06 Februari 2012

Rindu 'lelaki ghaib' itu..Allahu.

Muqaddimah.


Saya mendongak ke langit..memohon supaya Alloh bekalkan kekuatan untuk menulis, agar dengannya memberi saham pada ummah. Adapun cuti semester musim sejuk bakal berakhir, saya akur masa perlu "dicuri" dengan sebijaksana mungkin. Jitu dan padu pemikiran saya tika ini. Akhirnya motivasi dari Syeikh Aun Al-Kaddoumi tika ziarah warga Mu'tah telah memberi nafas baru pada saya agar sentiasa mengingati "lelaki ghaib" itu sepanjang masa!

"..Subhanallah wal hamdulillah allahuakbar.." Mulai kekuatan menulis.

Monolog hati.

Justeru saya mengajak tepatlah saat ini, mudah-mudahan kita mengingati Baginda Nabi Muhammad Sollallahu Alayihi Wa Sallam di posisi mana pun ketika menjalani kehidupan. Waimma selawat inilah dapat menyembuhkan penyakit hati manusia di akhir zaman. Sollu alann nabi. Sollu alan nabi.


Gambar di ambil seusai ziarah Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam di Raudhah As-Syarif, Madinah Al-Munawwarah tahun 2010 yang lalu..


Mencintai manusia yang belum ada.


Suasana pagi yang hening di belakang masjid nabawi as-shariff iaitulah terdapat perkampungan pekuburan Baqi'.

"..Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku," ujar Rasulullahi sllallahu ‘alayhi wa sallam.

Pagi yang hening di kawasan perkuburan Baqi' tika itu menjadi saksi kerinduan Baginda Sollallah Alayhi Wassalam. Tempat itu menjadi saksi juga pemergian(kematian) manusia beriman kepada Allah, dan yang paling pastinya Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wassalam akan menyertai mereka seperti kita.

"..Wahai utusan Allah, bukankah kami juga adalah saudara-saudaramu?" tanya para sahabat ingin sekali memastikan.

"..Kalian semua adalah sahabatku. Adapun saudara-saudara yang kumaksudkan, adalah orang-orang beriman yang belum ada..." jawab Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wassalam.

Hairan kan.

Mencintai manusia yang belum ada. 

Waiimma anak muda, kalau cintanya pada perempuan yang belum ada, sampaikan tiang telefon pun di anggap kekasih qalbunya. Akibat menanggung rinduu pada bakal isterinya yang masih belum ada, ia satu perkara hairan, ajaib, mustahil, dan perlu cepat merawat penyakitnya itu. "Gila bayang" lah tu.

Tetapi manusia yang menjadi kekasih Allah itu, mengungkapkan kasih, cinta luar biasa. Kerana apa, kerana yakin dengan pasti, bahawa kematian itu sesuatu yang direncana ketetapannya oleh TuhanNya. Kematian itu pasti.

Kematian yang pasti berlaku itu, menjadikan Baginda yakin untuk bertemu dengan manusia yang beriman di waktu mendatang adalah sangat mustahil. Dengan mengetahui mereka itu beriman kepada Allah dan RasulNya, ia cukup-cukup menyuburkan rasa cinta Baginda, hatta bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, dan keadaan mereka, asalkan mereka beriman cukuplah ia meraih cinta Nabi Muhammad Sollallahu Alayhi Wassalam.


Allahu..teman-teman, selawatlah ke atas Baginda Sollallahu Alayhi Wassalam.


Mukjizatnya kekal ke yaumul akhirat.

Perkara yang harus kita ketahui, setiap perkataan, perbuatan, tingkahlaku Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wassalam merupakan sunnah yang ditinggalkan untuk diikuti ummatNya di akhir zaman.


Namun, perkara ajaib sehingga saat ini ia merupakan satu perkara yang jika diikuti nescaya manusia tidak akan sesat iaitulah kalamullah(Al-Qur'an) yang diturunkan ke atas Baginda Sollallahu Alayhi Wassalam.


Saat sahabat(Saidina Abu Bakar dan Umar RA) berasa gembira dalam kesedihan tika Rasullullahi Sollallahu Alayhi Wassalam bertemu teman-Nya Yang Maha Tinggi, mereka berjumpa ibu susuan Rasulullah iaitu Ummu Aiman..pelik perbuatan wanita mulia itu, asyik menangis..pabila ditanya..kenapakah engkau menangis wahai Ummu Aiman? Dia menjawap aku bersedih kerana dengan wafatnya Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam..bererti wahyu tidak lagi diturunkan..dengan erti kata, bermulalah cabaran baru untuk ummat di akhir zaman.


Sahabat..baru tersedar, dan mereka ikut menangis mendengar apa yang dikatakan Ibu Susuan yang mulia itu..Allahu.


Waimma saat ini kita kehilangan Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam, namun mukjizat beliau kekel ke Akhir zaman. Justeru marilah kita berpegang teguh dengan mukjizat Baginda ini yang ia kalamullah yang Mulia.

12 Rabi'ul Awwal Tahun ke 11 Hijriah.


Tiga hari Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakar Radhiyallaahu anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“..Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sollallahu alayhi wasallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakar sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sollallahu alayhi wasallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

“..Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya. Merindui kita semua teman-teman.

Semoga kita berlumba-lumba ingin menjadi orang beriman yang dicintai dan dikasihi kekasih Allah yang mulia itu. Allahumma amin..

"..Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya..” 
[Surah Al-Ahzaab 33: 56]

__________________________________

Nota 12 Rabi'ul Awwal 1433Hijriah.

(1) Teman-teman jom kita selawat ke atas Baginda Rasulullahi Sollallahu Alayhi Wasallam. Wahai Allah selawatkan keatas Baginda dan ahli keluarganya.
(2) Saya mulai menulis setelah lama tergendala disebabkan faktor kecurian masa. Allahu..ruginya saya, moga Alloh give nusrohnya.
(3) Mendapat inspirasi dari abu saifulislam tentang pemergian terakhir Baginda Sollallahu Alayhi Wasallam, moga kita tergolong mendapat syafaat Baginda, Allahumma aminn.
(4) Permulaan terakhir di musim sejuk saya kali ini, dihangatkan dengan motivasi syeikh aun al-kaddoumi dan syeikh habib dr ahmad al-habsyi. Allahu, kuatkan iman saya ini dalam mendepani pelbagai rintangan mendatang(mohon doa teman-teman iya).

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang