04 April 2010

Senyuman Pertama..

"Supaya gelisah bernilai ibadah"

itulah ungkapan penuh bermakna dalam senyuman pertamaku..di Dataran Syam bumi isra'  hari ini, na'am itulah dia..penawar gelisah.

Ramai yang bertanya kenapalah manusia berbeza-beza fe'el perbuatannya setiap tempat, na'am itulah dia tanda kuasa Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Pencipta..

Gelisah betul kebelakangan ini, sedih tak tahule mengapa..di mana silapnya, bagi mereka yang mendakwa berjuang sama di jalanNya maka tiada istilah  putus asa..na'am istiqomah amalkan bacaan Al-Mathurat itu ye..ianya inspirasi mengawal diri.

Ade teman arab bagi inzar pada ana"Ya malizi ta'al enta", katanya selepas solat asar itu..kamu tau tak "sebahagian kesedihan dapat mengHIDUPkan kamu, dan sebahagian lain dapat meMATIkan kamu"masalahnya camne ammu itu tau2 diriku sedang bersedih, apa nampak di wajah ke?atau ayat biasa hendak meng"ihtimam" orang Melayu..

Rupanya muhasabah lagi, betapa diri ini masih kurang..bukankah hati syabab ni payah bebenor hendak luahkan perasaan sedih, iye cubelah melihat abah@ayah@daddy kite tu..itulah naluri yang membezakan sifat tamam@sempurna yang Allah cpitakan buat manusia rijal@lelaki dan nisa'@perempuan.

Hari ini ramai yang sedih seluruh dunia, di tanah air, ade  sedih sbb kematian Uncle din beramboi(mgkin dikal.peminatnye lah) macam-macam, ade yang sedih kematian dan kematian saudara kenalan rapat dan sebagainya, eh jangan perlekehkan malah ade yang nangis kerana kematian kucing kesayangan..itulah naluri@fitrah yang manusia tidak boleh di halang, semalam sahabat bayt lu'lu mungkin ada yang menangis sebab berpindah ke bayt baru, tuan rumah pun sedih sama sebb tiada lagi gurauan manis orang melayu di sekitarnya tambahan makin berkurang duit bajet bulanannya..

Sebab itu jadilah manusia yang bijak ye, "kehidupan di dunia tidak selamanya senang, selesai satu musibah maka musibah lain pula akan menghampiri" ana ade sahabat lama dalam perjuangan..ku anggap beliau muslimah perjuangan itu, beliau sakit malah menderita bahkan hospital adalah bayt tempat kedua baginya, pelik..manusia itu..sebab ana pernah terlihat wajahnya relexs aje, disangkakan selepas satu masa dia ditahan di wad itu dan keluar boleh sembuh macam biasa..tidak sama sekali, katanya sekarang akan berpindah hospital lain, jom kita doa semoga beliau lekas sembuh bahkan stil istiqomah sabarnya...allahumma amiin..

Allah Swt takkan membenani seseorang kecuali dengan kemampuannya, memangpun dulu murobbi ana penah juga ingatkan...intabih, camtulah juga dengan manusia yang bersedih ini. Allah takkan menimpakn pada seseorang itu dengan sedih kecuali sesorang tersebut mampu menghadapinya..hebatkan Allah swt itu.

Kita..na'am yang duduk di bumi syam ini, sabarnya kena banyak, di ganggu anak muda arab, ditipu hidup-hidup dengan pemandu coester yang menaikkan harga dengan alasan minyak mahal, diperlekeh sebab orang melayu ni semua baik-baik sahaja yang syabab dengan pakaian kupiah cop ke jamiah, yang akhowat bertudung labuh dengan kemas menghadapi angin kuat jamiah di musim soifi(panas), maka jaga itu syiar kita..na'am kita ingin dan mesti habiskan bakalorius(ijazah sarjana takhsus bidang agama)ini, dan tentunya 1 keperluan tanah air kita nanti,

MAKA SABAR jawapannya lagi..

Kan benar, Sabda Rasulullahi Solallahu Alaihi Wasallam:
"Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu"

Sebab itulah, jangan sedih kerana takutkan tekanan@depresi, pesanan Syeikh Aidh al-Qarny dalam ceramahnya..antaranya beliau berpesan [1]Jangan pernah menunggu ucapan terima kasih daripada orang lain, [2]berbuat baiklah kepada orang lain ia akan melapangkan dada, [3]usirlah waktu terluang dgn aktiviti..

Maka senyumlah(senyum sokmo) "Supaya Gelisah Bernilai Ibadah"..
ana juga tersenyum sepanjang hari ini, (1) kerana iman yang masih ada dan bernilai, (2) template blog ini bertukar kali ke-3 kesekian kalinya,(3)minggu ini imtihan awal dtg menyerang dlm suasana membiasakan bi'ah arabiah yang mantap ini (4) sekelumit riang melihat intikhobat@pilihan raya jamiah mu'tah yang berbeda dgn tanah air dulu, (5) pilihan raya kecil Hulu Selangor(parlimen)memperlihatkan sesuatu bakal berlaku lagi..

Jom melihat intikhobat di jamiah..
Calon arab tiada karismatik,73% terlibat tadkhin(merokok), calon juga tiada gambo, takpasti yang mana pimpinan yang menang..paling kurang pun belanjalah pelajar jami'ah dengan shawarma arabi..


inilah suasana jamiah kesayanganku di petang 
hari dinaikkan bina2 calon intikhobat.
fakulti ulum@sains memang aktif samalah
pro-mahasiswa kita di tanah air tercinta.
Sekitar dataran ni memang penuh yaum isnin, selasa dan rabu
dan yaum khamis org arab akan pulang awal ke kampung deme
sesuka hatinya..
sebab apa calon arab terlibat tadkhin@merokok tegar
itulah waqi'iyyah biah mereka..dan ghazwul fikr.memasuki
jazirah arab, ini kawasan fakulti sains hayat.
fakulti@kuliyah adab juga terlibat dalam merayakannya,
sy suh gak teman sy ustad rahim dari fakulti ini bertanding,
mewakili melayu@malaysia tapi beliau
menolak awal2 lagi.
kuliah at-tibb@kedoktoran menerima undian paling sikit
dikatakan hari itu, mungkin thullab doktor arab ni, malas nk
bicara halnye..yang penting negara ini ,masih kurang mesra dri
sudut layanan nurse nye..terutama nk amik darah buat iqomah.
tentu antum org bertanya manale org arabnye..jawapnnya
ana snap time ptg, balik kuliah tanpa perlu bersesak-sesak
dgn org arab..ada pepatah mengatakan, bersesak-sesak dahulu
berseng-seng kemudian, time ok tiada arab yang suke bergaduh..
dahsatle deme ni..sabar lagi "supaya gelisah bernilai ibadah"

1 komenan:

ibn suhaimi™ berkata...

Muhasabah2...

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang