Pendahuluan.
Walaupun sudah berlalu Ramadhan 2010 yang lepas, namun ingatan saya cukup kuat dan masih mampu mengingati Aqdam Balad Fil Alam itu. Itulah jolokan yang diberikan untuk bandar Dimasy atau dalam bahasa melayu bermaksud Bandar Tertua di Dunia.
Beruntung dapat ke Bumi itu, yang kini dilanda thaurah(Revousi) di Selatan Negara yang 90% turun mengundi itu dek terlalu takut, sayang Perdana Menteri bersifat sama seperti ayahnya yang sebelum ini, pastinya semua penduduk syam kenal siapa Basyar Asad itu.
Tumpuan tulisan saya kali ini, berminat untuk sama berkongsi tajribah, pengalaman ke Jabal Qassiyun itu. Mungkin setelah, terjumpa semula ayat yang Allah rakamkan dalam surah Al-Maidah itu. Ia sungguh punyai nilai ibrah tersendiri pabila meneliti Ayatul Qur'an ini, siapa yang pernah mengambil satu madah, namanya Qasas Qur'ani, maka diceritakan kisahnya dan kena pengajarannya pada zaman kini yang manusia asyik lakukan.
Aqdam balad fil a'lam.
Hattalah disebut orang melayu dengan jolokan 'Damsyik', manakala kamus barat menyebut 'Damascus'. Itulah bumi yang Allah Ta'ala jadikan penuh kisah sejarah agar manusia sering mengingatinya. Usah dilupakan.
Setelah diturunkan dari Syurga Allah, dan kemudian selepas pertemuan Nabi Adam Alaihissalam dan Hawa di bumi, mereka telah berhijrah ke Damsyik, disanalah Hawa melahirkan Qaabil dan Haabil.
Adapun pendapat mengatakan bahawa 'Damsyik' mendapat nama dari perkataan 'Dam Syaqiq' bermakna Darah Saudara kandung. Mungkin dari kisah pembunuhan kedua saudara kandung yang dirakam ceritanya didalam Al-Qur'an.
Di bandar inilah mashyurnya kisah pembunuhan pertama manusia di atas muka bumi yang dirakamkan dalam Al-Qur'an, surah Al-Maidah mulai ayat 27 sehinggalah 32. Kisah Haabil yang dibunuh oleh saudara kandungnya Qaabil(kedua-dua anak Nabi Adam Alaihissalam) diceritakan dalam Al-Qur'an, Surah Al-Maidah bermula ayat ke 27.
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa#[Al-Maidah ayat ke 27].
Persoalan yang timbul, dimanakah pembunuhan itu berlaku? Dan itulah yang ditanya saya sendirian sesampainya dua kerat kaki di Bumi Dimsyik itu.
Kejadian tersebut telah berlaku di sebuah bukit yang dikenali dengan nama Jabal Qassiyun di Damsyik, Syiria. Sehingga kini tiada pandangan lainnya menyatakan lokasi pembunuhan tersebut selain di salah satu kawasan di Jabal Qassiyun.
Kawasan pembunuhan tersebut meninggalkan kesan pada gua yang membentuk sebuah mulut yang ternganga, terkejut dengan pembunuhan 2 orang anak Nabi Adam Alaihissalam tersebut. Dan kini kawasan ini lebih dikenali dengan nama Maqam Wali Arba'in. Kawasan pembunuhan turut diziarahi oleh Nabi Ibrahim alaihissalam dan Nabi Khidir alaihissalam dengan terdapat kesan dua Mihrab bersebelahan gua.
Alhamdulillah, masih dipelihara.
Pada tahun 2005, Kerajaan Syiria telah mengambil inisiatif membina anak-anak tangga untuk tiba di kawasan makam dan gua. Memandangkan kedudukan lokasi tersebut agak tinggi dan sebelum adanya anak-anak tangga, pengunjung terpaksa melalui lereng-lereng gunung yang agak curam dan membahayakan.
Dan anak-anak tangga yang beratus buah ini daripada kawasan perumahan penduduk Damsyik memudahkan para pengunjung ke Makam Wali Arba'in dan Gua di mana tercetusnya pembunuhan Haabil oleh Qaabil.
Itulah yang sedikit bermakna dalam kehidupan saya, sebagai penuntut Ilmu di medan ini, jangan ditanya perasaan, mestilah best sangat, tidak disangka boleh ke Bumi Syam yang menempatkan para Anbiya' para Sahabat, para Tabi' Tabi'iin, Ulama' warasatul anbiya'. Nanti-nanti kalau teman-teman ada anak-anak hantarlah belajar di sana iya, bumi barakah, orangnya beriman kepada Allah.
Berifhor Jama'ei bersama teman di Jabal Qassiyun.
Jangkaan teman-teman saya cukup tepat, naik ke atas bukit yang beratus anak tangga itu jam 6 petang dan sampai dalam 7 maghrib, maka sempatlah kami berifthor di kemuncak sana, dua tetamu kawan dari Negara Morocco itu, nampaknya macam tak sabar ke kemuncak. Akhirnya nilai pendakian tidak mengecewakan maghrib Ramadan 1431 Hijriah itu membuahkan hasil, kami melihat permandangan Seluas-luasnya bumi Syiria, bumi syam. Subhanallahil azim.
Walaupun hanya 3butir kurma ditelan maghrib itu, pada sebelah malamnya seusai Solat Tarawikh di Jami' Umawi, kami mengisi kekosongan yang ada dengan menambah nilai untuk bersahur. Terima kasih teman-teman Syiria sudi menjemput dan mengikramkan saya dari Bumi Jordan. Terima kasih daun keladi.
___________________________
Nota pesanan:
(1) Membaca kisah di dalam Al-Qur'an ada kalanya membuatkan kita menangis sendirian.
(2) Pembunuhan Manusia pada hari ini, disebabkan aqal mereka yang cetek tentang Agama.
(3) Hak Allah WAJIB dilaksanakan(Hudud), jangan hak kita sahaja yang dituntut dalam kehidupan.
(4) Doakan kami para pelajar di Bumi Syam ini, diberkati kehidupannya oleh Allah Ta'ala.
(5) Sumber dari laman seniur lama di Mu'tah, ustaz Hazimin-www.penghunisahara.blogspot.com.
[Rehlah itu IBADAH].
Sekitar Pencerapan di Bumi Syam, Damsyik-Syiria.
Anak tangga di Jabal Qassiyun ke Maqam Arbai'in dan Gua
tempat Haabil dibunuh Qaabil.
Mendaki anak tangga di Bulan Ramadhan adalah diet yang seimbang.
Mihrab yang terdapat bersebelahan gua. Ada pendapat mengatakan tempat
Nabi Khidir a.s pernah berada dan terdapat sebuah lagi Mihrab di sebelah kanan
yang dikatakan Nabi Ibrahim a.s pernah berada.
Nabi Khidir a.s pernah berada dan terdapat sebuah lagi Mihrab di sebelah kanan
yang dikatakan Nabi Ibrahim a.s pernah berada.
40 Mihrab Wali Arba'in yang pernah ke kawasan ini.
Enam orang ustaz tunggu waktu berbuka ketika
bulan ramadhan 2010.
Bersama ustaz Ahmad di Jabal Qassiyun Terima kasih daun keladi
belanja saya laban chokolatah berifthor.
Bumi Syiria di sebelah malamnya. Berwarna Hijau adalah Masjid
yang bertebaran. Ana uhibb lunn akhdhor.
Kedai aiskrim 'Baqdash' yang berusia 100 tahun itu, takkan berkurang
pengunjungnya.
Nasi Mandi Syiria di bab musolla, mengisi nilai sahur ketika Bulan Puasa.
Masjid Umawi, mengingatkan kisah Saidina Muawiyah Bin Abi Sufian,
yang juhud dalam pemerintahannya selepas Khalifah yang empat.
4 komenan:
salam,mashaAllah,ustaz,jauh berjalan....ye ustaz...semoga Allah beri kita pengajaran diatas kesusahan yang di tanggung oleh genarasi dahulu kerana agama Allah swt..
jemput memberikan pandangan dan nasihat di blog saya ustaz...
kpd> Anak Pendang Sefamily, Wssalam Warahmatullah.
Kalau ada jalan menuju kebaikkan USAH kita biarkan ia kosong.Isi dengan IBADAH iya.
Terima kasih daun keladi. Mai lah lagi iya. USAH jemu menulisnya iya.
bila agaknya cik sakura dapat menjejaki kaki di tempat ini ye..insyaALLAH..
kepada> cik sakura insya'allah cik sakura pun dapat ke sana.Amin.
Catat Ulasan