28 Mac 2012

Barnamij: Ma'arod Thaqafi Mu'tah Jordan.

Ma'arod Thaqofi 2012.

Ma'arod Thaqafi.

Bermaksud: Pemeran Kebudayaan.

Cuma persamaannya, kami pelajar wafidin(bukan berbangsa arab) turut serta menunjukkan budaya Melayu Islam di Mu'tah Jordan ini. Semua termasuk apa erti Malaysia di pandangan Arab.

Sepanjang kehidupan saya bermula 2009 yang lalu, saya turut merasai dua kali Ma'arod Thaqafi yang menjadi tradisi Universiti Mu'tah Jordan ini.

Pada 2010 yang lalu, ia dilakukan di tempat yang sama di hadapan ruang legar Hal Ehwal Pelajar Uni. ini.

Agar menjadi kaum yang beringat-ingat.


"..Ro'i3 jiddan..." teriak seorang pemuda arab sambil mencebik bibirnya...kalimah bagus betul.. ditujukan untuk pameran yang ditunjukkan oleh pelajar Malaysia yang begitu adiyy(kebiasaannya) lemah lembut budi bicara yang menjadi buah mulut penduduk disini.

Manakan tidak setiap dari kami pasti memberikan khidmat soal jawab tentang Malaysia kepada bangsa arab yang "nakal" ini.

Cuma yang tidak adiy..sambutan begini adalah asbab sesetengah pelajar arab melepaskan geram mereka menunjukkan "fahrii" (kebanggaan masing-masing). Terkadang perkara begini pastinya menjadikan kami pelajar Malaysia cukup kenal arab Jordan yang berbilang-bilang kabilah ini.

Ironinya seperti yang saya jangkakan..kemuncak Ma'arod Thaqafi kali ini berlaku pergaduhan diantara pelajar Yaman & Jordan dengan aksinya tersendiri, lalu saya tersenyum seperti biasa.



ustaz khairi(teman seperjuangan mafraq) ahmad-teman falastin
dan saya ketika Ma'arod Thaqafi 2010 yang berlalu. Gambar kenangan.


Akhirnya, adik-adik saya di tahun satu sudah memahami apa erti "adiy" yang saya terangkan tadi khusus menjadi dalil mengenali budaya arab yang punyai identiti tersendiri.


Mohonlah doa agar bangsa jazirah arab yang kita kenali di Universiti ini..berubah sikap&akhlak mereka..terutama dalam era "ghazwul fikr" moden ini. Supaya kita kenali budaya mereka dan menjadi kaum yang beringat-ingat terhadap bangsa arab yang telah Allah turunkan Nabi dan Rasul pada mereka ini.
_______________________________________________

TVPermata Jordan mempersembahkan sedikit sebanyak tentang Ma'arod Thaqafi 2012 kali ini. Mabruk Pengarahnya Ustaz Fakhrul Hayyi & Timbalannya.(ini).







0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang