07 April 2010

Giliran ke pasar [سوق الخضروات ]




Teringat lagi ketika kali pertama ana ke pasar, hari rabu, na'am balik kuliah memang penat[rutin harian tullabul ilmi] alhamdulillah giliran ke 3 memasak pulak..memang rasenye nak bawak kamus al-khalil jela ke pasar ni, mujurla bantuan dr teman-teman seniurku memahami setuasi apabila berhadapan di suq itu, memang sampai di bumi syam ini, perkara pertama bagi seorang syabab@laki, beliau mestilah pandai memasak, tak kirelah walau megi@indo mee je pandai buat[itulah dulu kat tanah air ibu suh masak nasik gune ricecooker pun bukan main liyat agi(syle tu)], sebab kalaulah setiap hari nak makan shawarma arabi berharga 1.50Jd tu rasenye elokle puasa setiap hari.. 


Makanan adalah sumber manusia supaya hidup sampai hari ini, sebab itulah sumber yang halal adalah utama dan meresapi amalan seharian kite, jangan sesekali makan makanan yang ade malah terdapat ke unsur2 subhah@haram ok, kerana itulah yang membentuk sikap peribadi kite seharian dan menjadi darah daging manusia..lagi2le kite yang menuntut ilmu ini, dahla setiap hari kena berdepan dengan akhowat arab yang suke berpesyen ala2 rimau tu, nak tambah pulak dengan kita yg makan makanan ade unsur tak sihat lagi menghilang kan ingatan hafalan matan arba'iin tu..intabih jayyidan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ingatlah bahawa di dalam tubuh badan manusia itu ada sepotong daging, yang apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu, ingatlah bahawa yang dimaksudkan itu ialah hati" ( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim ).

Firman ALLAH SWT dalam [Surah al-baqarah ayat 172] yang bemaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah"

Dan terdapat hadis rasulullahi sollallahu alahi wasallam lagi:
Rasulullah S.A.W bersabda, ”Wahai Saad perbaikilah makananmu (makanlah makanan yang halal) nescaya engkau akan menjadi orang yang doanya dikabulkan. Dan demi jiwaku yang ada di tanganNya, sungguh jika ada seorang yang memasukkan makanan haram ke dalam perutnya, maka tidak akan diterima amal sholehnya selama 40 hari. Dan seorang hamba yang dagingnya tumbuh dari hasil menipu dan riba maka neraka lebih layak baginya.” [Dikumpulkan oleh Al Hafidz Ibnu Rajab Rahimahullah dalam Kitab Jami'ul Ulama Wal Hikam yang diriwayatkan oleh Thabrani.]


Atas dasar demikianlah, bagi mereka yang nak menetap lama ke Negara Jazirah Syam ni, wajib[1]menguasai sistem percakapan&bahasa ammiah, supaya senang kehidupan seharian(dgn menguasai byk bahasa boleh melazimi waqi'iyah penduduk qoryah tersebut [2]setiap perkataan baru yang di jumpai hendaklah tampal di papan dinding masing-masing(kalau ahli bayt ade yang cabut, tampal je kat dahi beliau ye).

Jom kita belajar hiwar yang ini:

السلام عليكم يا أحمد ماليزي
Assalamu'alaikum ya ahmad org maaysia.

وعليكم السلام
waalaikumussalam wbt.


كيف حالك؟ إن شاء الله مبسوط
Apa khabar kamu?Mudah2anle baik saje.

الحمد الله كويّس، شو إخبارك أنت؟
Alhamdulillah baik je, ammu pulak baik ke?

الحمد الله تمام، ولله مشتاق لك يا زلمي
ليش بطلت تبيّن؟
Mantap, macam biasalah, Alhamdulilah, sy
rindukan kamu ya ahmad, kenapa lama tak
nampak nih?

الله يخليك يا سيّدي، أنا مشغول شوي
بالدراسة هذه الأيّام
Semoga Allah melindungi kamu wahai ammu,
Saya sibuk sikitlah dengan pelajaran sejak
akhir-akhir ni..

الله يسهّل عليك يا سيّدي، أيُوَا شو بدّك
حسَّ؟ اليوم دورك للطبخ أه؟
Mudah-mudahan allah permudahkan kamu
wahai kwanku, ok. kamu nak Ape sekarang ni?
nampak gayalah hari giliran kamu
memasak ye?

والله صح اليوم دوري يا حسين..قدّيش
حقه كيلو بصل عندك اليوم؟ وكيف تحسب
حق الفلفل هدول؟
A''ah, na;am betulah ammu husin tu hari ni gililran saya
memasak tau, Berapa harga bawang sekilo
kat kedai hari ini?Pastu macam mana ammu
kire cili ni?

أيُوَا، الكيلو بصل بثلاثين قرُش اليوم و أنا باحسب لك الكيلو فلفل
بنُص ليرة. ماشي؟ قدّيش بدّك بصل و الفلفل؟ عبّي الكيش
عندك أكيد  بدّك تعمل شطة اليوم، صح؟
Ok, bawang putih 30 qirush dan utk kamu sekilo cili 
setengah dinar.ok? Berapa kamu nak bawang dgn cili ni?
Isi dalam plastik sebelah kamu tu, dah pasti nak buat 
sambal la hari ni kan?

يا زلمي صلى على النبي. راعني شوّي، أنا
زبون عندك صح؟  خلي البصل برُبُعْ ليرة
ماشي؟ شوف اللي كم كيلو طلّع معك، أنا بدّي كيلو 
بصل ونُصْ كيلو فلفل بَسْ
wahai ammu, kawanku selawatlah atas nabi,
Cubela kamu raikan sy cikit, saya kan pelanggan setia kamu?
Kira, bawang ni 1/4 dinar(25 qurush) jela ok?Tengok bape
kilo yang keluar, saya nak jugak sekilo bawang dan setengah kilo
cili sahaje.

ماشي يا أحمد، عشانّك أول ماليزي اللي إشتري 
مني، على راسي يا حبيبي
Oklah ya ahmad, disebabkan kamu orang
malaysia pertama pulak yang membeli dari saya
ikut suke hati kamu, saya ikut je wahai sahabat baik sy.

بارك الله فيك يا ابو حسين، تسلم رأسَك، أيوا
قدّيش كله هيك؟
Allah memberkati kamu wahai ammu abu husin,
terima kasih ye, ha berapa harga semua ni?

هيك يا غالي، نُصْ ليرة بَسْ. بدك إشي  ثاني؟ 
عندي كل إشي جديد و رحيص اليوم. في
بندورة، خيار، بازينجان، ملفوف، جزر
 و هن في بامية، زهرة و ليمن
Semua ni mahal ni, setengah dinar aje,
ha kamu nak apa-apa yang lain tak? Hari dengan saya
semua barang baru n murah. Ade Tomato, Timun,
Terung, kobis besar, Lobak, dan ade jugak Bendi,
Kobis Bunga dan Lemon.

خلص، حط لي وقيّة ليمون و وقيّة خيار
Ok, bagilah saya sekati lemon dan sekati Timun.

على رأسي  يا أحمد ماليزي
تفضل، هيك دينار
Takde hal punya, Silakan, semua ni sedinar.

تسلم عينك
يا سيّدي، هاي دينارك..والله نسيت أن اسألك
كيف العيّال و "مدام" في البيت؟
Terima kasih banyaklah ammu, betullah
kamu ni kawan baik saya, ha ini sedinar utk kamu,
Saya lupe nak nanyelah, apa khabar anak-anak
dan isteri ammu kat rumah tu?

والله تمام بسلّموا عليك كمان.. والله 
يا ريت أن تُفْتُر عنا في يوم من الأيام في رمضان
الجاي..شو رأيك؟
Wallahi tamam, semuanye okey, mereka kirim salam
dengan kamu lagi, saya haraplah kamu datang berbuke 
puasa satu hari untuk ramadhan akan dtg tahun ni,
okey tak?

الله يخلي لك اياهم وإنشاء الله إذا عندي
مجال، باجيك يا ابو حسين، يا الله، بدّي اروح
عشان أطبخ. شكرا يا أبو محمد، نراك مع السلامة
Mudah-mudahan Allah lindungi sekeluarga kamu,
Insya'allah kalau saya lapang nanti, saya datangle..
Okeyleh ye, kene balik ni sebab nak masak pulak,
terima kasih banyak wahai ammu abu husin,
jumpa lagi ye.selamat2..

الله يُجْزيكَ الخير ويُجْزيكَ زوجة صالحة ويُجْزيكَ
اولاد الصالحين، أمين
شوفك عالقريب إن شاء الله
Ok Mudah-mudahan Allah kurniakan kebaikan pada kamu
ya ahmad, dan mengahwinkan kamu dengan isteri yang
solehah dan mengurniakan anak-anak yang soleh-soleh.
Jumpa lagi ye masa terdekat ni..Selamat2.

Lampiran: kenalilah buah-buahan dan sayur-sayuran di negara arab iye..mudah-mudahan beroleh manfaat..hayati rezeki ciptaan Allah swt, supaya tenang dalam kehidupanmu.
[supaya gelisah bernilai ibadah].
[بصل]-Bawang besar, kalau takde ni jangankan
nak sedap rase masakan, tumis kangkung pun takleh
mujur takde sayur kangkung kat jrdan(sedih tau).

[زنجبيل]-Zanjabil@halia ni kalau kat negara arab cukup
femeslah, rasenye harganye pun dah naik
sejak akhir-akhir nih, cubelah berniat menanamnya
semoga bermanfaat.
[ بندورة ]-Tomato antara yang paling banyak
dijumpai, kadang-kadang orang arab
buat makan sambil bual-bual kosong, sape
pandai masak nasik tomato?angkat tangan?
[ فلفل ]-Filfil@Cili Hijau, rasenye tak pedas langsung kot, sebab
orang arab tak makan pedas, sbb tu kat jordan
payahle nak jumpa sos cili jenama aminah hasan tu
banyak sos tomato aje..
[ بطاطا ]-Batoto@mr.kentang ni paling banyak di jual
sesuai untuk di goreng supaya shawarma dan 
sandawish dan beit maqli menjadi sedap.

[ خيار ]-Khiar@Timun ini memang favouritelah di kalangan
orang melayu buat acar sgt menyelerakan..thniah.


[ بازينجان ]-Bazinjan@terunglah, kalau tak tau sila
lihat semula kamus adik yang banyak gambar2 tu
jadikan panduan..jangan tersesat dahle.

[ باميا ]-Bamia@Bendi, selalunya ahli bayt ana
buat masak kari, sebab tu jela yg tau..hihi
[ ملفوف ]-Malfuf@Kobis, pirst time nak beli dulu
memang terkejutlah..pehal besar sgt nih, kalu dibeli
mungkin boleh bajet untuk 2tahun kot..mabruk.


[ جزر ]-Jazar@lobak merah..mane2 yang suke sakit
mata tu silalah makan ini seperti orang arab
deme makan begitu sahaje, sambil senyum lagi.

[ زعتر ]-Za'tar inilah makanan berkhasiat yg di jual
sekitar bumi syam..khasiat yang banyak seumpama
za'faran..sape2 yang suke merokok gunekn kaedah
tembakau tu ce convert sesekali dgn ni..bnyak benefit.
[ نعنع ]-na'na@daun pudina, patutlah orang arb yang cemerlang
 dapat menjaga gigi deme dengannya, 
selalunya di masukkan bersama syai@teh..ade khasiat.

[ باقدونيس ]-Baqdonis-Daun sop, dah tentu sangat femes semasa
memasak sop kambing japnapari.

[ فاصوليا ]-Fasulia@kacang panjang, sebut sungguh-sungguh
bukan sejenis pencuci ke hape..ia adalah sayur yg
mantap di negara syam.

[ موز ]-Mouz@papaya@pisang, kalau tak penah tahu
jugak hantar balik malasia jelah, mahal tau di sini
sekilo dah Rm10, cadang baru nk niaga gorg pisang pula.

[  بطيخ ]-Battikh@tembikai, na'am sebut betul-betul jugak
nanti ingat buah betik..jangan silap semasa membeli
di suq fawaqih nanti..

[ عنب ]-'Inab@anggur-kat jamiah byk(sebelah bab'janubi)
sila dapatkan kebenaran dari  Mudir Jami'ah
terlebih dahulu..bwk iqomah(kad pngenalan diri).

[ فرواله ]-farawlah, ramai yang buat jem waktu syita(musim sejuk)
tak kurang ade yang buat aiskrim bg menampung kehidupan
seharian..tahniah.

[ ليمون ]-Laimun, kalau taktahu lagi..memang kene ngaji
(madah nabatat) bagi mumtaz..mudah-mudahan
beroleh manfaat..mabruk.

3 komenan:

penziarah berkata...

slm ,,pkongsian bmkna n unik..mintk copy ye..syukran

ibn suhaimi™ berkata...

sama-sama...banyakkan mengahfal perkataan n kalimah arabiyah iya..

jomlah

ibn suhaimi™ berkata...

USAH jemu ziarah juga iya

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang