14 Oktober 2011

Kerinduan Syeikh Said Hawwa Rahimahumullah.

Muqaddimah.


Said Hawwa dilahirkan di Hamah Syria(ini) tahun 1935. Nama sebenarnya ialah Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa. 

Al-marhum syeikh said hawwa rahimahumullah
boleh sama-sama layari laman web untuk bekalan ilmu
yang ditinggalkan beliau. Subhanallah(tekan ini).

Beliau berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Beliau berpindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang Islam yang berjihad melawan Perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis, nasional, ba’ats dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat beliau masih pelajar SMU.

Said Hawa berguru pada beberapa Syeikh Syria. Di antaranya iaitu Syeikh dan Ulama' di Hamah, Syeikh Muhammad Al-Hamid, Syeikh Muhammad Al-Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh Ahmad Al-Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawa juga belajar pada Ulama' lainnya seperti Musthafa As-Siba’i, Musthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah dan lain2.

Tahun 1961, beliau lulus dari Universiti Syria dan mengikuti latihan ketenteraan sebagai askar pada tahun 1963. Beliau bernikah tahun 1964 dan dikurniakan empat orang anak. Tiga lelaki dan seorang perempuan.

Dakwah tanpa jemu.

Kehidupan jadual seharian dipenuhinya dengan memberi kuliah, khutbah dan ceramah, di sekitar Jazirah Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman. 

Beliau juga mengikuti demonstrasi menentang Undang-Undang Syiria pada tahun 1973. Kemudian beliau dimasukkan penjara selama 5 tahun. Di penjara beliau menulis Kitab Tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah kitab dakwah lain. Beliau memimpin di Jama’ah Al-Ikhwanul Muslimin, dalam negaranya dan antarabangsa. Serta berperanan aktif dalam aktiviti dakwah, politik dan jihad.

Said Hawwa punya kedudukan besar dalam bidang pendidikan. Beliau bekerja sebagai pengajar diluar Syiria. Beliau mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun, di Al-Hufuf wilayah Al-Ihsa' selama 2 tahun, dan Madinah Al-Munawwarah selama tiga tahun.

Penyampaian Ilmunya yang meluas.

Said Hawwa memenuhi jadual padatnya dalam erti memberi ilmu dan pelajaran, dialog dan ceramah di Jami’iyah Al-Ishlah Al-Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An-Najah. Setiap kuliyyah dan ceramahnya mendapat sambutan baik dari generasi muda yang mahu melihat kebangkitan Islam.

Karya yang amat bernilai buat Ummat.

Said Hawwa memiliki karya tulis seputar dakwah dan gerakan, yang diminati para pemuda muslim dinegeri2 arab dan Islam. Sebagian besar karya tulisnya diterjemahkan ke bahasa lain. Di antara karangannya yang telah diterbitkan sebagai berikut:

1. Allah Jalla Jalaluhu

2. Ar-Rasul Sollallahu Alaihi Wassalam
3. Al-Islam
4. Al-Asas Fit Tafsir(Dikarang di dalam Penjara)
5. Tarbiyatuna Ar-ruhhiyah
6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
7. Muzakirat fi manazil as-siddiqin wa rabbaniyyin
8. Al-Asas fi Sunnah[Akidah-Sirah-Ibadah]

Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan
Al-Asas Fit Tafsir

Pulang ke Rahmatullah.

Pada Tahun 1987, Said Hawwa terkena stroke, sehingga sebahagian anggota badannya lumpuh. Beliau turut mengalami komplikasi pelbagai penyakit yang lain. Ini memaksa dirinya untuk rehat seketika dari Masyarakat. 

Pada tanggal 14 Disember 1988 Said Hawwa dibawa ke hospital dalam kondisinya tidak menunjukkan boleh pulih dan sihat, sehingga beliau akhirnya meninggal dunia pada hari khamis tanggal 9 Mac 1989 di Hospital Amman, Jordan.

Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Said Hawwa Rahimahumullah yang sabar terhadap  penyakit yang dihadapinya, ini kesan penyeksaan dan ujian menyakitkan di penjara selama bertahun-tahun. 


Semoga Allah menjadikan mehnah dan sabarnya dalam perjuangan sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya, mengampuninya, menempatkannya bersama para Nabi, Rasul dan Syuhada' dan orang-orang yang soleh, kerana mereka sebaik-baik Hamba Allah di atas muka Bumi ini. Allahumma amiin.

_____________________________________
Nota kerinduan.

(1)Saya sedang menghadami uslub Kitab tafsir Asas Fi Tafsir yang dikarang oleh Syeikh Said Hawwa, selalunya penulisan tafsir sebegini boleh menitiskan air mata kepemudaan.
(2)Mengambil peluang dan masa yang ada bertalaqqi bersama Syeikh Muaz Said Hawwa yang meneruskan perjuangan Bapanya, beliau sering mengajar anak muda dalam Tarbiyyah Ruhhiyyah.
Facebook syeikh muaz(ini) laman web(ini).
(3)Semoga Allah mencampakkan semangat perjuangan Syeikh Said Hawwa yang berketurunan Syiria itu, dan anak muda syam terus bangkit melawan kezaliman.
(4)Membaca karangan Syeikh Said Hawwa dapat memberi makna dalam kehidupan seorang tullabul ilmi. Cubalah iya.
جزاك الله زميلي على معلومات جيدا -  (شش)ا

0 komenan:

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang