14 November 2009

Na'am Majjanan2..

Dari minggu...lepas lagi dah mintak, alhamdulillah dimakbulkan Allah Ta'ala..
yela yang penat tu nak berbahasa arab dengan baik untuk menyuruh doktor yang mengajar bahasa fushah pada kami ni, untuk mengadakan rehlah thaqofiah..

Tak sia2 usaha ostat naja,ostat adi,ana,ostat nadhir,
ostat naim,dan lain2 dalam kuliah lughah tu, bersembang dgn Dr.kamal puncenye deme2 kat kuliah mengajak kami nak gi rehlah ilmiah, padahal cover line sebab khojull@malu nak berbahasa urdun ni kat doktor,ha masing2 pulak tu memang nak pegi tanpa memerlukan dinar@fulus utk rehlah tersebut..

Ya doktor, Nahnu nurid nazhab
ila rehlah mumkin (doktor kiteorg nk pegi rehlah boleh tak),ostat naja starting point dlm kuliah tu, start nanye ke Dr.kamal.. ahsanta masmuka?ismi najmudin, kata sorg pelajar dari malazia-KL tu, pastu yang lain pulak bising2,ade mengiyakan, ada yang senyap je sebab kalau nanye doktor cikit mesti kene jawab banyak, yela nak fahamkan budk malazia ni kan macam2 bahasa arab fushahnya itu..

Doktor bolehla agipun kiteorg pelajor baru, dipendekkan citer..pas je dari tu Doktor suh kiteorg buat surat, dah tentu berbahasa arab dan akan dihantar ke Mudir Markazullughah..kat bilik beliau.

Syukran ala ostat naja, sebab beliau la yg lead wat surat tulis pakai tangan berbahasa arab fushah tu, Kirenya pas je settal tulis surat ni, hantar pada mud ir terus je dapat Hafilah Jamiah yg majjanan@free, tanpa kene bayor,

Terengat di Jamiah udm-kus
za dulu2 nk buat program@barnaamij je mesti kene paperwork dulu, itu adalah perkara asas lagi standard dalam merangka prgram dalam bentuk yang professional lagi mantap.

Lain dengan neg.arab tak perlu kome nak buat paperwork pastu tunggu sebulan pastu kene manage bajet wang pastu berape orang yang nk pegi pastu nanye siapa yg bagi ceramah kat prgram tu, pastu mesti tak jadi..makn anye telah pun wujud birokrasi di situ..(ini adalah sekadar contoh keadaan bila nak wat program). "Na'am kullukum min mazkazullughah majjanan" kata Dr.Kamal..

Jadi hari yang ditunggu kami akan ke muhafazah(negeri)Ajlun n Jerash, jordan..alhamdulillah free pulak dengan Hafilah Jamiah..itu penting bagi mereka yang menuntut ilmu d isini..tidak boleh tidak mesti kene pegi, majjanan weh..
Sebelum tu mari kite ketahui mari kite mengetahui apakah yang terdapat di Ajlun ni:
ni pemandangan waktu siang..


teka ni pemandangan waktu ape?

Ajlun merupakan sebuah muhafazah (negeri) yang terletak di utara negara Jordan. Negeri ini bersempadan dengan muhafazah Irbid dan Jerash.

Perjalananan dari ibu kota Amman ke 'Ajlun memakan masa hampir sejam melalui jalan Jerash menuju ke Saakib dan terus ke kawasan berbukit s ebelum tiba di Anjarah.Tapi kalau dari Mafraq dalam 1jam sahaja tupun kalau tak de exciedent melibatkan unta dan binatang alan'am yang lain2..

