04 Januari 2009

Derita gaza apa upaya kita?

Salam kesedihan, kali ini ana tertarik la artikal dari alfadhil ustz nasaruddin tantawi, disaat genting rakyat di semananjung gaza dalam keadaan menyedihkan, apakah usaha yang dilakukan oleh kita selaku umat islam yang dikatakn bersaudara, apakah kita tidak merasai sakit apatah lagi yang sama spt sahabat2 disana, mgkin arini kita spt biasa bgun sahaja sudah menikmati keindahn, bahkan segala rezki kurniaan Allah swt, 


Namun ana rasala disana pasti mereka sudah menghitung hari untuk menjadi mangsa korban seterusnya, akibat serangn nekad yahudi laknatullah...sehingga entry yang ditype ni angka korban sekitar 437 yang syahid manakala 2300 rkyat tidak berdosa cedera...ana brasa bersyukur jgla beberapa hari yg lepas dapt bersama ahli musolla dalm mengetuai solat hajat n bcaan yassin khas utk rakyat gaza, dan juga mendoakn pejuang islam hamas diberi kemnangan..mudah2an sedikit amalan dan sumbgan doa kami, diterima allah swt agar saudara2 di gaza mendapt pelindungan tak disangka2 daripadaNYA..amin2

-(29dis08)-Biar Gaza beribu batu dari sini tetapi deritanya bagai di depan mata, Malang sungguh bagi muslim yang masih mampu diam membatu diri menyaksi penderitaan Gaza .

Benar kita tidak sampai tangan dan kaki tapi sekurang - kurangnya kita ada berbuat sesuatu untuk bersama penderitaan mereka .

Paling tidak kita mendoakan mereka agar segera bebas dari penderitaan , hulurkan bantuan kewangan untuk meringankan penderitaan mereka , suarakan bantahan kepada dunia khasnya Amerika untuk menunjuk kebersamaan kita dengan penderitaan ummat Palestine dan tidak lupa kita mendesak agar seluruh ummat Islam bangkit dan pemimpin - pemimpin ummat Islam berbuat sesuatu untuk mengajar Israel Alaihi Laknatullah .

OIC mesti digesa agar mengambil langkah berkesan untuk menyelamatkan ummah seagama dan seaqidah . Kenapa tentera ummat Islam boleh dihantar ke Perairan Somalia , ke Bosnia sebelumnya dan ke seluruh negara untuk misi pengaman antarabangsa tetapi tidak ke Palestine .

Ummahku , apakah derita Gaza tidak pernah mendekap dihati kalian ? atau kalian tidak pernah dapat menghayati apa ertinya derita ?
Bangkitlah ummahku . Marilah kita kita titipkan doa buat mereka tanpa jemu dan bosan jua tanpa buruk sangka kepada Allah swt Tuhan Yang Maha Kaya lagi Lagi Maha Perkasa .

Insyaallah esok ( selasa : jam 11 am ) Dewan Pemuda PAS Pusat akan menggerakkan ummat Islam prihatin untuk berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika bagi membantah kekejaman sekutu rapatnya ( rejim Israel )di Gaza .

Saya mengharapkan agar kita semua dapat keluar beramai - ramai menyatu hati bersama ummat Islam di seluruh dunia menyuarakan bantahan di samping kita mengadakan solat hajat agar Israel segera dihukum dan dibinasakan .

-ustaz nasrudintantawi-
Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang