24 Oktober 2011

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri memberi semangat membara!

Dunia ibarat sampan di sungai, saya yang mengemudinya, kemudian sayalah
yang berusaha mengendalikannya dari libasan air sungai yang deras nan berbahaya.
Akhirnya saya selamat mendarat..alhamdulillah[monolog].

Muqaddimah itu muhasabah.

Kebelakangan ini, dunia kampus saya di Jordan diselubungi kepelbagaian peristiwa yang memberi hikmah dan ibrah tersendiri.

Entah apalah dosa yang dilakukan hamba manusia(termasuk saya), sampaikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala menguji dengan suatu kejadian, peristiwa supaya saya sedar, dan dengannya bertambah atau berkurangnya keimanan di dalam diri, kalau saya lupakan semua ini satu ujian, lantas lebih parah daripada itu saya menjadi lalai pula, mesti saya termasuk dalam golongan yang rugi, wa iyazubillah.

Saya mesti sedar manusia dihidupkan di bumi ini hanya untuk sementara waktu. Di bumi Allah ini, semua manusia akan diuji, dilatih, dan seterusnya akan dibawa ke hari akhirat di mana kita semua akan tinggal selama-lamanya nanti.

Harta dan kesenangan yang ada di dunia ini, walaupun dipandang manusia sebagai suatu yang berharga dan sempurna, namun sebenarnya mempunyai kecacatan dan kelemahan tersendiri. Ini semua hanya sebagai peringatan kepada manusia tentang akan adanya hari pembalasan, adanya hari Kiamat.

Kita mesti yakin akan tibanya hari itu, saya sengaja analogi muhasabah dengan teman saya akhi farid, "akhi enta bayangkan Duktur di universiti kita ini menyebut nama-nama didalam kuliah di hadapan ramai orang termasuk bangsa arab ini, memanggil seorang demi seorang untuk mengambil kertas jawapan imtihan di hadapan..tiba-tiba duktur menyebut nama kita sambil wajahnya berubah dan menggelengkan kepalanya..ketika itu apa lagi yang difikirkan kita, kalau tidak gagal madah(matapelajaran) itu"

Begitulah perihal disisi Allah Azza Wajalla, dengan zatNya Yang Maha Berkuasa menyebut nama-nama manusia dari keturunan Nabi Adam Alaihissalam sehinggalah Junjungan terakhir Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam. 

Sampai giliran nama kita dipanggil dengan sentapan kuat dan diberi suratan amalan sebelah kiri lalu disogok dosa-dosa yang ditanggung menggunung tinggi di dalam dunia, tambahan diperlihatkan kepada seluruh manusia amalan semenjak dari kita keluar rahim ibu. Saat itu adakah syurga masih impian kita iya? farid tersentak dan kepalanya diangguk tanda setuju". Hebat teman saya itu.

Waimma tentang perkara ini tidak dipercayai oleh orang-orang kafir, mereka ini tidak berupaya memahami kenyataan ini, maka mereka menjadikan dunia inilah sebagai matlamat tunggal mereka, yang pelik sebahagian ummat Islam mengikut cara hidup mereka, dan akhirnya terpengaruh dengan tipu daya dunia.

Allah Ta'ala rakamkan perkara ini kepada manusia, namun sengaja kita tidak membacanya, firmanNya:

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (hidupnya yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan, juga (hidupnya yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (sampai suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
[surah al-Hadid ayat ke 20]

Kata-kata(tasyji') Imam Hasan Al-Basri.

Imam Hasan Al-Bashri adalah salah seorang daripada Ulama' terkemuka dari kalangan Tabi'in yang banyak berguru dengan para sahabat Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam. Beliau lahir di Madinah pada tahun 30 hijrah iaitu 642masihi, dan dijaga oleh isteri Rasulullah SAW yang bernama Ummu salamah ummahatul mukminin.

Beliau pernah dibawa oleh ummu salamah ke majlis para sahabat, dan Umar Al-khattab Radhiallahu anhu mendoakannya; "Ya Allah, jadikan ia faham agama dan jadikan orang-orang mencintainya".

Imam Hasan Al-Basri menduduki Iraq iaitu di kota basrah disanalah berkembangnya ilmu fiqh yang hebat. Kata-katanya sering dijadikan teladan ummat yang terkemudian, diantaranya:

Kata mutiara pertama.

'Wahai anak Adam! Kalian tidak lain hanyalah dari kumpulan hari, setiap satu hari berlalu maka sebagian dari diri kalian pun ikut pergi'.

Memahami kata-kata ini, saya yakin teman-teman saya juga sedar, kepentingan masa yang terlalu singkat dan bermakna, samalah satu kata hikmah mutiara dari imam hassan al-banna, kewajiban adalah lebih banyak daripada masa.

Masa samalah seperti hari yang bakal kita lalui esok, lusa, minggu depan dan tahun depan dan seterusnya, masa ini saya belum berkahwin, rupa-rupanya saya sudah melaluinya satu masa nanti, masa ini saya jarang menunaikan ibadah dengan khusyu' rupa-rupanya saya menyesal di saat ajal yang hampir. Muhasabah, muhasabahlah.

Awaslah kita dengan kecurian, terutama kecurian masa!

Saya cukup tertarik kata-kata Ustaz Khairul Anuar Reduan Calon Phd Ilmu Hadis Universiti Wise Jordan itu, mahu melihat seorang pemuda yang hebat, lihatlah pada waktu beliau menjaga waktu solatnya, kalau dijaga waktu solatnya, jangan diabaikan bersahabat dengannya, kerana masa kita pasti terjaga.

Solat..solat..solat, teman-teman saya di Jordan intabihlah! Jagalah solat kita, saya juga tahu masa kita sering berubah, namun solat bukan alasan untuk ditinggal, bukan kerana kita punyai 4 musim yang Allah ciptakan, musim panas, salji, luruh, dan bunga..saya tekankan mazhab imam abu hanifah[mazhab hanafi] begitu menekankan solat berjemaah sehinggakan pandangan ulama' menyatakan jika hujan turun hendaklah dijamakkan solat yang empat rakaat, iaitulah zuhur dan asar, maghrib dan isya'. 

Ambillah kebaikkan dari satu sudut, mereka tidak mengabaikan waktu berjemaah di Masjid, subhanallah, inilah yang para pemuda wajib contohi iya.

Solat berjemaah menyatukan mukmin dan mukminat. 
Solat berjemaah menjadikan hati kita lebih khusyu' untuk menghadap Allah SWT.
Solat berjemaah menguatkan kesatuan Ummat Islam yang digeruni musuh-musuh Islam.
Kehidupan yang baik dillihat pada diri seorang insan yang mampu menjaga Solat Jemaahnya.

Kata Mutiara Kedua.

'Di antara tanda berpalingnya Allah Subhanahu Wa Ta’ala dari seorang hamba adalah Allah menjadikan kesibukannya pada hal-hal yang tidak bermanfaat baginya.'

Mendalami kata-kata ini, membuatkan saya menjadi gerun, bahkan kalaulah diambilberat dengan kalam mutiara ini, ummat Islam paling meruncing tahap kesibukkannya, mengalahkan raja jordan pun ada!

Walhal Allah Subhanahu Wa Ta'ala menetapkan setiap manusia agar sering beribadah kepadaNya, buatlah apa jua kerja yang penting ada Nilai Ibadah disisiNya, terutama apa yang dilakukannya itu kerja-kerja perjuangan, dari sekecil-kecil hal hinggalah Islam mencapai kesyumulannya ia adalah Ibadah disisiNya.

Bagi kita penuntut Ilmu Agama Allah, lagilah perlu menyibukkan diri dengan memahami Ilmu-ilmu yang terlalu luas umpama tujuh lautan terbesar dunia ini, bahkan lebih dari itu, tak cukup masa membedah ilmu-ilmu Ulama' tapi kita yang sibuk dengan urusan yang melalaikan diri. Usah kita menyesal di kemudian hari.

Teruskan berjuang wahai penuntut Ilmu Agama Allah. We can do its!

Kata Mutiara ketiga.

'Semoga Allah merahmati seorang hamba yang merenung sejenak sebelum melakukan suatu amalan. Jika niatnya adalah kerana Allah, maka ia melakukannya. Tapi jika niatnya bukan kerana Allah maka ia menghalangnya.'

Tiba-tiba saya teringat kejadian di China, Foshan, Wilayah Guandong, berikutan kemalangan tragis yang melibatkan kanak-kanak kecil.

Yang akhirnya meletakkan nilai moral pada ummat manusia, manakala Islam ajarkan Akhlak Mulia, namun tiada bagi agama lainnya. Maka moral juga yang membimbing bukan Islam. Kalau moral baik dilakukan suatu tempat itu maka baiklah masyarakat disitu.

yue-yue yang digilis oleh dua kenderaan dipandu manusia yang takutkan undung-undang
ciptaan manusia.

Insiden berkenaan menyaksikan kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun itu dilanggar dua kali oleh dua van berlainan di sebuah jalan raya. Kanak-kanak itu yang berlumuran darah dan terbaring di tepi jalan, tidak langsung dibantu oleh lebih 10 orang yang lalu lalang di jalan yang sempit itu.

Pemandu van putih yang pertama melanggar kanak-kanak itu meninggalkan mangsa kecilnya itu berlumuran darah di tepi jalan. Kira-kira enam minit kemudian, lebih 10 orang lalu di jalan itu dan tidak seorang pun melakukan apa-apa untuk membantunya. 

Kanak-kanak itu kemudian digelek oleh sebuah van lagi dan hanya selepas itu seorang wanita tua yang mengutip sampah membantu mangsa. Wanita tua itu memberitahu ibu kanak-kanak itu mengenai nasib malang anaknya.

Sedih melihat moral manusia yang rendah, terkadang lebih hina dari haiwan, sehingga sekarang doktor mengesahkan kanak-kanak itu koma dan 'mati otak' dan sedia menerima kematian bila-bila masa.

Ironinya Ummat Islam melakukan sesuatu perkara dengan niatnya, maka dengan niat itulah memandu perbuatannya, Islam memberi jalan supaya ummatnya berfikir sebelum melakukan sesuatu amalan. Hebat aturan Allah.

Kata Mutiara keempat.

'Jangan pula kamu merasa tenteram dari bahaya dosa-dosa yang kamu lakukan, kerana sesungguhnya kamu tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa kamu tersebut atau tidak.'

Manusia yang hidup melata diatas muka bumi Allah ini, melakukan pelbagai perbuatan, termasuklah makan, minum, perkahwinan, jual-beli, perniagaan, ibadah seharian.

Disamping disana terdapat makhluk Allah yang melakukan kezaliman yang nyata, menindas golongan miskin, merampas harta, merebut kekayaan, rasuah yang berleluasa, pemimpin yang zalim. Dan akhirnya Allah tunjukkan pengakhiran golongan yang zalim itu. Dua pilihan samaada di dunia lagi mendapat kecelakaan waimma di akhirat sama mendapat azab seksaanNya juga.

Firman Allah Ta'ala:

Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka), maka katakanlah: "Mudah-mudahan kamu beroleh selamat! Tuhan kamu telah menetapkan bagi diriNya untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya, kemudian ia bertaubat sesudah itu, dan berusaha memperbaiki (amalannya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
[surah al-an'aam ayat 54]

Dengan menangguhkan balasan hukuman, Allah memberi masa kepada mereka untuk memohhon ampun dan bertaubat. Walau sebesar manapun dosa yang dilakukan, seseorang itu akan diberi peluang untuk dimaafkan jika dia bertaubat dan memperbaiki diri dan akhlak yang mulia.

Hakikatnya jangan pula kita merasa selesa dengan dosa yang dilakukan, kerana dosa atau maksiat yang dilakukan itu akan kekal selamanya, terutama mereka yang menjadi pemimpin pada ummat, jika dosa yang dilakukan pada rakyatnya maka tanggungannya hattalah selesai hari perhitungan/yaumul hisab di hari akhirat.

Pemimpin juga ditanya Allah di hari akhirat, tentang kepimpinannya pada rakyat dibawah tanggungannya.

Kata Mutiara kelima.

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur’an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur’an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan.”

Kata-kata Imam Hasan Al-Basri ini yang menarik minat saya untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat saya diperantauan berjauhan ini.

Saya juga faham perasaan mereka yang diuji, terutama ujian kematian keluarganya, bulan ini sahaja di Mu'tah, sahabat yang diuji kematian keluarganya mencecah 5-6 orang semuanya ditempat pengajian saya ini.

Kesimpulan saya iaitulah, Allah SWT yang menciptakan dan menentukan semua perkara dan peristiwa; sebagaimana mereka bermula dan bagaimana mereka akan berakhir. BahawasaNya Allah SWT menentukan setiap pergerakkan bintang-bintang di langit, setiap keadaan benda hidup di bumi, cara seseorang akan hidup, apa yang dikatakan oleh seseorang, dan apa yang seseorang itu akan alami dan temui, dalam aturannya.

Maha suci Allah yang menciptakan sesuatu, dalam firmanNya:

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Lauh Mahfuzh-pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. 
[surah al-hadid ayat 22]

Jadi kita mesti sedar dan insaf akan realiti ini, dan seharusnya tidak bertindak seperti orang-orag yang menafikannya. Apabila kita mempunyai kefahaman bahawa hidup ini adalah "mengikut qada' dan qadar ketentuan Allah" maka nantinya mereka tidak akan merasa kecewa atau takut apabila berlaku apa-apa musibah atau ujian.

Yakinlah kita seperti Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam menyakinkan Saidina Abu Bakar As-siddiq radhiallahu anhu di dalam gua tempat mereka bersembunyi ketika peristiwa hijrah ke Madinah.

Semoga kita menjadi penuntut Ilmu di Negara arab yang paling tabah dan sabar. Insya'allah..Allahumma amin.

Kata Mutiara keenam.

“Wahai anak Adam, juallah duniamu untuk akhiratmu, niscaya kamu untung di keduanya, dan janganlah kamu jual akhiratmu untuk duniamu, kerana kamu akan rugi di keduanya. Persinggahan di dunia ini sebentar, sedangkan tinggal di akhirat sana sangatlah panjang.”

Begitulah mutiara hikmah para Ulama' terdahulu yang mesti kita simpan menguatkan bekalan kita menuju destinasi akhirat. Wawasan akhirat bukan wawasan 2020 lagi!

Alhamdulillah, semangat pemuda yang ada dalam diri saya setakat ini tidak luntur lagi, mudah-mudahan bertambah istiqamah. Namun disana satu peringatan saya buat sahabat-sahabat yang berjuang, ingatlah cabaran semasa yang datang cukup-cukup besar dan perlukan semangat tadhiyyah yang kukuh dan konkrit.

Ingin menegakkan kebenaran di zaman kini cukup-cukup memerlukan kekuatan,   ironinya yang mempertahankan kebenaran dicantas habis, walaupun hujah mereka adalah sangat kukuh.

Professor Abdul Aziz Bari menjalankan disiplin ilmunya 

Hujah mesti dibalas dengan hujjah. Apabila hujjah dibalas dengan pembuangan, penggantungan, penindasan, inilah kezaliman kecil-kecilan membawa mudharat berlebihan. Di Tanah air Prof.Dr Aziz Bari, Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undang-undang Universiti yang terkenal dengan tradisi keilmuan dan akademik UIAM sedikit tercalar. Beliau mungkin menjadi mangsa hujah dibalas dengan penggantungan.

Sepatutnya, beliau diberi ruang untuk menunjukkan skill kepakarannya dalam undang-undang yang dihadaminya puluhan tahun yang berlalu. Waimma beliau tersilap dalam hujahnya kita berikan peluang mempertahankan hujah vs hujah, bukan hujah dibalas penggantungan.

Kaedah Hujah tidak dibalas dengan hujah, jika dibiarkan ia membawa kepada salahguna  kebenaran. Ia dilarang di dalam Islam dan perlu dibenteras, jika dibiarkan kita semua akan menuju kehancuran dan kerosakan. Kita semua wajib dan berperanan menghentikannya dengan cara apa sekalipun. Inilah wawasan akhirat membenteras kezaliman!

Diriwayatkan oleh Nu'man Bin Bashir Radhiallahu anhu; Sabda Nabi Sollallahu alaihi Wassalam:

"Perumpamaan orang yang melaksanakan ketetapan-ketetapan Allah dengan mereka yang berada di dalamnya adalah seperti satu kaum yang berkongsi sebuah kapal. Sebahagiannya duduk di bahagian atas dan sebahagian yang lain berada di bahagian bawah. Mereka yang duduk di bahagian bawah apabila hendak mengambil air akan melalui mereka yang di bahagian atas kapal. Mereka pun berkata: Apa kata jika kita tebuk sahaja bahagian kita (bawah) untuk mengambil air maka kita tidak akan mengganggu mereka yang berada di bahagian atas. Jika mereka dibiarkan menurut kehendak mereka maka semuanya akan binasa. Sebaliknya jika ditegur dan dibimbing, maka mereka dan kesemua penumpang akan selamat". 
(Riwayat al-Bukhari)

Dan akhirnya mereka yang melihat wawasan akhirat akan berjaya lagi di dunia bertambah memperoleh kejayaan di akhirat kelak. 

Saya simpulkan kata-kata hikmah mutiara Imam Hasan Al-Basri ini dengan kisah yang bermutu mesti dihadami para pemuda medan nafar ini:

Seorang pemuda mendatangi imam Hasan al-Bashri dan mengadukan masalah yang sedang ia hadapi kepadanya. Pemuda tersebut berkata, “Saya telah berusaha untuk bangun berjaga untuk solat malam, akan tetapi sampai saat ini saya masih belum mampu untuk melaksanakannya.” Al-Hasan al-Bashri menjawab, “Dosa-dosamu telah menghalangimu untuk melakukannya.”

Demikianlah, beberapa kalimat penuh hikhah, mutiara islam, dari salah seorang Ulama Tabi'in yang patut kita teladani. Semoga bermanfaat semua..

____________________________
Nota dan tasyji'

(1) Semoga naqib saya yang kemalangan (di Jordan ini) disembuhkan Allah, tulang belulang yang sakit itu segera pulih menjadi bukti perjuangannya. Insya'allah, mohon doa teman-teman blogger yang hebat.
(2) Schedule saya di hujung minggu sering dicemburui, baru menjadi pengerusi sidang Muktamar PUTRA anak negeri terengganu negeri pantai Timur yang bakal dinaungi kepimpinan Ulama'nya Allahumma amin.
(3) Imtihan mendesak, mesti dilangsaikan dengan cara hikmah dan bijaksana. Mudah-mudahan Allah beri ruangan dan masa saya di tahun akhir ini agar sering bermuhasabah.

3 komenan:

Khairunnisa Mansor berkata...

semoga Allah kuatkan kita semua yang menuntut ilmu Allah agar terus menuntut ilmu kitaka mana Allah mendesak kita dengan ujian. Bersangka baiklah dengan Allah, sesungguhnya Allah lebih mengenali kita,kerana itu Dia beri ujian yang setimpa dengan kemampuan kita. (Renungan buat ana juga)
>syukran diatas perkongisan yang jemu2 diberikan.
>moga bermanfaat diakhirat kelak.
wsalam.

Khairunnisa Mansor berkata...

pembetulan:
>perkongsian yang x jemu2 diberikan.syukran.

ibn suhaimi™ berkata...

Khairunnisa Mansor, alhamdulillah sering bertasyji'...mudah2an mendapat inayah Allah.

Doa-doakan pengunjung dikalangan pemuda sedar apa yang ingin disampaikan oleh penulis yang fakir ini iya.

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang