03 Disember 2010

Ad-Dyuyoof Ar-Rahman(Tetamu Allah Yang Maha Pengasih)Jilid 2

Zulhulaifah menjanjikan seribu rahmah buat tetamunya.

Tidak ada tempat paling dikehendaki dan digesa untuk dikunjungi dalam islam melainkan bumi ini. Tiada tempat yang digandakan pahala solat sebanyak seratus ribu kali ganda kecuali di Masjidil Haram ini.Musafir kami biasa-biasa sahaja, langsung tiada Hotel atau funduk yang istimewa, musafir saya kali ini bersama teman-teman sefikrah hanyalah ada periuk belanga, beras, tong gas, dengan kos Rm2000(kalau dengan Tabung Haji RM10'000) dengan itulah kami istiqomah menongkah perjalanan 1000 Kiliometer dari Kota Peperangan Mu'tah ini terus ke Madinah Al-Munawwarah kemudian ke Makkah al-mukarramah.

Akhirnya Hafilah Mitsubishi Model Temsa Safari berinjin diesel berkapasiti 12000cc keluaran lama tahun 2000 ini sampai ke tempat kami untuk melakukan Niat Umrah bagi Haji Tamattu' langsung tidak diterima aqal untuk hafilah model ini mampu sampai perjalanan sejauh ribuan batu ke Tanah Suci, saya terus menginsafi lagi, terlihat kenderaan lain dilintasi bas kami, ada yang sudah tercabut bampernya, ada yang tiada berbumbung, ada yang sesak manusia di dalamnya..pelbagai lagi kenderaan lain, mahu tiba ke Tanah Suci itu. Mungkin begitulah kenderaan manusia mahu ke Mahsyar Allahu Subhanahu Wa Ta'ala di hari kelak nanti.

Miqat kami kerana mu Ya Allah sambil teman saya Ustaz Fakhrulhayyi memakai  kain ihramnya,  Zulhulaifah menyaksikan peristiwa itu, ia juga dinamakan Bir Ali, Jaraknya yang lebih kurang 10 KM dari Madinah. Mungkin sekitar 460 KM dari Makkah. Perintah Allah dan Rasulnya diikuti, miqat tempat mereka mulakan ibadah Haji atau Umrah, ibarat kalau mahu masuk rumah tetamu belilah buah tangan dahulu. Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam bersabda: 

فهن لهن ولمن أتى عليهن من غير أهلهن لمن كان يريد الحج والعمرة
Maksudnya'Maka miqat-miqat itu adalah bagi penduduk negeri-negeri yang disebutkan itu
dan juga bagi orang yang datang melaluinya dari negeri yang lain dengan tujuan Haji dan Umrah'[kitabul manasik hadis no.1811]
Bezanya kami berniat miqat dengan singgah di Masjid Bir Ali, kalau Jemaah Haji Tanah Air(Malaysia) mereka biasanya berniat dalam Kapal Terbang lagi, iaitu pabila melintasi kawasan Qarnul Manazil(tempat miqatnya), begitulah ketetapan Allah untuk ad-dyuyoofur rahman ini, mereka diberikan kemuliaan untuk memasuki Rumah Ibadat umat islam itu.

Apabila selesai Miqat mentahdidkan kain ihram mesti dipakai, ia umpama pakaian manusia yang mahu berjumpa tuhannya,  ada pantang larangnya, tidak kira manusia itu samseng ke, mahupun ketua negara, hatta alim ulama' wajib memakainya, tiada fesyen seperti IFF mahupun fesyen hari raya dari bintang fesyen, semuanya sama, kebanyakkan berwarna putih suci.Tidak membezakan si pemakainya, mendidik jiwa bersifat lapang dada.Allahu robbi.

 Berikut bersama ustazul fakhrul hayyi, setelah selesai niat
dan solat sunat ihram fid dhahil masjid.

Berikut manazir Masjid Bir Ali yang menjadi tempat Miqat bagi 
penduduk Madinah, pakaian ihram terut didapati disana.

Berikut 2 orang ustad sedang menunjukkan cara memakai ihram
yang sempurna, intabih wajib fahami 13 perkara larangan ketika berihram.

Berikut Syabab Mu'tah yang menyertai Jemaah Haji Jordan berjaya 
memakai ihram masing-masing, kelihatan unta putih kami, 
Mitsubishi Model Temsa Safari berinjin diesel berkapasiti 12000cc keluaran lama tahun 2000..turut serta sama memakai ihram berwarna putih suci.


Cintakan Makkah dan Batasan Tanah Haram(masy'aril haram).
Dari dalam Hafilah istiqomah betul lah kami bertalbiah, laluan saya dan teman-teman bakal hujjaj ini, semakin hampir ke Kota Kerinduan seluruh Nabi dan Manusia itu, terletak pada longitud 21  darjah 25' 19''N dan 39darjah 49' 46''E. Ketinggiannya adalah sekitar 300 meter dari aras laut. Makkah dianggap sebagai Pusat dunia.

Menjadi tempat lahirnya Nabi Muhammad Rasulullah, penghulu sekalian nabi dan rasul,  maka tibalah diri hina ini di depan Baitullah, jatuh sekali lagi air mata itu, mulai Tawaf selamat datang di depan Binaan Batu oleh Nabi Ibrahim Alaihissalam yang di bantu oleh anakandanya Nabi Ismail Alaihisalam, Diajar kita pabila melihat Kaabah itu membaca doa

اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام. اللهم زد هذا البيت تشريفا وتعظيما وتكريما ومهابة وبرا. وزد
من شرفه وكرمه ممن حجه أو اعتمره تشريفا وتعظيما وتكريما ومهابة وبرا
Maksudnya'Ya Allah! Engkau penyelamat, daripada Engkaulah keselamatan Maka hidupkanlah kami dengan selamat. Ya Allah! Tambahkanlah rumah ini 
ketinggian, keagungan, kemuliaan, kehebatan dan kebaikkan. Dan tambahkanlah juga
bagi orang yan memuliakannya daripada orang yang melakukan haji atau
umrah dengan tambahan ketinggian, keagungan, kemuliaan, kehebatanb dan kebaikkan'

Alhamdulillah, 7 pusingan lengkap tawaf disempurnakan, melalui Rukun Yamani dan Hajarulaswad, sempat saya berdoa di didepan Multazam dan Maqam Ibrahim apa yang dikirim teman-teman yang mahu doanya dibacakan, selesailah tahalul, menanti hari Wuquf pada 9 Zulhijjah.

Menuju ke Arafah, dengan bertemankan hafilah, walaupun sekitar 15 Kilometer, seperti 15 jam sudah dirasai, akhirnya terlihat Masjid Namirah hati menjadi tenang, teringat kisah Nabi berkhutbah dan solat di dalamnya, iaitu tempat asalnya lembah urnah, yang menjadi batas bagi jemaah Haji pabila tiba waktu wukuf mereka keluar dari batasan ini untuk mencari tempat wukuf yang manjadi Rukun Ibadah Haji, kalau tak wukuf maka Hajinya menjadi batal.

Zahmahh jiddann...kedengaran suara arab semenanjung memekik sendirian, sesak benor katanya, begitulah gambaran pabila manusia hampir 5 juta berhimpun di satu tempat dan waktu yang sama, Allahurobbi..

Padang Arafah yang luasnya sekitar lebih 240 ribu hektar persegi itu, menyaksikan manusia bertafakur di tengah hari, khutbah dari masjid namirah diselangi tangisan para Hujjaj ini, mereka menghayati apa yang dirakamkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Al-Qur'an'Maka apabila kamu bertolak ke Arafah, berzikirlah kepada Allah di Masy'aril Haram'[surah al-baqarah:198]. Sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam' Aku telah wukuf di sini, dan Arafah seluruhnya ialah tempat untuk melaksanakan wukuf'[Imam Muslim Radhiallahu anhu-bab al-Hajj].

Jabah Rahmah dapat dilihat dari jarak puluhan kilometer, kelihatan teman-teman saya berdoa dengan khusyu'nya, tiada doa yang tidak didengari Allah Yang Maha Pendengar.

ketika itu,  jemaah haji Algeria sudah berebut-rebut mendaki ke puncak Jabal Rahmah, namun adab kurang sekali, yang berkerusi roda ramai sekali, mencelah jutaan manusia pada hari itu, khemah sendirian dipasakkan beratusan sekitar Arafah menanti waktu afdal berdoa, tidak hujan ketika itu, hanya pancuran air dari tiang-tiang tinggi dengan kekuatan mesin kuasa kuda menghasilkan air bagi menghilangkan sengatan panas matahari,  pohon-pohon rendang yang ditanam sekitar 100 ribu menemani Jemaah Haji ketika itu, tidak boleh diapa-apakan pohon itu, ia menjadi antara perkara larangan ketika manusia masih berihram, tiada yang melanggarinya, seperti satu arahan yang sangat dahsyat dari Tuhan Yang Maha Kuasa walaupun manusia urufnya bersifat nafsu paling diutama, Maha Suci Allah yang menjadikan Syariat Wukuf ini.

Berikut di dalam Masjid Namirah, berdekatan Mihrab dan Mimbar
Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Berikut Manazir maqobil Masjid Namirah di awal pagi menanti kunjungan
2.5juta manusia datang, menjelang waktu tengahari 
hingga ke terbenam matahari 9 Zulhijjah(waktu wukuf di Arafah]

Berikut mahu menjamah aruzz(nasi) yang berharga SR10
setiap satunya, mafii tanzilatt.

Berikut tauzi'(membahagi) infaq oleh syarikat-syarikat besar saudi arabiah
kepada Jemaah Haji tanpa jemu. 

Berikut antara ratusan truck yang disediakan untuk memberi sedeqah 
dalam peristiwa Wukuf Di Arafah.  

 Berikut cawangan bagi yang mahu melaporkan Manusia sanak saudara
yang hilang dalam kawasan 240 ribu hektar persegi.

Syari'(Jalan 310) terletaknya mukhim kami..alhamdulillah tanda
yang mudah dicari dan dihafaz hatta mauut..

 Berikut Maktab 133 yang menempatkan Penduduk Dari 
negara Jazirah Syam, tiada kelengkapan yang seperti Jemaah Haji
Negara sendiri.

Berikut terjumpa 'jamal' bukan jamal abdullah tu..iaitulah haiwan jinak
yang disukai Nabi dan Para Sahabat di kawasan
yang paling hampir di sekitar Jabal Rahmah.

 Berikut, manusia tidak melepaskan peluang berdoa sebanyak mungkin dalam
Peristiwa Wukuf Di Arafah..Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala
'Maka apabia kamu telah bertolak dari Arafah, berZIKIRlah kepada Allah
di Masy'aril Haram[Surah Al-Baqarah ayat ke 198].
Berikut adalah Misi dan Visi saya iaitu mencari Mukhim@Khemah
Jemaah Haji Tanah Airku Malizi. 

Berikut adalah Harithoh(Peta) yang disediakan Oleh Tabung Haji
yang bakal saya gunakan dalam Operasi Jejak Hujjaj Malizi(OJHM).
Alhamdulillah guide yang memberi kemasalahatn besar.

Berikut dari nun kejauhan telah pun kelihatan Syiar Rasmi Tanah Airku
kelihatan bunga raya juga ada di Arafah ketika itu..mabruk.
Berikut sudah jelas kelihatan, Mukhim Jemaah Haji Tanah Air yang cukup
selesa dan bergaya..Alhamdulillah.Ade aircond taw.
 Berikut air minuman yang disediakan bagi menghilangkan Rasa Haus yang 
dahsyat dalam cuaca panas di Arafah ketika itu 40 darjah celcius.

Berikut berada dalam mukhim bersama Arab dari semenanjung Syam
kelihatan Syeikh Ahmad sedang memberi tasji' kaifiat-kaifiat dalam
Hari Wukuf di Arafah-haji itu wukuf di arafah. 

Berikut adalah abna'ul Algeria, yang sentiasa istiqomah beribadah dalam peristiwa Arafah
mereka sentiasa 'qanaah' dengan sekelilingnya...menambah keinsafan saya sewaktu
berwukuf...mudah-mudahan Amalan mereka ditambah Allah sebagai satu Nilai yang berharga..allahumma amiinn..

Berikut tasawur ketika kemuncak Haji di Arafah, gambaran yang sama ketika saya
berada di sana..disanalah turunnya ayat'Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan
kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-Redhai Islam itu jadi agamamu'
[Surah Al-Maidah ayat ke-3]

Tekenangkan Emak dan Abah.
Perjalanan ke Mudzhalifah diteruskan, manusia kelihatan kepenatan, seharian di Arafah hampir seperti  separuh nyawa digadaikan, ketika itu saya sudah merasai dan fahami kekuatan Pemuda, sebab itu Ustazul Hassan Al-Banna mengingatkan 'bezanya as-syabab dengan as-syuyukh' melihat mereka mengutip batu, bagi melangsaikan hari melontar bagi ketiga-tiga hari tasyrik.

Lontaran dilakukan di kawasan Mina yang menjadi sejarah Hitam suatu masa dahulu, tempat perkumpulan Manusia yang pebagai bangsa itu di hiasi dengan khemah putih sebagai tandanya, kelihatan Torowong Muassim dipenuhi Umat Manusia untuk mematuhi perintah Allah, melontar Syaitan laknatullah alaik yang kerja tanpa jemu menggangu manusia anak cucu nabi allah adam alaihissalam.

Dari kejauhan saya perhati meraka, ada yang ambil masa setelah fajar menyinsing barulah melontar namun tertarik dengan Ketenangan Jemaah Haji tanah air, ditetapkan qoror(peraturan) supaya melontar setelah berlalu waktu isya' di Jamrah Aqabah agar tidak bertembung jutaan manusia yang masing-masing marah dengan makhluk syaitan ketika itu.

Bermacam ragam, saya jumpa kebetulan ada saudara mara yang menjadi mutawif(Ustaz pembimbing haji), sambil mengenang hibrah(pengalaman) mereka itu, yang berkerusi roda diminta mahu ditolak ke sana sini, ada yang masih tidak dijumpai setelah melepasi terowong muassim, ada yang bertongkat sambil dipapah mesra oleh anaknya, ada yang membawa anak kecil sambil melontar jamrah.

Tiba-tiba hati menjadi sayu, entahlah, itulah pabila terkena tempias Rindu Emak dan Abah, di kampung halaman, emak ke Haji bersama ibundanya, manakala 20 tahun dahulu pula abah juga pergi ke Haji menaiki kapal laut bersama ibundanya juga.

Apakah yang membantu mereka ketika itu?, bagaimana keadaan mereka sewaktu berhimpit menuju ke tempat Jamrah? yang memberi kesan pada Sejarah Haji pada 10 zulhijjah 1410 itu. Pertembungan Para Jemaah Haji dari dua arah di Dalam terowong Muassim menyebabkan peristiwa 'himpit-menghimpit' berlaku dahsyat. Ia memberi kesan 1426 orang terbunuh, dan 79 orang Jemaah Haji malaysia disahkan Matii.  Saya menangis kekesalan, alhamdulillah pergi emak dan abah menunaikan Ibadah bukan pada tahun itu.Lantas saya doakan mereka diberi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kalau mahu jadi anak yang soleh begitulah sikap kita terhadap meraka yang masih ada, doa mereka tagihkan.Allahu robbi.


Al-Azaziah memberi memori yang sukar dilupakan.
Alhamdulillah peristiwa-peristiwa ini dengan izin Allah takkan mudah untuk saya lupakan, sekurang-kurangnya 'target' saya mahu ceritakan pada anak cucu cicit akan datang, kalaupun tidak berkesempatan biarlah sebagai imrah bagi mereka yang mahu berfikir kebesaran Allah Subhanahu Wa Ta'ala.




Semakin jauh penginapan kami dari Masjidil Haram, memberikan kredit pahala 'Rajulunn bakka min khasyatillah' ini, begitulah tiada masalah untuk berulang-alik dari Al-Azaziah ke Masjidil Haram, dengan kejauhan 7 kilometer itu, ada kalangan teman-teman saya sanggup berjalan kaki ke Masjid yang diberi kemuliaan oleh Allah Subhanahu Wa Taala itu, orang muda takkan mudah luntur semangatnya, orang muda geng kita. Mudah-mudah memberi impak maksima setelah pulang ke Jordan nanti.

Walaupun penginapan kami di Al-Aziziah paling hampir dengan Mina, namun jarak ke Masjidil Haram sungguh mengujakan, hampir sahaja 7 kilometer (berulang-alik 14 Kilometer), tiada kenderaan yang tidak mengenakan bayaran di bawah RM20, maka kelihatan sahabat-sahabat saya berjuang habis-habisan demi mencari keberkatan solat di Masjidil Haram di samping mahu menyiapkan segera Tawaf Ifadhah(Tawaf Rukun).

Secangkir zamzam pengguat azzam.
Pagi itu tenang sungguh saya melangkah kaki ke Masjidil Haram, memasuki melalui bab Malik Abdul Aziz, berdekatan pintu sofa, kemudian solat subuh berjemaah, dibawa imam syeikh juhany(Tekan Ini) yang sangat sayup suaranya, seusai solat, seperti biasa menyembahyangkan jenazah yang lebih 10 orang pagi itu,  ditunjukkan Allah teringin menjadi mati seperti mereka yang 'husnul khatimah', disolatkan di Masjidil Haram yang tiada tara pahala dariMU Ya Allah.Alhamdulilah pagi itu juadah saya air zamzam mengubat dahaga, malah memberi kekuatan pula, melepaskan segala kepenatan dengan mengucap syukur padaMU Ya Allah.

Ingatlah, kekuatan kita para Pemuda-pemudi Islam pada Amal, Duktur Yusuf Al-Qaradawi seorang ulama' besar zaman kita ini pernah menegur betapa ramai orang mengerjakan Haji dan Umrah berkali-kali(yang tahapnya sunat sahaja) tetapi membiarkan saudara seislam mereka kelaparan, madrasah-madrasah Pengajian Islam terbiar dan Pejuang-pejuang Islam tidak diberi bantuan.Menyuntik semangat saya pagi itu.

Ya Allah jadikan aku dari golongan mereka yang sedikit, kerana sedikit sangat manusia yang bersyukur padaMU dan berjuang pada jalanMU.

Sesungguhnya dalam hati kecil saya berdoa lagi'Ya Allah jangan engkau lepaskan diri ini dari Tanah Suci ini dari himpunan doa-doa yang tidak engkau makbulkan, paling utama engkau berilah harapan pada mereka yang memperjuangkan islam di mana-mana posisi mereka berada. Ketika itu selesai saya Tawaf Wida' di hadapan Kaabah, Baitullahil haram.Temukan lagi daku ke sana lagi Ya Allah. Allahumma aminn.


 Suasana malam menyelubungi Persekitaran Mudhazifah, 
teruskan perjalanan ke Mina.

 Berikut kelihatan separuh daripadanya bermalam di Bawah bridge
kawasan sekitar Mudzhalifah.Allahu akhbar.

Berikut perkhidmatan kali Pertama dalam sejarah meletakkan
kereta api King Abdul Aziz bertarafkan LRT di Mudzhalifah-Mina.
[ia antara alternatif mengelakkan zahmahh,jem yang dahsyat].

Berikut peristiwa mengutip senjata yang bakal dilontar pada 
Jamrah aqabah dan Yaumul Tasyrik.

 Berikut sekitar Mina sudah dipenuhi Manusia bagi melaksanakan
Ibadah Melontar syaitan di Ketiga-tiga Jamrah, Malam itu Hujan turun membawa
seribu Rahmat.Alhamdulillah Ya Allah.

 Berikut al-anba'(Berita) dari suratkhabar al-waton saudi arabiah
menceritakan suasana Hujan yang turun Pada Hari Tasyrik,
mudah-mudahan ia membawa kerahmatan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

 Berikut bersama teman saya ustad Hakiman yang gembira
setelah melontar di Jamrah Sughro, mentahdidkan sudah boleh bertahalul
[bebas dari memakai pakaian Ihram-mabruk]

Berikut pula keesokan Harinya menaiki  bumbung kenderaan demi ke 
Masjidil Haram untuk menyelesaikan Tawaf Ifadhah.

 Berikut di kawasan Ma'ul Zamzam, air penguat hati di perantauan
[secangkir zamzam penguat azzam]

 Berikut dua orang ustad bertaswir di Kawasan Al-Azaziah
berdekatan dengan funduk tempat kami menginap
[7 kilometer ke Masjidil Haram]

Ditempatkan di kawasan Al-Azaziah memberi pengalaman pada saya
dan sahabat-sahabat untuk teruskan Mujahadah pulang ke Negera Syam nanti.
[Alhamdulillah Ya Allah]

 Berikut berbual mesra dengan makcik-makcik Jemaah Haji Tanah Air
[Mengubat rindu ibunda di Tanah Air]

 Terowong 'muassim' membuatkan hati saya menjadi berkaca-kaca sebentar
menyeru anak muda yang berkemampuan 'pleaselah' menunaikan Haji di Usia Muda.

 Berikut menyelesaikan lontaran terakhir tanpa berihram, menandakan
nafar awal sudah dihabiskan dengan jayanya, mudah-mudahan erti lontaran itu
membawa berkat dalam diri dan keluarga dari gangguan syaitan yang sokmo
mengganggu anak2 adam ini.[Syaitan musuh manusia yang nyata].
Tawaf Wida' di Pagi Dhuha, mengisahkan peristiwa yang payah dilupakan,
tawaf selamat tinggal pernah dilakukan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam
ketika baginda melakukan Umrah dan Pulang ke Madinah.

 Pesanan ikhlas saya buat teman-teman yang tidak berkesempatan ke Sana
ingatlah Sabda Junjungan besar kita Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam:
'Sesiapa yang solat Subuh secara berJEMAAH(di Masjid), kemudian duduk sambil mengingati Allah sehingga matahari terbit, kemudian solat dua rakaat, maka dia mendapat pahala seperti
pahala Haji dan Umrah, secara sempurna.
[Diriwayat imam Al-tirmizi Rahimahumullah
wafat pada 279 Hjriah]

Diberi kesempatan solat jenazah di Masjidil Haram, membuatkan Hati saya menjadi cemburu
mudah-mudahan kita diberikan 'Husnul khatimah' dalam perjuangan dan dijauhkan 'su'ul khatimahh'.Allahumma aminT

 Terakhir manazir(pemandangan di depan Hijir Ismail) teringat Firman Allah Subhanahu 
Wa Ta'ala'(Dan Ingatlah!), ketika Ibrahim Meninggikan Binaan Baitullah bersama Ismail,
mereka berdoa'Ya Allah Tuhan kami, terimalah (amal) dari Kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, disambung dengan ayat seterusnya, menceritakan Nabi Allah Adam berdoa untuk Umatnya(kita Semua).

2 komenan:

zahidah mh berkata...

Salam.pengalaman menarik dan perkongsian bermakna untuk kami yang belum menjadi tetamu Allah di sana.semoga kepulangan Ustaz Haji Firdaus ke tanah air nanti mampu menguatkan kepimpinan islam di Malaysia,insyaAllah.

ibn suhaimi™ berkata...

Waalaikumussalam alfun sukronn, USAH jemu updated blog ya..

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang