12 Oktober 2009

na'am menuntut ilmu itu satu kewajiban

Salam alaik...

Kurang seminggu bagi diri yang hina serta dhoif ini, meneruskan sessi menuntut ilmu bagi memperlengkapkan usaha2 murni, menjadi insan yang ingin berjaya dalam bidang pengajian islam....

Maka insya'allah, bersama-sama beberapa sahabat akan ke bumi syam penuh barakah itu, kemudian akan memperbiasakan diri dengan bahasa al-qur'an itu, daurah diIrbit....persoalannya ilmu itu adalah sangat penting bagaikan cahaya yang memasuki diri..para ulama' ada mengatakan ilmu itu adalah cahaya, cahaya itu dapat memasuki diri bagi insan yang menuntut dgn ikhlas serta penuh barakah, bayangkan ilmu yang meresapi diri dan selalunya dari barakah guru2 yang mengajar membuatkan kita dapat ilmu itu, imam syafe'i rhmatllh ketika tidur pun tidak penah melunjurkan kakinya ke rumah imam malik rhmtllh kerana itu gurunya...

Maka, diri lemah ini mengharapkan doa yang disebut sebagai senjata orang mu'min itu...untuk memperluaskan ilmu2 itu pada diri juga masyarakt amnya insya'allah, terutamanya ilmu agama islam...dan rendah hati memohon kemaafan pada sahabat2 , ini dituntut kerana kita dianjurkan bermaafan sesama mu'min...mudaha2an kite sokmo menjaga iman..amin2

Allah SWT dalam firman-Nya yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: ‘Berlapang-lapanglah dalam majlis’, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: ‘Berdirilah kamu, maka berdirilah’, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Mujaadalah [058], ayat 11)

Di dalam kitab Minhajul A'bidin karangan Imam al-Ghazali dinyatakan dengan terperinci tentang kelebihan atau kepentingan ilmu. Ini kerana ilmu adalah kunci kepada amal. Ilmu dan amal diibaratkan sebagai dua permata yang berharga tetapi ilmu lebih mahal dari permata amal. Amal tanpa ilmu merupakan amalan yang sia-sia, tidak akan diterima kerana belum tentu amalan itu menepati sunnah Rasulullah SAW.

Ilmu merupakan penerang jalan hidup di dunia agar kita tidak sesat. Orang yang tidak berilmu itu umpamanye seorang pencari kayu api di tengah malam tanpa cahaya, kekadang ular pun di sangka kayu api dan macam2 lagi. Amatlah bahaya kehidupan tanpa ilmu.

Wahyu pertama yang diturunkan juga memperlihatkan kepada kita tentang pentingnya ilmu. Dan semestinya ilmu itu haruslah dapat mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, sang pencipta kita. Ini kerana, firman Allah SWT yang bermaksud, “hanya orang yang takut kepada Allah adalah dari golongan ulama’ (orang alim).”
Jika ilmu di ibaratkan sebagai pokok, maka amal diibaratkan sebagai buah. Daripada ilmu terbit amal. Bak kata pepatah Arab, ilmu tanpa amal, umpama pokok yang tidak berbuah.

Pernah ditanya kepada Rasulullah SAW tentang amalan yang paling disukai oleh Allah SWT, jawab baginda, “amal yang sedikit tetapi berterusan.” Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan. Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan.”

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.” (Hadis riwayat al-Bazzar)

Sebagai muhasabah, pada n3 yang lepas tu, ada yang bertanya tentang persoalan gambaq di prenster tu, mudah2an entunna yang bergelar muslimah/akhowat/perempuan/awek dan lain-lain itu, kholas mengenainya...sebab islam itu mudah serta tidak menyusahkan...sabda rasulullah saw"iza lam tashtah' fasna' ma syita"

Jom kita kadang2 mencontohi akhowat di zaman sebelum umat ini, ustazah siti norbahyah yg femes sokmo mengulang-ulang tentang contohi siti-siti terdahulu..

Dimulai Siti Khadijah,
Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yang setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira’.
  1. Siti Fatimah
    Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali.
  2. Siti A’ishah
    Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
  3. Siti Hajar
    Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
  4. Siti Mariam
    Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
  5. Siti Asiah
    Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
  6. Siti Aminah
    Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
  7. Siti Muti’ah
    Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
  8. Siti Zubaidah
    Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang