21 November 2010

Ad-Dyuyoof Ar-Rahman(Tetamu Allah Yang Maha Pengasih)Jilid 1

Ada yang hitam, ada yang putih,
Zahirnya DIA mencipta kita berbeza,
Namun batinnya kita dikurnia,
Akal fikiran yang lengkap sempurna,

Walau berbeza bahsa budaya,
Hanya amalan padanya yang utama,
Kita mewarisi Al-Qur'an suci, sebagai panduan tuk hidup sejahtera,

Sekali iman akan diuji bak layar dihembus laut gelora,
Dalam mengejar kehidupan disana,
Jangan alpa meredah kabus dunia,

Walau pandangan jauh berbeza,
Tak bermakna ada salah ada benar,
Pada Akhirnya kita semua sujud ke Arah Satu Kiblat yang sama..
(sambung sendiri ye...petikan nasyid kumpulan Rabbani bermauduq@bertajuk Ya Salimna)

Alhamdulillahi Rabbil A'lamin, Allahu robbi, Allah Maha Besar, Yang Maha Sempurna  Sifatnya Yang 99 membuktikan Allah yang kita patuhi perintahnya, takkan sesekali mensia-siakan segala amalan Mulia hambanya yang lemah yang mahu patuh segala arahanNYA.

Maka sedang saya asyik menasyidkan dendangan lirik Kumpulan Rabbani pimpinan Vokal merdu Allahyarham Ustaz Asri itu bersendirian, entah tiba-tiba secara refleksnya menjadi sayu mata ini, bahkan cuba berair-air lagi, seperti mahu menangis sepuas-puasnya merasai rendahnya diri dihadapan Allah Yang Maha Besar yang tiada sesiapa di atas muka bumi ini mampu melawan kekuasaan segala penciptaan yang patuh kepadaNYA.

Mudah-mudahan titisan air mata itu menjadi pembangkit Zikrullah(Cara mengingati Allah) yang insya'allah takkan pernah putus di bibir saya, terkenang-kenang inilah jalannya bagi seorang pemuda atau syabab untuk merendahkan segala ego dirinya iaitu menjadi pemuda yang menangis kerana takutkan Allah, seorang Ulama' Sufi yang terkenal bernama Syeikh Sahl Abdullah al-Tustari berkata "Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya maksiat yang lebih besar dan lebih buruk selain daripada lalai mengingati Allah"

Subhanallah, Allahu akhbar, Ya Allah jangan engkau lepaskan diriku dari Bumi Haramain dengan dosa yang tidak ada pengampunannya dariMU Ya allah. Doa yang sering saya panjatkan ketika berada di sana lagi.

Terus mencari Nilai Doa.
Alhamdulillah perjalanan sepi sekali lagi bermula di waktu malam hening dari Bumi Syam dataran Syuhada' ini menuju ke kota Peperangan Tabuk, sebelum itu menjalani Hudud(sempadan garisan Jordan dan Arab As-Saudi) berenti bas kami untuk di Taftish(checkpoit untuk pemeriksaan), Alhamdulillah berjalan baik namun tiada halangan lagi, disambut senyuman manis Syurtoh(Polis Arab as-saudi)memahami perjalanan panjang buat semua ad-Dhuyoffur rahman(tetamu Allah Yang maha Pengasih).

"Aku sambut panggilan-Mu Ya Allah. Aku sambut panggilan-Mu Ya Allah, tiada sekutu bagi-Mu.Sesungguhnya segala Puji, nikmat, KERAJAAN adalah bagi-Mu, tiada sekutu bagi-Mu" jelas sungguh lafaz talbiah kami yang berkumandang dalam hafilah,

Syeikh Abu Ali yang turut serta bersama rombongan bas kami, selaku ketua mutawif  haji wakil penduduk syam mengambil microfon lalu bersuara 'Ya malizi irtifa' sauttukum jami'ann nahnu qorib ila madinah al-munawwarah'(Kamu semua jemaah haji malaysia kuatkan lagi suara lafaz talbiah , kita sudah hampir dengan Tanah Suci madinah al-munawwarah).Begitu semangatnya ingin bergelar tetamu Allah, yang belum tentu perjalanan ini selamat sampai ke destinasinya.

Teman sebelah yang setia bersama saya Ustaz FakhrulHayyi al-kelantani mulai membuka buku bacaan doa khususnya, terkumat-kamit mulutnya menbaca doa memasuki tanah haram bumi suci yang terpilih dan mulia itu, sesuai dengan himpunan doa-doa yang diajar para ulama' :

أللهم إن هذا الحرام حرامك، والبلد بلدك، ولأمن أمنك، فحرمني على النار، وآمني من عذابك يوم تبحث عبادك
"Ya Allah! Sesungguhnya tanah Haram ini ialah Tanah Haram-Mu, dan negeri ini negeri-MU, dan keamanan ini keamanan-Mu.Maka haramkanlah daku daripada api neraka,
dan amankanlah daku daripada azab-Mu pada hari Engkau membangkitkan hamba-hamba-Mu"

Madinah Bandar Bercahaya.
Tiba di bumi terletaknya Daulah Islamiah Pertama, yang diasaskan oleh Baginda junjungan besar Rasulullahi Sollallahu alaihi Wassalam, Subhanallah, Maha suci Allah, tenang sungguh pemandangannya, suasana panas mentari sekitar 27 -30 darjah celcius menemani 21 Ahli jemaah pelajar malaysia bumi Mu'tah kali ini, lantas berkata tegas ustaz nazri yang mengepalai dyuyoof ar-rahman kali ini sebagai mutawif mengarahkan segera ke Funduk@Hotel yang berjauhan dengan Masjidil Nabawi sekitar 5Kilometer.Disana sudah ramai jemaah bakal hujjaj dari pelusuk dunia membanjiri sekitar Masjid Nabawi.

Kelihatan berlalu teman-teman saya yang masih kurang fasih mendalami erti Wajib Haji dan Rukun Haji asyik sahaja bersoal-jawab banyak perkara terutama hal remeh-temeh tapi kita malu bertanya,ustad nasrul, ustad aiman, ustad mahadi, yang pertama kali menjejakkan kaki di bumi ini, merasa ta'ajub betullah, mujurlah kitab yang dibekalkan kakak dari tanah air mampu merungkai persoalan anak-anak muda yang semangat melakukan Ibadah Rukun Islam ke-5 kali ini.

Memangpun dalam minda sudah disetkan bahawa duduk bermusafir di Bumi Tenang Madinah ini hanya seketika bagi menyahut seruan Allah Pada 8,9,10,11,12 Zulhijjah yang bakal menjelma, maka peluang yang ada takkan saya lepaskan, sudahlah sehari dua sahaja apakah mahu dibazirkan sebegitu sahaja, begitulah tasawur am kami yang bakal menunaikan Haji Tamattu' (iaitu Umrah Dahulu Kemudian Barulah Melakukan Haji).

Perginya waktu zohor pulangnya selepas waktu dhuha ke Funduk kami,  kerana tidak mahu melepaskan peluang diri untuk i'tikaf di Masjid yang dijanjikan Nabi pahala yang berganda, begitulah 'setting time' saya dengan teman saya mantan Presiden Mahasiswa Islam Mu'tah itu,Ustaz Amirudin, beliau tak jemu bersama saya di dalam Raudhah, sehinggakan sanggup  bersedia memberi ruangan disebelahnya setiap kali waktu solat diantara tempat menjadi rebutan ribuan dan jutaan manusia untuk solat sof pertama di belakang Mihrab Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam.

Di Dalam Raudhah.
Disebabkan Musim Haji, Raudhah as-shariff menjadi sesak sentiasa, tidak seperti hari lain, ruangan yang terletak jasad Rasulullah dan 2 Amirul Mukminin yang berada disebelahnya sentiasa dikunjungi manusia semenjak dahulu lagi, sesiapapun tidak mahu melepaskan apa yang disabdakan Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam;
من زار قبري وجبت له شفاعتي
"Sesiapa yang menziarahi kuburku, Maka wajiblah baginya syafaatku"
[Riwayat Ibn Majah dalam hadis No.3112]

Pagi Subuh Khamis suasana solat subuh yang segar menjadi sayu seketika, diimamkan oleh Syeikh Salah Al-Budair, iaitu salah satu Imam Masjid Nabawi[Tekan ini ya] membawakan alunan merdu Surah An-naba' sehingga akhir ayat ke-40 beliau terpaksa menangis ketika mentadabbur surah itu dan disahuti lebih 15 ribu jemaah Masjid Nabi pagi itu, saya yang solat di Bab Bilal Bin Rabah ketika subuh itu diasak sahutan suara muslimin yang penuh  menangis teresak-esak, diulang sehingga 3 kali ayat ke 4o itu yang bermaksud;

'Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu(Orang-orang kafir) tentang azab yang dekat, pada Hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya(di Muka Bumi dahulu), dan orang-orang yang kufur itu berkata, dengan nada penyesalan tiada berguna lagi"Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi Tanah,(iaitu yang sembah segala arahan daripada Allah).

Mudah-mudahan ia bukan subuh terakhir saya pagi itu, supaya segera menziarahi kubur yang terletaknya sahabat dan ahlil bait Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam di Baqi Al-Gharqad yang bertentangan dengan maqam baginda, Wa Alhamdulillah dapat ke sana selesai waktu dhuha bersama ustaz amiruddin dan ustaz saifullah al-mutazawwij itu, di ajaknya saya minum air zamzam segar pagi hening, sungguh teruja peristiwa pagi itu memberi kesan yang sangat mendalam, di luar masjid pula manusia berasak-asak masuk ke dalam Raudhah melalui Bab as-salam.

Saya terharu dengan semangat orang-orang yang rata-ratanya sudah berusia mereka semua tetapi mampu bersemangat untuk  bertemu kekasih Allah itu walaupun tubuh yang tiada Daya.

Manakala diluar Masjid sering beriringan Batuk-batuk dan selsema manusia,  ramai berkumpul perkarangan Rumah Abu Ayubb Al-Ansari, mungkin disebabkan cuaca yang panas kering membuatkan jemaah hilang rasa selesa di tekak masing-masing sehinggakan penuh sesak Pusat Kesihatan di Masjid Nabawi pagi itu.

Dan teringat tentang kisah bagaimana kaifiat-kaifiat yang Nabi Janjikan di Bumi Madinah ini, Alhamdulillah saya langsung tidak memakai 'mask mulut' yang dibekalkan itu kerana begitu yakin tentang sabda Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam;
على أنقاب المدينة ملائكة، لا يدخلوها الطاعون ولا الدجال
"Di lorong-lorong Jalan Madinah ada Para Malaikat. Tidak akan masuk ke Madinah penyakit  berjangkit Taun dan Dajjal"[muttafaqun alaihi kitab al-hajj, hadis no.1379].


 Sesungguhnya, permulaan perjalanan Haji ini saya mulai dengan ucapan Doa yang sangat-sangat mendalami dilubuk hati dan sanubari tau, Sekali lagi mahu berdoa agar ditemukan Baginda dengan syafaat baginda Di akhirat nanti, "Ya Allah Jangan lepaskan aku keluar Bumi terpilih ini dalam keadaan dosa-dosa yang tidak terampun lagi, hati yang tidak istiqomah dalam perjuangan rantaian Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam..dan semangat juang yang lemah tidak membara.."Doa saya panjatkan dengan air mata yang sukar di tahan.Saya akhiri ziarah maqam baginda pagi itu dengan selawat ke atasnya, mudah-mudahan dengan selawat itu nanti menjadi buah bekalan menuju negeri akhirat.

Mahu saya berpesan serta menyeru teman-teman, hatta yang tak dapat mengunjungi Raudhah as-shariff, janganlah pula putus asa untuk berselawat ke Atas baginda, ingatlah dalam sabdanya:
أن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلغوني من أمتي السلام
Maksudnya:'Sesunggguhnya bagi Allah di Bumi ada Malaikat-malaikat yang berjalan(untuk)
menyampaikan kepadaku daripada umatku akan salam'
[Riwayat Imam Ahmad rahimahumullah]. 

Sekitar pentaswiran menuju ke Kota Cahaya kesekiankalinya lagi:
Berikut adalah Hafilah kami yang sedang di taftish-(Diperiksa rapi)
demi kemaslahatan negara Arab As-saudi semasa Ibadah Haji berlaku
agar tiada provokasi pihak-pihak tertentu.

Berikut 4 orang adik-beradik yang berjaya sertai Rombongan kali ini,
mentahdidkan bagi wanita perlu ada mahramnya baru dibenarkan
ke Tanah Haram..difatwa ulama' jazirah arab..

Berikut Pagi 5 Zul-Hijjah, Bakal Hujjaj telah selamat sampai
di Pekan Tabuk laluan utama ke Madinah Al-Munawwarah.

 Berikut Ustad Saifudin dan Ustad Amiruddin(Mantan Org kuat Permata)telah 
mendampingi saya, tahdidnya mahu bertaswir bersama
di depan Hafilah kami.

 Berikut dua orang ustaz yang bersama saya bergerak
menziarah Baqi' al-Gharqad di pagi dhuha, ustad amir al-teranjanuwi
dan ustad saifullah al-mutazawwij.

 Berikut di perkuburan gBaqi' Al-Gharqad, mengamit semangat mahu sahaja
diberikan kematian mulia bersama para sahabat dan ulama'

 Berikut tasawur muqobil bab an-nisa', golongan
wanita kashmir sibuk mempelbagaikan doa, yang disebut sebagai
senjata orang beriman.

 Berikut teman saya ustad amirudin di Pagi Ceria itu,
seceria wajahnya yang comel itu, bagaikan seorang
pemimpin rakyat masa kini, cita2nya mahu menjadi YB
Dun Manir.

 Berikut seorang penulis di Hadapan Bait@Rumah Abu Ayyub A-Ansori
Radhiallahu anhu, yang maqamnya di konstantinople Turkiye.

 Berikut Cawangan-cawangan peti ais ma'ul zamzam
yang cawangannya beratus-ratus sekitar halaman dan dalam masjid.

Berikut cara sebenar minum air zamzam, oleh teman saya
ustad amiruddin, disunnahkan Nabi Sollallahu Alaihi Wassalam minumnya
secara berdiri.

 Berikut di selesai solat subuh, jemaah yang ramai menuju ke Pusat Kesihatan
 di Bab jibril.. bagi mendapatkan ubatan majjanan(free).

Berikut halaman Bab As-salam yang tak jemu dikunjungi manusia sejak
berkurun lamanya, iaitulah pintu yang paling hampir meletakkan Jasad Baginda
Rasulullahi Sollallahu Alaihi Wassalam dan 
dua Amirul Mu'minin disisinya.

 Naam credit buat Kakanda saya yang membekalkan
Kitab ini Hasil tulisan Ustaz Zahazan dan Ustaz M.Nidzam,
Mudah-mudahan tunaikan haji dengan ilmu Bukan dengan nafsu.

 Berikut antara Jemaah Hujjaj Pakistan yang akan mengorak langkah ke Bumi Makkah
menggunakan hafilah mereka yang dhoif lagi bersempit demi menanti Hari Tarwiyah
pada 8 zulhijjah nanti.(gambar sengaja dibesarkan sizenya dari picture yang lain..
supaya ada ibrahnya).


1 komenan:

daiayaya28 berkata...

ya allah berikanlah peluang untuk ku jadi tetamu allah......ku ingin menghadapmu allah...akhirkan usia ku di tempat rahmatmu ini.....

Related Posts with Thumbnails

 
Copyright 2012 @ Menulis satu Ibadah™!
Design by Myfirdaus | Bloggerized by Free Blogger Template and Blog Teacher | Powered by Usah jemu berjuang