Simpang tiga jalan Anjarah menghubungkan Kufr
anjah hingga ke Aghwar (arah barat) dan 'Ajlun serta Irbid (arah Timur Laut)

Di 'Ajlun terdapat sebuah kota pertahanan yang kekal kukuh dikenali dengan Qala'ah Ar-Rabad. Ia terletak di sebuah puncak bukit, 5 km dari pusat bandar 'Ajlun. Pemandangan hampir seluruh bandar 'Ajlun dapat dilihat dari menara tertinggi kota.

kota ini telah dibina oleh Panglima Izzudin Usamah merupakan anak saudara kepada panglima Sallehuddin Al-Ayubi. Izzudin Usamah terkenal sebagai pemimpin yang hebat disebabkan beliau berjaya menguasai jalan perdagangan antara Syria hingga selatan negara Jordan pada ketika itu. Beliau turut menguasai sumber-sumber air di Wadi Kufranjah, Wadi Yabis dan Wadi Rajeb yang terletak di kaw asan berhampiran kota.

Tujuan kota Ar-Rabad ini dibina ialah untuk mengintip pergerakkan tentera salib dan sebagai kota yang berfungsi sebagai penguasa terhadap lombong-lombong besi yang terdapat di pergunungan 'Ajlun. Penghasilan besi di kawasan ini amat penting untuk penghasilan senjata ketika itu.

Ahli Sejarah merumuskan dua pandangan tentang tapak asal kota ini dibina. Pandangan pertama menyatakan bahawa ia merupakan rumah pendita yang bernama 'Ajlun. Namun pandangan ini telah ditolak selepas kajian mendapati bahawa tapak kota ini pada asalnya ialah kesan tinggalan kerajaan Rum. Izzudin bin Usamah telah mengerahkan tawanan tentera salib untuk membina kota tersebut. Pada asalnya, kota ini mempunyai empat menara di setiap bucu. Di setiap bilik tentera pula terdapat lubang sempit untuk tujuan memanah.

Al-Malik Adil telah mengambil alih kota ini di antara tahun 1198 hingga 1218. Kemudian ini diperintah pula oleh Muazzam Isa dan beliau menambah sebuah lagi menara di bahagian barat daya kota pada tahun 611 hijrah. Selepas perang salib, sebahagian kota ini telah roboh dan dimusnahkan oleh tentera Mongol sekitar tahun 1260 masihi. Namun ia dibina semula ketika zaman pemerintahan kerajaan Maml uk oleh Sultan Zahir Baibar.
Pada abad ke-17, kota ini dijadikan penempatan tentera oleh kerajaan Turki Uthmaniah dan kini kerajaan Jordan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membaik pulih kota ini dan menjadikan ia sebagai salah satu lokasi sejarah utama di negara Jordan..mabruk2
Manakala jerash@جرش

Merupakan sebuah kota peninggalan Romawi Kuno yang didirikan oleh Alexander Agung pada tahun 332 SM, terletak sekitar 30 KM dari Ibu Kota Amman. Pada 832 masihi merupakan detik di mana Islam menguasai Jerash dan kegemilangannya ternyata pada zaman Umaiyyah. Ia terkenal sebagai lombong perak dan gangsa di samping kawasan industri pasu bunga. Pada zaman kerajaan Islam Uthmaniyyah bandar ini dipelihara dan masjid telah didirikan pada 1927 dan Jerash diletakkan menjadi sub-daerah di bawah kerajaan Jordan dengan mandat British sehinggalah kepada kemerdekaan Jordan pada 1946 yang menyaksikan Jerash menjadi sebuah tapak arkeologi utama di Jordan.

Jom Muhasabah ciket
..
Cumanya diharapkan Pelajar Urduniah itu sendiri menghayati betapa Islam serta Penghayatannya itu sangat hebat di mata dunia suatu hari dulu...yang memeningkan para penduduk Jordan itu, kenapakah berlakunya, banyak bi'ah yang dok molek menggambarkan kita2 yang belajar di Jordan ini terlibat sama dengan akhlak yang tidak disenangi oleh masyarakat..
Kalau dulu2 ikut ceritanya...para penduduk lebih mengikromkan pelajar dari Malazia ni, mereka ni majaznya seperti menatang minyak yang panas jenama mahal di pasaran..betul tau..
Nasib Jordan
Lama-kelamaan keadaan mula berubah, Jordan mengalami nasib yang sama seperti sekolah pondok di malaysia, daripada sebuah institusi pendidikan yang istimewa, ia berubah menjadi tempat "membuang manusia". Mungkin agak keterlaluan bunyinya, tetapi saya jelek mendengar alasan ibu bapa menghantar anaknya ke jordan supaya anak itu "menjadi manusia!"
Anak yang sudah tidak dapat dikawal keterlaluannya semasa di malaysia, dihantar ke jordan. bumi anbiya', bumi sahabat, bumi israk, tentulah boleh kembali memanusiakan manusia yang sudah tidak berapa manusiawi.
Tetapi ibu bapa ini terlupa yang jordan berjiran dengan yahudi, malah , banyak perkara di jordan ini yang dengan mudah boleh menyebabkan pelajarnya perasan bahawa mereka ini sedang menuntut di Eropah! Dengan saljinya yan tebal, pokok pain di sepanjang jalan, dan arab-arab yang tidak banyak beza rupa mereka dengan orang eropah, kadang-kadang saya lucu bercampur geram melihat gelagat pelajar malaysia..("dipetik dari ust hasrizal abu jamil, buku travelog tarbiah rindu bau pohon tin")
Ayuhla wehh Mahasiswa Urduniah sering menghayati, bahawasanya..bumi barakah israk ini dinaungi jasad2 para syuhada',di setiap jalan-jalan yang kita lalui itu..makanya berwaspadalah dengan kehidupan seharian itu..tak malukah kita berjiran dengan tetamu Allah itu..pastikan jati diri kita blajo di bumi israk ni still istiqomah mempromosikan produk2 tarbiyah islamiah..
Pergilah bertebaran menuntut ilmu dengan terbaik lalu ditadbi'kan ke dalam fikrah islamiah untuk masyarakat tanah air khususnya..
Sekarang cam biasa kita gi tgk siapakah yang telah ke Bukit Ajlun n Jerash itu silakan..tengok sahaja n bagi je komen membina...kat shoutmix yang disediakan dalam jadual di sebelah kanan..pastikan ikhlas serta ghodul basor dalam setiap penglihatan juga perbuatan..insya'allah berjaya..

asif jiddan ni bukan mujamma' amman. atau di mujamma'
zarqa' atau mana2 mujamma' berhampiran, ni la tempat tggu bus
universiti, nanye je pada deme yg penah naik hafilah ni camne
perasaan mereka..ta'jubb mumkin.

ni pulak kat dataran menunggu hafilah yang majjanan serta
pelajor2 yg lambat mari, mmg disupport sepenuhnya oleh
pihak universiti utk kuliah pusat bahasa fushah..

ni la satu2nye gambo tekini di bukit ajlun yg penuh sejarah itu..

sape2 yang penah nampak kelibat deme ni silala bagi
kerjasama yang mantap ok..deme ni la penggerak utama
Jerash aritu.

sape2 yang penah baca buku markaz lughah mukasurat 26 gambar
di belakang beliau ni la yang sama spt didalam buku
itu..

hmm balik2 ost ni, beliau ni bagus diala yg sokmo gi
kuliah maghrib di saodah time ana bg tzkirah dulu2, tapi die
ni hok rajin balik awalnya.

ostat naim ana letak gambo enta ni...okeyla tu
promote pada y
g berkenan pada ost ni berasal dari perak ye
dan sentiase bersyukur..




ni la dalam Jerash yg ala2 cerita Pahlawan Kombat Rom sedang
bertarung dengan arimau n singa pdg pasir
yg kuar dari
celah2 lubang tu..nampak tak?




ni la pahlawan yang dimaksudkan, beliau memang
macam ni dah fitrahnya, tak suke pakei baju agknye ye,
baru vs arimau la tu..




ana engat beliau boleh wat nasyid lagu kesekiankali tu
rupenye hanyalah lagu2 dizaman 60-an shj dimainkan..




hmm dah agak dah mesti ikut gak nk begambo kt sini,
ada sape2 penah jumpe dia tak sebelum ni?bagus dia ni
time kt kampus dulu suke merayap mlm..



na'am, toi'ib, aiiwah quwaiss jiddan taswiir ma'aa
kullu tullab
wa Dr.ibrahim

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang