11 Ogos 2011

Madrasah Ramadhan: Iftor Jama'ei satu ibadah.

Muqaddimah.

Bumi syam, menyaksikan saya dan teman-teman yang tinggal disini mengharungi pelbagai mehnahnya tersendiri. Ibarat mempertahankan medan uhud pun ada.

Semua ini melatih tubi diri seorang pemuda Islam berdepan pelbagai cabaran  untuk ke medan masyarakat nantinya. Allahurobbi kala ini, jiwa sangat tenang, saya mulai menghadami serta manghayati puasa di bumi arab syam tahun ini, mungkin ia puasa terakhir bagi diri saya si faqir ilmu di bumi isra' ini.

Bagi kawan-kawan yang tinggal tidak pulang ke Tanah Air untuk berhari raya, adalah baik cadangan dari saya supaya menghindari diri untuk mendengar lagu raya yang pastinya mendayu-dayu itu, boleh tak? memujuk rayu supaya kita terlupa, erti peristiwa Peperangan Badar Al-Kubro, Peristiwa Fathul Makkah, Peperangan Ain Jalutt, Islam tiba di Sepanyol, Bumi Palestin dibebaskan oleh Panglima Islam Salahuddin Al-Ayubbi. 

Semua ini berlaku dalam sejarah ummat Islam sedang berpuasa.

Pertama kali saya berpuasa di Bumi Syam pada tahun 2010 lepas, diakui sudah sedikit lali dengan kerinduan suasana berpuasa dan berifthor di Tanah Air sendiri, jauh dari keluarga, sanak saudara, jiran tetangga. Mustahil semua ini dapat dihadapi kecuali mereka yang faham erti sabar dan tabah dalam perjuangan Ilmu.

Semua ini adat si penuntut Ilmu yang istiqomah. 

Saya cukup yakin, semua ini sama dihadami abang-abang saya yang hebat terdahulu. Lahirlah Ustaz Zahazan, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, Uzar dan lainnya.

Nah sekarang bagi teman-teman yang suka sangat membaca blog saya jom kita dengar pesanan penyanyi favourite dunia arab kegemaran saya Yahya Hawwa, yang berasal dari Bumi Hama Syiria itu.

Mendalam sungguh pesanannya untuk tetamu ramadhan yang bertuah ini, melupakan saya pada lirik dendang perantau, lebaran di alaf baru dan seangkatannya itu.

Saya sering support penyanyi Islamik darah
keturunan pejuang Islam Syeikh Said Hawwa Rahimahumullah
ini. Dakwah bil hall.
[selamat kembali ya romadon]

[Madrasah a.k.a sekolah puasa].

Sekarang kita beralih kepada madrasah Ramadhan yang selalu saya uar-uarkan sebelum ini juga iya.

Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ، الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَة ضِعْفٍ، قَالَ اللهُ : إِلا الصَّوْمَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي. لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ: فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ، وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ. وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ مسلم:1151

Setiap Amalan manusia itu digandakan pahalanya, satu kebaikkan seumpama sepuluh, sehinggalah 700 kali ganda. Allah berfirman dalam hadis Qudsi: Kecualilah orang yang berpuasa, sesungguhnya ia(Puasa ini) adalah untuk AKU, dan AKUlah yang akan memberikan ganjarannya. Dia meninggalkan syahwatnya, makanannya kerana Aku. Bagi orang-orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu TuhanNya, dan bau mulut orang yang berpuasa itu, lebih harum dari bau kasturi di sisi Allah.
[Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah Radhiallahu anhu]

Difahami dari hadis ini sangat bermanfaat untuk ummat manusia, puasa dari sudut  kesihatan pula digunakan para Doktor kita sekarang sebagaii kaedah mengubati penyakit diabetes, masalah kegemukkan.

Adapun dari sudut ruhani ummat Islam sebulan itu mengajar atau mentamrin nafsu yang buas pada diri manusia. Apatah lagi kesannya menjadikan sifat seseorang menjadi penyabar dan terima seadanya.

Saya setuju, nafsu memang sukar ditawan, dan ia memang benar sehinggakan Al-Qur'an menceritakan marhalah nafsu itu. 

Tetapi saya setuju dengan kalam hebat Ustaz Fakhrol Md Juoi itu, Nafsu bukan dihapus tetapi diurus.

Mustahil, nafsu yang sukar dikawal itu hanya untuk golongan muda remaja sahaja, yang berusia juga nafsunya tidak pernah tua. Maka disana Islam telah memandukan manusia supaya nafsu itu dapat diurus dalam keadaan yang sangat hebat. Antaranya dengan kedatangan Bulan Ramadhan  yang mulia ini, nafsu manusia dapat diurus dengan baik.

Pelbagai ibadah yang disusun rapi dapat mengurus nafsu itu, sudahlah jasad sedang berpuasa, dihujani pula dengan bacaan Al-Qur'an, contohi Imam Syafe'i Rahimahumullah yang akan mengkhatamkan Al-Qur'an sebanyak 60 kali dalam bulan ramadhan dan beliau membacanya di luar solat. 

Kemudian orang yang berpuasa itu berqiamullail pula, kemudian bersedeqah, menjaga lidahnya dengan banyak berzikrullah, doa dan istighfar, beri'tikaf di Masjid dan tambahan beliau melakukan Umrah di Bulan Ramadhan, yang Nabi SAW riwayatkan dalam Sabdanya 'Satu Umrah pada Bulan Ramadhan ganjarannya menyamai satu Haji' dalam riwayat lain 'menyamai satu Haji bersamaku' [muttafaqunn alaih].

Ifthor Jama'ei a.k.a berbuka puasa beramai-ramai.

Pada akhirnya, orang yang berjaya mengurus nafsu dengan berpuasa tadi, menerima kegembiraan di dunia ini lagi, iaitu gembira semasa berbuka puasa.


Disana ada kegembiraan ketika mereka yang berpuasa. Hanya orang yang berpuasa akan merasai betapa nikmatnya makanan yang dimakan ketika berbuka selepas sehari suntuk menahan diri dari makan walaupun berpeluang untuk makan.

Maka dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam hati mereka perasaan nikmat, bahagia, dan seronok ketika menjamah makanan.



Dan bagi orang beriman walaupun sedikit makanan yang dijamah semasa berbuka sudah dirasakan gembira dan nikmat. Inilah keberkatan dariNya. Maka mereka pula berasa syukur dengan nikmat yang diberikan TuhanNya.

Selain itu, kegembiraan ketika berbuka juga hadir kerana berjaya menunaikan hak Allah SWT kepada kita. Selepas seharian menahan diri dari perkara yangmembatalkan puasa, perasaan gembira kerana kejayaan beribadah itu hadir. Berjaya mengalahkan nafsu. Inilah kejayaan yang terbesar.

Bukan semua yang berjaya kerana ramai juga yang terbabas dipertengahan hari. Maka inilah keberkatan kedua. Perasaan gembira kerana kejayaan beribadah.


Inilah kegembiraan yang dimaksudkan diatas mukabumi, apatah lagi kalau kita diberikan peluang ketika bertemu Allah diakhirat nanti, subhanallah wallahu akhbar, ya zaljala li wal ikramm. Hebatnya orang berpuasa.

Semua diatas ini kelebihan mereka yang berpuasa, adapun bagi yang malang ketika berpuasa telah diriwayatkan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam; sewaktu menaiki mimbar di Madinah: Maksudnya: "Sangat malang, orang yang berkesempatan melalui Ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya". [Hadis Riwayat: Ibnu Khuzaimah, Al-Baihaqi].

________________________________
Nota tasyji'
(1)Sesungguhnya pengalaman hari dan esok ini sungguh-sungguh membuatkan saya sayang terhadap bumi syam, tanah siraman darah tentera muslimin ma'arikah Mu'tah ini. Tanahnya baik, manusianya juga ada yang baik.
(2)Berlalu beberapa hari bulan puasa yang barakah, bagaimana amalan kita tika ini iya? Ya Allah perlahankanlah perjalanan masa bulan yang engkau beri maghfirah ini. Al-wakt huwal hayaat.
(3)Menanti beberapa hari mengejar romadan di Bumi Haramain. Mohon doa untuk saya dan teman-teman seperjuangan ini. Jom penuhi aktviti Ibadah sementara menanti lail al-qadar.
(4)Ramadhan terakhir di Bumi Syam penuh hibrah tersendiri. Subhanallah. JANGAN jemu beribadah.


Berifthor Jama'ei bersama Abu Amani.
Jazakallah khair ya abu amani.
 Trip satu telah sampai dahulu di rumah Abu Amani, di qaryah suul
wara3 Jami'ah Mu'tah...
 Kelihatan ust anas...gagah sama seperti Anas Ibnu Malik yang maqamnya di Jordan itu
beliau sedang mentauzi'kan kuah kabsah, dan disebelahnya
Abu Amani...
 Mulai tersenyum disana, ust abu hurairah, nadhir, johari dan nik faiz
menanti-nanti saat kegembiraan ummat manusia yang berpuasa...
 Ali, seorang Ahli Misr turut mentauzi'kan Kabsah pada petang 
enam Ramadhan yang barakah itu...
 Abu Amani, seorang rakyat urdun yang sayangkan pelajar malizi..
anaknya ada enam orang, semuanya perempuan..waktu ini
teman-teman saya senyumlah tu...
 Berikut dua orang ust tersenyum semanis kurma dihadapan Kabsah
sementara menanti masuknya waktu berbuka bagi Negeri Mu'tah
dan kawasan sama waktu dengannya...
 Alhamdulillah...wajah teman-teman saya yang ceria, berifthor jama'ei
di Bumi asing bagi kami...teman2 menghilangkan rase rindu di tanah air taw..
 Abu Amani memang sayangkan kami, sehinggakan beliau boleh menyebut
perkataan melayu dan nombor tanpa perlu lihat mu'jam malayuwiyyah punn..
 Inilah Kabsah(Nasi Beras Basmathi campur Kambing Japnapari Arabi)
yang dihidang bagi juadah berbuka kali ini. Subhanallahi Azimm...
Di doakan Abu Amani, mendapat keberkatan, pahala yang besar
menyediakan juadah berbuka dan memberi makan orang yang berbuka..
Semoga Allah berikan rezki yang murah kpdnya...Allahumma aminn.
halla wallaa..heluu jiddan..

Berifthor Jama'ei bersama Abu Hamzah.
Jazakallah khair ya abu hamzah.
 Petang 10 Ramadhan, menuju pula ke Rumah Abu Hamzah di pekan Mu'tah
bersejarah ini. Kelihatan dua anaknya yang comel itu, si ammar n ziyad..
 syabab yang ada kali ni..tak ramai ana ust kheider, ust nua, ust rahim
sebab Abu Hamzah merupakan tuan rumah kepunyaan sahabat 
darul muttaqin..4 org malizi lah tu..
 Alhamdulillah sebelum tiba azan maghrib sudah tiba di bayt
Abu Hamzah..disambut oleh si pipi donut bawah ini...
 Siapa lagi kalau bukan si qois tu...bersama babanya
Abu Hamzah sangat baik bersama tullab malazia...sering bertanya
khabar kami..tanya dah kahwin ke belum pun rajin jugak..
 Ust nua, qois dan ammar menghiburkan maghrib itu...
Alhamdulillah, penuh Ibadah petang itu..
 Abu Hamzah mendidik hamzah dan adik-beradiknya dengan makanan
yang hebat..patutle anak-anak semua pipi donut taw...
 Bertaswir sebelum dihidangkan juadah berifthor jama'ei petang itu
kelihatan teman penghibur luka lara berdebu rindu...ust che karimm..
  Subhanallahil Azimm...haza min fadhli rabbi...aruz ma;a samakk
syibih aruz mandii min baladil hind..kata Abu Hamzah..
Sebelum menjamu selera diminta setiap ust disana menghatamkan
matan arba'inn an-nawawiyyah...memang tak boleh ingat dah time tu..
 inilah si hamzah, abang sulung bersama ziyad..mentau'zi'kan hubbuz
shira' pada kami..lihatlah anak2 Abu Hamzah..memang saya lagi kecik dari deme..
berta'amul dengan arab byk hibrahnya..
si comel ini...telah memakai kopiah sy..memang pastu tarik pipi dia..
kemudian cubit perut sampai penat si qois gelak..hihi..
Mudah-mudahan kamu besar nanti menjadi harapan Pemuda Mu'tah
dan Palestin sana iya..
[Ifthor Jama'ei penghubung ukhwaah manusia dan satu IBADAH]

4 komenan:

Si Puteri Ali berkata...

wah..seronoknya nmpk..tp kdg2 msti t'igt kluarga jgk kn..slamat mnempuh fasa kedua ramadhan ^_^

ibn suhaimi™ berkata...

Terima kasih USAH jemu beribadahlah..iya

cik sakura berkata...

salam ramadhan dari cik sakura..

Mior Isfandy berkata...

Alhamdulillah. Subhanallah. Suka sangat melihat keadaan mcm tu.

Minta tolong Abu Amani doakan ana utk belajar di Jordan / Syria ye..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang