01 November 2010

GALAS amanah Allah..

Sekadar Gambar tayangan, inilah coester yang setiap hari
bermula yaumul ahad hatta yaumul khomis saya naikinya ke Jamiah(Universiti),
mudah-mudahan saya dan teman-teman medan ini tak jemu menaikinya
sebab kadang-kadang ia 'Umpama Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran'
semuanya akibat pergi kuliah lambat..ibrahnya berpagianlah ke jamiah..


Menanti hari penuh Pengalaman dalam diri ini, maka  berkata seorang pakar siyasah yang haibat, Dr.Muhaimin Sulam (tekan ini) dalam bicaranya bersama saya dan teman-teman sefikrah , hendaklah kita berjiwa besar..di samping menjadi seorang yang penuh keilmuan di dada sedia menghadapi Masyrakat Tanah Air nanti, pastinya saya antara ratusan tullabul ilmu di medan nafar luar negara ini, yang takkan pernah jemu mencari mutiara ilmu disini sebagai bekalan nanti, mudah-mudahan ia satu doa pada saya dan teman-teman disini, agar lebih istiqomah'Umpama tak lapuk dek salji tak lekang dek panas'

Sudah lama tidak di updated.
Macam dalam satu perumpaan melayu lama 'Umpama menelan air bersih di kawasan air terjun sekayu', tak pastilah benar ke tidak perumpaan ni, namun begitulah tasawur saya ketika ini, sukar updated blog ini, padahal inilah wasilah saya kepada teman-teman blogger yang 'Tumbuh bagaikan cendawan selepas musim syita'(sejuk)',maka nasihat saya kalau ada masa yang baik teruskan usaha penulisan antum orang ya, tidak bermakna apa yang kita nukilkan tiada faedahnya, ini bakal menjadi ibrah pada anak cucu cicit suatu hari nanti, percayalah maksudnya ia sungguh bermakna..biarlah'Umpama genggam bara api sampai menjadi arang dan ada manfaat '

Suasana Jordan ketika ini.
Disebabkan saya antara teman-teman yang sentiasa diuji dengan ujian bertulis, imtihan awal thani niha'ei, di Jamiah(Universiti) Musim Syita'(musim sejuk) iaitulah 'Umpama mandi tak basah, minum tak dahaga' sentiasa sibuk memanjang, setiap hari jadual yang 'fit', ketat 'Umpama muda-mudi yang suka berbaju begitu di zon akhir zaman ini' Jangan risau, bukan sahaja di tunjukkan ia di Tanah Air, hal seperti ini, di Tanah Arab juga ada berlaku, mek arab juga berpakaian tapi bertelanjang , sebab itu berkata Syeikh Kami Syeikh Hasan dalam Kuliah Hadisnya,'antum orang pelajar malizi adalah pelajar yang sentiasa diuji penglihatan matanya, maka tundukkanlah pandangan(ghadul basorr),kaedah fiqh menyebut"Ganjaran pahala berdasarkan tahap kesusahan" ia satu kredit pahala bagi kita orang-orang lelaki sambil teman saya Ustaz Rahim mengangguk-angguk kepala tahdidnya setuju.

Allahurobbi, sentiasa muhasabah..Mu'tah adalah sebahagian dari negeri-negeri yang berada di Jordan, ia negeri bahagian paling selatan dan paling banyak menerima kisah sejarah dan ia merakamkan peristiwa 'Peperangan Mu'tah' di Zaman Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam, dalam memperkembangkan Islam di Bumi Syam.

Selain itu ia juga Bumi paling kerap menerima tempias angin sejuk dan purata salji turun lebih tebal, Maka saya sudah bersedia menghadapinya, Alhamdulillah..cumanya musim sejuk ini berubah menjadi panas seketika kerana sekarang Fatrah atau lingkungan musim orang  arab sedang kempen Inthikhobat(Pilihan Raya Umum Negara Jordan)..walaupun adanya sistem demokrasi mereka lebih teliti menerima calon kabilah yang bertanding asal memberi kebajikan ia sudah memadai, namun saya tetap merindui suasana Intikhobat di Tanah Air 'Umpama Hujan emas dinegeri orang, Hujan air di negeri sendiri' lebih baik negeri sendiri sebab jordan negara yang jarang hujannya kecuali salji, sebab itulah sahabat-sahabat Tanah Air jangan merungut-rungut pabila hujan asyik turun di Tanah Air, ia satu nikmat Tuhan yang tiada taranya.Wajib manusia mensyukuri.

Sudah tentu ada suasananya dirasai saya dan tullabul ilmi lain disini, hampir setiap 26jam ada sahaja kedengaran bunyi hon yang biasa dibunyikan 'Bangsa Arab' ini, mereka menjadikan ia sebagai uruf(adat),

Sifirnya mudah iaitu orang arab yang berkenderaan mesti menjadi WAJIB adanya(1)Hon atau (2)Brek, jikakalau tiada salah dua benda disebut tadi, hon pun jadilah, ia sering dibunyikan setiap kali berlaku apa jua peristiwa tak kira tempat dan masa...maka Usah Gusar kalau mereka yang mahu mencari jodoh dengan Pelajar Lelaki Lepasan Jordan ini, beruntung kerana pabila dileteri mereka stil mantap seperti Saidina Umar Radhiyallahu anhu yang sedia Memahami dan 'Menelinga' leteran sang isteri yang diertikan penuh tanggungjawabnya setiap masa, itulah contoh Baitul Muslim yang berjaya 'Umpama berat sama dipikul ringan sama diangkat jua'(Cubalah ya).

Berikut ketika selesai solat isya' muqobil(berdepan Masjidil Nabawi)
 di Yatrib atau Madinah Al-Munawwarah, bersama Jemaah Kashmir,
Umrah Bulan Rejab yang lepas.Alhamdulillah, saya rindu bermalam
di Masjid Nabi dan memasukinya melalui Bab Jibril(pintu).


Menggalas Amanah Allah.
Di galas amanah Allah, Usah kita lupa, tanggungjawab pemuda-pemudi Islam ini yang menjadi pasak kemenangan yang bakal diraih dengan usaha Tarbiyah Islamiah, Pengalaman saya membantu mereka di Permatang Pasir menjadi pengalaman best, mudah-mudahan teman-teman saya menjadi haibat juga di Dun Galas, tertarik ucapan Tok Guru ketika ditanya DJ hot FM yang mempamerkan semangat pada 'Team Red Warrior' sehingga pasukan itu menang akhirnya setelah 20 tahun menanti' Bagaikan menanti suami pulang setelah kursus naik pangkat', ia begitu semangat, dan mesti ingat Akhlak dan Sikap Tok Guru itu mesti dicontohi rakyat tanah air..sesuailah 'Umpama harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama dan akhlak mulianya'.

Dalam Tempoh seminggu lagi saya akan berangkat menjadi Tetamu Allah di Haramain(Makkah dan Madinah), itulah amanah saya ketika menjadi pelajar ini, Orang Muda ada semangat muda dan mesti digunakan, lihatkan sahaja zaman kegemilangan Islam, Sultan Muhammad Al-Fatih membuka konstantinople dalam usia 19 tahun, Sahabat Nabi Saidina Ali Karamahuwajhah dalam usia muda mampu mempertahan Islam sebagai Agama baru ketika zaman itu

Waimma saya juga seorang pemuda maka mesti kuat bertambah gagah demi menjalankan Ibadah Haji iaitulah yang termaktub dalam Rukun Islam,Maka dengan kemampuan yang ada ketika bergelar penuntut ilmu ini' insya'allah saya bakal menjadi Haji di waktu muda, mohon doa teman-teman agar dimudahkan urusan'Umpama Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air' Ulama menyarankan WAJIB disegerakan apabila berkemampuan sebagaimana Sabda Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam;

من أراد الحج فليتعجل فإنه قد يمرض المريض وتضل الراحلة وتعرض الحاجة
"Maksudnya:'Sesiapa yang berazam Haji, maka segerakanlah Maka sesungguhnya kadang-kadang
seseorang itu ditimpa sakit, terkadang sesat pula kenderaannya dan terkadang ada hajat yang lain.."
[Riwayat Imam At-tabrani rahimahumullah dalam mu'jam al-kabirr no 15157]

Mesej hadis ini sangat jelas, iaitu Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam menggalakkan umatnya mempercepatkan menunaikan Haji dengan kudrat yang ada dan kemampuannya, Alhamdulillah saya diberi ruang itu, mahunya sekali lagi masuk ke Raudhah bertemu maqam kekasih yang paling Allah Cintai itu dan berdoa sepuasnya di depan Baginda, masih ingat ketika Umrah dulu, saya teruja ziarah Raudhah dan sekitarnya(tekan ini) umpama dan 'bagaikan merasai haruman kasturi bagi pahala mereka yang berpuasa' didalamnya menjadi tenang setenangnya,

Dimana tempat yang Allah janjikan pahala gandaan pabila beribadah di dalamnya, sudahlah selaku hamba yang lemah ada sahaja dosa dahulu dan bakal dilakukan sengaja mahupun tidak, maka itulah perumpamaan bagi mereka yang sentiasa bermuhasabah dalam kehidupannya. Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam, yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiyallahu Anhu 'Sesiapa antara kamu yang dibukakan pintu hatinya supaya berdoa, niscaya Allah bukakan padanya pintu-pintu rahmat. Dan tidak ada doa yang dipohon itu yang lebih disukai Allah selain daripada memohon kemaafan(keselamatan di Dunia dan Akhirat)'[Riwayat Imam At-Tarmizi Rahimahumullah]..

Doa Mustajab atau Terhijab.
Alhamdulillah Ya Allah engkau masih perkenan doa hamba yang lemah ini agar sering berdoa seterusnya bertaubat dengan dosa-dosa yang tidak disengajakan, ramai teman-teman meminta saya berdoa setibanya di Haramain nanti, saya pula berpesan agar teman-teman saya mendoakan saya beroleh Haji yang mabrur, begitulah sikap orang mu'min mereka sering mendoakan sesamanya, sabda Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam 'Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya dari langit'[Riwayat Al-Hakim Rahimahumullah]..

Cuma pesanan saya jangan setelah berdoa terus putus amalan ibadah hubungan dengan Allah Yang Maha Melihat,Doa ini 'Umpama Aur dengan tebing sungai pahang' Doa membuatkan kita produktif dan aktif, dan USAH resah sesungguhnya cara Allah memakbulkan doa itu, ada tapisannya, bahkan disisi Allah Yang Maha Pengampun punyai makna dan tafsiran yang berlapis-lapis yang tidak diketahui manusia yang lemah.

Dan saya tetap mendoakan teman-teman saya berjaya dan thabat dalam perjuangan Islam, dan antara doa saya ialah supaya Allah memberi kemenangan yang nyata kepada pendokong Islam yang haibat ini, perlu diingati mengapa Doa menjadi penting, selain doa ini mengekalkan hubungan kita dengan Allah setiap masa, dengan berdoa juga kita didampingi oleh Malaikat dan menghalau Syaitan laknatullah.

Umpamanya kita makan tanpa berdoa misalnya, syaitan akan menumpang makan bersama-sama kita. Akibatnya makanan yang kita makan akan hilang keberkatannya. Inilah punca hati menjadi gelisah, kegagalan dalam kehidupan seseorang, Jadi hanya dengan mengingati Allah menerusi doa, kita mampu menghalau syaitan yang sering mendekati kita, Meraka(syaitan laknatullah) 'Umpama dimana bumi dipijak, disitu mereka berada' maka jika dengan berdoa, malaikat akan mendampingi kita dan akan memberi saranan atau input yang baik-baik ke dalam hati kita. Kesannya, manusia ini sentiasa didampingi malaikat terkawal kata-kata, pertimbangan, keputusan dan tindakan dalam hidupnya.

Penutup.
Sebenarnya apa yang saya cuba tulis dan nukilkan diatas hanya sebagai renungan, memohon ribuan kemaafan terkasar cara penyusunan ayat dan perumpamaan, kerana saya yakin apa yang diumpamakan itu hanyalah kata-kata orang melayu yang sedar bahawa setiap masa mereka perlu dibimbing dengan erti Muhasabah, JANGAN jemu bermuhasabah, pastikan TAKKAN jemu berdoa, inilah kekuatan Islam dan Syiarnya.

Begitulah saya juga Umpama 'kalau tak diluaskan fikirannya mana nak dapat fikrah yang jelasnya', mudah-mudahan kita dilindungi Allah dalam jalan Dakwah ini, supaya lebih Istiqomah dan mencari NILAI IBADAH berpanjangan dalam kehidupan.

1 komenan:

Tanpa Nama berkata...

salam.salam aidiladha.

seruan haji tiba lagi,
firdaus suhaimi bertuah sekali,
gelaran haji akan dimiliki,
semoga beroleh haji yang mabrur dan diberkati Ilahi.

by :hamba Allah

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang