25 November 2009


Kerosakan’ yang disebutkan dalam al-Qur’an bukan hanya pada kebendaan dan fenomena alam, malahan juga pada iltizam beragama dan kehidupan kerohanian.

Kebinasaan kerohanian kurang menjadi perhatian kebanyakan manusia, hal ini adalah di antara kesan dosa juga terutama sekali kesan dosa disebabkan kejahilan dan keilmuan yang dangkal.

Termasuk kesan dosa adalah kegagalan seseorang berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Adakalanya manusia dapat berkomunikasi dengan orang lain (dunia luar) secara aktif dan positif tetapi perkara asas berkaitan dirinya sendiri terabai atau tidak mendapat perhatian seperti yang dikehendaki Allah dan Rasul.

Ketidakhadiran seseorang dalam menghadiri solat fardhu berjemaah adalah salah satu di antara sekumpulan kesan negative dosa yang dilakukan.

Hamba yang terdedah melakukan dosa, Allah akan membuatnya lengah dan lupa mengerjakan perkara yang mendatangkan kemaslahatan dirinya, dan dia akan melakukan perkara yang kurang bermanfaat yang akan mengakibatkan dirinya terdedah ke dalam kerugian dan kebinasaan.

Dalam masa yang sama, dia menganggap bahawa tidak ada masalah yang dihadapinya.
Hati yang suci bersih adalah syarat utama bagi memperoleh hidayah yang dibaca dan dipohonkan berulang kali dalam solat ; semasa membaca al-Fatihah, dalam doa, zikir ketika duduk antara dua sujud dan lain-lain.

Disebabkan permasalahan hati dan nafsu ini ada pelbagai kerumitan atau komplikasinya, maka bagi hamba yang benar-benar memiliki kepekaan dia harus tabah dan sabar. Hati yang berbalut dosa boleh juga diibaratkan sebagai gumpalan benang yang kusut yang harus diselesaikan dengan tenang dan tabah……”
-Petikan dari muqaddimah buku ‘Kesan Dosa Dalam Hidup’-


Baru sahaja membaca muqoddimah buku ini sudah terasa hati dengan dosa-dosa pada diri ini, terutamanya apabila berada jutaan kilometer bagaimana hendak dapatkannya...walaupun kelebihan senang mendapatkan buku harakiah, buku murobbi seperti buku2 seperti arrahiqul maktumm, kifayahtul akhyar, tazkiayatunnafs, buku2 Dr.said hawwa,Dr mustafa as-siba'ei dan sebagainya..namun penguat rindu perjuangan tetap pada buku2 kilauan tokguru..

Teringat waktu dulu2 selalunya berbincang "buku apa kita nk beli ni syin?" dgn sahabat ana yang dikasihi ost syin(layari http//:www.syinrayafa.blogspot.com),

kalau dengan beliau tanya je buku ape tak beli lagi, habis semua dibeli lengkap sbg koleksi peribadi..kali terakhir kami membeli buku dishah alam ketika muktamar55..

Ana teringat sahabat-sahabatlah penguat kekuatan diri ketika jauh-jauhan ini..ditakdirkan dilamar sahabat yang iltizam dengan agamaNYA adalah satu syukur yang tidak dapat digambarkan...mudah2an jadi pemuda yang tidak goyah imannya..Ya Allah tunjukkanlah kompas hidayah-Mu Allahumma amin..

Marilah kita muhasabah sambil merenungi lagu2 perjuangan..(buka sahaja mp3 anda, maaf di blog ini tidak di sediakan)



jadilah insan yang mahu menebus rasa bersalah..

Entah kenapa
hati ini
gundah gulana
resah
sedih
kecewa
..tenangkanlah hatiku Ya Allah


kadang kala
aku menangis
gembira
duka
ada kalanya
entah kenapa
tiba-tiba
terasa basah di pipi
..tenangkanlah hatiku Ya Allah


umur yang semakin bertambah
adakah bertambah amalanku
tanggungjawab yang ku galas
mampukah terus aku memikulnya
adakah aku telah melaksanakannya


ilmu yang tidak diamalkan
kemanakah semuanya
masa yang aku bazirkan
akhirat yang aku abaikan
Allah..Ya Allah…Ya Allah


Ya Rahman..
tenangkanlah hatiku
agar waras fikiranku
andai resah ini terus bertamu
aku terus dalam ruang ini
dunia yang ku cipta sendiri
tanpa aku sedari


Ya ‘Aziz..Ya Ghaffar
ampunilah dosa-dosaku
tetapkanlah hatiku atas jalan iman
hanya Engkau matlamat hidupku
Islam jalan yang memandu
akhirat tempat tujuanku


..dan
bila terampun dosa
bila cekalnya jiwa
tetap matlamat di depan mata
iman terus subur di dada
maka…tenang…


Ya Allah..tenang2kanlah hatiku

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang