21 Ogos 2009

Sila fahami Kaedah Fidyah supaya ramadan kita lebih baik..kali ini.

Mereka yang wajib membayar fidyah kerana meninggalkan puasa ialah:-

1. Orang yang meninggalkan puasa ramadan dengan sebab uzur dan dia ada masa mengqada’nya tetapi dia tidak mengqada’nya sehinga dia mati maka wajib walinya mengeluarkan tiap-tiap satu hari satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga (wali) si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

Sekiranya si mati tidak mengqada’ puasanya dan telah masuk ramadan yang lain maka wajib dua fidyah, satu fidyah puasa yang tak dapat diqada’nya kerana dia dah mati, dan satu fidyah melangkau qada’nya pada ramadan yang lain, begitulah seterusnya jika puasa yang tidak diqada’ melangkau dua tahun, tiga tahun…hukum ini berbeza dengan orang yang hidup, sila lihat no. 5. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan hanya perlu mengeluarkan satu fidyah sekiranya puasa yang tidak diqada’ telah diselang oleh satu ramadan.

2. Orang yang meninggalkan puasa ramadan dengan tiada uzur dan tidak ada masa mengqada’kannya sebelum dia mati, maka wajib atas walinya membayar fidyah secupak makanan untuk tiap-tiap hari yang ditingalkannya. Ahli keluarga si mati boleh mengqada’kan puasa si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

3. Orang yang ada puasa nazar dan dia ada masa memperbuatnya tetapi dia tidak puasa sehinga dia mati, maka wajib mengeluarkan secupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang dinazarnya. Fidyah itu hendaklah diambil dari harta peninggalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pihak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

4. Orang yang ada puasa kafarah sama ada kafarah jimak dalam bulan ramadan, kafarah zihar, kafarah sumpah, atau kafarah bunuh, sedangkan dia ada masa mengerjakan puasa itu tetapi dia tidak berpuasa sehinga dia mati, maka wajib dikeluarkan setiap puasanya itu satu cupak makanan yang diambil dari harta peningalannya. Ahli keluarga si mati boleh berpuasa bagi pehak si mati sekiranya mereka mahu dan tak perlu mengeluarkan fidyah.

5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehinga masuk ramadan yang lain, wajib keatasnya mengqada’ puasanya dan mengeluarkan fidyah iaitu secupak makanan bagi tiap-tiap hari yang dilewatkan itu, sekiranya yang dilewatkan itu dua tahun, maka dua cupak, jika yang dilewatkan itu tiga tahun maka tiga cupak begitulah seterusnya.

Orang yang melewatkan qada’ puasanya sehingga masuk ramadan yang lain hanya wajib mengqada’kan puasanya sehari jua bagi tiap hari yang ditingalkan, dan tidak perlu dia menggandakan qada’nya hanya yang diganda bilangan cupak yakni bilangan fidyah.

6. Perempuan yang hamil yang meninggalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dalam perut sedang tadak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

7. Perempuan meninggalkan puasa ramadan sebab takut mudarat anak dengan sebab kurang susu tetapi tidak takut mudarat dirinya. Dia wajib mengeluarkan fidyah dan wajib qada’.

8. Orang yang terlalu tua, wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh wajib membayar fidyah sahaja dan tidak wajib mengqada’ puasanya, sekalipun kemudian dari itu dia boleh berpuasa.

10. Orang yang berbuka puasa ramadan kerana contohnya, seperti menolong orang yang lemas dalam air atau lain-lain, (dalam bahaya) maka dia wajib qada’ serta fidyah.

.::Sila pastikan kita tergolong di mana, jika terlibat perkara meninggalkan puasa ini..

Jadual wajib membayar Fidyah. Sila lihat di atas mudah-mudahan terperinci.


Puasa atau Qada’ Fidyah Catatan
1. Orang yang mati ada meninggalkan puasa kerana keuzuran sewaktu masa dia qada’. Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
2. Orang mati meninggal puasa dengan tiada uzur tiada masa qada’. Harus diqada’ oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain mengqada’ puasa dengan izin wali
3. Orang yang mati ada puasa nazar dan ada masa berpuasa tetapi tidak puasa. Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
4. Orang yang ada puasa kafarah ada masa berpuasa tetapi tidak puasa. Harus dipuasa oleh wali dan tidak wajib fidyah Wajib satu cupak bagi setiap sehari jika tidak dipuasakan oleh wali Harus orang lain berpuasa dengan izin wali
5. Orang yang melewatkan qada’ puasanya. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari mengikut tempoh kelewatan Sekira dia mati dan puasa yang dilewatkan melangkau satu ramadan wajib dua cupak
6. Perempuan yang takut mudarat anak dalam kandungan shj. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari
7. Perempuan yang takut mudarat anak yang disusu shj. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari
8. Orang yang terlalu tua tidak mampu berpuasa.
Wajib satu cupak bagi setiap hari Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
9. Orang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak mampu berpuasa.
Wajib satu cupak bagi setiap hari Sekiranya dia boleh berpuasa kemudian nya dia tidak wajib qada’
10. Orang yang berbuka puasa ramadan kerana menolong orang dalam bahaya. Wajib qada’ puasa Wajib satu cupak bagi setiap hari

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang