18 April 2010

Kempen [Jom murakib berjemaah]

Ma ma'na murakib/مراكب - yang kene mengepalai atau yang kene mengetuai dan makna2 yang setaraf dengannnya dari fe'el madhi ركب bermaksud menaiki dan menunggangi selalunye untuk kenderaan..(rujukan qomus al-khalil).

Na'am apakah hubungannye dengan n3 ana kali ini, dah tentule antum org melihat pada mauduq yang dikhususkan, perkataan "murakib" ini, ianya sangatlah sinonim dan fobia bagi sesetengah syabab@rijal@orang lelaki di jazirah syam ini, kadang-kadang manusia sangat lalai dan alpa mengenainya, sesungguhnya ujian yang sedikit lebih baik daripada kelalaian yang banyak serta menyusahkan..

Sebab itulah mauduq ini menjadi mas'uliyyah(tanggungjawab) pada teman-teman sahabat muslimin supaya turunlah antum menjadi sang murakib, iaitu dah tentu seorang muslimin mukallaf yang baliqh dan berakal serta mampu memikirkan kemaslahatan muslimat yang menjadi mas'uliyyahnya semasa dalam perjalanan mereka menuju ke destinasi untuk tujuan2 tertentu terutamalah pabila petang menjelang malam, kenapa perlu, sudah termaktub dalam qoror@peraturan Persatuan Mahasiswa Mu'tah[PERMATA]-Jordan(tekan ini). na'am dah tentu berkait-rapat dengan kejadian-kejadian kebelakangan ini yang menghantui tullab@pelajar penuntut di bumi syam-mu'tah ini, iye ade masih lagi berani?

Sila layari blog teman ana ustad adi amzar[tekan ini] dengan kisah beliau, almaklumlah kita sentiasa alpa, "ustaz kami orang malehlah nk susahkan syabab, yela faham aje nak beli bahan2 dapur aje cam basal, khiyar, bazinjan, malfuf, zanjabil dll, maka tak perlu rasenye", kata seorang akhowat, "ustaz bukannya apa kami tengok syabab cam tak ikhlas aje bawak kami jadi murakib, merungut-rungut plak beliau" kata seorang tolibat(pelajar perempuan),

na'am sebab tiada apa yang dinamakan kerjasama(dalam berbuat kerja dalam berjemaah), 
sabda Rasulullahi Sollallahu alahi Wassalam "sesungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia, seperti serigala pada kambing juga. Dia akan menangkap mana-mana yang jauh terpencil. Maka janganlah kamu memencilkan diri dan hendaklah kamu berjamaah dan mencampuri orang ramai serta menghadiri masjid"[riwayat imam ahmad radhiallahu anha].

Maka implikasinya sangatlah mendukacitakan..bukanlah itu akhlak kita selaku pelajar luar negara yang mengambil jurusan@takhasuss agama namanya, kalaulah kita sentiasa mengamalkan sikap keterbukaan, memang best jadinye,[supaya gelisah bernilai ibadah] cukuplah cerita benar kata-kata dari teman ana ustad kat[tekan ini], dn ustad nayyi[tekan ini] sesungguhnya punyai nilai hikmah apa yang terjadi pada teman ana ustaz afifi syazwan dari KIDA itu.

Namun selaku mahasiswa yang matang pemikirannya, ketika keadaan sebegini tunjukkanlah akhlak terbaik buat kita semua, sesungguhnya orang arab pada hari ini sangat menghormati pelajar malizi disebabkan akhlakul kariim yang diberikan, yang sentiasa senyum lantas memberi salam menjadi uruff yang sokmo dilakukan..dan ingatlah orang yang beriman melakukan suatu amal@kerja beliau akan relexs je kerana sudah menghadami ianya tak lari dari hati yang beribdat kepada ALLAH subhanahu wa ta'ala

Imam Fakhru Al-Razi berkata, "Orang yang memahami faedah beribadat akan senang mengerjakan ibadat dan akan merasa berat untuk mementingkan orang lain selain Allah."

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar apa yang berlaku pada Dunia arab hari ni yang semakin dimasuki ghazwul' fikr-(serangan pemikiran) yang bertali arus tanpa penat, sebab itu yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar kita yang kurang cakna hal sedemikian teman ana ustad adi amzar dalam blog beliau memberi metafora yang dapat kita teladani [tekan ini], bukanlah mahu menyekat kebebasan itu, maka mestilah menjaga apa yang dinamakan ikhtilat itu, kan cantik ISLAM itu, semua benda kena-mengena,(sebab disyariatkan-maqosid syar'iyyah) dilarang minum arak kerana padanya mabuk, dilarang berzina kerana keturunan akan tercemar dgn zuriat itu, begitulah halnya dangan tidak menjaga adab n akhlak membuatkan orang arab memandang kita sekecil "burung pipit bermain ditepi tangga masjid", senang sahaja hendak dibaling selipar, Na'am jangan sesekali begitu..KeHIDUPan pelajar Pengajian Islam mesti ditempuh onak tajam berduri di bumi syam ini..demi kemaslahatan untuk diberi ke dalam mujtama' suatu hari nanti.


Ust adi amzar bersama ust afifi syazwan
(yg cedera di beri "sesuatu" org arab yang jahil
serta badwi) mudah2an still istiqomah.

Sekalung ucapan syafakallahulaka ya ustaz afifi syazwan, teman ana daripada TullabTajsir Universiti Mu'tah, mudah-mudahan itu adalah sebahagian cara dalam pemberian mendikit redho dari ALLAH swt dalam suasana enta menuntut ilmu, ana belom agi mendapat ujian sebegini andai senantiasa alpa dan lalai, mudah2an Allah memberi nusroh..allahumma amiin
Renungi sedikit hadis dari Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam;

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebut, “Aku orang yang paling teruk diuji dalam menjalankan tugas Allah.” Baginda diancam dengan ugutan bunuh, diracun, disihir, giginya juga syahid dalam peperangan. Para Nabi dan Rasul terdahulu juga teruk diuji dalam perjuangan mereka. Nabi Ibrahim dicampak ke dalam api kerana memperjuangkan Islam.

Ingatlah teman-teman, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Pertolongan Allah datang dengan bersabar, jalan keluar itu ada bersama dengan bala (karb), dan sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (Riwayat Ibnun Najjar melalui Anas r.a.)
 
Pertolongan akan diberi oleh Allah mengikut tahap kesabaran kita. Kalau kita bertindak dan tidak bersabar, maka tiadalah pertolongan Allah..terus senyum dalam menuntut imu ye.[supaya gelisah bernilai ibadah].

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang