20 Ogos 2009

Jom Hayati Apa Sebenarnya Di dalam Ramadhan Ini



bulan inilah makhluk allah taala ni masuk
dalam ISA..depa ni la yg sokmo wat hati manusia berbolak-balik

sesungguhnya ramadhan bekalan untuk
menanti negeri akhirat...siapa yg tamam keseluruhan
puasanya..dgn baik, maka silalah masuk syurga
allah taala ikut pintu ar-rayyan fil akhirat.


infaq fisabilillah senjata utama kuatkan
pahala..mudah2an usaha kita ada ganjaran dari
allah swt walaupun sedikit..

.:: Alhamdulillah n3 kali dapat dijayakan dalam suasana ana bersama sebahagian sahabat2 utara dalam usaha menawan bukit badar yang kosong disini...dalam lusa sahaja kita sudah menemui, ramadhan juga bulan buat jundullah fisabilillah...mereka akan mengisi segala kekosongan ketika itu dengan ibadat yang khusus lillahi taala..ketika inilah nampak sebenornya bahawa tentera islam ini sangat kuat juga hebat...

Sahabat nabi Umar Al-Khattab R.A memberi inzar pada tentera islam sesudah kemenangan dalam peperangan"sesungguhnya wahai jundullah, Allah Ta'ala memberi kemenangan tentera islam hari ini adalah disebabkan tentera kuffar terlibat secara terang dengan kemaksiatan mereka berzina, minum khamar ketika masih dalam pertempuran, adalah amat ditakuti terhadap tentera islam yang melakukan kemaksiatan berbanding tentera musuh itu sendiri"

Sahabat seharaki sekalian...maka, ambil perkara ini sebagai ibroh buat diri kita...bulan ramadhan inilah, medan latihan buat kita...kadang2 masih ada dikal. kita sendiri yang masih lompang dirinya..sebab itulah, ana berpesan pada n3 yang lepas jika kita berpuasa maka seluruh anggota badan kita adalah puasa jugak.

Bagi yang berada di N11 ini...jaga lah segalanya, terutama adab n akhlak kita, ini penting bagi menunjukkan sikap kita ahli ditarbiyah islam itu...pada masyarakat khasnya..jangan bulan ini kita cemarkan dengan sessi(kutuk-mengutuk, caci-mencaci, hina-menghina, maki-memaki, baling batu sembunyi tgn, nasib baik batu, kalau peti ais ke ricecooker ke, berat lagilah dosanya itu), maknanya kalau gitu sikap kita, samalah dgn org2 yg dok suke pada islam...malah apaka qudwah yang kita tunjukkan pada bukan islam...maka muhasabah molek deh..

Sekarang marilah kita mengetahui, martabat orang berpuasa itu, maka kita nilai n analisa kite duk di tahap mana la ni ok..

Orang yang berpuasa ada tiga martabat:

Martabat pertama puasa orang awam yakni puasa orang kebanyakan la ni, iaitu meninggalkan makan, minum, jimak, dan menjaga daripada segala perkara yang membatalkan puasa.

Martabat kedua puasa orang pilihan iaitu puasa orang soleh dan orang yang bertakwa, iaitu menahan diri dari segala yang tersebut pada martabat yang pertama, dan menahan segala anggotanya daripada berbuat maksiat dan daripada berbuat perkara yang sia-sia yang tidak memberi manfaat pada akhirat.

Lima perkara yang membatalkan pahala puasa(bukan batalkan puasa engat molek ye):

1. berbohong. 2. mengumpat. 3. memperlagakan orang. 4. bersumpah dusta. 5. melihat suatu dengan syahwat (keinginan)

Hasil kesempurnaan puasa mereka itu dengan tujuh perkara;

1. Menjaga mata daripada melihat tiap-tiap yang haram, yang makruh, dan yang harus yang melalaikan hati daripada mengingati Allah.

2. Menjaga lidah daripada perkataan yang haram, makruh dan perkataan yang sia-sia yang tiada manfaat di akhirat.

3. Memelihara telinga dari mendengar yang haram, yang makruh, dan yang sia-sia yang tiada manfaat diakhirat.

4. Memelihara tangan dan kaki mencapai dan berjalan kepada yang haram, makruh dan sia-sia.

5. Memelihara perut, pada ketika berbuka dan makan sahur daripada memakan yang diharamkan, syubhat, makruh, dan berlebih-lebih pada yang harus, kerana tiada faedah menahan diri daripada makan dan minum pada siang hari daripada makanan yang harus sedangkan pada ketika berbuka dan bersahur mengisikan perut dengan yang haram atau syubhat.

6. Menyedikitkan makan ketika berbuka dan berbuka dengan makanan yang halal.

7. Selepas berbuka datangkan di dalam hati, roja' dan khauf yakni harap diterima puasa, dan takut tidak diterima puasa.

Martabat yang ketiga puasa orang yang pilihan daripada yang terpilih, yakni puasa orang yang hampir kepada tuhan (nisbah martabat bukan jasad) dan puasa orang yang benar-benar mengenal Allah (a’rif billah) mereka itu menjauhkan di dalam hatinya daripada mencita-cita dunia, dan memikirkannya, dan mengkosongkan hati selain daripada Allah. Mereka itu sentiasa musyahadah akan Allah yakni sentiasa melihat Allah dengan mata hati. ini mertaba para nabi dan wali-wali Allah.

.::Semoga keberkatan puasa kita Allah Taala berikan hatrik kemenangan yang sungguh bergaya, mubarakuun najah::.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang