jumaat itu sentiasa zahmah jiddan(jem yang teruk), apa rahsianya? tanya sahaja kepada sesiapa pernah berkunjung ke Kampung Rusila pagi Jumaat, mereka tahulah tu.


Sunnah mereka yang berjuang.


Kesibukkan masanya melayani pelbagai masalah, suka dan duka, cabaran mendatang mengagumkan jiwa muda saya, mana mungkin mahu melupakan jasad seorang tuan guru yang faqih dan alim di kenali seluruh Tanah Air dan Luar Negara itu.

24 Oktober 1947 dilahirkan, Usia mudanya dimanfaatkan dengan suasana penuh keilmuan dan sistem pembelajaran yang cukup berkesan, mendapat didikan dari Murobbinya As-Syahid Said Hawwa Rahimahumullah, membuatkan saya berfikir sejenak tentang kesungguhannya dalam erti kehidupan pada dirinya sewaktu muda. Subhanallah. 

Kalau pun mahu mengulas panjang, tidak cukup ruangan laman ini rasanya, cukuplah ia termaktub dalam wikipedia tentang dialah Ustaz Abdul Hadi Bin Awang [TEKAN INI].


Kedatangannya menguatkan semangat pemuda medan ini.


Kerinduan saya menjadi nyata. Kelangsungannya pada pertemuan bersejarah dan barakah 30 April 2011 yang lalu. Cukup-cukup bermakna.

Walaupun, singgahnya hanyalah sebentar tetapi kuliyyah ringkas dan pengisian ilmu serta mutiara pesanan pada kami para pelajar diluar negara ini, menambah-nambahkan bekalan sepanjang permusafiran. Jazakallahu khairan jaza' wa barakallahu fik ila As-syeikh al-Fadhil Ustaz Abdul Hadi Awang.

Jemputan dari gerakan seangkatannya iaitu Parti Muslim Brotherhood Urdun, untuk memberi ucapan bersempena mengingati peristiwa Khalifah Umar Ibnu Khattab dan Panglima Islam Salahuddin Al-Ayubbi membuka Masjidil Aqsa, 'Fathul Umar' di Aqabah[Fathul Umar], menambahkan lagi izzah' dalam kepimpinannya, cukup dikenali Pemimpin Islam di jazirah arab.

Di tanya apakah saranan untuk kami para pelajar di sini? Lalu dibacakan ayat dari firman Allah Ta'ala untuk penuntut ilmu medan ini;
Dan tidaklah sepatutnya orang-orang yang beriman semuanya ke ke (medan perang), mengapa
sebahagian dari setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk memperdalam pengetahuan
Agama mereka untuk memberi peringatan pada kaumnya apabila mereka telah kembali 
agar dapat mereka dapat mejaa dirinya. [Surah At-Taubah:122].



Satu firman dari Allah Ta'ala yang kena kepada para penuntut Ilmu dan Kepentingan yang mencakupi pelbagai aspek pembelajaran dan perjuangannya dan ayah chik mengingatkan kami sebagaimana Hadis yang diriwayatkan Saidina Umar Al-Khattab Radhiallahu Anhu sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam: تفقهوا قبل أن تسودوا (Tuntutlah ilmu sebelum kamu diangkat menjadi pemimpin).


Masih termimpi-mimpi kata-kata hikmahnya, dalam perjuangan ini wawasannya adalah akhirat, Usah terlalu gopoh dalam perjuangan, sirah nabi terdahulu menceritakan ada dikalangan rasul terdahulu yang pengikutnya hanyalah sedikit, bahkan di dalam surah yassin diceritakan ada 3 orang rasul dan pengikutnya adalah seorang sahaja. Kalau Islam dan gerakannya tidak berjaya pada waktu ini, mungkin di zaman generasi seteruskan ia akan beroleh kemenangan yang nyata. 

Yang pasti kemenangan Islam dan syiarnya pasti berlaku di dunia bahkan mereka yang berjuang akan merasai nikmat kemenangan sebenar di akhirat nanti. Mudah-mudahan ayah chik sentiasa dalam kesihatan dan penuh semangat dalam hari-hari mendatangnya, Allahumma amin, ilal liqo' wa ma'as salamah.



Kenangan kuliyyah Ilmu penuntut medan ini dengan ayahchik.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang