Selepas haflah khirijin(majlis konvo).
Begitulah ironinya, teman-teman saya di bumi syam Jordan keturunan bani hasyim ini melangkah gagah meneruskan cita-cita dan pulang ke Malaysia.
Selepas, ustad arip, amirudin, azmudin, ust shariff, kini pudin selaku ahlil bayt saya pun sudah tersedia masa untuk pulang ke Tanah Air. Dia merupakan ahli bayt saya yang aktif, mudah cerita lihat sahaja kisahnya yang saya pernah pamerkan ketika haflah khrijin yang lalu[Tekan ini].
Pulangnya dia membawa saham untuk masyarakat.
Umpama sireh pulang ke ganggang, itulah tamsilan untukmu pudin, masyarakat sangat mengharapkan kita penuntut ilmu luar negara membawa pulang harapan ilmu dan liabilitii untuk mereka.
Mereka yang tadabbur surah Al-Taubah Ayat 122 yang terpampang di atas laman saya ini, sangat memahami para penuntut ilmu ini jugalah yang dimuliakan Allah untuk kehidupan mereka hinggakan Allah rakamkan dalam firmannya itu.
Saya yakin pudin juga mampu untuk mempraktikkan ilmu yang dituntutnya selama hampir 3 tahun lebih di Bumi Barokah ini. Cuma saya harapkan beliau juga istiqomah dengan Amal Jama'ei di medan masyarakat. Doakan saya juga iya.
Kata-kata tasyji'/motivation seorang teman[Dedikasi untuk sahabat].
Disebabkan pudin juga telah pulang ke Tanah Air, maka teringinnya saya membuatkan kata-kata semangat yang akhir supaya saya juga turut bersemangat.
Banyaklah konsep semangat ini, semangat satu malaysia, semangat membara rakan muda, semangat tahun akhir di sini, semangat berwalimah buat teman2 saya yang tak sabar lagi tu. Macam-macam semangat yang ada.
Tetapi semangat yang utama iaitu, semangat ingin membawa Islam dan gerakkannya supaya subur di Bumi tanah Air. Insya'allah.
Persahabatan 1
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi. Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Memetik kata-kata diatas, benarlah sahabat ini adalah keperluan jiwa, lebih hebat sahabat yang berfikrah islam yang hebat, asyik memikirkan masalah melanda ummat Islam.
Selalunya pabila bersahabat dengannya, kita juga turut terkena tempias perjuangannya. Hebat kan sahabat itu.
Persahabatan 2
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Benarlah kata-kata ini, jika kawan kita beriman, tempias keimanannya sangat dirasai kita, kalau sahabat satu rumah kita orangnya 5 waktu sehari semalam tak miss tinggal waktu solat di Masjid, nescaya ahli rumahnya itu juga sering sama mengikuti jejak langkahnya.
Selalunya sahabat yang begini, mereka juga asyik mengingatkan kita tentang kepentingan hukum hakam, pensyariatan di dalam Islam, lagilah dia seorang pakar tafsir dalam alim dalam ilmu fiqh.
Mereka sering menyinari rumah kita dengan keimanan dan keilmuannya. Ibarat mentari itulah.
Persahabatan 3
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Perkara penting dalam kehidupan kita, terutama selaku orang yang menuntut ilmu, apabila kita bersahabat pilihannya letaknya ditangan kita, sahabat baik mestilah memandu kita dari terbabas, tergolek.
Ada dikalangan manusia, hidupnya tak suka bersahabat, sendirian untuk meneruskan kehidupan, ironinya mereka ini sangat pasif, kalau bersembang dengannya membuatkan kita serba salah pula.
Adapun jika kita punyai ramai sahabat, itu jalan menuju pintu bahagia, selalunya imej dan watak seseorang itu yang mahu kita kenali..
Lihatlah dengan siapa dia itu berkawan atau bersahabat. Ingat tu.
Persahabatan 4
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. Ada benarnya kalam ini, terkadang kita melihat kejujuran seseorang itu dari perbuatan yang dilakukannya, perbuatan yang dilakukan itu pula bermula dari hatinya, hatinya pula yang tidak ikhlas akan memaparkan tingkahlakunya.
Justeru carilah sahabat kita yang baik budi, terutama akhlaknya, Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam sendiri, dikagumi oleh kekasih awalnya iaitu isterinya Siti Khadijah Binti Khuwailid Ummahatul Mu'minin kerana Ikhlasnya Nabi berniaga barangan kepunyaannya di Syam tanpa menipu dan jauh sekali sifat tidak ikhlas.
Persahabatan 5
Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun , dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
Begitulah tamsilan seorang sahabat sejati, kalaulah kita bersamanya sangat menenangkan hati, sampaikan tak perlu bercakap pun lihat sahaja wajahnya tenang hati kita pula. Subhanallah.
Lihatlah Rasulullah SAW dan sahabat sejatinya, antara sahabatnya jugalah Saidina Abu Bakar As-siddiq yang merupakan Bapa Mertuanya[Rasulullah SAW berkahwin dengan Aishah radhiallahu anha], di dalam gua thur ketika permulaan hijrah Nabi ke Madinah, Rasulullah SAW berbaring dipangkuan bapa mertuanya, menantu berbaring diriba mertua, dan terjadilah kisah Abu Bakar menitiskan airmatanya itu.
Cuma kita hari ini, ramai ke anak menantu yang dapat berbaring di pangkuan riba ayah mertuanya iya? Persoalan tu, jawablah dengan ikhlas. Allahurobbi.
Persahabatan 6
Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada di sisimu ketika kamu memerlukan dukungan walaupun saat itu mereka bisa memilih berada di tempat lain yang lebih menyenangkan.
Ini menunjukkan sahabat kita yang begitu luar biasa, mereka ini bukan dikalangan manusia biasa. Tetapi sahabat begini jiwanya sangat besar dan hebat.
Melihat perjuangan sahabat nabi terdahulu, contoh terdekat dalam Peperangan Mu'tah di tempat saya ini, 3 sahabat serangkai Ja'afar Abi Tholib, Zaid Ibn Haritshah dan Abdullah Ibnu Rawahah Radhiallahu anhumm. Mereka memburu syahid di jalan Allah.
Hatta mereka sudah tahu meraka bakal mati dalam medan pertempuran dahsyat tetapi jiwa sahabat mereka tidak pernah luntur, tarbiyah memahami erti bersahabat dari Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam meresapi jiwa mereka.
Carilah sahabat begini, nescaya kita takkan jemu bersahabat dengannya.
Persahabatan 7
tangkap dan gunakanlah kesempatan yang berlalu dihadapanmu dengan sebaik-baiknya, kerana dalam setiap kesempatan itu adalah anugerah yang termahal. dan tetaplah jaga ikatan persahabatan yang telah kau jalin.Inilah istilah termahal dalam persahabatan, ikatan yang terjalin dalam ukhwah islamiah sangatlah mahal, berbanding sahabat biasa.
Kalau kita punyai sahabat yang ikhlas dalam ukhwah islamiah, usahlah sesekali mensia-siakan mereka.
Orang lain juga berkawan tetapi dalam persahabatan kerana Islam lebih ramai sahabatnya yang luar biasa, yang mana mereka berjumpa dan kasih-mengasihi sesamanya.
Persahabatan 8
persahabatan tak akan mati di makan zaman, kemarin adalah kenangan, sekarang adalah kenyataan, besok adalah harapan.
Sahabat sangat berbeza dari orang lain, terkadang manusia yang fitrahnya suka berkongsi, lebih selesa bercerita masalah dirinya dengan sahabatnya. Ibubapa terkadang jarang memahami kehendaknya. Ibubapa yang bagus ialah yang menjadikan anak remajanya sebagai sahabat rapatnya.
Namun, sahabat yang baik itulah menjadi tempat melepaskan segala resah gelisah jiwanya, kepercayaan pada sahabat yang baik sangat hebat. Mereka ini terikat dengan sikap tasamuh atau toleransi sesamanya.
Beruntung kita terutama mempunyai sahabat yang suka memberi nasihat, mampu menegur kesilapan diri, memberi harapan diri, paling utama sahabat itu mengenalkan kita cara untuk bersedia masuk ke dalam syurga Allah Ta'ala di Akhirat nanti.
Berdoalah sentiasa untuk sahabat kita iya.
Persahabatan 9
hiasi kedua tanganmu dengan tawadu' dan jari-jarimu dengan cincin persahabatan.
Sahabat yang sebegini pula, bakal menjadi teman kita yang paling mulia, selalunya mereka yang bersahabat dan faham memahami, lengkap melengkapi sangat terbuka menyelesaikan pelbagai masalah yang melanda.
Kalau dikaji dari Baitul Muslim(perkahwinan berlandaskan syariat) orang yang hebat, mereka asalnya dari sahabat yang sangat hebat juga, akhirnya mereka disatukan menjadi pasangan halal yang memberi manfaat untuk ummat pula.
Adapun didalam rumah tangga itu juga kita menilai suami atau isteri kita sebagai seorang sahabat yang hebat. Mereka sangat sudi menjadi pendengar setia kita.
Carilah sahabat yang mampu menjadi pendengar untuk isihati kita. USAH dicari sahabat yang boleh melunturkan semangat juang kita, na'uzubillah.
Persahabatan 10
jangan sekali-kali engkau melupakan sahabatmu yang telah memberi kamu tempat untuk bergurau dan bermuhasabah. kerana walaupun jauh sahabat akan selalu ada.Kalau sahabat kita itu, orang yang memahami keperluan hati kita, apa yang diungkapkannya pasti menjadi muhasabah kita.
Waimma kita berjauhan dengannya, muhasabah yang lalu pasti terngiang-ngiang dalam fikiran kita untuk bermuhasabah, terutama kalau diingati itu perkara berkaitan masalah jiwa, ia menambah tazkiya dihati kita pula.
USAHlah kita lupakan sahabat yang sebegitu, mereka yang menanam tarbiyah dalam hati, jiwa kita. Sebab itulah dikalangan alim ulama' mereka menjaga makna persahabatan mereka sampaikan tersangatlah akrab. Subhanallah, mereka mendahului permintaan sahabatnya terlebih dahulu.
Begitulah yang terakhir dalam nilai bersahabat, bersahabat juga satu ibadah.
Keistimewaan dalam bersahabat yang dinukilkan saya diatas hanyalah pandangan biasa dari saya yang lemah ini.
Mudah-mudahan jika ada yang sudi membaca beroleh manfaat pula, terutama dalam kita memenuhi kehidupan seharian, gejala hari ini sangat dahsyat, kita jauh untuk mencari sahabat yang betul-betul boleh membimbing diri dan sifat yang diajarkan oleh Nabi kita.
Mengapa terjadi begitu iya? puncanya kerana kefasadan ummat hari ini yang dihiburkan dengan hiburan yang melampau sehingga ada remaja diluar sana yang terikut rentak mencari kawannya yang kurang mampu membimbing diri.
Justeru kita yang suka bersahabat, dari sahabat blogger, sahabat pena teruskanlah teruskan mencari nilai Ibadah dalam bersahabat.
Doakan saya dan sahabat-sahabat di bumi syam ini penuh semangat menempuh hari-hari mendatang iya. Terima kasih semua.
_________________________________
Nota harapan
(1) mata saya sudah berkaca-kaca menjejaki teman-teman saya yang hebat-hebat ini, mudah-mudahan puasa kali terakhir di Bumi Syam barokah ini membawa seribu magfirah dari Allah, seteruskan meneruskan motivasi saya berpanjangan. Allahumma amin.
(2) pudin berangkat pada 05/08/2011 meninggalkan airport queen alia amman terus ke bumi Makkah bagi menunaikan umrah dan pulang ke tanah air.
(3) pesanan buat kita carilah sahabat yang dapat membina semangat ukhawah islamiah yang tinggi agar kita mampu istiqomah menyampaikan dakwah bil hall.
(4) Supaya bersahabat bernilai IBADAH.
_______________________________________
Sekitar penghantaran sahabat saya ust pudin ke
Mator aka Airport Queen Alia Amman Jordan Al-Hasyimiyyah.
[05/08/2011]
pudin mulai langkah keluar dari bumi Mu'tah Syuhada' ini pada
hari barokah yaumul jum'ahh.
sampai di mator bersama 2 ahlil bayt saya yang bakal sayonara bumi syam
iaitu lutfi dan ust kasukira aka syahidi.
melihat-lihat timer to fly di screen departure di mator quenn alia
urdunn awwalan.
sempat bertaswir dengan ust syahidi walaupun dihalang oleh si
muaskar di mator, namun erti sahabat pada memberi.
semoga ukhwah islamiah kami di bayt tengah2 qoryah mu'tah itu kekal berpanjangan.
selamat pulang berjuang pudin.
orang lain dihantar dengan berpakaian kod yang kemas namun pudin pulang
berkain ihram ingin jadi tetamu Allah di bumi barakah Makkah Al-Mukarramah.
hebat kan...
hebat kan...
kelihatan syabab arab yang bersahabat menunjukkan ukhwah mereka
demi mentadbi;kan erti sebenar persabahatan di dalam Islam.
sambil mentaswir picturenya saya berdoa agar saya juga bersedia
sepertinya untuk berdepan para mujtama'/masyarakat setelah pulang nanti.
Ya Allah permudahkanlah urusanku amin....
tiket/visa dan pasport adalah barangan bernyawa di bumi asing ini
namun kalau sahabat yang baik tiada apa erti semua ini taw..
terakhir bersama lutfi hafifi itu di mator queen alia, yang menolak
troli itulah yang beria-ria ingin pulang tu, udah lama rasanya
tak jejak kaki ke bumi Tanah Melayu...
akhirnya...doakanlah saya pula menjejaki langkah teman-teman yang berjaya
menjadi khirijin keluaran Universiti Mu'tah Jordan ini yang hebat-hebat semunya.
Mudah-mudahan sahabat yang baik sentiasa membimbing perilaku dan akhlak islam
kita semua. Doakan saya berjaya seperti pudin iya. Alfu syukran.
5 komenan:
sayonara jgk lah ^_^
sayonara...doakanlah kami penuntut ilmu yag tidak balik beraya ini iya..
USAH jemu mendoakan kebahagian sahabat2 kita ingat tu ye..
Assalamualaikum Suhaimi
salam sahabat......
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
Rozali, Wasalam warahmatullah. terima kasih..daun keladi..jangan jemu datang lagi.
Jom bersama tambah amalan yang hebat di bulan barokah.
Catat Ulasan