27 Disember 2011

Filem pendek: Agar mesej dakwahnya sampai.

Muqaddimah.

Seorang penulis skrip selalunya tidak glamour seperti pelakon atau watak utama dalam sesuatu filem. Asalkan filem itu dibintangi pelakon handalan, ianya merupakan satu kredit agar pentas panggung menjadi riuh, kutipan jutaan ringgit boleh dihimpun dalam minggu-minggu filem itu sedang hangat dipertonton.

Lain pula halnya, di bumi Mu'tah yang saya duduki setiap hari ini, filem pendek penuh berunsurkan ibrah ditatapi umum tullabul ilm' di Mu'tah. 

Asasnya mudah, agar penonton memahami suasana penuntut ilmu yang penuh cabaran. Tidak terkata cabaran itu, kecuali mereka yang sudah ke Medan ini.

Sekalung tahniah, mabruk alaikum jami'an, para pelakon yang saya kenali, thiqah serta akhlaq mereka sebenarnya meneladani suasana Mu'tah kini, juga buat penulip skrip asal, Al-fadhil Ustaz Ihsan Fadhi(ini), Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan, yang giat membina bi'ah soleh solehah, di Bumi bertuah Mu'tah Darus Syuhada' ini. Teman saya, yang didoakan berjaya menggapai cita-citanya, Allahumma amin.

Tasyji' dan Ibrah didamba para penduduk Mu'tah.

Adapun begitu, para penonton yang menilainya, filem pendek merupakan wasilah dakwah best among the best, lihat sahaja penghasilan product DPPP, iaitu Oley, ia mencerahkan ummat terutama pemuda-pemudi agar berhati-hati dengan hukuman Allah & hak Allah yang wajib di tunaikan kita selaku hambaNya.

Begitulah filem, kalau yang melakarinya(filem itu) faham dan jelas fikrahnya mengenai masa depan ummat Islam, kita yang menonton merasai ibrahnya. Cubalah teman.

Akhirnya, saya mengajak dengan ikhlas teman-teman se, blogger di luar sana agar menikmati ceritera ini, supaya beroleh pahala dengannya.

Dua dunia, support habis filem pendek ini. Allahuyuftah alaikum jami'an..



0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang